Monday, November 14, 2011

Idul Adha di New Delhi

Alhamdulillah...pada 7 November yang lalu kami rakyat Muslim Malaysia yang bermastautin di New Delhi selamat menjalanai ibadah Idul Adha dalam keadaan bersyukur dan meriah walaupun jauh dari sanak keluarga di tanah air. Soalan yang cukup selalu diajukan kepada aku bila tiba hari raya korban di New Delhi nie..."Orang sini tak marah ker korang buat korban...?".

Sepanjang aku menetap di sini tak derlah masalah yang timbul. Cuma masa sebelum aku sampai di sini dulu, ada pegawai dari kedutaan kita ceritakan yang pada tahun pertama acara korban nak dibuat di kawasan kedutaan kita sekeliling kawasan kedutaan terdapat beberapa individu yang dipercayai berugama Hindu dok skodeng diorang nak pastikan samada orang Malaysia nie nak semeblih LEMBU atau BINATANG SELAINNYA. Bila penerangan dah dibuat yang binatang yang bakal disembelih tu bukan LEMBU dan dijelaskan penyembelihan hanya dibuat atas binatang KERBAU atau KAMBING barulah mereka bersurai.

Sebenarnya aku tak berminat nak ceritakan tentang sambutan Idul Adha kat sini. Aku rasa elok aku kongsikan beberapa maklumat tentang "kenapa penganut agama Hindu tidak memakan daging dari haiwan yang kita panggil LEMBU nie...?".

Sebenarnya kalau dahulu kita di Malaysia mengatakan bahawa penganut agama Hindu tidak memakan daging lembu kerana mereka menganggap bahawa lembu itu binatang yang diangkat sebagai dewa atau tuhan...fahaman tu sebenarnya hanya separuh jer betulnye. Tahu atau tidak korang, dalam kitab agama Veda kalau nak disenaraikan binatang yang dianggap suci nie banyak sebenarnya. Kalau ikut apa yang aku faham dari pembacaan aku di sini...sekurang-kurangnya tidak kurang dari 55 binatang yang dianggap suci dalam agama Hindu mengikut kitab-kitab Veda mereka. Namun, kenapa lembu dianggap istimewa dalam agama Hindu ?

Bila aku mengatakan tentang lembu, dalam agama Hindu nie ada dua jenis lembu. Satu, LEMBU yang biasa kita lihat tu di kampung-kampung. Keduanya, LEMBU yang ada bonggol tu kalau dalam bahasa Inggeris dipanggil BULL. Biasanya BULL nie digunakan untuk menarik kereta lembulah. Yang lembu biasa tu untuk susunya. Tapi nak senang cerita...kedua-dua spesis nie kita panggil jer lembu dalam kategori yang sama.

Dalam kepercayaan masyarakat penganut Hindu, haiwan LEMBU ini dianggap sebagai simbol dharma yang membawa maksud sebagai "pembawa unsur kebaikan sejati/the Law of Righteousness. Keupayaan lembu dalam mengeluarkan susu, tenaga dalam membantu aktiviti pertanian, dan penyuburan tanah bertani melalui tinja menjadikan binatang ini dianggap suci kerana keupayaannya memberikan manafaat kepada manusia. Hubungan yang terlalu rapat dalam kehidupan manusia inilah yang menjadikan haiwan lembu ini diishtiharkan oleh tuhan Shiva sebagai penghulu kepada sebagai binatang dalam dunia dalam kepercayaan masyarakat Hindu. Lembu juga dikatakan menjadi haiwan kesayangan tuhan Krisna.

Hukum haram dalam agama Hindu untuk melarang penganutnya memakan daging dari lembu nie sebenarnya bukan mereka tidak boleh makan daging dari sumber lembu. TETAPI, ianya muncul dari ayat yang diterjemah maksudnya bulat-bulat dalam kitak Yajur Veda 13:49 yang melarang si pemerintah dari membunuh binatang (dalam ayat nie Yajur Veda secara jelas memberikan contoh LEMBU adalah haiwannya) yang terlibat dalam kerja-kerja pertanian. Jadi, macam mana diorang nak makan binatang kalau tak boleh dibunuh ? Itulah yang menjadi konflik pemahaman dalam penganut Hindu dan menjadi penyebab kenapa mereka tak makan daging dari lembu.

Perlu juga aku beritahu, dalam kepercayaan agama Hindu...haiwan LEMBU nie bukanlah satu-satunya binatang yang ditegah dimakan. Tak perlulah aku nyatakan satu-persatu haiwannya, tapi paling utama yang membuatkan aku sendiri baru ketahui sejak datang ke India nie...barulah aku sedar yang penganut Hindu sebenar (kalau betullah mengikut apa yang aku faham dari pembacaan aku)...mereka ditegah dari memakan semua jenis binatang ruminan atau binatang yang memakan tumbuhan hijau seperti lembu, kerbau, kambing (samada kambing biasa atau biri-biri atau kambing gurun) dan unta...kuda juga tidak terkecuali. Kesemua haiwan nie tidak boleh dimakan hanya kerana mereka ditegah dari memukul, menyiksa atau membunuh haiwan-haiwan nie. Kita pun ummat Islam dilarang sama sekali memukul atau menyiksa binatang yang akan disembelih.

