Tuesday, November 25, 2014

Khajuraho: Mengubah Persepsi Tentang Erti "KAMASUTRA"

Yezzaaa...ramai yang menunggu cerita aku pasal kuil "Kamasutra" nie rupanya...belek punya belek...aku sememangnya dah ada menyimpan hasil buah tangan untuk dikongsikan rupanya. 

Sebelum aku pergi lebih jauh...ingin aku ingatkan...kepada yang membaca...aku mengharapkan keterbukaan minda anda dalam menafsirkan apa yang cuba aku sampaikan. 

Aku takkan cerita bab-bab seks or tabiat seks or budaya menyemarakkan nafsu seks insan-insan yang sudi bertandang ke blog aku nie. Cukup kalau aku kongsikan dalam bentuk sedikit ilmiah dan pandangan aku yang tak seberapa hasil dari pemerhatian aku tentang "Kamasutra".

Semuanya bermula dari buku "Kamasutra" yang aku beli. Sepertimana yang pernah aku ceritakan tentang Kamasutra pada blog aku sebelum nie...ramai sebenarnya (termasuklah aku salah seorangnya) yang sering menganggap Kamasutra hanya kitab lama yang bercerita tentang posisi-posisi or gaya seks antara lelaki dan perempuan. 

Nah...kerana minat aku terhadap budaya dan adat resam manusia...aku merancang dengan rakan India aku dari New Delhi untuk ke Khajuraho...sebuah bandar yang terletak di negeri Madya Pradesh. 

Kami terbang dari New Delhi ke airport Lucknow...dari Lucknow kami ikut jalan darat ke Madya Pradesh selama 5 jam !!! Suatu perjalanan yang amat meletihkan...apa ada hal 5 jam...BUT !!! condition jalan die...mak aih !!! Kalau tak kuat pinggang memang bleh terkehel korang taw !!!

Kami kena sampai sebelum matahari terbenam..Bcoz, korang bayangkan dalam jarak 200km masih belum jumpa batang tiang lampu jalan. Aku dapat taw...bila masuk sempadan Lucknow-Madya Pradesh kebanyakkan kawasan nie dikuasai "bandit" dalam bahasa senangnya "Lanun Jalanan". Aku tawakal jer...demi memenuhi minat aku terhadap budaya asing manusia aku gagahkan juga. Cuma menarik nyer...sepanjang perjalanan tersebut...Barulah aku betul2 faham erti kemajuan yang dikecapi di Malaysia berbanding negara luar nie.

Anyway...kami sampai di Khajuraho dah nak senja dah...so kami decide tdo jer...esok pagi baru ke Kuil Khajuraho. 
Encik Tour Guide aku di Khajuraho...penuh kesabaran dan very informative guys

Pagi selepas sarapan...bila badan dah segar...kami ke lokasi tujuan...ramai rupanya pelancong luar yang ada di Khajuraho nie. Suara jenaka orang-orang di sini banyak kedengaran yang mengatakan ramai juga couple berbulan madu yang menjadikan Khajuraho sebagai destinasi pilihan mereka. Aku rasa aku boleh faham apa yang nak disampaikan.
 
Ok...kedatangan kami disambut oleh Mr Bhupesh selaku tour guide kami. Dia nie cikgu sebenarya. Buat part time as guide katanya demi memastikan maklumat tentang Khajuraho dapat disampaikan dengan sebaik mungkin agar tak disalah anggap oleh orang asing macam aku nie hah...Firtstly, dia terangkan ... kenapa Khajuraho cukup terkenal dengan elemen Kamasutra berbanding kuil-kuil lain yang ada di negara India.
 
Sebenarnya...elemen ukiran Kamasutra bukan hanya semata-mata ada di Khajuraho sahaja. TETAPI, ada banyak lagi ukiran yang berkaitan dengan elemen Kamasutra boleh didapati diseluruh kuil-kuil Hindu dan ada juga sesetengah di kuil agama Jain. Cumanya, di Khajuraho nie...ianya dianggap antara ukiran yang paling lengkap dan paaaling banyak tentang Kamasutra boleh dilihat disekitar kuil-kuil yang ada di Khajuraho. Oooo...baru aku taw... 
 
