Monday, December 21, 2009

Kembali

Lama sungguh aku tak menulis dalam blog nie...diam tak diam sudah lebih hampir enam bulan blog nie kosong.
Ada juga individu yang email pada aku, kenapa lama tak menconteng kat blog nie...Tak tahu pulak aku ada pengikut sendiri dalam blog. Apa pun, aku akan cuba sentiasa up date perkembangan aku di sini dan berkongsi mana-mana maklumat yang aku ada...atau apa yang terlintas dalam fikiran ini untuk tatapan mereka yang sudi membaca.
Media massa utama di India hari ini sibuk melaporkan tentang isu beberapa tuntutan negeri-negeri di India yang sedang memohon untuk berpecah. India pada hari ini sudah ada 34 negeri. Dan pada waktu ini ada enam negeri yang mengemukakan tuntutan untuk berpecah.
Kalau dibenarkan semua tuntutan itu, India akan menjadi lebih 40 negeri. Bayangkan dengan jumlah penduduk yang melebihi 1.6 billion dan negeri yang lebih 40 buah. Bagaimana situasi politik dan pentadbiran di sini akan dapat dikawal.
Ironinya, permintaan untuk perpecahan ini dibuat oleh parti-parti politik yang memiliki kepentingan sendiri. Sebagai contoh, isu di Andhra Pradesh (AP). Sebuah parti politik memohon untuk memisahkan negeri AP in kepada dua bahagian. Bahagian AP akan diberi nama Telangana dan bahagian selatan masih mengekalkan nama AP. Kenapa mereka (Telangana) meminta dipisahkan dari peta AP ?
Jawapan mereka mudah...ini memang terkandung dalam menifesto pilihanraya dan janji parti yang memerintah kepada mana-mana parti politik (di kawasan yang pilihanraya Telangana) yang sanggup bersama Parti Congres (parti politik yang memerintah India pada waktu ini). Tetapi, dari apa yag aku mati...sebenarnya ketua parti politik yang memperjuangkan pemisahan Telangana dari AP sebenarnya hanya memperjuangkan kasta yang diwakilinya. Perkataan Telanggana itu sendiri sudah menggambarkan suku kasta yag diwakili.
Di bahagian Utara Timur juga pada waktu ini, Ghorkhaland juga sedang berjuang untuk mendapatkan sempadan mereka sendiri dalam peta India. Hanya kerana...suku Ghorka adalah kelompok yang telah mendapat tempat semasa pemerintahan British satu ketika dahulu dan mereka beranggapan mereka perlu diberikan hak untuk mentadbir penempatan di kawasan yang diduduki oleh mereka sejak dari zaman pemerintahan sebelum era kemerdekaan lagi.
Dan ada banyak lagi cerita usaha memisahkan diri dari peta negeri-negeri di India ini yang aku boleh ceritakan.
Kalau melihat kepada isu semasa yang sedang berlaku di Malaysia- aku lihat keadaan apa yang berlaku di sini, seakan-akan ada usaha yang sama sedang dijalankan untuk memisahkan Pulau Pinang dari peta Malaysia.
Idealogi untuk memisahkan mana-mana kawasan dari pemerintahan sesebuah negara pada waktu ini sebenarnya merupakan satu seni politik halus yang perlu diberikan perhatian oleh semua orang.
Aku akan ulas isu in lebih lanjut nanti. Doa-doalah kalau aku jadi rajin balik untuk menulis....

Thursday, August 27, 2009

Poco-Poco vs. Pato-Pato

Aku tengah dok memikirkan samada tarian poco-poco ini asal dari Filipina ker atau dari Indoanesia....so, sama-samalah kite baca artikel yang aku ceduk dari blog kawan aku dari Indoanesia

Balenggang pata pata

Ngana pe goyang pica pica

Ngana pe bodi poco-poco ......


Lirik di atas adalah pengenalan kepada sebuah lagu yang berjudul Poco-Poco. Lagu ini sangat popular tidak hanya di kalangan masyarakat kawanua (istilah untuk orang-orang yang berasal dari Sulawesi Utara) tapi juga di seantero nusantara bahkan dipercayai gemanya telah sampai ke negara Asia Utara.

Lagu ini memiliki rentak ceria dengan irama seperti cha-cha dan selalu diiringi dengan gerakan menyerupai senam seperti line dance yang umum dibawakan oleh para cowboy dari negara Uncle Sam. Kini gerakan senam yang selalu dibawakan secara berkelompok ini lebih dikenal dengan nama dansa Poco-Poco. Banyak orang bertanya dari mana asal Poco-Poco dan jika mendengar dari lagunya saja, pasti mereka akan berfikir bahwa Poco-Poco berasal dari Manado, Sulawesi Utara.

