Monday, May 31, 2010

Kesyukuran vs. Subsidi

Isu subsidi di Malaysia nampaknya menjadi perhatian sekejap. Kalau nak di ikutkan rekod dan data ekonomi dunia. Memang rakyat Malaysia patut bersyukur atas pemberian subsidi dari kerajaan Malaysia. Kalau dibuat perbandingan antara Malaysia dengan India, rakyat di sini sebenarya akan berkata bertuah sungguh jadi rakyat Malaysia yang memiliki kerajaan kebajikan berbanding di sini.


Di India...keadaan ketidak tentuan inflasi dan turun naik nilai Rupee macam yo-yo tidak menjadi hal kepada sesetengah individu di sini. Tetapi, aku perasan ada satu perkara yang menarik tentang orang India. Dalam keadaan ada sesetengah orang yang dikategorikan sebagai golongan kaya sedang pening dan berhempas pulas hendak selamatkan periuk nasi mereka. Tetapi ada juga golongan kaya raya di India yang masih boleh terus menikmati kemewahan harta benda mereka.


Subsidi kerajaan bukan satu perkara yang diharapkan. SEBAB, mereka tahu kerajaan mereka hanya akan fikirkan bagaimana nak menaikkan cukai demi memenuhkan kantong perbendaharaan negera. Minyak di sini akan menjadi item mewah. Air akan menjadi satu senjata mengaut keuntungan. Paling boleh buat kawan-kawan di Malaysia gelak, BAWANG ?!!! mungkin akan menjadi item kawalan harga di sini.


Sebenarnya, di India nie...percaya atau tidak budaya menyimpan duit dibawah bantal sebenarnya masih wujud di India. Maksud aku tak derlah diorang simpan duit dalam bantal, diorang lebih selesa untuk menyimpan duit dirumah sendir iberbanding dengan menyimpan duit di bank. Penyebab utama kenapa perkara ini terjadi...Semua kerana rasa tidak percayakan dengan kerajaan yang kemungkinan boleh mengubah sesuka hati faedah atau caj kepada pengguna. Mereka khuatir kalau-kalau satu hari nanti kerajaan akan mengenakan faedah dan caj yang tak munasabah kepada penyimpan wang di bank. Malahan, percaya atau tidak kalau aku ceritakan kepada korang...aku sendiri pun kalau nak keluarkan duit pada waktu ini tak boleh lebih USD2,000.00. Kena isi borang khas...macam-macam bank akan tanya. Nak buat apa dengan duit tu. Kenapa nak keluarkan duit banyak-banyak? Ehhh...suka hati akulah nak keluarkan duit banyak mana. Tapi, bank akan berikan alasan bahawa semua ini merupakan polisi kerajaan yang perlu dipatuhi. Lagi teruk kalau aku nak transfer duit ke akaun orang lain. Lagilah macam-macam dia akan tanya.


Anyway...balik pada cerita subsidi tadi. Perdana Menteri India telah membuat pengumuman bahawa harga minyak di India tidak akan diturunkan walaupun harga pasaran minyak mentah dunia mungkin menunjukkan penurunan dari satu paras kesatu paras terendah. Alasan PM India nie senang jer...kerajaan India tidak akan menurunkan harga minyak sehingga kesuatu tahap dimana pengusaha minyak di India telah dapat semula keuntungan atas kerugian pada akibat kenaikan harga minyak yang lalu. Gentlement kan orang politik India...Tak payah nak selindung-selindung...cakap terus jer nak kasi kaya tokey-tokey minyak kat India dulu baru turunkan harga. Padahal inflasi di India nie sudah mencecah ke paras 16.7 peratus. Kadar pengganguran semakin meningkat. Tahap penduduk miskin masih berjuta jumlahnya. Tapi, harga minyak tidak turun-turun.


Paling aku mengeluh sebagai expat di India, kami merupakan golongan yang paling menderita dengan kadar cukai yang terlalu tinggi dikenakan sebagai foreigner.


Paling patut rakyat Malaysia bersyukur, untuk pendidikan kita masih lagi termurah berbanding di India. Bayangkan kalau ibubapa kena bayar RM6,000.00 ke RM8,000.00 setahun untuk seorang anak. Itu baru yuran sekolah tu. Itu baru sekolah kerajaan. Belum masuk yuran peperiksaan lagi. Buku, aktiviti, dan macam-macam lagi caj selain pendaftaran.