Apa maksud Kamasutra plak ?!!! Ia terbahagi kepada dua perkataan..."KAMA" dan "SUTRA"...ada juga yang panggil "SYASHTRA" (kalau betullah ejaan aku tu...kalau salah mohon dibetulkan). Bhupesh menjelaskan bahawa..."Kama" membawa maksud...kemahuan...keinginan...atau lebih jauh lagi aku boleh simpulkan keperluan memenuhi fitrah naluri manusia. Dan "Sutra" plak...benang atau simpulan...atau hubungan...atau penyatuan. So, apa yang boleh kita simplekan dari maksud Kamasutra ? Penyatuan hubungan untuk memenuhi kemahuan manusia (itu bahasa fahaman aku...bukan dari sudut ilmiahnya. Nak taw lebih korang study sendirilah)
 
Masuk saja kawasan kuil-kuil yang terkenal di Khajuraho nie...korang akan dipertontonkan beberapa bangunan monumen kuil lain sebenarnya. But kami memilih lokasi yang paling popular iaitu Kuil Lakshmana.
 
Fisrt thing yang menarik adalah scenery lanskap taman disekitar kawasan kuil nie. Cantik...nampak dijaga rapi. Aku dapat rasakan...sekitar kawasan kuil nie sememangnya freindly tourist. Banyak maklumat di paparkan. Dan korang tak sepatutnya miss even a single one story yang dia catatkan pada papan informasi dibahagian pintu masuk kuil-kuil tersebut. 

sorry...aku cuba nak betulkan position gambar nie..entah kenapa dia tak mau tegak plak

Ok...aku tak minat nak cerita tentang butiran gerakan yang ada pada ukiran di kuil-kuil nie yang banyak menceritakan gerak geri seks. Yang dok aim tengok lama-lama memang boleh menaikkan nafsu syahwat. Aku nie nak kata iman tinggi tak der lah sangat...But, aku cuba fokus kepada niat dan minat aku dalam hal ini. Bila Bhupesh dok cerita tentang sejarah pembinaan kuil-kuil nie...mata aku mula mengamati setiap inci ukiran-ukiran yang ada pada dinding-dinding kuil nie.
Soalan pertama aku ajukan pada Bhupesh..."are those women wearing LINGERIE ? Kalau korang perhatikan betul pada gambar di bawah...setiap ukiran wanita di bahagian kaki mereka akan terserlah apa yang cuba aku ajukan pada Encik Pemandu Pelancong aku tu...dia dengan penuh bangganya menjawab "YES...!!!". See...this what aku katakan mind blowing...seawal kurun masihi masyarakat wanita India sudah tahu memakai pakaian dalaman...berbanding dengan wanita Greek or maybe China...ukiran di Khajuraho membuktikan bahawa...pakaian dalam wanita di India bukan sahaja direka gitu-gitu..BUT it well designed and dihiasi dengan sulaman, jahitan, dan very fesyenable. 

Bhupesh menambah...adalah dipercayai...pakaian dalam wanita pada masa itu juga dihiasa dengan batu-batu permata. Bukan sahaja lingerie malahan...BRA juga sudah mula dipakai masyarakat wanita India sejak berkurun lamanya. See !!! Aku dah katakan...Khajuraho bukan sahaja about Kamasutra...its more then that actually. Dengan nada joke si Bhupesh boleh bagi taw...even fesyen suar dalam G-String paling awal may be telah dipakai oleh kaum wanita India seawal kurun ke 2 Masihi !!!

Satu perkara lagi yang kita kena faham...bila ke tempat-tempat seperti ini...aku selalu berpesan kepada diri sendiri agar lebih menghormati sejarah silam...mereka mungkin tidak tahu nak susun perkataan yang paling sesuai untuk membicarakan kisah atau maksud yang nak disampaikan. So, seni ukiran menjadi media perantara antara mereka dengan generasi masa depan. 

