Wednesday, February 17, 2010

Kenalan Saudara Baruku Bersuara

Semalam aku berkenalan dengan seorang rakan baru di sini. Dia kata dia anak kepadaku bahawa dia anak kepada salah seorang pemimpin politik yang berpengaruh di India. Malahan bapanya juga adalah salah seorang yang mampu mempengaruhi mana-mana keputusan yang bakal dilakukan oleh pihak kerajaan India pada pandangannya.
Tapi, aku tak ambil serius pasal perihal latar belakang politik keluarga beliau. Cuma yang paling buat aku minat untuk berkongsi dengan korang. Isu-isu yang kami sempat bincangkan. Topik-topik berkenaan dengan hal ehwal Muslim di India yang semakin tertindas dengan tindak tanduk kelompok yang merasakan kedudukan mereka tergugat di India.
India memiliki populasi jumlah ketiga terbesar penganut agama Islam di dunia. Selepas Indonesia, selepas jumlah Muslim di Timur Tengah. Dengan jumlah 169 juta ummat Islam di India, Muslim masih lagi menjadi penganut agama yang minoriti di negara ini.
Tetapi, bila diperhatikan...dicerok mana sekali pun Muslim di India, ummat Islam sebenarnya di sini telah menunjukkan kekuatan jati diri dalam agama yang mereka anuti. Di setiap bandar-bandar besar seperti New Delhi, Mumbai, Kolkata, Chennai malah di mana-mana sahaja...rata-rata Muslim mempunyai kekuatan dalam bidang perniagaan. Malahan, adalah dipercayai bahawa...perniagaan dari kalangan Muslim mempunyai empayar yang cukup besar kepada penyumbang ekonomi setempat di sini.
Aku ajukan soalan provokasi pada sahabat baru aku, dalam terjemahan bahasa Melayu:
"Setelah dua tahun aku tinggal di bumi India ini, aku perhatikan seakan ada gerakan dari pihak-pihak tertentu yang mahukan masyarakat Muslim merana. Sebagai contoh, kenapa daerah Telengana (di negeri Andhra Pradesh) mahukan Hyderabad dimasukkan dalam peta mereka ? Kenapa, Shiv Sena (sebuah parti politik di Maharashtra) terlalu ekstrimis memperjuangkan nasib suku kaum Marathi di Mumbai ? Kenapa isu Jammu & Kashmir terlalu sukar untuk diselesaikan ?"
Aku menyambung hujah aku...
"Aku melihat seakan ada gerakan dari kelompok yang cuba memecahkan kekuatan yang dibina oleh masyarakat Muslim di India. Mereka sedar, di Mumbai...masyarakat Muslim mempunyai empayar perniagaan yang cukup kuat dalam sektor dagangan. Di Hyderabad, rata-rata perusahaan kecil dan sederhana dimajukan oleh orang Islam. Malahan, sedar atau tidak di India...kebanyakkan pernigaan livestock di India sebenarnya dikuasai oleh orang Islam. Apakah mereka merasa tergugat dengan kekuatan ekonomi yang dipegang oleh minoriti Muslim di India sehingga cuba untuk menindas penganut Muslim di sini?"
Dia berfikir sekejap...kemudian dia bersuara:
"My brother...(aku terjemahkan dalam bahasa Melayu yang lebih kurang maksudnya) sebenarnya bukan kau seorang yang berkata begitu. Ramai sebenarnya yang bersangka sebegitu. Tetapi, janganlah sampai pemikiran sebegini membuatkan kita juga bersekongkol dengan mereka yang memperjuangkan nasib Muslim atas pentas politik"
