Tuesday, January 18, 2011

Pluralisme vs Sekularisme

Aku tak pasti samada ejaan pada tajuk tulisan kali nie tu betul atau pun tidak. Kalau aku salah tafsir pada terminologi yang aku gunakan aku minta maaf.

Apa yang aku faham...

Pluralisme adalah - kerelaan untuk penerimaan elemen dan konsep yang baik dalam ajaran agama-agama yang ada dimuka bimu ini. Atas dasar persetujuan penerimaan ini, setiap agama (gabungan elemen dan konsep yang baik dalam lebih dari satu agama) perlu mendapat layanan dan hak yang sama antara sesama agama.

Sekelurisme pula - dalam pengurusan pentadbiran sesebuah institusi perlulah membezakan dan mengasingkan unsur-unsur yang bersifat keagamaan supaya setiap keputusan yang ingin dicapai tidak mempengaruhi perlaksanaan yang akan dibuat.

Aku kata !!! Kedua-dua idealogi ini satu pemikiran yang cukup bahaya untuk Islam dan dunia. Sedar atau tidak, dalam isu pluralisme ini sedang menjadi isu hangat di Malaysia. Kita terlupa tentang gerakan sekularisme yang masih sedang berjalan secara halus dimuka bumi ini. Pluralisme tidak akan menjadi asas pegangan kalau tidak diselitkan unsur sekular. Pedulikkan apa orang nak kata- andai ada yang berkata pluralisme lain atau tidak sama jika dibandingkan dengan sekularisme ! Pada aku, pluralism tak kan terjadi andai tidak selari dengan sekularisme. Kalau tak selari pun, kesudahan pada penerimaan ideologi pluralisme akan mengakibatkan masyarakat menerima konsep sekular sebagai kesimpulan kerelaan mereka untuk mengamalkan dasar pluralisme.

Ini bahaya...!!! Cukup bahaya !!!

Mungkin ramai yang tidak tahu, pluralisme sebenarnya bukan satu konsep atau cerita baru dalam catatan sosio masyarakat hari ini. Andai ada yang tahu apa itu kepercayaan Baha'i dan agama Abrahimic- di sinilah permulaan yang baik untuk kita fahami tentang pluralisme. Aku kata begini kerana di India kedua-dua pengikut dan penganut untuk ajaran dan agama ini cukup besar jumlahnya. Malahan, kuil-kuil untuk beribadat bagi golongan ini boleh didapati di sini.

Aku tidak mengkaji secara terperinci tengan ideologi pluralisme ini. Tetapi, hasil pembacaan dan apa yang fahami- ada sesuatu yang aku ingin kongsikan dengan yang membaca tulisan ini.

Apakah betul idealogi pluralisme adalah sebuah teori yang terhasil untuk memastikan setiap individu di muka bumi ini dapat bertoleransi sesama insan dengan membentuk persefahaman melalui penerimaan konsep dan elemen BAIK yang dimiliki dari agama yang menjadi pegangan masing-masing ?

Sebagai seorang muslim, aku hanya boleh jawab berdasarkan akal yang terbatas ini secara ringkas cuba menjawab dengan soalan balas pada isu pluralisme ini.

Soalan 01

Apakah Al Quran itu tidak cukup lengkap sehingga kita perlu merujuk pada kitab-kitab dari agama lain ?

Soalan 02

Apakah hadith (sunnah) Rasullullah itu tidak cukup mengajar kita untuk dijadikan asas panduan kehidupan kita ?

Ramai yang keliru apabila menjadikan kitab-kitab agama sebagai bacaan santai. Tanpa merujuk dan bertanya pada ilmuan agama (yang berkaliber) maka inilah terjadi sehingga timbul idealogi mengarut seperti ini.

Aku terfikir... (cuba kita sama-sama fikirkan juga)

Apakah penyerapan idealogi pluralisme ini satu kaedah (gerakan terancang) untuk cuba menafikan kelemahan pada kitab-kitab agama lain (selain Islam) yang sudah tidak mampu mencabar kandungan Kalamullah Al Quran sebagai mukjizat akhir zaman yang telah dibuktikan bukan dari sudut akal malahan sekarang sains dan teknologi (dari masa kesemasa..hari demi hari) telah membuktikan setiap kandungan dalam Al Quran itu suatu yang bukan direka-reka oleh manusia.
Ingat...dalam fakta sejarah Nabi Muhammad Rasullullah telah mencatatkan bahawa baginda merupakan seorang yang tidak boleh membaca. Bukan untuk memperkecilkan atau menidakkan kerasullah baginda- Tetapi, kita seharusnya memikirkan bahawa Allah merancangkan takdir sebegitu agar manusia berfikir- Al Quran itu suatu mukjizat yang diturunkan olehNya. Dan, andai kita ingin mempelajari sesuatu agama- mulakanlah dengan merujuk sumbernya terlebih dahulu. Dalam hal ini, kitab-kitab suci yang menjadi petunjuk pada sesuaut agama itu adalah jalan penyelesaiannya.

Aku berikan contoh mudah: rujuk pada kitab Genesis.

Catatan pada Genesis (muka surat awal) menyatakan bahawa matahari diciptakan terlebih dahulu sebelum tumbuhan dimuka bumi ini hidup melata. Sains yang kita pelajari disekolah mengajar kita bahawa fotosintesis tidak akan berlaku tanpa cahaya matahari. Jadi, apakah tuhan yang maha pencipta akan menciptakan sesuautu secara songsang. Memulakan suatu langkah penciptaan tanpa aturan yang sepatutnya.

Al Quran menyanggah apa yang terkandung dalam Genesis sepertimana dalam surah al-Rahman (banyak lagi ayat-ayat yang boleh dijadikan rujukan sebenarnya). Apa wahyu Kalamullah nyatakan dalam surah al-Rahman ? Aku berharap ada yang membuka tafsiran Al Quran selepas ini untuk mengetahuinya.

Kita- umat Islam pernah diejek bila kita mengayatakan bahawa manusia itu diciptakan dari unsur tanah. Allah Maha Kaya, sekitar tahun 1970an- lebih 1400 tahun selepas Al Quran diturunkan, sains dan teknologi telah membuktikan segala-galanya tentang kebenaran asal kewujudan manusia secara terperinci.

Kontradik dengan apa yang terkandung dalam Vedas dan Puranas (kitab agama Hindu) yang menyatakan manusia itu tercipta dari unsur-unsur yang pelbagai. (sekali lagi cubalah beranikan diri kita untuk rujuk dan memahami tentang apa yang kita baca).

Apa yang cuba aku sampaikan di sini ?

Ilmu itu bukan hanya sekadar dari pembacaan. Iman dan hidayah bukanlah hasil dari tradisi warisan.

Ilmu itu perlu diperhalusi untuk pemahaman yang dirujuk dengan sumber-sumber yang diyakini kesahihannya. Ilmu tidak boleh sama sekali dengan hanya bersandarkan pemahaman sendiri untuk dijadikan ikutan. Bila kita faham dan yakini bahawa ilmu yang diterima itu tidak boleh disanggah kebenarannya- maka iman dan hidayah yang dikurniakan oleh Allah kepada hambaNya itu akan menjadi pengukuhan pegangan Islam yang kita anuti tanpa mampu dipengaruhi idealogi songsang yang cuba dimainkan oleh pihak-pihak tertentu.

Banyak yang ingin aku tulisan dalam isu ini. Andai ada rejeki dan masa aku sambung lagi. Niat di hati moga kita senitasa terpelihara dari sebarang anasir yang tidak diingini.

Wallahua'lam...