Soalan kedua aku yang agak nakal..."Kenapa buah dada wanita dalam ukiran di sini digambarkan besar-besar belaka?" which is true what ?!!! Sambil tersengeh ... sporting giler mamat Bhupesh nie ... dia tak ambil soalan aku as joke rupanya ... dia explain dengan penuh kesungguhan ... dia jawab (aku translatekanlah senang) ... "Mr Amirul...soalan awak tu tak pelik sebenarnya...buah dada yang besar dalam ukiran tu menggambarkan kesuburan dan kesihatan yang mantap pada wanita tersebut...". 

Bagi mereka yang terus datang tanpa membelek buku Kamasutra...korang akan fokus pada ukiran...but Bhupesh kata...Kamasutra it about macamana kita nak menjaga hubungan dengan pasangan kita termasuklah sains kesihatan seksologi. Nahhh...jawapan dia...even dia siap bagi aku satu part di dinding (sorry aku tak nak tayang di sini) bagaimana alat sulit lelaki diukir kalau diikutkan saiznya tak lijik langsung dengan saiz badan. But Bhupesh kata itulah kehebatan amalan Yoga dan Ayurvedik India yang mampu memberikan kekuatan dan kesihatan yang terbaik untuk badan.


Pada mereka seks bukan sahaja sumber hiburan pihak pemerintah. Tetapi, melalui pengamatan aku...si arkitek kuil juga cuba menyampaikan cerita silam di zaman mereka untuk diselitkan dalam ukiran yang dipaparkan. Cerita peperangan...kisah cinta...kisah kegembiraan...daaannn yang paling aku terperanjat...ini sensitif sikit...aku mintak maaf...aku just share apa yang aku jumpa di sini...cerita lesbian...homoseksual...perlakuan seks beramai-ramai (pesta seks) dan kegiatan luar tabie antara manusia dengan binatang ?!!! pun ada dikisahkan pada dinding-dinding kuil di Khajuraho nie.
  
Kisah luar tabie antara manusai dengan kuda di bawah adalah menceritakan bagaimana para askar-askar melempiaskan nafsu mereka di medan perang sebab dah terrrrlalu lama meninggalkan kampung halaman dan isteri.
Sebelum ke Kajhuraho...aku sudah ke Kashmir...aku sudah menjelajah di kawsan utara India...bila aku sampai di Madya Pradesh...satru perkara yang aku perasan...elemen pengaruh Greek dalam kehidupan masyarakat di sini boleh kita perhatikan. Aku mungkin silap...But aku cuma buat kesimpulan mudah base on ilmu pengetahuan aku yang terbatas. Ada sudut-sudut jika diperhatikan mereka memang adalah peninggalan baka tentera Alexender d Great. Sejarah juga menceritakan bahawa bala tentera Alexender the Great menamatkan kempen ketenteraannya di Asia adalah di bumi India. 

So, dari segi reka bentuk rumah...pemakaian ketenteraan...alat peperanga...pedati kuda...malahan beberapa elemen yang yang agak janggal aku rasa kalau dibandingkan dengan ajaran Hindu yang aku ketahui ada persamaannya di sini dengan corak sosio Greek.
Ok...itulah serba sedikit cerita aku di Khajuraho...cam biasa... main gambar jer kat bawah nie...Cuma nasihat aku kalau ada yang nak ke Khajuraho...bawak ubat secukupnya dan bekalan makanan lebih sikit...seeloknya jangan suka suki jer nak back packer...cari peneman local...the best tour operator yang tahu selok beluk di Khajuraho. SEBAB ?!!! Ini kawasa hitam yang penuh dengan lanun jalanan...serius nie bukan main-main...not even cobaannnn !!!


Mesej yang masih belum terungkai maksudnya

Salah satu part dinding yang paling faymes...ada ratusan gerakan posisi seks yang diukir pada dinding nie
Jarang sekali aku jumpa patutng singa seperti ini di kuil hindu...post sekejap...
Dua orang rakan India aku yang menjadi peneman dalam xpdc ke Khajuraho




Cuba amati rumah penduduk kampung ini ... apa pendapat korangtentang rekabentuk rumah nie ?

