Thursday, May 14, 2009

Chapter 3: Demokrasi dan Diskriminasi di India

13 Mei 2009 yang lepas tamatlah sudah rally pilihanraya di India. Sekarang tempoh masa yang agak getir bagi parti-parti politik di India menelek nasib berharap kemenangan akan berpihak kepada mereka. Proses kiraan undi di India terpaksa mengambil masa yang lama. Maklumlah, pengundi yang mengundi pun dah mencatatkan angka 300 juta !!!



Satu proses yang memeningkan kalau etika demokrasi cuba diamalkan di India.



Isu undi hantu pun berlaku di sini. Isu nama pengundi tidak terdapat dalam senarai juga ada. Paling best, percaya atau tidak kalau aku bagi tau 25% mereka yang mencalonkan diri untuk dilantik sebagai wakil rakyat dalam parlimen India adalah individu yang pernah disabitkan atas kesalahan jenayah. Incredible India !!! Penjenayah pun masih nak jadi wakil rakyat. DAN, sejarah India pernah mencatatkan bahawa memang terdapat bekas penjenayah yang pernah menjadi wakil rakyat di Parlimen.



PELIK ?!!! Takder yang dihairankan sebenarnya. Bila aku belek-belek akhbar harian tentang perkembangan pilihanraya di sini. Aku perasan yang hampir kesemua calon-calon wakil rakyat adalah datang dari golongan jutawan atau billionwan. Dalam undang-undang pilihanraya di India. Pesuruhjaya Pilihanraya India membenarkan kalau wakil rakyat ingin menyumbangkan wang kepada kawasan pengundia mereka. Kalau dalam bentuk frasarana...tiada had. Itu pada aku okeylah kot...kemudahan untuk penduduk setempat. TAPI, bakal wakil rakyat juga dibenarkan memberi wang kepada pengundi sebelum hari mengundi. Dalam bahasa kasar kita politik wang atau beli undi. Cuma mereka meletakkan had tidak boleh lebih dari Rs1,000.00 lebih kurang RM80.00 gitu.



Kalau inilah berlaku di Malaysia dah tentu ramai yang kena panggil SPRM.



Dalam keadaan ketidak stabilan politik di India. Tetapi, sebagai orang luar yang bekerja di sini. Aku tidak rasa macam terancam. Memanglah dari semasa ke semasa kena waspada dengan apa yang berlaku disekeliling. Cuma apa yang aku nak sampaikan di sini. Walau apa pun yang berlaku di negara kucar kacir ini, peluang dan ruang untuk merebut kesempatan masih luas. Samada dari segi perniagaan atau pelaburan.



Kenapa perkara kontra ini boleh berlaku di sini ? Semuanya kerana rakyat India perlu survive dalam keadaan ekonomi dan sistem kasta yang masih diamalkan dalam budaya mereka.


Kalangan mereka perlu ada keinginan yang tinggi kalau rasa nak mengubah hidup. Mereka perlu ada daya survival untuk hidup. Pendidikan yang tinggi kadang kala tidak menjaminkan apa-apa dalam kehidupan di sini. Hanya mereka yang tahu memanipulasikan keadaan dan sekeliling akan mampu bertahan dan terus maju.



Ekonomi di India sebenarnya masih mampu bertahan dari sengsara kegawatan yang dialami dunia pada masa kini. Ekonomi melalui sistem konvensional amalan dunia hanyalah analisa atas kertas yang mewakili kurang separuh dari apa yang patut dicatatkan. Kekuatan ekonomi India sebenarnya terletak pada ekonomi mikro "black money"nya. Niaga tanpa rekod yang masih diamalkan di India. Atau, niaga untuk elak cukai dari kerajaan India. Pernah dikatakan oleh rakan-rakan aku di sini, kalau semua duit warga negara India diluar negara dibawa balik ke Inida...jumlah wang tersebut sudah mampu membeli negara Asean.


Sebab itu, politik di India selalu kecoh dan tak pernah stabil. Kerana, pemain politik akan cuba untuk memastikan periuk nasi mereka sentiasa terjaga dan berisi kembung-kembung. Bila mereka berjaya menang dalam politik. Maka mengawal kuasa atas tahta yang dipegang bakal menjanjikan segal-gala impian mereka dapat dicapai.

Tuesday, May 5, 2009

Bahasa Jiwa Bangsa

Petikan dari Utusan online hari ini
Sasterawan negara sepakat tolak PPSMI

KUALA LUMPUR 5 Mei - Lima Sasterawan Negara buat pertama kalinya menyatakan pendirian bersama menolak Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Malah dua daripada mereka yang hadir pada sidang akhbar hari ini iaitu Datuk A. Samad Said dan Profesor Muhammad Salleh sedia ditarik balik gelaran berkenaan jika keadaan memerlukan. Muhammad mengakui apa yang lebih penting adalah bahasa Melayu perlu kembali dimartabatkan sebagai bahasa ilmu di sekolah dan universiti demi masa depan bahasa itu sendiri.

