Monday, July 18, 2011

Best ker Nainital nie bro ?

Terima kasih pada yang sudi membelek blog aku nie. Secara jujurnya...aku juga menghargai email dari kalian yang menghantarkan pertanyaan kepada aku.

Ada yang bertanya pada aku..."Dah sampai ke Nainital ker ?"..."Best tak Nainital nie ?".

Alhamdulillah, aku dah sampai ke Nainital nie...Nainital nie terletak kat negeri Uttarkhand...Blah utara timur India. Aku cuba berikan pendapat jujur aku pada yang membaca. Sebab aku tak nak nanti dikatakan memberikan gambaran yang salah pada yang berhajat untuk ke sana nanti.

Ikhlas aku kata (berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku)...Nainital nie hanya untuk mereka yang rasa nak relaks semata-mata tanpa berhajat untuk melakukan aktiviti selain dari merelaks kan kepala.
Kawasan pelancongan tanah tinggi ini memerlukan korang drive (kalau berkeretalah) dari Delhi selama sekurang-kurangnya 6 jam. Kalau bawak relaks mungkin lebih dari itu. Sesampai jer ke pekan kecil Nainital...korang dapat lihat tasik besar di tengah-tengah pekan kecil nie.
Masa aku ke Nainital dulu aku duduk di Hotel Shirvani (cam gambar kat atas nie)...hotel nie atas bukit. Suhu di Nainital kalau musim panas pun akan bermain sektar 16 ke 22 darjah celcius. Kalau musim sejuk...hampir seluruh daerah di kawasan Nainital akan diseliputi salji.

Best ker tempat nie...macam aku katakan awal-awal tadi...Nainital pada aku hanya sesuai pada yang ingin merelaks kan diri semata-mata. Tak mahu digangu dengan bunyi bising...kalau rasa nak larikan diri dari bahang panas. Ini memang tempatnya. Tapi, kalau korang expect nak berjalan-jalan...aku rasa Cameron Hinglands kite lebih interesting (walaupun ada kata dah tak sesejuk seperti suatu ketika dahulu). Pada aku, pekan die saja dah tak memberikan apa-apa yang bermakna untuk aku kongsikan. Masa aku sampai ke Nainital dulu...hampir sahaja aku mengeluh menyesal bawa anak bini aku ke sini. Malam...langsung tak bleh nak buat apa...

Habis kuat...jalan-jalan ke pekan nainital...naik kereta kabel ke ski stesen...kalau minat nak berdayung sampan tu pergilah ke tasik...lain-lain ? Aku banyak habiskan masa di hotel relaks...sambil minum teh...merelakskan keserabutan kepala otak seketika...

Cuma kalau rasa nak main salji...mungkin Nainital boleh korang jadikan satu alternatif. Kalau datang lepas Disember...Nainital sememangnya jadi tumpuan penggemar ski samada orang tempatan mahupun warga negara asing. Kalau korang datang pada musim panas...aku rasa cam nothing jer bandar nie...Unless kalau yang minat bergambar tu...maybe Nainital boleh jadi satu kelainan pada yang hard core kerja amik gambar nie. Terutamanya yang suka ambil gambar eco nie...dari burung ke bungaan. Bukit dan bangunan. Banyak shot yang boleh diabadikan.

Nainital sebenarnya adalah bandar lama peninggalan era penjajahan British. Ia juga merupakan kawasan percutian para pegawai British yang bertugas di India suatu ketika dahulu. Kalau sampai ke sini...banyak bangunan lama yang masih berfungsi sepertimana digunakan pada era pemerintahan British dahulu. Banyak juga filem-filem hindustan lama yang dirakamkan di sini dolu-dolu kala.

Kesimpulan dari aku- Nainital sangat sesuai pada kalangan yang nak tinggal lama di tanah tinggi...pada yang suka membaca...nak cari idea...berkarya...atau mencari ketenangan.

Thursday, July 14, 2011

How do You Find India ?

Soalan yang selalu di tanya oleh orang India mahupun kengkawan dari Malaysia yang aku jumpa di sini. Sepanjang aku berada di bumi India nie...memang banyak kenangan manis, pahit, cuak, geram, macam-macam ada.

Terus terang sewaktu masa aku sampai di India...ayat pertama yang keluar dari mulut aku..."Ya Allah !!! tabahkanlah jiwaku ini...kenapalah aku diarah ke mari dan tinggal di sini untuk sekurang-kurangnya empat tahun ?!!!" Serius...aku mengeluh. Dengan cuaca panas yang aku tak biasa (tak macam panas Malaysia...masih lembab. Kalau berangin tu sepoi-sepoi sejuk membelai muka). Aku sampai pada musim panas...panas terik...naik pening kepala aku. Paling azab...maaf kata...hari kedua aku sampai dah kena cirit birit. Seksa ooo...

