Thursday, July 14, 2011

Wagar Border:Sempadan India dan Pakistan

Kalau korang sampai ke Punjab...ada eloknya kalau plan sekali untuk ke Wagar Border. Persempadanan antara India dan Pakistan. Pintu masuk dari India ke Pakistan dari tanah Punjab. Di sini, setiap hari...setiap petang...pesta antara warga India dan Pakistan menyatakan sokongan semangat patriotik mereka terhadap negara yang mereka cintai.

Apa yang menariknya di sini...?


Setiap petang...bila tiba jam 4.30 petang. Penonton yang hadir boleh menyaksikan upacara penutupan pintu masuk antara India dan Pakistan dilakukan. Tradisi upacara penutupan pintu ini sudah berlangsung semenjang kedua-dua negara berpisah dan menikmati kemerdekaan dari penjajahan British.

Upacara akan dimulakan dengan ketua komandan memberikan arahan kawad untuk menurunkan bendera masing-masing. Bilah strompet berbunyi...Nah...kalau korang ada di sini...gaya kedua-dua anggota beruniform dari kedua-dua negara akan berjalan kawad yang pada pengamatan aku mereka bukan berjalan...tapi dah macam berlari pun ada. Dengan muka sombong...garang...tanpa senyum...Bila dah sampai ke betul-betul atas garisan sempadan kedua-dua negara...nak dekat dengan tiang bendera...Ini adegan paling femes di dunia...Yezza...adegan-adegan kawad angkat kaki sampai cecah dada. Fuh...memang sombong...kalau India hentak kaki kuat-kuat...tang Pakistan akan lagi kuat...mereka berkawad menurunkan bendera masing-masing. Aku dok membayangkan macamana askar-askar nie jaga tulang belakang mereka.


Paling best...kedua-dua tentera siap beruniform tradisi ini akan menurunkan bendera masing-masing sebelah menyebelah jer. Tapi...cara diorang melipat bendera takderlah tertib sangat masa tu...dalam masa yang sama masing-masing menyombong. Macam nak bertumbuk gayanya.


Selesai melipat bendera...ini adegan yang agak memeranjatkan aku...Seorang pegawai tentera dari kedua-dua arah akan menutupkan pagar sempadan masing-masing. Korang tahu tak...cara diorang tutup pagar dah macam nak menghempas pagar. Gedegang !!! Serius garang giler...main hempas jer...Bila pihak India hempas pagar kuat...yang disebelah Pakistan akan buat lagi kuat.

Dikatakan, pada asalnya dulu-dulu tak derlah adegan garang-garang nie dari kedua-dua pihak. Tapi, tak tau sapa mulakan dulu...bila satu side dah start dengan kawad sombong angkat kaki tinggi-tinggi. Nah, sudahnya...kedua-dua belah pihak nak tunjuk hebat. makin sorang tinggi...Lagi tinggilah sorang lagi katanya.

Sepanjang upacara ini...dari side India akan menjerit "Jai Hind !!!", yang di sebelah Pakistan plak "Zindabad !!!". Siap dengan ada ketua sorak lagi tu...Di hadapan grand stand tempat duduk penonton...akan ada seorang yang memberikan arahan pada penonton supaya sama-sama menjerit dan bersorak. Perhhhggg !!! dah macam tengok kriket pun ada.

Upacara ini berlangsung tak lama pun...dalam 10 ke 15 minit jer...tapi, selepas upacara tu akan ada macam pesta...Muda-mudi akan dibenarkan menari joget bangra...suasana berteriak dan melaungkan slogan masing-masing akan berterusan sampailah hari dah masuk nak gelap.

Bagi yang rasa nak ke Wagar Border nie...korang aku nasihatkan datang awal...kalau rasa nak duduk kat tempat yang membolehkan korang amik gambar...elok letakkan tripod tu awal...kalau lambat...boleh berebut-rebut nanti. Tempat tak banyak...yang nak tengoknya ramai.

Mengikut kawan-kawan aku di Punjab. Sememangnya mereka dari kedua-dua pihak akan memperlihatkan kegarangan, kemasaman, kesombongan dalam upacara nie. Konon-kononnya sentimen tergurisnya India pada Pakistan yang keluar dari India masih wujud dalam diri masyarakat India. Yang Pakistan plak, kalau orang dah jual mahal...kite belilah dengan lebih kurang jer. Kalau korang tengok kat youtube...askar Pakistang lagi garang style diorang. Macam nak ajak gaduh pun ada.

Cumanya kalau nak ke sini...korang terpaksalah menginap semalam di mana kat Punjab nie...kalau datang semata-mata nak tengok upacara nie...ramai yang kata berbaloi...ada juga yang menyesal...dah sampai ke sini...mungkin Amritsar boleh lagi pilihan untuk dilawati.

Wednesday, July 13, 2011

Mumbai Bergegar lagi

Petang semalam, satu India dikejutkan dengan berita bandaraya Mumbai bergegar dengan tiga letupan bom di tiga kawasan dalam masa kurang setengah jam.

Kalau mengikut kenyataan berita dari Menteri Dalam Negeri, agensi-agensi intelligence India tidak punya maklumat risikan akan berlakunya kejadian bom tersebut. Ketiga-tiga kejadian bom semalam dikatakan, serangan bom pengganas paling buruk sejak 2008 oleh militan Pakistan. Dalam usaha dialog antara kerajaan India dengan Pakistan sedang dijalankan, kejadian bom ini dilihat sebagai helah untuk mengalihkan perhatian usaha bagi merapatkan jurang percanggahan antara kedua-dua negara.