"Kita tidak menentang penguasaan bahasa Inggeris kepada anak-anak kita tetapi kaedah pembelajaran yang perlu diperbaiki supaya lebih berkesan.

"Kerajaan perlu merujuk kepada model pengajaran bahasa dari negara Denmark, Sweden, Norway, Belanda dan Belgium yang pengajarannya lebih baik walaupun pelajaran bahasa Inggeris hanya mula diperkenalkan di sekolah menengah,'' katanya.

untuk bacaan selanjutnya:
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku sebenarnya agak pelik. Kenapa mesti perkara bahasa dalam pengajian Matematik dan Sains nie jadi isu besar di Malaysia. Sepatutnya kita perlu menyokong hasrat dan implementasi bahasa Inggeris dalam dua subjek ini.
Bukan niat aku untuk menidakkan kepentingan bahasa Melayu dalam menyerapkan elemen jati diri sebagai bangsa Melayu. Tetapi, kalau difikirkan kembali...apakah dengan pengajian dan pembelajaran HANYA dua buah subjek akan menjejaskan jati diri bangsa seseorang Melayu tersebut.
Cuba kita renung dan fikir secara mendalam. Dalam kurikulum sekolah di Malaysia pada hari ini. Loceng sekolah akan bermula seawal jam 7.30 pagi untuk sessi pagi. Para pelajar akan balik mungkin dalam pukul 2.00 petang...Sessi persekolahan di Malaysia pada kebiasaannya akan memerlukan seseorang pelajar sekolah mengikuti pembelajaran 6 jam...okey 5 jam dengan sejam rehat. Seminggu ada 30 jam. Mata pelajaran Matematik dan Sains dicampur dengan Bahasa Inggeris mungkin akan mewakili separuh dari tempoh pembelajaran formal mereka di sekolah.
Dari sini, aku tak nampak lojiknya jati diri Melayu boleh terjejas sekiranya kita mengamalkan pembelajaran dalam bahasa Inggeris walaupun separuh daripada tempoh pembelajaran dalam seminggu di gunakan dalam bahasa perantara Inggeris.
Aku tak kata aku fasih berbahasa Inggeris. Tetapi, aku berkata melalui pengalaman aku sebagai seorang pelajar, mahasiswa, dan sekarang bekerja di perantauan. Masa zaman persekolahan, cikgu aku sering menggalakkan kami berkomunikasi dalam bahaasa Inggeris dan bahasa Arab. Sewaktu di alam universiti, ini tempoh waktu yang paling mencabar bagi aku. Pensyarah mengajar dalam bahasa Melayu. Tetapi, rujukan dan sumber pembelajaran dalam bahasa Inggeris. Bila masuk ke dunia pekerjaan aku mula melatih diri bercakap dalam bahasa Inggeris. Kerana aku tiada pilihan sekiranya ingin maju dalam kerjaya.
Sekarang, aku masih anak Melayu. Dan aku tetap berbangga bergelar bangsa melayu yang sedang bekerja di perantauan orang. Masih boleh membaca dan menulis jawi. Berapa ramai anak melayu yang mampu menulis dan membaca jawi pada hari ini.
Pada aku, kerajaan Malaysia perlu tegas sekiranya ingin memastikan negara mampu melahirkan cendikiawan yang berkualiti. Pengajian atau pembelajaran dalam bahasa Inggeris hanya isu kecil yang tidak perlu diperbesarkan. Banyak lagi isu-isu yang lebih penting untuk di benteras selain bahasa yang dikatakan tunggak jati diri bangsa.
Jangan jadikan negara-negara lain sebagai asas dalam hal ini. Jepun katanya tanpa bahasa Inggeris boleh maju dalam sains teknologi. Tetapi, dengan kebanggaan kepenggunaan bahasa nippon ini juga bangsa mereka terus hancur dengan nilai-nilai kesopanan.
Paling penting sebenarnya, kita perlu berjuang agar profesionalisme perguruan itu sendiri ditingkatkan. Aku percaya ramai cikgu dan guru yang ada kat Malaysia sebenarnya agak cuak untuk mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Kalau aku silap buktikan dan sambut cabaran ini demi memastikan anak-anak Melayu maju dalam pendidikan !!! Sepatutnya golongan dalam profesionalisme ini perlu menyahut cabaran sekiranya mereka menganggap kerjaya pendidikan adalah satu tanggungjawab. Mereka juga perlu sedar, kesinambungan warisan bangsa Melayu terletak ditangan mereka untuk masa depan.