Thursday, August 25, 2011

Kad Raya untuk Semua

Seandainya ada salah dan silap sepanjang aku menulis mohon di maafkan...tak terniat untuk menyakiti mana-mana pihak...hanya sekadar meluahkan pemikiran akal agar kita sama-sama dapat berfikir secara rasional dan memupuk bibit kedamaian sejagat.

Salam Aidilfitri dari kami...

Kepada yang memandu tu...berhati-hatilah dijalan raya....


Wednesday, August 17, 2011

Ramadhan dengan Jadual Baru

Ramadhan tahun ini aku memulakan jadual dan rutin harian baru di New Delhi. Anak sulong aku mula masuk ke sekolah di sini. Kena plak sekolah tu tak kasi orang lain hantar...kena penjaga juga yang hantar. Aduh...agak parah sikitlah pagi aku.

Aku tak tau sangat nak tulis apa blogging kali nie....(pale tengah tepu dok fikir nak tido aje lagi tadi). So, aku kongsikan jadual harian aku di New Delhi sempena bulan Ramadhan tahun ini.

03.30 pagi
Bini aku kejutkan aku bangun sahur. Kalau aku terjaga awal, biasanya aku tolong-tolonglah sikit kerja yang ada di dapur tu.

Siap makanan atas meja...makan sahur ler per lagi...pada waktu ini subuh masuk dalam pukul 4.28 pagi. Masa awal-awal puasa dulu, subuh masuk dalam kul 3.50 lebih gitu. Tahun depan cabaran akan lagi lebih. Sebab, Ramadhan dijangkakan akan jatuh pada musim panas. Makanya, subuh akan jatuh pada pukul 3.30 ke 3.45 lebih kurang gitu.

Selesai makan sahur, bila dah masuk solat subuh...solat jemaah dengan bini aku. Bila selesai, aku biasanya ambil peluang baca al quran dalam masa setengah jam gitu...dalam pukul 5.00 ke 5.15 pagi selesai baca al quran aku tukar baju sambung tidur balik. Tapi tak leh lelama...sejam jer...just nak ambil sikit ruang merehatkan diri. Sebab...

06.30 pagi
Kena kejut anak teruna aku yang sorang tu...die nie agak liat sikit nak bangun pagi...Kalau dah bukak mata, bukannya nak terus bangun...berangan dulu...khayal...dah kena jerkah ngan aku baru bangkit dari katil. Aku pun kenalah mandi...nak hantar die ke sekolah skali dengan pergi kerja.

Aku selalunya akan suruh anak-anak aku bersarapan pagi. Ini dah macam satu kemestian bagi kami.

07.45 pagi
Ini time kritikal...apa jadi sekali pun tayar kereta kena bergolek masa nie. kalau tak aku akan sangkut dalam jem. Jarak dari rumah aku ke sekolah anak aku nie (American Embassy School) tak derlah jauh sangat...Tapi, peel orang sini kekadang yang mengejar masa dengan tak reti nak hormat orang lain tu yang buat jalan jem kekadang.

08.10 pagi
Biasanya time macam nie aku dah sampai sekolah die...Hantar sampai depan pintu kelas lagi gitu...

Selamat masuk kelas terus aku bergegas balik rumah semula untuk...

08.40 pagi
Sampai rumah ambil anak aku yang nombor dua plak...Hantar die ke kindder garden then baru boleh gi pejabat...

09.00 pagi
Masuk pejabat terus buat kerja kalau ada...firstly bukak email...tengok any new thing yang kena update. Bulan puasa nie kalau ada kerja memang kena setelkan sebelum pukul 12.00 tengahari. Sebab...taw-taw jerlah orang KL kalau dah masuk kul 2.30 petang mana ada yang duduk kat meja...Kompom, dah ada yang balik menginggah ke bazar Ramadhan.

Masuk zohor...aku solat ler...then, gegas semula ambil si anak dara aku then terus ke sekolah abg dia plak...Hantar rumah...masuk balik ke Pejabat...Perrrgghhh !!!! Kalau boleh minum time nie memang dah aku gogok dah air..Kena time panas...aduh...tuhan jer taw...

