Friday, April 29, 2011

Mengimarahkan Masjid Atau Marah di Masjid ?

Astagfirullah...mengucap panjang aku bila baca dan lihat di blog-blog yang ada di Malaysia tentang apa yang baru saja berlaku. Apa sudah jadi dengan budak-budak Melayu kita nie.
Apa yang bakal aku tuliskan pada kali nie tidak ada sangkut paut dengan politik. Maaf...aku tak menyebelahi mana-mana pihak. Kalau pun orang tu orang UMNO pun aku akan kata;"Kenapalah bangang sangat budak-budak nie...!!!" dah tak der tempat lain lagi ker nak lepaskan marah. Kenapa dalam masjid perlu diriuhkan dengn pekik terlolong.

Masjid atau dalam tulisan bahasa arabnya "مسجد" dari segi bahasa ialah "tempat sujud" (umum) atau dari segi makna istilahnya bererti "tempat mengerjakan ibadah"- khususnya sembahyang beberapa kemudahan lain.

Rasulullah tidak pernah mengajar ummatnya menimbulkan sifat kurang senang pada orang lain kalau berada di masjid. Kenapa mesti kita pertontonkan kejelikkan dan kebiadapan dalam rumah Allah. Malahan, ada hadith mengatakan kalau kita sedang membaca al quran di masjid perlu memperlahankan sura apabila ada Muslim sedang ingin bersolat di dalam masjid.
Masjid adalah rumah Allah. Dalam rumah tuhan yang kita sembah kita membuat onar. Dalam rumah tempat ummat Islam beribadah dicemari dengan kaki-kaki dari kaum musyrik. Selepas khutbah kita melalak tak tentu arah.

Aku cuma terfikir:"Macamana agaknya keadaan hati diorang nie masa solat Jumaah tadi...Akal mereka ditundukkan kepada Illahi atau memikirkan strategi nak melalak selepas solat Jummuah..." sudahnya dan pastinya fikiran tidak pernah cuba untuk khusyuk dalam solat. Motif dan objektif ke masjid adalah untuk melakukan bantahan atas niat orang lain.

Aku juga nak komen pasal individu-individu yang bersumpah laknat di masjid tersebut. Sememangnya hak mereka untuk melakukan tindakan yang dirasakan betul demi mempertahankan maruah dan cuba menegakkan kebenaran atas dakwaan yang dibuat. TETAPI, dalam keadaan sekarang ini; aku melihat...kewarasan dan kewajaran akal perlu digunakan sebaik mungkin. Dalam sistem pentadbiran negara Islam semasa zaman kegemilangan Islam di madinah dahulu- rakyat akan mengadu nasib pada Khalifah, Amir (si pemerintah), dan kadi (juga diangkat sebagai hakim) yang dilantik. Banyak permasalahn dibincang dan dapat diselesaikan di luar masjid. Kenapa mesti bersumpah di masjid. Apa...pejabat mufti atau imam atau kadi atau hakim syariah tak boleh digunakan. Nak kata waktu pejabat dah habis...kita boleh rancangkan masa yang sesuai. Oooo..pejabat mereka kecil kalau ramai sangat nanti jadi kecoh...Tapi kalau orang buat kecoh di masjid boleh ?!!
Apa yang cuba aku sampaikan di sini. Kalau pun betul ada kebenaran pada dakwaan yang mereka buat sehingga ingin melakukan sumpah laknat. Kenapa mesti masjid. Ohhh...sebab itu rumah Allah...demi kebenaran tanpa rasa takut untuk berhadapan dengan kebatilan maka mereka berani membuktikan mereka di pihak yang benar di dalam rumah Allah. Subhanallah...janganlah kerana beriya-iya ingin menunjukkan kebenran sehingga sanggup memperjudikan kesucian rumah ibadah tempat ummat Islam menyerahkan diri pada Illahi.

Saudaraku, Allah Maha Bijaksana, Maha Mendengar, Maha Mengetahui...Maha Esa bagi setiap percaturan terhadap manusia. Kenapa tidak dibuat sahaja sumpah itu di Mahkamah Syariah atau di Pejabat Kadi atau di hadapan mana-mana ulamak di laur masjid. Mesej yang aku ingin sampaikan mudah, apabila kita sudah tahu tindakan kita bakal menumbulkan suasana yang tidak aman di masjid. Kenapa mesti kita simbah api dengan minyak untuk memadamkannya. Jagalah kesucian masjid. Kekecohan dan tindakan biadap yang berlaku di masjid tersebut sebenarnya berlaku atas tindakan yang dikatakan atas dasar pembuktian kebenaran.