Berbanding di Malaysia, sebenarnya lebih beruntung dengan kerajaan yang amatlah perihatin dengan keluhan rakyat. Rakyat Malaysia yang manja dan banyak mengeluh dengan keadaan selesa yang pernah dan sedang mereka nikmati pada waktu ini. Aku tak der nak kata keputusan kerajaan Malaysia menaikkan harga minyak satu tindakan yang tak betul. Aku juga tak kata aku menyokong bila harga minyak turun. Cuma bila aku amati dengan apa yang dialami disini...di bumi India ini. Barulah aku tahu sejauh mana perkataan BERSYUKUR itu dapat dinilai dalam diri manusia. Manusia selalunya mengeluh dengan takdir yang mereka hadapi. Kalau dalam kesusahan, akal akan diperah untuk memikirkan jalan untuk keluar dari kepayahan. Tetapi, bila kesenangan dan keselesaan dalam genggaman...mereka akan cuba menikmati rasa nikmat itu tanpa memikirkan akan kemungkinan pada masa akan datang.


Subsidi seharusnya bukan lagi dijadikan sebagai isu untuk menyelamatkan karier politik seseorang pemimpin. Tetapi, kalau korang belajar ekonomi. Subsidi merupakan salah satu elemen atau faktor dalam persamaan ekonomi untuk mengimbangi kitaran microekonomi. Kalau subsidi terlalu banyak diberikan. Ini boleh membangkrapkan negara. Kalau terlalu sedikit, ini boleh menjadikan ekonomi negara agak lembab. Bijak pandai ekonomi yang ada di Malaysia sebenarnya mampu memberika khidmat nasihat berguna pada Y.A.B Perdana Menteri. Tetapi, jangan pula lantik individu yang semata-mata berjaya dalam dunia korporat. Nanti nasihat yang diberi hanya akan ikut sedap tekak.


Aku pun suka kalau kerajaan kita bagi subsidi banyak-banyak kepada rakyatnya. Tapi, andai kata kalau Malaysia jadi macam Iceland dan Greece. Macam mana plak ? Sama-samalah kita fikirkan...

Sunday, May 23, 2010

Episod Selepas Terhempasnya Kapal Terbang



Sabtu malam Ahad satu India gempar, sebuah pesawat Indian Express terhempas sebelum berlepas di Lapangan Terbang Mangalore. Pagi-pagi lagi dah dok sibuk belek news paper nak tau apa cerita sebenarnya.

Berita kapal terbang terhempas di India ini sebenarnya bukan kali pertama. Kalau kapal terbang kormesil sebenarnya dah kali kedua. Tapi, kalau bercerita pasal cerita terhempas ini kali kedua juga. Beberapa bulan dahulu sebuah jet pesawat pejuang tentera India terhempas atas rumah orang awam. Tapi, kali ini lebih dasyat, sebab 128 orang mati. 8 orang sempat terjun menyelamatkan diri bila kapal terbang tu terpisah dua sebelum meletup. Aku cukup kagum sekejap bila ajal mereka masih sempat selamat sebelum terbakarnya kapal terbang. Siap leh terjun plak macam cerita filem action hollywood.



Tapi, aku tak nak cerita pasal kes terhempas. Aku lebih suka nak kongsi cerita disebalik insiden sedih ini. Dalam 128 orang yang mati. 120 mayat berjaya dikenalpasti (base on description keluarga). Tapi mayat lagi 8 orang terpaksa dibuat ujian DNA.

Banyak keluarga mangsa merungut bila pihak berkuasa India menahan mayat-mayat mangsa yang cuba diuji untuk dikenal pasti. Siap minta orang-orang politik masuk campur.

Ini sati tabiat orang India yang aku agak jengkel kalau korang pun baca ceritanya. Dah sah-sah mayat tu mesti dah rentung. Nak juga diorang paksa-paksa hospital lepaskan mayat tu untuk di semadikan cara mereka (mengikut amalan agama masing-masing). Meraung-raung, memekak-meka nak tengok mayat. Ada yang lagi drastik kata, bakar jer ikut cara hindu semua yang tak dikenal pasti.