Pokok zaitun banyak di sini

Cara kehidupan mereka di sini

Ini rumah yang berpenghuni...bukan ditinggalkan taw



Sunday, November 23, 2014

Cerita Bhutan...Land of Happiness (02)

Aku punya tour guide...gila kentang dia nie super duper cool !!!
Ok...setelah sekian lamanya nak samnbung cerita pasal negara Bhutan...dan atas permitaan juga dari beberapa orang yang teringin nak ke sana...So aku sambung cerita pasal negara kecil yang sungguh nyaman untuk di lawati nie.

Well aku cuba go on a bit detail skit kali nie...kite start dengan "Bab Makan". Kalau korang pergi mana-mana kedai di bandar Paro (bandar yang aku inap di Bhutan)...hampir semuanya adalah restourant vegetarian...Kalau ada pun yang non vege...Herrrmmmm...kompom kedai tu tak halal..and kedai tulah paling suram sebenarnya...Sebab...kedai tu hanya akan serve untuk foreigner sahaja...Orang Bhutan nie boleh dikatakan totaly vegetarian. Ikut kata orang local sanalah...But made to understood...Ramai dikalangan mereka juga yang especially generasi baru Bhutan yang tak mengamalkan pemakanan veg terutamanya kalau mereka keluar negara.

 Not badlah lauk kentang dia nie...just korang bayangkan frenz fries tu digoreng ngan lada hijau...
 Yang nie plak...sayur-sayur tu masak air
Beras dia cam beras bario sabah tu...a bit kanji skit...so...koranag bayangkan ini menu pertama kami di Bhutan...masa nak makan tu...masing2 dah mula fikir..."Nasib baiklah kitorang dah stand by lauk extra sebelum sampai Bhutan".

Satu pesanan aku...ini tips paling berguna yang aku dapat dari tour guide aku...korang tahu tak ... lauk-lauk kat atas tu kitorg order sejam setengah sebelum sampai ke restoran makan tu...so make sure tour guide korang tu call restoran tempat makan siap-siap sebelum sampai...kalau tak...memang lambat lah jadinya...

Satu perkara yang betul2 buat aku rasa selesa di Bhutan adalah keramahan penduduknya...komunikasi di Bhutan cukup senang...sirius korang takkan ada masalah...Bahasa Inggeris mereka sebijik macam kita nya style...korang takkan ada masalah nak berorak dengan mereka. Kalau jejalan di mana-mana di Bhutan...jangan malu nak bertanya. Baik yang dok berdiri tepi jalan, dalam kedai, budak remaja sampaikan tok sami mereka pun boleh berbahasa Inggeris. Cukup kagum aku dengan tahap penggunaan Bahasa Inggeris mereka.
 Sampai ke cerok kampong pun kalau korang jumpa yang susah nak bertutur dalam Inggeris mesti ada yang akan datang tolong untuk melayan korang dalam Inggeris.
 Aku berpeluang ke Istana Bhutan sebenarnya...But so sorry tak leh amik gambar dalam kawasan istana. Dapat amik gambar ngan guard dia jer...But, satu pengalaman yang cukup menarik sebenarnya bila berada di dalam kawasan istana tu. Cuma nak cerita tak der gambar tak sedap so...rejeki aku sorang jerlah eh...

 One thing yang korang takkan menyesal ke Bhutan adalah ... pemandangan yang menjanjikan panorama ... aku tak leh nak bayang dengan kata-kata...cukup dengan Subhanallah !!! tak tercemar...tanpa gangguan pembangunan...tanpa asap...semuanya suatu yang amat baru buat aku bila sampai ke Bhutan. Bau udara yang cukup segar...tak dapat nak aku gambarkan. Keindahan Bhutan satu penyebab utama kalau aku nak jual pada yang nak membeli.
 Nak cerita...terrrlalu banyak yang aku nak kongsikan...sekali lagi penyakit malas aku datang nak menaip panjang-panjang...so to conclude blogging kali nie...aku kongsikan gambar2 dari lensa aku yang tak seberapa...sorilah kalau gambar tak cantik...maklumlah ... aku bukan cari makan dengan kamera...But those photographer out there...kalau datang Bhutan...make sure korang bawak memory card saiz besar2...sirius...banyak angle-angle menarik untuk korang jadikan bahan.