Kesimpulan yang tidak memberikan makna pada pandangan penganut agama lain....fikir-fikirkanlah...

Test dr HP

Saja jer aku nak test boleh ker update dr HP aku nie...
Sent from BlackBerry® on Airtel

Tuesday, April 26, 2011

USD vs. INRupee

Dua tiga hari nie aku mula menggelengkan kepala. Aku hidup di sini dengan hanya bergantung pada duit elaun Dollar yang dihantar oleh IbuPejabat aku di Kuala Lumpur. Dollar tukar ke Rupee sudah mencecah 44.93. Kalau Tukar Dollar ke Ringgit Malaysia...lagi mengerikan...nilai RM sudah mencecah 2.98. Tiga tahun dahulu masa aku mula-mula memulakan tugas di India. 1 USD = 48 INR = RM3.60.
Keadaan makin lama makin menakutkan aku. Nilai duit dalam simpanan aku sudah jatuh. Kalau nak bawak balik Malayusia tukar ke Ringgit...aduh !!! Terasa ralat sesangat. BUkan sikit nilai ringgit yang akan aku dapat. Banyak jumlah kerugiannya kalau dibandingkan dengan 3 tahun dahulunya nilai.

Rata-rata kawan-kawan dan sedara mara di Kuala Lumpur pun ada yang mengeluh. Harga barang main naik. Inflasi semakin meninggkat. Dalam pada bank Negra kata kadar inflasi hanya 4 peratus. Tapi, sebagai orang yang berlatar belakangkan pendidikan perakaunan. Aku agak sangsi dengan angka statistik negara yang dikeluarkan.

Sejak minggu lalu, aku mula memikirkan secara serius untuk membeli emas. Aku mula melakukan kajian. Hasil penemuan aku, aku makin teruja untuk memilik emas. Antara yang paling mengejutkan aku, tahun lalu 2010- rupa-rupanya Reserve Bank India (RBI) telah membeli dari Federal Reserve America 800 ton metrik emas. Apalah sangat kalau nak dikatakan dengan 800 ton kan....TAPI, kita sedang memperkatakan tentang EMAS...800 ton !!!

Patutlah secara tiba-tiba tahun lepas RBI dok beriya-iya promote emas RBI untuk rakyat dia.

China juga sudah mula membeli dan menyimpan emas sejak tahun 2008 lagi malahan belum pernah lagi dalam sejarah kerajaan pemerintahan komunis tu mengeluarkan gesaan dan menggalakkan rakyatnya memiliki emas nah 2008 kerajaan China suruh rakyat dia simpan emas.

Melihat pada senario India...harga barang makin naik. Kalau pergi ke pasar duit aku mesti terbangnya dalam 300 ke 400 hinggit. Kalau pergi ke pasar borong belanja banyak tu...nah amik ko tak cukup tanah kereta nak di isinya.

Kos untuk eletrik dan air baru jer dinaikkan tarif. Minyak suku tahun pertama jer sudah dua kali naik. Kesian aku bila fikirkan pada golongan yang takder pendapatan. Mereka makin terdesak.
Inflasi di India berlaku agak unik kalau dibandingkan dengan negara-negara lain di dunia (pada akulah...). Di sini hukum penawaran dan permintaan dalam pasaran penggunanya memang menarik. Penawaran kurang, permintaan tak pernah cukup, subsidi kerajaan hanya untuk sektor pertanian sahaja, cukai tahapahatah yang dikenakan, TETAPI nilai rupee masih mampu bertahan dan memakin stabil.
Berbanding dengan apa yang berlaku di Amerika Syarikat. Dalam keadaan negara sudah berhutang sehingga 16 trillion Dollar. Lepas tu siap boleh hantar tentera perang kat timur tengah lagi skang nie. Seharusnya, rakyat Amerika akan menanggung beban perbelanjaan negara yang semakin tinggi. Ditambahkan lagi dengan pertambahan penawaran jumlah wang dalam pasaran sebanyak 200 juta Dollar (semuanya note 100 USD). Ini tidak akan membantu rakyat Amerika secara total, malahan akan membebankan lagi mereka dengan kemunculan hutang piutang baru yang bakal terjadi untuk mengawal perbelanjaan isi rumah yang dahulu. Susah sikit aku nak terangkan...maaflah kalau ada yang tak faham.