Tapi, ada juga mangsa terhempas dari kalangan orang Islam.

Konflik antara agama dan teknologi berlaku di sini. Pelik kekadang, macam mereka tak boleh nak fikir cara waras sekejap bila kesedihan campur geram bergelumang dalam fikiran mereka. Akal dah tak boleh mempertimbangkan kewarasan yang wajar.

Paling menarik kalau nak ikut sekarang ini pada aku, bukan isu salah siapa sehingga terjadinya kapal tersebut terhempas. Tapi isu tuntutan insuran yang bakal berlaku rentetan dari kejadian ini.

Berita hari ini menganggarkan, mungkin lebih USD30,000 juta pampasan akan menjadi komitmen pada empat buah syarikat insuran terbesar di India ini. Itu tak termasuk tuntutan insuran nyawa individu-individu yang terlibat sebagai mangsa dalam kes ini. Ini merupakan salah satu jumlah besar dalam sejarah dunia insuran di India. Sewaktu insiden pengganas di Mumbai dahulu pun jumlah tuntutan insuran yang dibuat oleh Hotel Oberoi Mumbai tidak sebesar tersebut.

Ada juga keluarga mangsa yang dah mula mengfailkan saman kepada syarikat penerbangan kerajaan ini. Pihak pengurusan tertinggi Air India pada waktu ini sedang memikirkan apa yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan syarikat ini. Ini mungkin boleh dijadikan kes study yang menarik. Siapa tahu sejarah kejatuhan sebuah syarikat GLC mungkin berlaku selepas insiden kejadian seperti ini. Bukan jatuh sahaja, tetapi mungkin bangkrap.

Wednesday, May 19, 2010

Judi Itu HALAL ?!!!

Lafaz pertama dalam benak aku bila ada cadangan untuk menghalalkan judi

"ASTAGFIRULLAH HAL A'ZIM..."

Kenapa itu yang menjadi perkara besar yang ingin difikirkan ? Apa sudah tidak ada isu lain yang ingin dibincangkan selain judi yang sudah terang-terangan haram.

Apakah cetek sangat...atau terlalu sukar untuk difikirkan jalan penyelesaiannya ? Susah sangat ker nak bagi jawapan TIDAK PERLU DIPERTIMBANGKAN untuk cadangan seperti ini.

Kenapa mesti dihalalkan cadangan ini ?

Aku melihat nampak sangat ada perkara tersirat yang tak di dedahkan dalam isu seperti ini. Sebagai insan yang telah dilantik sebagai Menteri Kabinet beragama Islam, kenapa sanggup ditunggang oleh pihak lain untuk merealisasikan cadangan judi ini ?

Jawapan untuk semua persoalan ini sebenanrya mudah kalau kita berfikir dengan berlandaskan iman kepadaNya. Aku tahu bila berbicara tentang hukum agama...hukum hakam fiqah...mungkin aku bukan orang yang ideal untuk dijadikan rujukan.

Isu yang nak aku dan sesiapa yang membaca tulisan ini fikirkan- PERLUKAH judi untuk World Cup 2010 itu di halalkan di Malaysia.

Isu aku seterusnya, kenapa sanggup pemimpin yang kononnya beragama Islam sanggup mengsekularkan amanah yang di berikan demi menjaga kepentingan orang lain. Ini isu berat. Bukan main-main. Ini melibatkan integriti keIslaman dan akidah Islam pemimpin Melayu yang aku lihat seakan-akan senang dibeli.

Apakah ada unsur kepentingan yang perlu dijaga ?
Ada budi yang perlu dibalas ?
ATAU...(Nauzubillah mintak sempang) ada wang yang ditawarkan ?

Sebenarnya kalau tanya kepada aku...Aku akan membantah sekeras-kerasnya dalam isu ini. Sebab ? Kalau dah kemaruk nak berjudi sangat...online kan ada... "Aik ? Tadi kata HARAM nie suruh orang berjudi kat online pulak !!!". Maksud aku mudah. Sebagai seorang Menteri yang beragama Islam, kenapa pening-pening kepala nak mengHALALkan judi nie. Kalau dah nama taik judi mereka akan berjudi juga...samada dihalalkan atau tidak oleh kerajaan. Mereka akan tetap berjudi. Tetapi aku tetap pegang...HARAM TETAP HARAM.

