Aku dapat email dari sorang kakak yang tah dari mana tah...dia tanya aku- kat mana lagi tempat nak shopping kat New Delhi. So, untuk kali ini- blogging edisi jalan-jalan cari pasal di New Delhi.
Aku perkenalkan Chandi Chowk...!!!
Chandi Chowk ?!!! Tempat shopping ??? Mana tu ?
Kalau korang sampai ke New Delhi, atau cuba google tempat-tempat shopping di New Delhi...mesti nama Chandi Chowk nie akan jarang-jarang muncul. Even, kalangan tour operator di New Delhi yang selalu bawak pelancong ke sini pun akan cuba mengelak dari memandu korang ke Chandi Chowk. Pada hal jarak antara Chandi Chowk dengan Red Fort bukanlah jauh sangat. Tapi, memang patut pun kalau tourist guide tak bawak pelancong ke tempat yang nak aku ceritakan nie.
AMARAN: Chandi Chowk bukan tempat shopping bagi mereka yang bergelar mak Datin or mereka yang hard core dalam bidang membeli belah di arena shopping kompleks. Tempat ini hanya menerima pengunjung yang bercita rasa unik pada produk-produk yang aku rasa cukup eksotik. Hanya mereka yang berhati cekal dan sanggup mengharungi situasi-situasi yang jarang-jarang boleh dialami di negara kita boleh dilihat di sini.

Apa yang menariknya di sini ? Aku tak taulah orang lain...Tapi, pada aku...kalau ada kesempatan Chandi Chowk nie tempat yang cukup menarik untuk dilawati. Namakan saja apa yang korang cari di India...pastinya akan dapat di sini. Sari (dari cotton sampailah ke sutera), perkakas dapur, pinggan mangkok (dari fine bone biasa sehinggalah ke tahap Noritake), kain, dan macam-macam lagilah...Makin menarik lagi, harga di sini buat korang rasa segan nak melakukan adegan tawar menawar. Memang murah dan berbaloi kalau dapat jumpa barang yang menjadi idaman hati.
Seperkara lagi yang menjadi tarikan di sini, persekitarannya. Anda akan berasa seakan berada di zaman tahun 60an. Atau mungkin lebih lagi. Dari struktur bangunan, keadaan sekeliling dan budaya yang mereka lalui di sini seakan kita tak percaya dalam keadaan dunia era cyber masih ada yang mengamalkan cara hidup masyarakat dahulu kala. Ada kedai yang sudah beroperasi sejak tahun sebelum India merdeka lagi, dan masih mengamalkan warisan sistem sejak itu lagi. Jadi, jangan pelik kalau ke sini kita akan berjumpa dengan barangan lama yang mampu mengimbau ingatan dan kenangan kita bersama dengan nenek atau atok kita dizaman kecil kita. Pelita, lampu minyak tanah, seterika arang, pam air, telefon (yang jenis kalau nak dail kena pusing-pusing tu), jam klasik (masih berfungsi lagi) dan macam-macam barangan pada mata kita antik tetapi nampak baru (memang baru pun) dan berfungsi dengan baik berada di sini.

Dari penjuru jalan sebelum nak masuk ke Chandi Chowk sudah ada cabarannya. Manusia yang akan kelihatan seperti ulat ramainya. Masuk saja ke lorong Chandi Chowk, nah...baunya mungkin korang takkan tahan. Maklumlah, budaya kencing merata orang sini memang membuat kita geli geleman nak menjelajah lebih jauh Chandi Chowk. Teruk betul diorang nie.
Tapi, perut aku dah tiga tahun di India nie boleh saja terima. Lagi pun, setiap juadah yang di masak adalah dibuat dari bahan-bahan segar. Macam pernah aku tulis sebelum ini. Mereka kebanyakkannya tidak memiliki peti sejuk. Jadi setiap harilah si tukang masak akan ke pasar. Kalau juadah tidak habis dijual. Ianya akan diberikan pada orang-orang homeless disekitar Old Delhi.
Sebab itu aku kata, untuk ke sini perlukan kecekalan yang tinggi. Iltizam kena dikuatkan. Baru boleh mencapai hasrat untuk menjadi raja shopping di India nie.

Tetapi, kalau korang sanggup meredah segala cabaran di sini...Chandi Chowk mampu memberikan kelainan dan pengalaman lain yang tak pernah kita alami. Dari segi kualiti dan dibandingkan dengan nilai harag yang ditawarkan oleh si penjual buat korang rasa..."Apsal duit aku banyak lagi nie ?". Itu salah satu keistimewaan Chandi Chowk.