"Di India...terlalu ramai sebenarnya pemimpin yang konon-kononnya memperjuangkan nasib rakyat. Tetapi, sebenarnya agenda tersirat selalunya tidak nampak dimata kasar apabila isu-isu besar seperti ini digembar gemburkan. Betul, nasib Muslim di India banyak yang boleh kita lihat tertindas. Tetapi, Muslim di India sebenarnya kuat dari naluri dalaman mereka. Bila Masjid Babri diruntuhkan. Apakah Muslim India membalas dengan memusnahkan kuil-kuil Hindu di India. Tidak...Apakah Muslim terlalu lemah untuk menyerang balas...Juga tidak !!! Tetapi, kami Muslim di sini bangkit dengan melawan balik dengan cara lain. Kita kuasai bidang-bidang yang mereka lemah. Kita perkukuhkan mana-mana yang telah kuat"
Dia menyambung lagi...
"Tahu atau tidak saudaraku, sebenarnya di belakang Sonia Gandhi siapa sebenarnya yang menjadi sumber nasihat dan tempat rujukan atas apa yang dia laksanakan pada hari ini untuk India ? Sebenanrnya ada seorang Muslim yang akan berindak sebagai penasihat khas kepada Sonia Gandhi untuk isu-isu yang berkaitan dengan pelaksaan dalam parti politik yang dinaungi olehnya."
"Siapa sebenarnya yang menjadi penyokong kuat pada Rahul Gandhi...ramai pemimpin muda Muslim yang akan bersama-sama Rahul Gandhi sebenarnya bila Rahul Gandhi terasa tertekan...Bila Rahul Gandhi ke Mumbai...Dia di ugut oleh Shiv Sena...Tapi, siapa yang melindungi kedatangan beliau ke Mumbai...Masyarakat Muslimlah yang bertindak memastikan keselamatan Rahul di Mumbai..."
"Jadi, jangan kita sempitkan tafsiran pada apa yang telah kelompok jahat ini lakukan pada Muslim. Malahan, masyarakat Muslim sedia maklum...kami tidak mampu menahan gelombang ini sekiranya dimarakkan dengan api kekecohan. Keruntuhan Masjid Babri sabagai teladan...Muslim tidak akan mampu berperang dengan Hindu. Ada eloknya kita melawan dengan cara yang kita akan menang daripada berperang pada medan yang bakal menyusahkan anak serta keluarga kita dimasa akan datang..."
Banyak lagi yang kami bincangkan. Pengenalan dan pertemuan pertama kali dengan sahabat dan saudara Islam baru aku ini cukup menarik. Kami mesra dan mula serasi...Malahan, bila dia balik dari Pejabat aku nampak kegembiraan atas pengenalan kami yang pertama ini.
Menarik bukan perbahasan kami...? Dan aku ingin tanyakan pada mereka yang membaca tulisan ini di Malaysia. Bukan dengan niat untuk meniup propoganda atau hasutan dalam isu perkauman. Aku cuma inginkan pemimpin-pemimpin Melayu menjawab...
DULU !!! Siapa masyarakat Cina dalam Tanah Melayu.
DULU !!! Selepas merdeka...siapa masyarakat India dalam negara Malaysia
KINI !!! Mereka boleh berkuasa memerintah...mentadbir bangsa pribumi di Tanah Melayu
KINI !!! Mereka boleh mengherdik...memperlekeh bangsa ketuanan Melayu di bumi Malaysia
MELAYU ?!!! Konon-kononnya berjuang...TETAPI, semangat jihad yang dilolongkan hanya menjadi gurau senda bangsa lain...Fikir dan renungkanlah...
Nota: Saudara baru yang baru aku kenal ini juga menyatakan bahawa. Rahul Gandhi sedag mentelaah naskah Al-Quran untuk dipelajari. Semoga Allah memberikan syafa'at dan hidayah kepada beliau. Sekurang-kurangnya berilah beliau petunjuk agar nasib Muslim di India dapat dibela dengan sewajarnya...AMIN