Pergi pasar...tuhan saja yang tahu. Lalat berkerumunun sana sini. Paling buat aku sakit kepala...Bunyi "horn" yang membingitkan telinga. Aduh...penin...penin...Pandangan mata plak sering kali di sajikan dengan adegan jijik kencing berdiri sana sini kalangan lelaki di sini. Tak cukup dengan itu, kadang-kadang pagi-pagi nak ke pejabat aku terrrrrnampak perempuan pun sama gak mencangkong kat semak. Aduh...masih ada lagi tabiat cam nie di zaman IT skang nie.

Nak buka akaun bank pun satu hal...banyak borang nak kena isi. Dah tentu aku nie akan menjadi pelanggan tetap bank tu...pun kena tunggu nak kena approval, walaupun surat dari kedutaan kita aku dah bagi. Tak cukup dengan itu, korang tau tak...nak beli tong gas kat sini bukannya senang. Kena ada inspection kat rumah lah...Nak kena kasi passport lah...paling akui terkejut...gambar pun kena kasi gak...Pelik tak ?

Anyway, semua tu aku harung...dalam empat bulan jugaklah aku nak adjustkan diri dengan situasi di sini. Aku amik masa enam bulan untuk membuatkan jiwa aku kenal apa itu India. Setelah semua dah jadi biasa...aku rasa seakan-akan sudah immun dengan semua tu... Bau busuk...pandangan mata...budaya maki hamun India...macam-macam lagi yang tak pernah aku buat di Malaysia dah jadi kebiasaan di sini.

Lama-kelamaan...terus terang aku katakan...India ada keunikan yang tak pernah kita alami di Malaysia. Kalau kita ada kehendak nak explore India dengan lebih jauh...macam-macam benda...ilmu...dan pengetahuan yang dapat ditimba.

Contoh: korang tahu tak orang di sini masih gunakan najis tinja yang dikeringkan untuk memasak ? Sungguh bio teknologi...walaupun nampakk macam terkebelakang...tapi mereka kata...masakan yang dimasak dengan tenaga bio nie lebih senang di gunakan dan masakan lebih sedap.

Sejak datang sini...baru aku tahu India merupakan pengeksport terbesar cotton di dunia. Kalau di Malaysia sapa yang pakai baju kain linen nie nampak hebat...Kat sini, orang yang memandu auto tu selamba jer pakai linen. Aku sendiri pun dan tak tau berapa banyak kain linen aku beli. Murah sangat di sini.

Aku juga perasan...satu perkara yang kena jaga-jaga kalau bermastautin di sini...Kita cukup senang untuk mendapat penyakit darah tinggi atau diebetis.

Kena darah tinggi sebab tak tahan dengan peel orang-orang di sini. Boleh membuatkan kita asyik nak marah ajer hari hari...Pulak tu, kalau diorang nie kita sumpah seranah macam mana pun...die buat muka selambar dek...lagilah naik hangin kadang-kadang. Betul...kalau tak sabar dengan kerenah orang di sni...memang senang kena darah tinggi...Aku selalunya kalau dah nak naik marah tu...selalulah anggapkan semua tu lawak bangang orang sini untuk hiburan hati...kalau tak dah lama aku kena darah tinggi...

Kencing manis...makanan di sini kebanyakkannya akan gunakan ghee...tang manisan plak memang manis sungguh...sedap-sedap pulak tu...kalau tak jaga pemakanan memanglah senang kena..

Kalau aku nak kongsikan pengalaman aku di India nie...memang banyak.

Apa yang aku leh kongsikan...aku sampaikan...banyak juga aku terima email dari rakan-rakan baru bertanyakan tentang India nie...aku cuma boleh katakan di sini...aku tak der masalah langsung untuk melayan sapa-sapa yang bertanya. Aku alu-alukan. Mana yang boleh aku bantu...aku bantu...mana yang boleh aku sampaikan...aku sampaikan berdasarkan pengalaman aku...Cumanya kalau korang nak minta tolong booking kan hotel or transportion nak travel di sini...Maaflah, aku tak buat kerja tu semua...kalau nak ajak temankan shopping tu Insya'Allah...kalau ada kelapangan mana yang sempat aku leh tolong temankan (dah biasa sangat dah temankan orang Malaysia shopping di sini).

Aku juga mengalu-alukan sebarang pertanyaan dari sesiapa sahaja yang memerlukan kepastian sebelum sampai ke India nie...Jangan malu...jangan segan...just email jer kat aku...mana yang boleh di bantu aku akan cuba sedaya mungkin...Insya'Allah...