Tetapi aku sedih, kenapa pemimpin Islam kita sanggup berkompromi dalam isu ini. Nampak sangat pemikiran dia dan mereka tak kreatif dalam menyelesaikan masalah.

Mereka dok sibuk ngutuk PAS tak konsisten dalam mempertahankan Islam. Tapi, yang UMNO plak nak bertoleransi dalam mempermainkan hukum fiqah nie aka kes ?!!!

Ingatlah....tindakan sebeginilah yang akan membuatkan parti-parti politik lain samada MIC, MCA, DAP, Gerakan dan seangkatan dengannya akan gelak ketawa sesuka hati. SEBAB ? "Jangan risau...jangan bimbang....kalau Islam kata HARAM...kita kasi HALAL. Sebab itu Menteri kawan kita mah...dia boleh kasi tolong adjust kitab dia baca punya. Boleh kasi delete itu HUKUM..."

2 x 5...5 x 2...

1Malaysia yang aku faham tidak bererti kita boleh satukan budaya dan tabiat pegangan agama. yang dianuti oleh rakyat Malaysia. Isu agama dan budaya adalah dua skop yang tidak boleh dikompromikan sama sekali.

Dalam hal ini. Aku cukup sokong tulisan YB Zul Kulim. KLIK untuk baca.

Tuesday, May 18, 2010

Panas !!!



Panas di New Delhi sudah mencapai tahap aku sendiri dah naik hampir pitam dah. Bergelen-gelen air kena minum sekarang nie. 45 darjah celcius. Ada yang kata lebih dah cecah 47. Subhanallah...Maha berkuasa Allah. Kalau ini tahap panas dunia aku tak mampu tahan apa tah lagi di akhirat nanti.

Memang panas sungguh di sini. Surat khabar hari nie ada cerita. Panas sebegini adalah yang paling hangat dicatatkan sejak 100 tahun. Paling aku takut, ada yang bagi tau mungkin panas akan terus naik sehingga cecah paras 50 darjah celcius.

Jadi, nak sambung cerita shopping tengah panas-panas nie aku pun maleh.

Panas-panas macam nie...orang India kat sini banyak yang melangok...melepak...bawah pokok akan banyak manusia yang terbaring. Dalam hati aku, "kesian diorang keletihan sampai bawah pokok jadi tempat lepas lelah". Panas sebegini jugaklah yang boleh membuatkan kita rasa malas nak buat kerja. Terik dan perit nak buat kerja dalam keadaan panas.



Tapi, ada kelebihan juga di musim panas nie. Aku sebenarnya seronok bila musim panas datang. Sebab, musim panas nielah buah-buahan di sini manis dan sedap belaka. Mangga jangan cakap lah....bersepah-sepah leh dapat di sini. Laici, peach, tembikai, perrrhhhggg !!! macam-macam lagi. Musim panas biasanya memang senang nak dapat buah-buahan yang manis rasanya.

Allah Maha pemurah. Kepanasan suhu yang diberikan di bumi ini di imbangi dengan rejeki tanaman yang enak-enak untuk hambaNya.



Ada kawan-kawan India aku di sini bagi tau. Memang di India nie memerlukan tahap panas yang tinggi baru pokok buah boleh menghasilkan buahan yang ranum, rangup dan manis. Memang betul pun. Kalau musim sejuk di sini buahan rasa agak masam. Cumanya pada musim panas macam nie, kalau pergi ke pasar susah sangat nak cari sayur yang berdaun. Paling aku menyampah...LALAT berterbangan kerata-rata. Naik geli pun ada kalau salah masuk area.

Tapi, panas sebegini jugalah yang agak merisaukan sesetengah petani di sini. Kepada mereka yang menanam padi, gandum, dan sebagainya...cuaca yang terlalu panas membuatkan tanah kering kontang. Memang dasyat penangan panas tahun nie. Kekeringan tanah di New Delhi juga sudah menjadi kerisauan sesetengah pihak. Sampai ada kajian dah dibuat mengatakan kalau cuaca sebegini berlarutan untuk lima tahun berturut-turut. Kawasan Tengah India ini nanti akan menjadi kawasan kering dari sumber air.