Pada waktu aku menulis blogging ini, dilaporkan seramai 23 kematian dan 131 cedera. Dalam satu sidang akhbar Menteri Dalam Negeri, Chidambaram melaporkan bahawa "Orang yang melakukan serangan bom ini mungkin yang bekerja dalam cara yang haram, mungkin kumpulan yang sangat kecil yang tidak berkomunikasi antara satu sama lain." Beliau berkata adalah terlalu awal untuk menunjukkan angka di mana-mana kumpulan tertentu, tetapi berkata serangan yang dibuat secara tersusun ini mungkin boleh diandaikan sebagai bermotifkan balas dendam kepada pihak polis atas kejadian penangkapan militan, termasuk ahli-ahli Mujahideen India, dan mungkin beberapa kumpulan tempatan yang mempunyai sokongan daripada militan di Pakistan.

Paling mengejutkan aku, nama Malaysia disebut plak dalam sidang akhbar ini..."Serangan bom ini merupakan yang terbesar oleh pihak yang dilabelkan sebagai militan di Mumbai sejak 2008 menyerang membunuh 166 orang, ia berjaya menimbulkan ketegangan dengan negara jiran dan mungkin akan menjadikan Malaysia sekali lagi sebagai pusat persinggahan mencari perlindungan sementara".

Rata-rata semua akhbar utama di India memaparkan berita letupan yang berlaku semalam..."Diserang. Sekali lagi," kata Hindustan Times. "Kami Semua Duduk Itik," kata Economic Times. Dari kaca mata pengamatan aku...ada beberapa perkara yang tidak kena dengan letupan ini...aku bukanlah nak bersangka buruk. Tapi, setelah bermastautin di India...aku rasa mula memahami beberapa perkara yang aku rasa patut difikirkan bersama...

Melalui temuramah pemberita dengan saksi kejadian semalam...salah seorang saksi yang berada di tempat kejadian menyatakan bahawa...selang 10 minit kejadian letupan berlaku, anggota Polis tiba di tapak kejadian...selang kurang 20 minit letupan berlaku...ambulans sampai. Statement ini, nampak biasa, tetapi agak pelik bagi aku. Polis di India sudah efisyen ? dalam tempoh 10 minit diorang dah tiba di tapak kejadian. Ambulans sampai memberi bantuan dalam tempoh kurang setengah jam ???

Ingat...ketiga-tiga kawasan kejadian letupan sebenarnya adalah tempat yang terlalu sesak dengan manusia pada waktu kejadian berlaku. Pukul 6.45 petang adalah waktu warga kerja Mumbai balik ke rumah. Aku agak musykil...dengan jalan yang sesak...manusia sedang panik dan berkeliaran...Polis masih mampu tiba ke kawasan kejadian dalam masa 10 minit ?

Sehingga ke saat ini...tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas kejadian bom tersebut. Ini satu lagi hal yang jarang berlaku bila letupan bom berlaku di India ini. Kalau kejadian bom di Varanasi beberapa bulan lepas...selang 2 3 jam jer ada individu yang tampil mengaku...untuk kali ini...entah siapa ?

Serangan bom semalam berpusat terutamanya di kawasan pasaran barang kemas selatan Mumbai, ia merupakan satu lagi serangan di tengah-tengah India, jantung Mumbai Beta. Mumbai sememangnya dikenali sebagai pusat hub kewangan utama di India.

Letupan terbesar di kawasan Opera House, hab untuk peniaga-peniaga berlian. Ia juga merupakan kawasan yang sama pernah digunakan oleh militan Pakistan 2008.

Satu lagi letupan di Dadar, juga di selatan Mumbai, di Bazaar Zaveri dan letupan ketiga di Omelette, dalam satu jalan sesak dengan perumahan penduduk Islam dan Hindu.

Apabila kawasan yang terlibat dikaitkan dengan pendudukan Muslim dan Hindu...maka, tiada pihak yang dikatakan berani tampil memberikan teori siapa sebenanrnya punca terjadinya letupan bom tersebut. Ini cukup sensitif. Malahan boleh menjadikan alasan agar peperangan sesama orang India berlaku dengan mudah.

Ada satu teori yang paling relevan dalam kepala otak aku...kejadian ini mungkin didalangi oleh pihak kerajaan Inida sendiri...(aku berharap sangat agar aku silap dalam hal ini...).
Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Manmohan Singh pada waktu ini sedang berdepan dengan permasalahan rasuah yang teruk dalam kerajaannya. Di rasakan perubahan dalam kabinet yang baru sahaja diumumkan pada Selasa lepas belum mampu untuk menarik keyakinan rakyat untuk kembali kepada kerajaan. Nah...sesuatu perlu dilakukan bagi mengalihkan perhatian rakyat dengan kejadian yang besar. Mumbai menjadi mangsanya. Sebab itu, aku sendiri agak pelik bila pihak Polis mampu bertindak cepat ke kawasan kejadian. Seolah-olah mereka sudah tahu akan apa yang bakal terjadi.
Aku cuma berharap agar New Delhi masih tidak dalam kawasan tumpuan pengganas. Doakanlah keselamatan kami di sini.