Lagu Sebagai Wadah Inspirasi Perjuangan

Aku ingin cadangkan, agar lagu ini menjadi lagu yang mesti dinyanyikan oleh murid-murid sekolah di Malaysia pada perhimpunan mingguan mereka selain lagu kebangsaaan Negaraku.
Lagu ini andai dihayati cukup menyentuh perasaan.
Malahan aku ingin benar, dengar lagu ini berkumandang pada persidangan mesyuarat agong UMNO atau PAS mahupun PKR. Dan, seharusnya lagu ini menjadi lagu tema pada mana-pertubuhan yang berteriak memperjuangkan nasib bangsa Melayu.

Lirik Lagu: Anak Kecil Main Api

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Terbakar seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Pribumi merintis sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi hudah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembli harga diri

Kini kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara

Fahami dan hayatilah lagu ini...nenek moyang kita telah pun berpesan malah memberi amaran, andai kita tidak bersatu...bukan sahaja negra yang tergadai...tapi maruah kita boleh berkecai dengan tindak tanduk nafsu kita sendiri.

Berarak Kerana Agama

Heboh di Malaysia pasal isu perarakan Maulidur Rasul yang sudah dijadikan wadah politik semasa. Aku cukup pelik, kenapa isu itu pun boleh dijadikan tajuk besar dalam perjuangan politik mereka. Tanpa mengira bendera parti mana yang dijulang. Aku sedih...sampai ada yang menyindir. Ada yang keluar hujah ikut tekak. Ada guru agama yang diperlekehkan. Ada yang kononnya memperjuangkan Islam.
Apa ? Kalau tak berarak tak menghayati perjuangan Rasullullah kah ?.
Apa ? Kalau terlalu nak sangat berarak...apakah dengan aktiviti berarak itu kita sudah benar-benar menghayati perjuangan Rasullullah.
Dalam konteks berarak. Aku boleh katakan, aktiviti ini menjadi sebahagian daripada mana-mana agama. Samada Hindu akan berarak membawa dewa yang dipuja semasa Thaipusam. Buddha berarak mengusung mayat dari rumah ke perkuburan. Islam pun nak berarak...kononnya nak menghayati perjuanag hijrah Rasullullah.
Ingatlah wahai saudaraku. Kita masih banyak lagi perjuangan yang perlu diselesaikan demi agama, bangsa dan negara.
Nabi Muhammad...Rasullullah tidak berarak dari kota Mekah ke kota Madinah. Baginda bergerak secara sulit, malahan bersembunyi di gua dan kaki-kaki bukit gunung semasa berlakunya Hijrah kerana ancaman bunuh kaum kafir. Demi hijrah itu jugalah, Baginda tidak mahu ummatNya menempuh susah payah sepertimana yang pernah Baginda lalui.
Tetapi, kita menjadikan perarakan ini sebahagian tradisi yang seakan-akan mesti (aku tidak mahu katakan wajib) dilaksanakan pada setiap tarikh memperingati kelahiran Muhammad Rasullullah.
Biarlah kerajaan Pulau Pinang tidak membenarkan kita berarak.
Biarlah perarakan hijrah itu dihayati dan kalau boleh ada eloknya kita gantikan dengan berzanji. Ramai kalangan kita yang sudah melupai tradisi berzanji ni.
Apakah dengan membiarkan aktiviti berarak ini dilarang oleh si LGE ini tanda aku menyokong kerajaan Pulau Pinang ? TIDAK sama sekali.
Kita seharusnya bangkit memperjuangkan nasib bangsa melayu Islam yang mana gerai-gerai mereka dirobohkan oleh si penguasa laknat.
Kita seharusnya berjuang membela nasib, si miskin yang bergantung hidup menyara rejeki pada sumber berniaga di gerai yang dirobohkan.
Kita patutnya menghayati dan memikirkan bagaimana nasib bangsa sesaudara kita yang dinafikan hak untuk menyara anak keluarga mereka bila tempat mencari harta dilenyapkan.
Janganlah isu beraak ini melenyapkan bangkai gajah yang ditinggalkan oleh si pengusaha laknat sehinggakan kuman yang menjerit pula kita rasakan membingit di telinga.
Mesej aku, isu lebih besar perlu di selesaikan sebelum memikirkan masalah kecil.

Tuesday, February 9, 2010

Sembahyanglah Kamu Sebelum Kamu di Sembahyangi

Tajuk kali ini bukan untuk bertarbiah atau nak berdakwah. Sebab aku tak der tauliah untuk memberikan ucapan-ucapan agama. Cuma aku berpegang pada sunnah Rasulullah yang maksudnya lebih kurang...Berilah peringatan dan beringatlah sesama ummah. Yang pada tafsiran aku, Rasullah menyuruh umatnya sentiasa berpesan dan menasihati sesama kita agar kita tidak lalai dan berada dalam orang yang tidak lalai.

Semalam Mahkamah telah putuskan siapa MB Perak yang berhak mentadbir negeri itu. Ada yang kecewa dengan keputusan tersebut. Ada yang bersyukur. Ada yang Gusar. Ada yang memberikan komen mengikut akal pemikiran dan citra tekak sendiri.

Tetapi...perkara yang cukup menarik perhatian aku bila membaca akhbar-akhbar di Malaysia (secara online dari sini)...Kenapa ?!!! KENAPA aku ulang !!! Ada sekelompok yang mempertontonkan kelakuan yang pada aku tidak sepatutnya dilakukan dikhalayak ramai.