Air akan menjadi sumber galian paling berharga daripada emas. Malah, aku pernah terbaca satu artikel kenapa India seboleh-bolehnya tidak mahukan kawasan Kashmir, Arunanchal Pradesh dan Himachal Pradesh jatuh ketangan Pakistan dan China. Ini semuanya kospirasi untuk menidakkan AIR menjadi senjata untuk menjatuhkan India. India memang sudah sampai tahap kritikal dalam pengurusan air. Mereka tidak ada perancangan jangka panjang yang konkrit dalam memastikan tahap stok air bersih untuk penduduk India terjamin untuk masa akan datang.

Sebab itu aku cukup sokong kalau kerajaan negeri Johor mendesak kerajaan Persekutuan mengenakan harga yang mahal kepada Singapura bila bercakap tentang bekalan air yang dihantar ke negara Temasek itu.

Ini bukan isu main-main. Tapi, India boleh dijadikan satu contoh bila kerana isu air ini jugalah ada yang berdarah di sini.

Nota: Musim panas di New Delhi- March hingga akhir Oktober. Tahap kepanasan maksimam biasanya dicatatkan pada bulan May hingga akhir Julai.

Tuesday, May 11, 2010

Shopping di New Delhi: Sarojini



Sarojini ni memang popular dikalangan orang yang nak bershopping di New Delhi. Kat sini memang macam-macam boleh kita cari. Kain saree, kain cotton, alas meja, beg, table runner, minggan mangkok, barang jahitan, tshirt, macam-macam ada. Kawasan Sarojini nie memang luar. Sampai peringkat kalau kali pertama kalau sampai boleh sesat. Hujung minggu hari yang paling sesak dan menyemakkan mata kalau samapai ke sini. Terlalu ramai manusia. Samada nak beli barang. Jual barang. Atau nak songlap barang.



Sarojini ni memang popular dikalangan orang yang nak bershopping di New Delhi. Kat sini memang macam-macam boleh kita cari. Kain saree, kain cotton, alas meja, beg, table runner, minggan mangkok, barang jahitan, tshirt, macam-macam ada. Kawasan Sarojini nie memang luar. Sampai peringkat kalau kali pertama kalau sampai boleh sesat. Hujung minggu hari yang paling sesak dan menyemakkan mata kalau samapai ke sini. Terlalu ramai manusia. Samada nak beli barang. Jual barang. Atau nak songlap barang.



Jangan terkejut kalau sampai ke Sarojini ini juga ada pasar basah jual sayur dan buahan. Pasar Sarojini ini memang terkenal dengan apa jua barangan yang ingin di cari. Cuma, apa yang dapat aku bagi tahu di sini, bila kita membeli belah disini. Mata kita perlu jadi tajam. Pastikan pemandangan dibuka luas-luas. Pertamanya kerana di sini banyak penyeluk saku. Keduanya, bila bertanya harga....jangan sesekali takut untuk angkat kaki kalau harga yang kita inginkan tidak diberikan oleh si penjual.

Tawar menawar di sini tidak sama seperti di Shanghai, kalau di China mungkin si penjual akan merayu kita dengan mengikut dan mendesak kita sepanjang perjalanan bila harga yang ditawarkan kita tak setuju. Tapi, di sini kalau kita tak setuju tak menjadi hal. Walau apa jua alasan yang dibagi jangan rasa ada takut untuk terus ke kedai lain membelek barangan yang sama.

Ini bagi memastikan kita tidak ralat dengan harga yang akan kita bayar. Kadang-kadang barang yang sama kita boleh dapat dengan harga lebih murah di kedai yang lain. Tak seperti bershopping di Danau Kota, barang sama, kedai lain...Tapi harga tetap sama. Disini, barang sama, kedai lain, harga belum tentu sama.

Jadi kenalah berjalan sikit. Walaupun letih, tapi kepuasan dapat beli barang pada kualiti yang baik dengan harga yang murah akan buat korang rasa lega bila poket masih ada lebihan duit untuk beli barang lain plak nanti.