Kita lihat India pula, populasi rakyatnya sudah menjangkau 1.3 billion (mungkin lebih lagi). India sehingga hari ini hanya mengeluarkan atau menggunakan kurang 30 peratus sumber mineral dan komoditi yang dimiliki oleh mereka. Jumlah golongan pendapatan pertengahan sudah mencecah 350 juta orang dengan pendapatan per kapita INR 40,000 ke INR 60,000. Paling menarik...jumlah mata wang yang ada dalam pasaran pengguna India masih tidak mencukupi atau belum mencecah tahap optimun. Dengan kata lain, mata wang rupee masih kurang untuk diniagakan dalam pasaran domestik. Sebab itu, walaupun inflasi berlaku. Nilai rupee masih dianggap stabil.

Kenapa inflasi masih berlaku di India sedangkan ekonomi diorang tumbuh 7 peratus secara purata dan pasaran domestik mereka kukuh ?

Walaupun jumlah emas diorang cukup besar. Tetapi, nilai emas yang sudah ditukarkan kepada matawang perlu dibezakan. Ambil contoh, berat emas tulen kalau ditimbang dengan emas yang sudah dicampurkan dengan elemen lain walaupun timbangannya sama tapi dari segi nilai tak sama. Emas yang ada dalam pasaran di Inida sebenarnya sudah berubah di tokok tambah dengan lain-lain elemen macam copper or kuprum. Kalau kita pergi kedai mas pun, barang kemas emas dengan harga emas tulen kan dah berbeza. Nak aku terangkan kan memang tak reti, tapi cubalah tanya dengan yang arif.

Kalau macam tu...samalah dengan Malaysia !!! Aku ingatkan !!! Kestabilan rupee berbanding ringgit ada bezanya. India tidak memerlukan FDI yang tinggi utuk menjana ekonominya. Dengan menggerakkan ekonomi domestik sahaja, kitaran pusingan mata wang sudah mampu untuk memastikan tahap ekonomi mereka berada pada tahap yang selesa. Berbanding kita masih memerlukan sokongan dan kemasukkan FDI ke dalam negara. Kerana, pasaran domestik Malaysia terlalu kecil jika dibandingkan dengan India.

Kesimpulannya...aku memang akan beli emas sini...



Tuesday, April 19, 2011

Jalan-Jalan Cari Makan di New Delhi

Ramai bertanyakan pada aku...makan di sini macam mana ? Susah ker nak cari makan di sini ? Halal ker ?

Aku tanya balik pada yang bertanya. kalau di Kuala Lumpur, pergi ker tak ke kedai or restoran mamak...makan roti canai dan pekena teh tarik. sapa yang buat semua tu biasanya...Bukan orang India ker ? Bukan ker yang korang makan tu hasil tangan dan resepi orang India ker...?

India ada lebih 1 billion rakyat. Takkanlah susah sangat nak cari makan di sini...Kalau bab halal plak, populasi muslim di India kedua terbesar selepas Indonesia. Jumlah muslim di Delhi sendiri lebih ramai dari penduduk muslim di sekurang-kurangnya tiga negeri di Semenanjung Malaysia.

Nasihat aku...fikir positif dulu. jangan terpengaruh dengan apa yang ditayangkan pada televisyen. Atau bila dengar bab negara India jer...kita akan datang ke negara yang penduduk penganut Hindu lebih ramai dari Muslim. Apa yang aku boleh kongsikan, masakan di Delhi hampir sama dengan apa yang biasa kita makan di malaysia. Cumanya kita kenalah tahu apa yang ingin kita order (kalau makan di kedai).

Kalau musim panas, biasanya kurang pedas. kalau musim sejuk...kebanyakkan masakan biasanya akan dihidangkan panas-panas dan pedas. Mungkin juga akan lebih berminyak sikit.

Kalau sampai ke Delhi, tempat yang akan aku cadangkan pada korang...Restoran Karim di Old Delhi. Ini korang kena cuba. Restoran Karim ada banyak cawangan di New Delhi. Tapi, kalau nak adventure pergi ke Old delhi di Jama masjid. Yup, di sini korang boleh menikmati keunikan masakan yang dikatakan resepi turun temurun dari Istana Moghul zaman Shah Jahan. Kalau aku ke sana, roti nan dia menjadi pilihan utama. Makan dengan kurma kambing atau kema kambing. Rempah dan aroma dia memang lain dari biasa yang biasa kita rasa. Pengalaman makan yang takkan dilupakan bagi mereka yang pertama kali sampai ke sini.

Tempat kedua....port nie jarang-jarang aku bawa kalau ada kengkawan yang dari Kuala Lumpur datan ke sin. Jammu Kashmir House...tempat nie bukanlah restoran yang class...tapi, apa yang menarik ? Masakan dia kena dengan selera tekak aku dan ramai orang melayu yang pernah datang kesini. Malahan, kebanyakkan orang Malaysia di New Delhi memang gemar datang ke sini. Kari ayam...kari kambing die antara sigtnature cuisine yang mesti korang try. kalau datang, just order, kari ayam...kari lamb...or kurma lamb. Minta green salad...nasi...cukup...memang korang kalau makan akan bertambahnya.