Kalau dilihat dari bahasa yang dipakai pada lirik lagunya memang menggunakan Bahasa Manado sehingga pasti orang akan berpikir bahwa Poco-Poco asalnya dari sana. Bahkan sebahagian orang kawanua pun menganggap bahwa Poco-Poco memang berasal dari tanah kelahiran mereka. Namun sepertinya tidak banyak yang menyedari bahawa lagu ini bukan diciptakan oleh seorang Manado. Lagu ini diciptakan oleh seorang Ambon bernama Arie Sapulette dan juga dinyanyikan/dipopulerkan oleh penyanyi Ambon bernama Yoppy Latul. Sedangkan dansa Poco-Poco sendiri, gerakan dasarnya diambil dari tarian tradisional Maluku bernama Wayase atau Maku-Maku.Sebenarnya ada sebuah kesenian tradisional asli bumi Sulawesi Utara, yaitu Pato-Pato. Pato-Pato atau yang juga dikenal dengan istilah Masamper adalah sebuah seni menyanyi dan menari khas masyarakat suku Sanger, Sulawesi Utara. Lagu yang dibawakan tidak hanya melulu bercerita tentang hubungan manusia dengan manusia tapi juga bercerita tentang hubungan manusia dengan Tuhannya bahkan hubungan manusia dengan alam sekitar. Kesenian Pato-Pato umumnya dibawakan dalam acara seperti upacara adat, perayaan hari raya keagamaan, pesta pernikahan, dan hari ulang tahun. Untuk terlibat dalam kesenian ini, kita dituntut untuk bisa bernyanyi dan menari dengan lincah. Seperti halnya Poco-Poco, Pato-Pato juga harus dibawakan secara berkelompok. Namun bedanya dalam setiap kelompok Pato-Pato memiliki seorang pemimpin yang dipanggil ‘Pangantaseng’, ia bertugas memberikan aba-aba kepada anggota-anggota yang lain, gerakan dan lagu apa yang akan dibawakan. Sebagai catatan, peserta kesenian ini diwajibkan menguasai banyak lagu Pato-Pato atau Masamper sekaligus karena kesenian ini dibawakan secara estafet atau nonstop.

Di kota tempat saya berdomisili, kesenian ini masih terpelihara dengan baik. Banyak event lokal yang dimeriahkan dengan atraksi menarik rentak tari dan lagu Pato-Pato, sebut saja ajang pesta rakyat yang rutin dilakukan setiap tahun dalam rangka memperingati haru ulang tahun kota. Selain itu, pada setiap hari Natal atau Tahun Baru ada semacam tradisi yang masih dilakukan sampai sekarang, yaitu berkunjung ke rumah-rumah yang dilakukan oleh kelompok kesenian Masamper. Di setiap rumah yang disinggahi, kelompok tersebut akan membawakan setidaknya lima buah lagu Pato-Pato dengan gerak tari yang juga berbeda-beda yang sering mengundang gelak tawa dari penghuni rumah dan siapa saja yang melihatnya.

Jika melihat kenyataan di atas, apakah kita (warga kawanua) masih patut mengklaim bahwa Poco-Poco berasal dari Manado? Dari pada mengaku-ngaku sesuatu yang masih diragukan asal-usulnya seperti Poco-Poco, mengapa kita (warga kawanua) tidak kembangkan saja Pato-Pato yang merupakan kesenian asli daerah kita sendiri. Ataukah seni budaya Sanger masih ‘dinomor-duakan’ di daerah ini ?

Thursday, May 14, 2009

Chapter 3: Demokrasi dan Diskriminasi di India

13 Mei 2009 yang lepas tamatlah sudah rally pilihanraya di India. Sekarang tempoh masa yang agak getir bagi parti-parti politik di India menelek nasib berharap kemenangan akan berpihak kepada mereka. Proses kiraan undi di India terpaksa mengambil masa yang lama. Maklumlah, pengundi yang mengundi pun dah mencatatkan angka 300 juta !!!



Satu proses yang memeningkan kalau etika demokrasi cuba diamalkan di India.



Isu undi hantu pun berlaku di sini. Isu nama pengundi tidak terdapat dalam senarai juga ada. Paling best, percaya atau tidak kalau aku bagi tau 25% mereka yang mencalonkan diri untuk dilantik sebagai wakil rakyat dalam parlimen India adalah individu yang pernah disabitkan atas kesalahan jenayah. Incredible India !!! Penjenayah pun masih nak jadi wakil rakyat. DAN, sejarah India pernah mencatatkan bahawa memang terdapat bekas penjenayah yang pernah menjadi wakil rakyat di Parlimen.



PELIK ?!!! Takder yang dihairankan sebenarnya. Bila aku belek-belek akhbar harian tentang perkembangan pilihanraya di sini. Aku perasan yang hampir kesemua calon-calon wakil rakyat adalah datang dari golongan jutawan atau billionwan. Dalam undang-undang pilihanraya di India. Pesuruhjaya Pilihanraya India membenarkan kalau wakil rakyat ingin menyumbangkan wang kepada kawasan pengundia mereka. Kalau dalam bentuk frasarana...tiada had. Itu pada aku okeylah kot...kemudahan untuk penduduk setempat. TAPI, bakal wakil rakyat juga dibenarkan memberi wang kepada pengundi sebelum hari mengundi. Dalam bahasa kasar kita politik wang atau beli undi. Cuma mereka meletakkan had tidak boleh lebih dari Rs1,000.00 lebih kurang RM80.00 gitu.



Kalau inilah berlaku di Malaysia dah tentu ramai yang kena panggil SPRM.



Dalam keadaan ketidak stabilan politik di India. Tetapi, sebagai orang luar yang bekerja di sini. Aku tidak rasa macam terancam. Memanglah dari semasa ke semasa kena waspada dengan apa yang berlaku disekeliling. Cuma apa yang aku nak sampaikan di sini. Walau apa pun yang berlaku di negara kucar kacir ini, peluang dan ruang untuk merebut kesempatan masih luas. Samada dari segi perniagaan atau pelaburan.