Kadang-kadang bila dah sampai ke sini - aku suka nasihatkan kawan jangan malu-malu juga untuk beli barang kat tepi-tepi jalan. Memanglah shopping nampak macam tak ada kelas. Tapi, sebenanrnya kualiti barangan tu sama jer. Harga pun lebih murah. Bijak berbelanja bukan pada harga jer di sini. Tapi kena pada tempat dan masanya juga.

Kalau bercerita tentang kualiti di sini, sebenarnya kualiti barangan di sini tinggi. Cuma finishing saja yang menentukan harga akhir yang perlu kita bayar.

Bila beli saree, kadang-kadang kain yang nak dibeli hampir sama. Tapi, sebab diletaknya labuci yang berkelip-kelip harga dah jadi lain. So, pandai-pandailah korang memilih.

Sunday, May 9, 2010

Jalan-Jalan Cari Makan : Edisi Shopping 02




Mana nak cari saree kat New Delhi ?


Pengalaman aku melayan orang-orang kita bila sampai sini jer diorang akan tanya mana nak cari kain saree. Aku bagi tau banyak tempat. Tapi, yang pastinya diorang nak cari yang murah-murah semuanya. Aku tanya balik, nak beli pakai sendiri ker nak jual balik. Malu-malu kucing diorang jawab pakai sendiri jer. Kalau macam tu okeylah.

Sebenarnya Delhi ini sendiri dah jadi macam emporium dah. Mana-mana kalau kita berjalan akan ada saja kedai macam-macam leh dapat. Cuma kita kena tau apa yang nak kita cari. Cerita bab kain saree, kat Delhi ada banyak tempat-tempat popular.

Aku senaraikan tempat-tempat yang boleh kita cari kain saree ikut bajet ekonomi korang kalau sampai di sini.

1. Sarojini Market
2. Babu Market (sebelah Sarojini market)
3. Karol Bagh
3. Lajpat Nagar
4. Ina Market (ini pasar sayur/ikan/daging sebenarnya)

Nak mahal sikit, kualiti untuk gi function leh cari di Cottage Industry (depan Janpath), hotel Hilton, or dekat ngan Qutub Minar.

Tapi, kalau tanya aku tempat faverat aku...kami beli di Babu Market or Ina Market. Coz, kat sini harga boleh tahan lagi dan yang paling penting kalau nak tawar menawar sememangnya boleh dan mesti dilakukan. Aku ulang...MESTI bargain harga apa jua yang korang nak beli di sini.

Tips bila nak bershopping di New Delhi:

1. Penampilan korang mesti betul bila nak berbelanja di sini. Kenapa ? Macam pernah aku bagi tau sebelum nie...di sini diorang mengamalkan TIADA tanda harga barangan yang dijual. Harga plak ada 3 kategori. So, kalau tak nak kena harga pelancong...seeloknya korang berlagak macam orang expat di sini.

2. Bila belek barang-barang yang korang dah berkenan...perkataan yang pertama kena keluar dari mulut korang..."KITNA ?" maknanya "BERAPA ?" Konon-kononnya korang taulah sikit bahasa hindi. Apa jua angka harga yang keluar dari mulut diorang...(walaupun harga diorang bagi tu dah murah) ... Terus jer korang cakap "KIU MENGGA ?" - Buat muka terperanjat sikit... maknanya "APSAL MAHAL ?"

3. Kalau si penjual tanya harga kita...Jangan teragak-agak untuk potong separuh harga. Buat tunjuk muka hati kering sikit. Ini bab paling kritikal...korang kena buat keputusan yang boleh memuaskan hati bila bernegosasi dengan diorang nie. Bila memilih barang pastikan pilih barang yang betul-betul korang nak (ikut bajet masing).

4. Kalau dah buat keputusan, make sure korang dalam keadaan mengawal keadaan sessi bargain. Jangan sesekali biarkan dia pengaruh korang untuk pilih ini n pilih itu. Sebab kalau korang biarkan si peniaga buat keputusan untuk korang inilah yang boleh membuatkan korang ralat nanti terlebih bajet.