Tapi, kalau dah tak der kerja..biasanya aku amik kesempatan tidur jer kat bilik opis aku time-time petang nie...abid tu dah orang KL pun tak der kat opis kan...aku plak kalau time puasa nie maleh nak amik appoitment petang-petang...so, kan elok bantai tidur sekejap sebelum masuk asar...bukan apa...letih ooo...

04.10 petang
Lepas solat asar...belek-belek email last kopek...belek-belek apa nak buat esok...then, cabut balik ler..cuma aku memang terus bali...sini mana ada bazar Ramadhan. Unless kalau bini aku kirim apa-apa kenalah singgah ke kedai dulu.

samapai rumah...main-main ngan anak-anak...biasanya aku cuma bacakan buku cerita jer ngan anak lelaki aku yang sorang tu...

06.15 petang
Mandikan budak-budak...sambil bini aku memasak kat dapur. Dah siap-siapkan budak-budak dari mandi...Turun aku plak mandi.

07.00 malam
Bukak puasa...biasanya aku bukak puasa simple jer...

08.00 malam
Aku ke Malaysia High Commission untuk solat isya' dan terawih dengan jemaah muslim di New Delhi. Jangan terkejut kalau aku bagi tau..aku ler bilal kat sini...

09.30 malam
Terawih habis...makan moreh...borak-borak ngan kengkawan...

10.00 malam
Balik rumah...dalam 10.30 malam aku sampai...biasanya aku tidur dalam pukul 11.30 atau 12.00...Samada aku melayan anak-anak yang liat nak tidur (aku paksa jer diorang tidur) atau borak-borak ngan bini aku dulu.

So...itulah cerita jadual aku bulan Ramadhan...tak der yang menarik pun...nak buat cam ner...dah nasib aku dan insan-insan lain di perantauan...

Wednesday, August 3, 2011

Only in India

Dah jadi kebiasaan aku...kalau minggu pertama berpuasa nie amik masa sikit nak tune diri. Banyak benda yang aku nak kongsikan sebenarnya. Tapi, rasanya awal-awal bulan puasa nie elok aku kongsikan perkara yang santai...tak serius...jadi korang pun, sambil-sambil nak menunggu time buka puasa tu pun leh tambahkan pengetahuan kan...

Aku pasti ada sebahagian gambar-gambar kat bawah nie ada yang korang dah pernah tengok. Tapi, detailnya mungkin ada yang tak tau...So, base on apa yang aku tahu dan pernah alamai di sini aku ulas beberapa perkara untuk dijadikan baha percambahan pengetahuan untuk korang semua.

1. Tikus Paling Manja di Dunia


Ini ramai yang dah tau...Kuil Tikus di Rajasthan. Korang mesti geli geleman kalau aku bagi tau susu yang tikus tu minum akan dikongsikan juga dengan mereka yang berhajat. Ada kalanya dengan selamaba jer diorang nie datang kat balang susu tu...cedukkan tangan amik susu terus suap ke mulut sama-sama minum sus dengan tikus. Aduh...pelik ? Lagi pelik yang minum tu tak sakit perut !!!

2. Ekpress Rakyat ?

Gambar kat atas tu mungkin kat negara-negera lain hanya akan berlaku kalau musim-musim perayaan sahaja. Tapi, sebenarnay adegan yang ditunjukkan pada gambar ada realiti kehidupan harian yang berlaku di Mumbai. Keretapi adalah nadi pengangutan utama bagi masyarakat di Mumbai...kebergantungan mereka terhadap pengangkutan ini sememangnya dapat korang lihat macam kat gambar nie.