Aku merujuk pada sekumpulan penyokong individu yang bersolat hajat di hadapan mahkamah. Seingat aku, budaya bersolat sebegini bukannya pertama kali telah dilakukan. Tetapi, sudah lebih dari sekali.

Soalan aku ?

Kenapa tidak memilih surau ? Kenapa bukan masjid Wilayah yang terletak terlalu hampir dengan bangunan mahkamah tersebut ? Aku rasa Polis takkan menghalang malah tiada pihak yang berhak menafikan hak mereka untuk besolat hajat di masjid itu.

TETAPI ?!!! Kenapa atas jalan. Kenapa atas laluan orang ramai. Kenapa ?!!!

Islam itu sememangnya ajaran yang universal. Tetapi, apakah dengan melakukan solat di tempat terbuka itu mencerminkan bahawa kita adalah seorang yang bersifat sufi untuk berserah kepadaNya dan memohon doa/hajat disebarang tempat tanpa memikirkan pandangan masyarakat umum.

Maaf aku katakan, bila melihat gambar kumpulan ini melakukan solat dihadapan mahkamah...aku menjadi jijik untuk melihatnya. Apakah mahkamah itu sudah menjadi Ka'abah kepada mereka. Apakah tempat sujud mereka solat itu suci. Memanglah solat itu tiang agama. Tetapi, seharusnya mereka berfikir...sesuatu tiang perlu dipasakkan di atas dasar yang kukuh. Andai tiang hanya didirikan atas dasar yang sembrono...masakan bahagian lain mampu disokong.

Kita lihat pengajaran dalam hal ini...dalam amalan berdoa dan penyampaian hajat melalui solat kepada Illahi, kita boleh lihat. Doa siapa yang lebih diperkenankan olehNya:

Solat hajat di masjid; atau

Solat di atas jalan raya.

Bersolat hajat adalah amalan yang mulia. Tetapi, perlulah dilakukan dengan tertibnya. Kita berdoa kepada ALLAH. Kita memohon hajat kepada ALLAH. Kita merayu kepda ALLAH.

Kalau konsep bersolat dimerata tempat ini diamalkan secara sembarangan, aku melihat hal ini samalah apa yang menjadi amalan pada penganut agama-agama lain di India ini. Terutamanya Hindu. Amalan ritual agama yang dilakukan di India ini terlalu banyak. Sehinggakan dimana-mana sahaja mungkin menjadi tempat mereka memohon doa dan harapan. Sebab itu, kalau korang ke sini...patung-patung yang menjadi sembahan mereka boleh dikatakan ada dimana-mana. Tak cukup dengan patung-patung (samada yang haram atu dibenarkan oleh pihak berkuasa), pokok-pokok juga akan menjadi tempat mereka mengabdikan pada agama yang mereka anuti.

Apakah cara ini akan menjadi ikutan kita. Na'uzubillah....