5. Bila nak bayar...ini satu TIPS PALING PENTING !!! JANGAN SESEKALI KORANG TAYANG DUIT DALAM WALLET KORANG !!! Bila harga dah muktamad, tutup sessi jual beli korang dengan angkat kaki. Biasanya di sini si peniaga akan cuba untuk buat up sale selepas dapat duit kalau diorang nampak duit korang berkepok-kepok lagi. Diorang kalau boleh nak habiskan duit korang tu di kedai diorang jer.

6. Kalau korang beli banyak barang di sini...Jangan lupa minta barang free...Macam minta souvenir lah ngan dia.....Biasanya diorang mesti kasi.

Next story aku bagi tau detail tempat-tempat yang kasi tau seperti di atas tadi eh...


Tuesday, May 4, 2010

Jalan-Jalan Cari Makan: Edisi Shopping



Terlalu lama aku tak update blog sendiri. Kerja banyak pun ye...Malas pun ye...




Sejak akhir-akhir ini, ramai kengkawan aku bertanya-

"Roll, apa yang best kat New Delhi tu ?"


"Kalau dah ke sana apa nak shopping ek ?"


"Okey ker makanan kata New Delhi ?"

Dan macam-macam lagi soalan sampai kat aku. Almaklumlah, AirAsia nak sampai ke sini bulan Ogos depan. Jadi, ramailah yang bertanya. Harga tiket plak separuh dari harga MAS. Kalau rejeki korang baik. May be, mahal sikit jer dari harga tiket nak ker Kota Kinabalu.


Dalam tulisan aku sebelum ini aku pun tak banyak cerita pasal apa yang ada kat New Delhi ini. So, since dah banyak yang bertanya. Aku tolong share kan apa yang aku tau pasal New Delhi ini pada sesiapa yang berhajat nak sampai ke sini.


Memanglah korang boleh tengok Lonely Planet, cumanye- aku rasa kat Lonely Planet tu terlampau detail sampai korang pun akan kompius nak makan mana ? shopping mana ? kalau Jumaat nak solat kat mana ?


Pertamanya, korang kena kenali dulu pengangkutan paling terpopular di New Delhi (sebenarnya paling utama di India)- Memperkenalkan "Auto Walla" (cam gambar kat atas tu), macam kat Bangkok kita panggil "tuttut" (kalau betullah sebutan aku tu). Sebenarnya pengankutan paling ekonomi di sini auto lah. Walaupun ada bas, teksi, or kereta sewa- Auto merupakan kenderaan beroda tiga yang paling kerap digunakan. Harga murah - TETAPI, tempat terhad, bau bila naik tu...mak aiii, tuhan jer yang tau kalau korang naik jenis bangsa pemandunya tak jaga kebersihan. Boleh melekat bau dia kat baju kite bila naik.


Aku pun tak nak syorkan sesiapa naik auto nie. Coz, selalunya diorang nie akan putar belitkan route laluan untuk dapat tambang lagi tinggi. Lagi elok sewa jer kereta di sini, harga still reasonable.


Lokasi Shopping ?


Korang nak beli apa ?


Saree ?


Buku ?


Kain ela ? Cotton ? Linen ?


Handicraft ?


Macam-macam ada kalau nak beli di New Delhi ni. Cuma kita kena tau tempat yang betul. Salah pegi bukan tak dpat barang. Cuma, harga nanti akan kena sembelihlah.


Dalam adat bershopping di sini, kita kena tau ada tiga jenis kategori harga. Selalau, kawan-kawan aku betanya- "Apsal diorang tak letak tanda harga kat barang yang diorang jual kat sini ?"
Ha...itu pasal ada tiga kategori harga. Harga pertama itu untuk harga pelancong. Harga kedua untuk harga expat. Harga ketiga harga untul orang local.
So, kalau bab tawar menara nie kenalah kita berjuang untuk mendapatkan harga sekurang-kurang antara harga expat ngan harga local. Sebab tu jugalah selalu kalau ada orang yang pernah ke sini akan nasihatkan, "Kalau nak bargain di New Delhi ni kena potong harga separuh sekurang-kurangnya" Bunyi macam kejam. Tapi, itulah hakikat sebenarnya.


Next time aku cite lagi pasal tempat-tempat nak shopping di sini.