Kenapa perkara kontra ini boleh berlaku di sini ? Semuanya kerana rakyat India perlu survive dalam keadaan ekonomi dan sistem kasta yang masih diamalkan dalam budaya mereka.


Kalangan mereka perlu ada keinginan yang tinggi kalau rasa nak mengubah hidup. Mereka perlu ada daya survival untuk hidup. Pendidikan yang tinggi kadang kala tidak menjaminkan apa-apa dalam kehidupan di sini. Hanya mereka yang tahu memanipulasikan keadaan dan sekeliling akan mampu bertahan dan terus maju.



Ekonomi di India sebenarnya masih mampu bertahan dari sengsara kegawatan yang dialami dunia pada masa kini. Ekonomi melalui sistem konvensional amalan dunia hanyalah analisa atas kertas yang mewakili kurang separuh dari apa yang patut dicatatkan. Kekuatan ekonomi India sebenarnya terletak pada ekonomi mikro "black money"nya. Niaga tanpa rekod yang masih diamalkan di India. Atau, niaga untuk elak cukai dari kerajaan India. Pernah dikatakan oleh rakan-rakan aku di sini, kalau semua duit warga negara India diluar negara dibawa balik ke Inida...jumlah wang tersebut sudah mampu membeli negara Asean.


Sebab itu, politik di India selalu kecoh dan tak pernah stabil. Kerana, pemain politik akan cuba untuk memastikan periuk nasi mereka sentiasa terjaga dan berisi kembung-kembung. Bila mereka berjaya menang dalam politik. Maka mengawal kuasa atas tahta yang dipegang bakal menjanjikan segal-gala impian mereka dapat dicapai.

Tuesday, May 5, 2009

Bahasa Jiwa Bangsa

Petikan dari Utusan online hari ini
Sasterawan negara sepakat tolak PPSMI

KUALA LUMPUR 5 Mei - Lima Sasterawan Negara buat pertama kalinya menyatakan pendirian bersama menolak Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Malah dua daripada mereka yang hadir pada sidang akhbar hari ini iaitu Datuk A. Samad Said dan Profesor Muhammad Salleh sedia ditarik balik gelaran berkenaan jika keadaan memerlukan. Muhammad mengakui apa yang lebih penting adalah bahasa Melayu perlu kembali dimartabatkan sebagai bahasa ilmu di sekolah dan universiti demi masa depan bahasa itu sendiri.

"Kita tidak menentang penguasaan bahasa Inggeris kepada anak-anak kita tetapi kaedah pembelajaran yang perlu diperbaiki supaya lebih berkesan.

"Kerajaan perlu merujuk kepada model pengajaran bahasa dari negara Denmark, Sweden, Norway, Belanda dan Belgium yang pengajarannya lebih baik walaupun pelajaran bahasa Inggeris hanya mula diperkenalkan di sekolah menengah,'' katanya.

untuk bacaan selanjutnya:
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku sebenarnya agak pelik. Kenapa mesti perkara bahasa dalam pengajian Matematik dan Sains nie jadi isu besar di Malaysia. Sepatutnya kita perlu menyokong hasrat dan implementasi bahasa Inggeris dalam dua subjek ini.
Bukan niat aku untuk menidakkan kepentingan bahasa Melayu dalam menyerapkan elemen jati diri sebagai bangsa Melayu. Tetapi, kalau difikirkan kembali...apakah dengan pengajian dan pembelajaran HANYA dua buah subjek akan menjejaskan jati diri bangsa seseorang Melayu tersebut.
Cuba kita renung dan fikir secara mendalam. Dalam kurikulum sekolah di Malaysia pada hari ini. Loceng sekolah akan bermula seawal jam 7.30 pagi untuk sessi pagi. Para pelajar akan balik mungkin dalam pukul 2.00 petang...Sessi persekolahan di Malaysia pada kebiasaannya akan memerlukan seseorang pelajar sekolah mengikuti pembelajaran 6 jam...okey 5 jam dengan sejam rehat. Seminggu ada 30 jam. Mata pelajaran Matematik dan Sains dicampur dengan Bahasa Inggeris mungkin akan mewakili separuh dari tempoh pembelajaran formal mereka di sekolah.
Dari sini, aku tak nampak lojiknya jati diri Melayu boleh terjejas sekiranya kita mengamalkan pembelajaran dalam bahasa Inggeris walaupun separuh daripada tempoh pembelajaran dalam seminggu di gunakan dalam bahasa perantara Inggeris.
Aku tak kata aku fasih berbahasa Inggeris. Tetapi, aku berkata melalui pengalaman aku sebagai seorang pelajar, mahasiswa, dan sekarang bekerja di perantauan. Masa zaman persekolahan, cikgu aku sering menggalakkan kami berkomunikasi dalam bahaasa Inggeris dan bahasa Arab. Sewaktu di alam universiti, ini tempoh waktu yang paling mencabar bagi aku. Pensyarah mengajar dalam bahasa Melayu. Tetapi, rujukan dan sumber pembelajaran dalam bahasa Inggeris. Bila masuk ke dunia pekerjaan aku mula melatih diri bercakap dalam bahasa Inggeris. Kerana aku tiada pilihan sekiranya ingin maju dalam kerjaya.
Sekarang, aku masih anak Melayu. Dan aku tetap berbangga bergelar bangsa melayu yang sedang bekerja di perantauan orang. Masih boleh membaca dan menulis jawi. Berapa ramai anak melayu yang mampu menulis dan membaca jawi pada hari ini.
Pada aku, kerajaan Malaysia perlu tegas sekiranya ingin memastikan negara mampu melahirkan cendikiawan yang berkualiti. Pengajian atau pembelajaran dalam bahasa Inggeris hanya isu kecil yang tidak perlu diperbesarkan. Banyak lagi isu-isu yang lebih penting untuk di benteras selain bahasa yang dikatakan tunggak jati diri bangsa.
Jangan jadikan negara-negara lain sebagai asas dalam hal ini. Jepun katanya tanpa bahasa Inggeris boleh maju dalam sains teknologi. Tetapi, dengan kebanggaan kepenggunaan bahasa nippon ini juga bangsa mereka terus hancur dengan nilai-nilai kesopanan.
Paling penting sebenarnya, kita perlu berjuang agar profesionalisme perguruan itu sendiri ditingkatkan. Aku percaya ramai cikgu dan guru yang ada kat Malaysia sebenarnya agak cuak untuk mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Kalau aku silap buktikan dan sambut cabaran ini demi memastikan anak-anak Melayu maju dalam pendidikan !!! Sepatutnya golongan dalam profesionalisme ini perlu menyahut cabaran sekiranya mereka menganggap kerjaya pendidikan adalah satu tanggungjawab. Mereka juga perlu sedar, kesinambungan warisan bangsa Melayu terletak ditangan mereka untuk masa depan.