3. Public Mandi Manda

Kita kalau di Malaysia hanya akan mandi dikawasan terbuka di pantai atau kawasan air terjun...abis kuat pun mungkin kat kolam mandi awam kan...Tapi, di Kolkata...memandangkan sistem perairan dan pengaliran yang kurang baik membuatkan masih terdapat penduduk di sini yang bergantung pada bekalan air yang disalurkan dari pili-pili air yang masih terp[asa di tepi "jalan raya". Aku ualang lagi...pili air tu di tepi jalan raya...Betul...kalau sampai ke Kolkata, korang dapat lihat terdapat pili-pili air yang telah ada sejak zaman British lagi. Air akan di salurkan ke pili ini mengikut masa-masa tertentu. So, bila air tu di alir pada masanya...maka, adegan amndi beramai-ramai di tepi jalan akan menjadi kebiasaan di sini untuk di lihat. Tak cukup dengan lelakinya...yang perempuan pun sama gak kekadang aku pernah jumpa.

4. Mana ada JPJ nak tahan !!!


Yang nie plak kat blah Punjab...adegan kat atas tu memang akan selalu di lihat pada musim gandum di tuai...masalahnya...cuba korangbayangkan kalau dua traktor bertembung nak gunakan jalan yang sama. Tapi, masalah tu takkan berlaku sebenarnya. Sebab, mereka akan oastikan pada waktu ini traktor hanya akan bergerak dalam arus sehala. Jadi tak derlah pertembungan.

Ada lagi nanti aku share dengan u all eh...

Monday, August 1, 2011

Marhaban Ya Ramadhan

Pertamanya, aku ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al Mubharak" kepada ummat Islam yang sedang berpuasa dan akan menyambut puasa untuk tahun ini. Alhamdulillah...dengan izinNya...kita diberikan kerahmatan untuk bertemu sekali lagi bulan mulia ini.

Pada waktu ini, India masih belum diumumkan tarikh untuk berpuasa. Dalam pada waktu kebanyakkan ummat Islam di Asia dan Timur Tengah sudah memulakan ibadah puasa ini (pada hari ini)...kami yang bermastautin di Asia Selatan masih lagi menunggu keputusan pihak berkuasa Islam samada esok atau lusa mungkin baru nak memulakan amalab berpuasa.
Memang dah jadi lumrah kami di sini akan terlewat sedikit berbanding negara lain dalam mengerjakan ibadah puasa mahupun sambutan Idulfitri berbanding saudara Muslim yang lain.

Entahlah...aku masih lagi tak faham kenapa perkara ini boleh berlaku. Sedangkan kalau dilihatkan dari segi geografinya...India nie kan terletak tengah-tengah antara benua Asia (khususnya Asia Tenggara) dan Timur Tengah. Alih-alih...tang Asia Selatan nie boleh plak lewat berbanding dengan negara lain.

Paling besh...dalam keadaan kebanyakkan negara sudah menetapkan semalam bahawa tarikh berpuasa akan bermula pada hari ini....India baru nak tengok anak bulan pada petang ini. Samalah dengan negara Bangladesh.

Puak-puak syiah sudah pun mula berpuasa sejak semalam. Ada juga satu mazhab di bahagian selatan India sudah menetapkan bahawa tarikh berpuasa akan bermula 2 Ogos (esok) sebelum melihat anak bulan. Warganegara Indonesia yang ada di sini mengikut keputusan dari negara mereka. Tetapi, masyarakat Malaysia di sini mengambil ketetapan akan mengikut keputusan yang dibuat oleh ulamak sunnah wal jamaah dari Masjid Jama di Old Delhi.

Jadi di India nie tidak ada satu standard ketetapan yang akan dijadikan ikutan bagi seluruh umat Islam di sini. Itulah masalahnya setiap tahun bila muncul.

Apa pun, aku doakan kepada anda semua semoga amalan di bulan Ramadhan kali ini akan menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Dikesempatan ini juga, aku ingin memohon ampun dan maaf seandainya sepanjangv penulisan aku di sini ada menyinggung perasaan mana-mana pihak. Dan juga, aku doakan semoga segala amalan kita akan diberkati dan diterima olehNya...Insy'Allah...Amin