Tuesday, February 2, 2010

2010: Permulaan Baik Malaysia & India

Aku lambat lagi untuk update blog sendiri. Terlalu sibuk dengan tugasan harian. Aku pun bukannya blogger yang tegar. Nak update cerita-cerita di India nie...terlalu banyak sebenarnya kalau nak dikongsikan dengan korang semua.
Perdana Menteri kita Dato' Seri Najib baru sahaja pulang selepas lawatannya ke India. Aku tumpang bangga bila muka PM kita keluar di akhbar-akhbar tempatan di sini. Paling buat aku rasa bangga...Rahul Gandhi-pemimpin muda dari parti Congres setuju untuk berjumpa dengan PM.
Ini satu sejarah baru terlakar dalam dunia politik dunia PM kita. Untuk rekod, belum pernah ada pemimpin dunia yang datang berjumpa dengan Rahul Gandhi sebelum nie. Memang ramai kalangan pemimpin dari negara lain yang ingin berjumpa dengan Rahul Gandhi. Tetapi, beliau menolak permintaan-permintaan yang sebegini. Tetapi, PM kita berjya berjumpa dengan Rahul Gandhi. Bukan sekadar itu, Rahul Gandhi sendiri datang ke hotel untuk berjumpa dengan PM kita.
Aku dapat tahu, semasa lawatan Lee Kuan Yu (Menteri kanan Singapura) pernah cuba untuk berjumpa dengan Rahul Gandhi. Tetapi, Rahul tolak.
Kenapa PM nak jumpa Rahul Gandhi ?
Apa istimewanya Rahul Gandhi pada Malaysia ?
Rahul Gandhi nie anak kepada Sonia Gandhi. Beliau merupakan Setiausaha Agong pada Parti Congres, parti politik yang memerintah India pada waktu ini. Usianya yang dianggap terlalu muda (sebaya mungkin dangan KJ) tidak menggambarkan bahawa pemikirannya tidak matang. Malahan beliau dianggap calon Perdana Menteri India akan datang yang paling ideal.
Bukan kerana ibunya menjadi tulang belakang parti. Tetapi, karisma dan aura yang dimiliki oleh Rahul Gandhi sememangnya mampu memeningkan kepala pihak lawan. Sepanjang PM kite ada di India, aku berharap sangat agar pertemuan antara PM dengan Rahul dapat juga turut disertai oleh pemimpin muda kita.
Banyak perkara yang boleh kita belajar dari karektor Rahul Gandhi nie. Orangnye simple. Very humble. Selalu turun padang. Pantang kalau dia di ajak makan ke rumah orang miskin. Pastinya gambar dia akan keluar di akhbar India. Sememangnya aku sendiri belum pernah tengok si Rahul Gandhi nie berpakaian corporate...bertali leher...dengan baju kemeja. Dia menjadikan pakaian kurta pajama sebagai pakaian rasminya samada diwaktu kerja mahupun berpolitik. Tapi, pakaian pada aku tak penting. Yang mesti dilihat adalah, kesungguhan dan iltizam Rahul dalam memastikan golongan yang diwakilinya terbela.
Ini yang seharusnya dicontohi oleh semua wakil-wakil rakyat kita di Malaysia tu...setakat pakaian jer nampak gah. Dalm Parlimen memekik terlolong. Tapi, dalaman hatinya hanya dok fikir pasal tembolok yang nak dipenuhkan.
Rahul Gandhi dibesarkan di negeri Uttar Pradesh (UP). Suatu ketika dahulu, UP dikuasai oleh parti pembangkang. Negeri ini sebenarnya terlalu kaya dengan hasil tanaman. Taj Mahal bangunan ajaib dunia pun terletak di negeri ini. Apabila Rahul mula mengorak dan menggerakkan jentera sayap pemudanya untuk menumpaskan pemerintahan pembangkang pada pilihanraya yang lalu (awal tahun 2009). UP berjaya diterokai dengan jumlah mejoriti yang mana pemerintahan pada waktu ini tidak mampu membuat keputusan yang sewenangnya di dewan rakyat mereka. Rahul berjaya mengecilkan jumlah mejoriti pemerintahan sekarang. Dan, dipercaya...pengaruh Rahul semakin berleluasa.
Apa rahsia Rahul Gandhi ?
Tak der formula khusus yang aku nampak. Cuma contoh yang baik dan teladan yang mudah menjadi mesej utama dalam gerakan Rahul mengambil hati rakyat yang cuba diwakilinya.
Makan duduk bersila di rumah orang miskin. "Eleh...YB2 kita kat Malaysia pun ramai gak makan bersila apa ?!!!" Itu ayat yang akan keluar dari korang kan...Tapi, cuba kalau aku kata, sanggup ke YB2 kita tu makan makanan yang dimasak oleh orang miskin nie...Rasa makanan masakan diorang. Nasi ngan sayur hancur beb..."Apa punya Rahul nie nyusahkan orang miskin...dahlah diorang miskin disuruh masak lagi?!!". Kita kena faham budaya India, mereka akan layan tetamu seumpama dewa ziarah ke rumah mereka. Walaupun mereka miskin, mereka akan layan dengan apa jua yang mereka ada.
Contoh dan teladan yang mudah dan menusuk kalbu masyarakat adalah senjata paling ampuh dalam menarik perhatian dan sokongan rakyat. Kepada YB2 kita di Malaysia, janganlah dok bergaduh tak tentu hala...fikirkanlah matlamat dan harapan rakyat yang anda wakili.
Nota: Rahul Gandhi bukanlah dari keturunan Mohandas Mahatma Gandhi. Beliau dari susur galur keturunan Jawaharlal Nehru. Aku akan terangkan pada tulisan akan datang.