Thursday, April 16, 2009

Chapter 2: Demokrasi dan Diskriminasi di India

Hari ini bermulanya Fasa Pertama rakyat India mengundi bagi memilih wakil rakyat mereka di parlimen. Kalau di belik-belik surat khabar. Isu-isu dalam senario politik India- kempen parti, permasalahan sosial, pembangunan, kemanusiaan dan macam-macam laii isu yang dimainkan oleh penulis-penulis India.

Semuanya dibuat bagi menyedarkan rakyat India tentang betapa pentingnya mereka keluar mengundi dan memilih calon pemimpin yang mampu mengubah nasib kehidupan mereka untuk 5 tahun akan datang.

Dari perbualan aku dengan rakan-rakan di India. Mereka cukup teruja untuk mengundi. Masing-masing berkeinginan agar kerajaan yang bakal memerintah India adalah kerajaan yang boleh menjadi negara ini seperti mana negara membangun yang lain. kalau diperhatikan, India sebenarnya sebuah negara yang terus membangun. Dari segi ekonomi terutamanya. Tetapi, sayang agihan kekayaan yang dinikmati oleh negara tidak mampu untuk disalurkn kepada insan mereka yang berhak.

Pelik ? Kalau dibuat senarai mereka yang bergelar biilionaire di dunia (bukan jutawan lagi...biliionwan) pastinya ada 5 atau lebih nama individu tersebut yang datang dari negara ini. Hakikatnya, negara ini masih bergelut dengan masalah sosio budaya penduduk yang tiada rumah, pengangguran, kebersihan, dan macam-macam lagi masalah pembangunan yang perlu ditangani oleh kerajaan India.

Kesedaran untuk mengubah corak kepimpinan dalam arena politik di India pada waktu ini semakin menebal. Tapi, aku masih agak pelik dengan parti-parti politik di India nie. Para calon-calon yang bertanding bila berkempen masih menumpukan kempen mereka di kawasan-kawasan bandar. Walhal, sebenarnya peratusan pengundi yang berdaftar banyak dari kalangan penduduk yang bermastautin di kawasan kampung-kampung.

Antara yang menarik dalam statistik pilihanraya di India nie. Peratusan pengundi dari golongan muda. Anatara umur 18 ke 25 tahun mereka sebenarnya mewakili lebih 35 peratus dalam kelompok rakyat yang berhak mengundi. Dan yang paling menarik lagi, pengundi pos dari kalangan tentera dan polis, kedua-dua unit beruniform in juga sudah mewakili lebih 15 peratus. Kalau digabungkan kedua-duanya, jumlah peratusan undi yang boleh mengubah lanskap pemerintahan India adalah datang dari kalangan muda dan unit beruniform.

Bila dilihat dari jumlah keseluruhan pengundi di India. Bilangan mereka lebh ramai dari angka pengundi semasa pilihanraya di Indonesia mahupun d Amerika. India memiliki lebih 500 juta pengundi berdaftar. Bayangkan betapa besarnya jumlah angka tersebut.

Dengan jumlah pengundi yang begitu besar, India dilihat sebagai sebuah pengamal demokrasi terbesar dalam dunia. Bila aku berkata tentang demokrasi di India, rata-rata rakyat India akan dengan nada riak dan bangganya akan mengatakan bahawa tiada sebuah negara di dunia ini yang mengamalkan demokrasi secara total selain negara India. Setiap warga negaranya akan mempunyai kuasa untuk meluahkan pendapat dan bertindak atas dasar fikiran demokrasi.

Itu kata mereka. Tetapi aku telah melihat dan melalui demokrasi yang mempengaruhi rakyat India. Sehinggakan budaya dalam kehidupan mereka akan turut berlandaskan domokrasi katanya. Media massa terlalu bebas dalam menyuarakan luahan isi hati penulis. Dala perlakuan terlalu bebas samada moral dan sosio. Segala-gala di India menjadi boleh dilakukan (kecuali perlakuan jenayah) boleh dilaksanakan di India tanpa sekatan atas dasar nama demokrasi. Sehinggakan undang-undang yang dibentuk pun masih boleh diubah dan merubah mengikut suara demokrasi.