Tempat ke tiga....Garam Masala di Chanakyapuri...ini restoran yang ala2 fine dining sikitlah...but boleh bawa famili. semua masakan dia di sini memang best. Tapi, harga dia agak mahal sikitlah...Korang kena try mix kebab die...dan yang pali utama mutton ran...peha anak kambing yang dipanggang...Perrhhhggg...!!! Memang terbaik dari ladang...

Tak lalu makan kambing...?!!! Aku tahu ramai kalangan kita yang konon-kononnya takut dengan blood presure...Okey...korang bleh pergia makan di mana-mana resotoran vegetarian. Okey ker ? Aku kata...okey...jangan takut...makan jer...dah tentu halal...sepanjang aku di sini...restoran-restoran vegeterian lah yang banyakj menyelamatkan aku. TETAPI, jangan plak korang pergi McD order burger veg korang kata yang nie halal...tang tu aku tak leh jamin....coz, diorang akan masak daging (yang aku tak jamin kehalalannya) bercampur kuali dengan veg.

Kalau was-was...just cari jer restoran pure veg...kompom korang selamat dari kebuluran...

Thursday, April 7, 2011

Cerita Semasa di India

Lama sangat aku tak membloggingkan diri. So kali ini aku mengarut sikit. Sekadar nak mengupdatekan blog sendiri jer...

Urusan di sini buatkan aku sering sibuk sampaikan nak tulis benda baru terbantut. Blog orang lain rajin plak aku dok belek.

Pada waktu ini, dua cerita besar menjadi isu hangat di New Delhi.

Pertamanya: Desakan dari NGO agar PM India dan kengkawan parti politik bersekutunya sendiri di siasat berhubung dengan isu rasuah yang berlaku di negara India ini. Ini cerita tentang proses perolehan dan kerugian semasa Sukan Komenwel 2010 dan isu pemberian hak telekomunikasi sistem 2G kepada beberapa syarikat yang dikatakan menyogok parti-parti politik untuk mendapatkan hak pemilikan.

Kempen yang diketuai oleh Shri Anna Harre (gambar) ini telah berjaya mengembangkan pengaruhnya dikalangan beberapa individu terkenal untuk bersamanya. Amat menarik kalau dijadikan bahan kajian cerita untuk kita teladani kalau berminat untuk belajar erti perjuangan tanpa kekerasan. Beliau benar-benar pengikut taat pada apa yang telah ditunjukkan oleh Mohandas Mahatma Gandhi.

Keduanya: Kesihatan Sathya Sai Baba yang dikatakan sedang semakin pulih dari penyakit yang kronik.

Minggu lepas India baru sahaja meraikan kemenangan Kriket Dunia di Mumbai.

Apa topik yang aku nak sampaikan kali nie.

Di India nie...kalau korang belek-belek surat khabar atau cuba-cuba tengok berita online atau tv. Isu-isu berkenaan politik, kriket dan agama adalah bahan utama yang akan sering menjadi tajuk utama dalam berita mereka.

Minggu ini juga Liga Perdana India 2011 (India Premier League 2011-IPL 2011) akan bermula dengan team dari Kolkata akan bertembung dengan Chennai.

Maka minggu depan akan bermulalah perang cerita kriket di sini.

Rata-rata aku melihat mengamal media di sini sememang menjadikan kebebasan bersuara di negara demokrasi di India sebagai alasan untuk menyampaikan cerita yang orang India SUKA ingin tahu. Sudahnya, maklumat yang berbentuk informasi akan menjadi terlalulah kurang didedahkan dalam mana-mana isu berita yang dikeluarkan.

Jangan terkejut kalau aku katakan bahawa, Kriket di sini sudah dianggap sedarjat dengan AGAMA. Ramai yang sanggup melakukan apa sahaja sehingga ada yang dikatakan berani mati kerana kriket untuk pasukan yang disokongnya.

Bollywood macamana plak ?

Cerita-cerita artis bollywood kebanyakkannya bermusim. Kalau ada filem baru yang bakal ditayangkan baru ada cerita hot. Tak banyak sangat gosip panas yang selalu keluar di India nie. SEBAB ? Diorang kebanyakkannya selalu keluar negeri...so, manalah paparazi nie nak kejar kalau dah selalu sangat ke oversea.