Bila perlembagaan dan undang-undang terlalu kerap berubah mengikut dasar demokrasi...maka mereka yang duduk dikelompok minoriti akan terasa diskriminasi.

Kalau kita di Malaysia minoriti memanglah sesangat kecil jumlah angkanya. Tetapi kalau di India nie....minoriti masih besar jumlahnya. Macam contoh, orang muslim di India. Kami di India nie dikatagorikan sebagai penduduk minoriti di India...Tetapi, jumlah muslim di India sebenarnya lebih 120 juta orang.

Nanti aku cerita lagi pasal isu nie untuk tulisan akan datang...

Thursday, April 2, 2009

Chapter 1: Demokrasi dan Diskriminasi di India

Pada waktu ini, di India media-media massa dengan sibuk dengan cerita berkenaan dengan pilihanraya umum yang bakal dilangsungkan dari 16 April sehingga 16 Mei depan. Bayangkan mereka menjalankan proses demokrasi paling lama tempoh pilihanrayanya dalam dunia.

Pilihanraya untuk menentukan pemerintahan dan penentuan hala tuju negara yang dikatakan bakal menjadi kuasa besar dunia suatu hari nanti.

Kalau nak diceritakan tentang pilihanraya India, banyak fakta menarik yang boleh aku kongsikan. Bayangkan, mereka (rakyat India) akan mengundi untuk memilih lebih 500 orang pemimpin yang bakal menduduki kerusi parlimen. Parti-parti politik yang bertanding di India pada hari ini dikatakan lebih 100 parti tidak termasuk individu yang bakal bertanding untuk kerusi bebas. Kawasan paling sedikit jumlah pengundinya adalah seramai lebih 44,000 orang. Paling ramai lebih 250,000 orang. Secara keseluruhannya jumlah pengundi yang berdaftar dan layak mengundi untuk menentukan nasib negara India adalah dikatakan lebih 500 juta orang !!!

Pilihanraya India juga merupakan suatu proses demokrasi paling besar dalam dunia. Malah, negara Amerika dan China pun tidak seramai jumlah pengundi di India. Cuba bayang, betapa kecohnya negara ini bila bertanding pilihanraya. Macam-macam cerita sensasi, kontraversi, demontrasi, korupsi dan banyak lagi yang boleh diikuti di sini.

Berbanding dengan kita di Malaysia, kalau dilihat pada masa Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu. Angka sememangnya kita tidak boleh jadikan kayu pengukur dengan negara India. Tetapi, suatu perkara yang menarik juga aku nak ceritakan di sini. Suruhanjaya Pilihanraya di India aku lihat nampak lebih tegas dari SPR kita di Malaysia.

Bayangkanlah, jangan kata Pesuruhjaya Pilihanraya...malahan pegawai rendah yang diberikan tugas untuk memastikan borang penamaan calon pun punya kuasa untuk melucutkan hak bertanding bakal-bakal pemimpin yang berhajat untuk bertanding. Kesemua pegawai dan kakitangan Suruhanjaya Pilihanraya India dilindungi oleh akta dan polis dari disentuh atau sebarang perkara yang tidak diingin oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ada satu kes baru-baru ini, seorang pemimpin telah dikeluarkan waran tangkap oleh Suruhanjaya Pilihanraya India hanya kerana penyokong pemimpin tersebut menengking-nengking pegawai tersebut (tak sentuh dan tak keluar kata-kata kesat pun) hanya kerana pemimpin yang disokong terpaksa menunggu giliran yang lama untuk mendapatkan borang. Yang menariknya pegawai tersebut kerjanya hanya jadi tukang bagi borang pecalonan. Bukan pegawai yang akan mengesahkan borang atau menerima pecalonan.

Poster - parti bertanding yang memasang poster sesuka hati akan menyebabkan pecalonan digugurkan tanpa sebarang rayuan. Kita kat Malaysia...? Adalah orang yang tukang turunkan, esok tetap boleh bertanding.

Masa berkempen kalau ceramah yang menyentuh isu sensitif, esok terus kena national Security Act (macam ISA kita di Malaysia sini dipanggil NSA). Masuk jail terus, bicara kemudian. Bertanding ? jangan mimpilah...

Banyak sebenarnya ketegasan yang terpaksa mereka buat demi memastikan keselamatan dan kelancaran untuk proses demokrasi berjalan dengan seadanya di India ini. Kita rakyat Malaysia baru 25 juta orang. Tak sampai pun 5 peratus dari jumlah rakyat India. Tetapi, bila kecoh...satu dunia tahu.

Ini hanya permulaan. Aku akan sampaikan perkembangan semasa pilihanraya India untuk renungan kita bersama pada tulisan akan datang.

Monday, March 2, 2009

Pokok Tempat Bersidang ?!!!

Berita hari ini dari tanah air cukup menggelikan hati aku. Pertama kali rasanya dalam sejarah Malaysia Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri bersidang di Bawah pokok untuk memutus sesuatu keputusan.
.......................................................................................................................................................................

(Petikan dari Berita Harian Online: 3 Mac, 2009)
Nizar akan menghadap Sultan Perak untuk persembah keputusan bubar DUN

IPOH: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, berkata beliau akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, bagi mempersembahkan keputusan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di bawah pokok sebentar tadi yang meluluskan usul pembubaran Dewan. "Kami akan menyediakan beberapa dokumen perlu sebelum memohon untuk menghadap baginda Sultan Perak," katanya kepada pemberita selepas sidang tergempar DUN Perak itu selesai. Sidang tergempar yang diadakan di bawah pokok berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan itu turut meluluskan undi percaya terhadap Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Ia dipengerusikan Speaker, V Sivakumar, dan dihadiri 27 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pakatan pembangkang lain.
Bagaimanapun, kesahihan sidang tergempar itu dipersoalkan.
.........................................................................................................................................................................

Jemput jengok tulisan aku yang terdahulu:
http://loloqxrules.blogspot.com/2008/10/keramat-pokok-besar.html

Friday, February 20, 2009

Melayu: Hubungan India dan Suku Kaum Batak

Kali ini aku cuba kupaskan kisah bangsaku sendiri lagi sekali. Cerita asal usul melayu. Aku tertarik dengan satu petikan dari satu blog dari Indonesia. Cerita tentang suku kaum batak yang terdapat di Indonesia. Cuba baca dahulu dan amati hubung kait antara kaum bangsa melayu dengan India yang pernah aku ceritakan dalam tulisan aku yang dahulu.





Karakteristik dari rumpun Melayu Proto ini yang dipegang selama beribu-ribu tahun adalah lebih senang tinggal didaerah-daerah pergunungan yang tertutup atau terpisah atau istilah yang dipakai penulis "Splendid Isolation". Sifat ini berlainan sekali dengan rumpun Melayu Neo atau Melayu Deutro (Jawa, Bugis, Aceh, Minangkabau, Sunda, Madura, dan lain-lain) yang lebih senang tinggal di daerah pesisir pantai, di dataran terbuka tanpa ada pergunungan-pergunungan yang menghalangi.



Rumpun Melayu Proto ini bertahan ribuan tahun dipergunungan perbatasan Burma sampai akhirnya bergeser kerana datangnya gangguan dari ekspansi bangsa Mongol sekitar lebihkurang 1000 tahun sebelum Masehi. Sebahagian besar sampai ke tepi laut di Teluk Martaban. Ditepi laut ini lah suku bangsa Batak sedikit terpengaruh oleh budaya Hindu (terlihat dari beberapa istilah seperti: Debata, Surgo, Batara, Mangaradja, dan lain-lain) Namun karna sudah terbiasa hidup di daerah pergunungan, Melayu Proto memberanikan diri menyeberang lautan mencari tempat yang cukup aman dan terisolaso untuk ditinggali. Mereka tersebar ke berbagai daerah dan salah satunya Suku Bangsa Batak mendarat di Pulau Andalas. Namun langsung terpecah lagi ke beberapa daerah.

• Gelombang pertama: berlayar terus dan mendarat dipulau-pulau: Simalur, Nias, Batu, Mentawai, Siberut, dan lain-lain;

• Gelombang kedua: mendarat di Sungai Simpang (Singkil yang sekarang), mencari lokasi tertutup di pedalaman, bergerak naik sepanjang Sungai Simpang Kiri, dan berhenti di Kuta Cane. Dari situ mereka menduduki pedalaman Aceh. Merekalah yang menjadi orang-orang Gayo dan orang-orang Alas. Hal inilah mungkin menjadi latar belakang mengapa hubungan antara Si Singamangaraja XII dengan Aceh (khususnya Gayo dan Alas) ini sangat erat. Saling kunjung mengunjungi dan juga bantu-membantu dalam perang melawan Kolonialisme Belanda;

• Gelombang ketiga: mendarat di Muara Sungai Sorkam, antara Barus dan Sibolga. Memasuki pedalaman melewati Doloksanggul mencari kawasan tertutup, dan berhenti di kaki gunung Pusuk Buhit, di tepi Danau Toba sebelah barat, diseberang Pangururan yang sekarang; dan

• Sisanya mendarat di Pandan/Pulau Panay, di Malambungan/Pulau Lawan, dan di Pampanga/Pulau Luzon, semuanya di daerah Filipina. Merekalah orang-orang Filipina yang hingga kini mengaku dirinya Suku Batak. Benar Batak itu adalah Melayu, tepatnya Melayu Proto. Dan benar juga orang Batak itu berasal dari Thailand. Rujukani dari Buku Tuanku Rao karangan Mangaradja Onggang Parlidungan dan Buku Ahu Sisingamangaradja karangan W.B. Sijabat.

Nota:

Apa yg aku tahu tentang makna MELAYU ?

Mungkin antara kita banyak terfikir bahawa MELAYU diambil dari perkataan Indonesia. Tetapi, pada aku itu satu kesilapan. Perkataan MELAYU itu sebenarnya gabungan dua bahasa. Ia diambil dari perkataan MELA, dari suku kata perkataan Malayalee (salah satu bangsa di Selatan India yang dipanggil Malayalam) dan Ayu itu barulah suku kata yang diambil dari perkataan AYU yang biasa didengari dari Indonesia.

Apa makna "MELA" ?

Ia bermaksud, sebuah masyarakat yang tinggal di kaki bukit atau gunung.

"AYU" ? Cantik.

Jadi MELAYU itu bermaksud. Suku bangsa yang tinggal di kaki bukit atau gunung yang cantik-cantik rupanya.

Bangsa melayu sememangnya terkenal dengan sopan santung. Paras yang menawan. Jadi, perkataan MELAYU itu seharusnya menjadikan kita sebuah bangsa yang unggul.

Perkataan MELAYU itu seharusnya bukan dibaca dengan ejaan meLAYU. Tetapi, MELAYU itu adalah sebuah bangsa cantik, kacak, dan rupawan tata tertibnya.

Kita, lihat dari hasil artikel ini juga menyatakan bahawa- masyarakat Melayu Proto ada pengaruh hindu dalam budaya mereka suatu ketika dahulu. Harus aku sampaikan pada yang membaca...kisah tentang sejarah kegemilangan Lembah Bujang sebenarnya juga ada tercatat di dinding kuil-kuil hindu di Selatan India sejak kurun kedua masihi. Perkataan "KADARAM" yang tercatit pada dinding kuil-kuil ini merujuk kepada kerajaan KADARAM atau KEDAH.

Justeru, aku berani katakan. Bangsa Melayu yang aku, kau dan semua yang bergelar Melayu pada hari ini sebenarnya adalah serumpun dengan masyarakat India di sini. Terutamanya, dari Selatan India.

Tetapi, kenapa mesti permintaan HINDRAF tidak dilayan oleh kerajaan Malaysia ?

Harus juga aku ingatkan. Rumpun Melayu Tanah Malaya dan bangsa di Selatan India yang aku kata serumpun dengan masyarakat Melayu pada hari ini adalah isu yang berbeza. Aku tidak mahu, buah fikiran aku ini menjadi kontroversi dan dijadikan sumber ilmiah. Namun, kalau ada yang mengangap demikian. Kajian secara saintifik perlu.

Aku hanya melontarkan apa yang aku temui dari pembacaan dan pemerhatian selama aku di bumi Indiyeah ini. Aku hanya mahu manusia meneliti dan sentiasa kembali menginsafi asal usul mana datangnya warisan dan susur galur keturunan mereka.

Kata-kata bijak pandai menjadi kebenaranya bila kita memikirkan semua ini secara serius:

"Kemewahan itu, belum tentu dapat diwarisi"

"Kepandaian itu, belum tentu dapat diperturunkan"

Wednesday, January 21, 2009

Raja Aoka dan Orissa: Part II

Aku rasa sebelum nie aku ada ceritakan tentang Kolkata di Timur Bengal, India. Bandar yang sepatutnya boleh menjadi kebanggaan India. Tetapi, pada waktu ini bandar Kolkata tidak lebih daripada bandar yang agak menyedihkan untuk diduduki. Sejarah kemajuan dan kesibukan ekonomi Kolkata tidak dapat diteruskan sepertimana yang pernah termasyhur dahulu.

Sama dengan Orissa. Tercatatnya sejarah Raja Asoka dan kelahiran agama Buddha di negeri ini tidak menggambarkan apa yang dipertontonkan pada umum diwaktu ini. Aku tidak mengatakan Raja Asoka menyebabkan Orissa agak mundur. Tidak juga aku mengatakan ajaran pada agama Buddha menyebabkan negeri ini serba kekurangan. Tetapi, apa yang aku belajar dari senario yang ada di depan mata aku pada waktu ini. Andai kemahuan dan cita-cita yang disandarkan pada nasib dan waktu yang menentukan. Ditambah dengan harapan dilandaskan pada angan-angan. Tiada apa yang mampu ciptakan atau diubah sama sekali.

Rata-rata apa yang aku dapat lihat, penduduk di sini ada pengaruh ikutan apa yang aku lihat di Kolkata. Malas, suka melepak, melangok, dan macam-macam lagi sikap yang tak patut ada kalau rasa diri ingin maju tidak direalisasikan dengan tindakan dalam diri.

Kedai bukan pukul 11 pagi. Pergi kerja ikut suka hati. Pakaian ikut sedap rasa nak pakai.
Tetapi, mujur masih ada yang ingin berusaha. Masih ada yang ingin cuba membetulkan keadaan diri mereka. TETAPI, sekali lagi sikap ego manusia yang aku pernah tuliskan dahulu menyebabkan negeri ini sukar dimajukan tanpa sogokkan pelincir.

Kekadang aku kesian melihat gelagat manusia yang tak pernah penat untuk menghulurkan tangan meminta simpati untuk mengalas perut mereka di sini. Tetapi, dalam hati aku...sedangkan masyarakat sekeliling pun tak mengambil kisah. Apakah kehadiran aku sebagai orang luar perlu mengambil tempat orang yang tinggal disekeliling mereka ?!!!

Bila dah ada kat negara orang nie...bila di sini...banyak teladan yang aku belajar sebenarnya. Pendek kata, bersyukurlah menjadi rakyat Malaysia. Kerana nikmat sebagai penghuni di bumi yang aman dan makmur tidak dapat dirasai oleh mereka yang ada di sekitar aku pada waktu ini.

Sekali lagi, sejarah kegemilanga sesebuah bangsa dan negara bukan satu jaminan ia mampu diwarisi utuk generasi akan datang. Tetapi, ia hanyalah sebagai tauladan agar insan yang lahir selepas sejarah mampu memperbaiki dengan merujuk kesilapan lampau.

Tuesday, January 20, 2009

Raja Asoka dan Orissa

Lama aku tak menulis dalam blog. Banyak kerja yang perlu aku selesaikan selepas balik dari Kuala Lumpur. Maklumlah masuk tahun baru, macam-macam perkara kena buat. Kerja pejabat pun leh kata agak banyak dengan tenaga kerja yang ada pulak berapa kerat.

Pada waktu blog ini ditulis, aku berada di Bhubaneswar. Ibukota kepada negeri Orissa. Kalau boleh dipanggil Ibukotalah. Takderlah besar sangat. Nak ikutkan, bandar Kuantan lagi best. Mungkin kalau peminat Datuk Shah Rukh Khan akan perasan salah satu filem yang dia belakon dalam Asoka akan tahu tentang Orissa. Malah kalau masa belajar sejarah dulu zaman sekolah, ajaran agama Buddha dikatakan berasal dari Orissa. Di sinilah dikatakan kelahiran pengasas dan agama itu sendiri. Orissa merupakan destinasi terakhir raja Asoka. Daripada raja yang dikenali dengan karektor garang, gagah, berani tak keterlaluan kalau aku kata sejarah pemerintahan dia ada juga yang mengatakan dia nie kejam.

Aku sampai ke bandar Bhubaneswar pagi. Dari New Delhi flight pukul 7.00 pagi. Dalam satu jam empat puluh minit aku sampai ke bandar ini. Aku tak derlah nak mengharapkan suatu yang terlalu menarik tentang bandar ini. Seperti yang aku dah bayangkan, bandar nie takder benda yang menarik. Aku ke sini pun sebab kerja bukannya bercuti. Walaupun takder yang menarik. Tapi itu dari segi skop kalau nak bercuti, ini bukan tempatnya. Tapi, bandar ini ada potensinya yang tersendiri. Seperti biasa aku tak berminat untuk bercerita tentang kerja. Just nak berkongsi apa yang aku dapat di sini.

Apa yang menarik perhatian aku tentang bandar ini ? Sesampai sahaja di airport, mata aku dah terpandang patung-patung yang menghiasi sekitar bandar Bhubaneswar. Bukan aku tak biasa dengan patung-patung yang dibina di India nie. Cuma aku rasa ada sedikit kelainan berbanding tempat-tempat lain.

Boleh katakan disetiap penjuru jalan akan dapat dilihat patung-patung perempuan dalam keadaan yang eksotik. Patung-patung yang ditayang banyak menonjolkan elemen tubuh badan perempuan dalam keadaan yang aku boleh kata menjolok mata dalam bahasa orang kita. Tapi, di sini keadaan ini dianggap sebagai suatu yang tak perlu diambil endah pun.

Aku jadi agak sedikit pelik sebenarnya. Sepengetahuan aku, kalau bercerita tentang sejarah keghairahan kaum wanita di India bila bercerita tentang SEKS...perkataan pertama yang akan terkeluar dalam fikiran kita tentunya KAMA SUTRA. TETAPI, sebenarnya sejarah tentang kama sutra berasal dari negeri Madya Pradesh. Jauhnya beratus kilometer sebenarnya. Kenapa takder patung lelaki ? Aku cuba-cuba nak bertanya juga tentang nie. Tapi, rasanya orang-orang sini pun tak berapa tahu tentang motif kewujudan patung-patung perempuan yang ada disekeliling mereka. Tengoklah kalau aku boleh dapat jawapannya, aku akan bagi tahu untuk tulisan akan datang.

Tapi, suatu yang menarik info yang aku dapat hari ini adalah tentang pulau Bali, Indonesia. Pada zaman dahulu, masyarakat Orissa sebenarnya telah menjelajah sehingga pulau Bali untuk berdagang. Sebab itu, tidak hairanlah kalau kita pergi ke pulau Bali, pengaruh agama Hindu terlalu kuat di Bali dan sekitarnya. Agama Hindu ?!! Kenapa bukan Buddha ? Ini satu perkara yang agak menarik juga kalau kita belajar dari sejarah. Agama hindu sebenarnya telah wujud lebih awal dari agama Budha. Dan, kebanyakkan pelayar yang menjelajah keserata Nusantara dari India adalah dari penganut Hindu. Berbanding dengan ajaran Buddha. Kebanyakkan sami-sami Budha lebih senang duduk di kuil mereka dan menyampaikan ajaran bagi mereka yang berminat datang kepada mereka. Itu kata orang-orang di sini.

Tetapi pada aku, setelah duduk di sini lebih 10 bulan di bumi India. Sebenarnya fakta semasa dah jelas menunjukkan bumi India sebeanarnya banyak melahirkan pemikir dan ilmuan. Sejak dulu lagi bumi ini banyak melahirkan cerdik pandai. Sampai hari ini pun, ramai saintis yang ada di sekitar dunia pun datang dari bumi India atau pun keturunan India. Aku banggakan India ? Tetapi, apa yang aku cuba sampaikan. Sejarah membuktikan bangsa yang terkenal dengan aktiviti pelayaran banyak melahirkan ilmuan. Tak kiralah bangsa eropah, amerika, mahupun arab. Pastinya bangsa sebegini akan melahirkan generasi yang ramai cerdik-cerdik orangnya.

Aku akan cerita lagi tentang apa yang aku belajar di Bhubaneswar untuk akan datang. Laparlah, nak gi makan dulu...