Tetapi, lagi sekali soalan muncul- macam mana nak makan haiwan tersebut tanpa dibunuh ?!!!

Tapi...ada juga penganut Hindu yang memakan daging kambing ? Soalan itu aku tak nak jawab. Kerana ini melibatkan sensitiviti. Aku cuma kongsikan apa yang aku faham supaya kita sesama menjaga adab dan keharmonian.

Dan, TETAPI lagi sekali...kalau betul lah pemahaman aku dalam pembacaan...sebenarnya dalam Veda juga membenarkan pengikutnya memakan haiwan ruminan. Betul aku tak tipu...kalau korang tak percaya tengok video nie...kang aku cerita kang kata aku mereka cerita plak...



Sebab tu aku katakan isu tidak memakan daging lembu nie menjadi konflik pemahaman penganut Hindu dalam catatan Yajur Veda mereka, bukan kerana mereka tidak boleh makan sumber dari lembu secara total.

Sebagai perantau di negara orang dan ummat Islam di sini...aku hanya boleh ambil tahu sebagai pemahanan dan untuk menjaga adab dalam pergaulan dengan masyarakat di sini.

Jangan ingat kita boleh makan daging lembu dengan sewenang-wenangnya nak menunjuk-nunjuk yang kuta nie boleh makan daging lembu sesuka hati depan orang di sini. Nak kena belasah...silakan...Tapi, di sini pun memang tak der makanan dari sumber lembu yang korang leh cari. Pergilah McDonald sekali pun...jangan dok gatal nak order Big Mc ker...double chese burger ker...yang ada ayam and veg burger jer.

Artikel ini hanyalah untuk perkongsian pemahaman dan bukannya boleh dijadikan sebagai sumber ilmiah. Aku hanya menulis berlandaskan pemahaman dari bacaan tanpa berguru dengan sesiapa di sini.

Sebagai Muslim, kita seharusnya percaya dan ikut apa yang telah dinyatakan dalam Al Quran bahawa....setiap kejadian yang diciptakan oleh Allah itu adalah untuk hambaNya. Selagi tidak memudaratkan jasad yang dikurniakan olehNya janganlah kita mungkar dengan apa yang diperintahkanNya.

Maksud dari ayat 5 dari surah Al Nahl:Dan binatang-binatang ternak itu, Ia juga menciptakannya untuk kamu; terdapat padanya benda-benda yang memanaskan tubuh dari sejuk dan beberapa faedah yang lain; dan daripadanya juga kamu makan.




Krisis Makanan Global Bakal Bermula dari India ?!!!

Agak ganas ker tajuk blogging aku kali nie ? Jarang-jarang menulis tiba-tiba jer bagi tajuk yang agak menakutkan.

Dalam aku dok membelek akhbar-akbar semasa...termenung kekadang...terfikir sesuatu yang agak menakutkan akal fikiran aku. Cerita pada tajuk nie muncul pun bukan dari India...cumanya masa berita bayi ke 7 billion yang dilahirkan di Filipina baru-baru ini membuatkan aku terfikir sesuatu yang agak mengkhuatirkan aku.

Aku rasa ramai yang dah tahu yang populasi rakyat di India nie dianggarkan seamai 1.2 billion orang. Soalan ?!!! Itu statistik bila ?!!! Tahu tak korang yang angka 1.2 biliion nie dah digunaka sejak 2006 lagi (mengikut kajian yang tak rasmi pada masa itu). Purata peningkatan atau pertambahan kadar kelahiran rakyat India dianggarkan sebanyak 7% setahun. Tapi, kalau ikut WHO, mereka masih lagi meletakkan angka 1.2 billion dalam statistik diorang. Jadi sekarang nie...berapa sebenarnya populasi negara India nie...? Ada seorang ahli akademik yang pernah bagi tahu aku, jumlah penduduk rakyat India sebenarnya mungkin dianggarkan lebih dari 1.6 billion orang sebenarnya. 1.2 billion tu hanya merujuk pada bancian penduduk yang BERJAYA dilakukan. Belum dijumlahkan YANG TIDAK BERJAYA lagi.

Data dari WHO tentang India untuk tahun 2011:
Current Population of India in 20111,210,193,422 (1.21 billion)
Total Male Population in India623,700,000 (623.7 million)
Total Female Population in India586,500,000 (586.5 million)
Sex Ratio940 females per 1,000 males
Age structure
0 to 25 years50% of India's current population
Currently, there are about 51 births in India in a minute.


Tengok pada angka 1.2 billion tu !!! Billion !!! 10 angka. Bayangkan sepuluh angka nie kadar peningkatan 7% ?!!! Ini bermakna purata bayi yang bakal dilahirkan mungkin boleh dianggarkan sebanyak sekurang-kurangnya 80 juta (atau mungkin lebih lagi). Nampak macam menabjubkan...Tapi hakikatnya ini merupakan angka yang menakutkan. Aku bagi nisbah saiz luas tanah ketumpatan untuk seorang penduduk India berbanding Malaysia. Untuk tahun 2011 setiap seorang rakyat India kalau diambil luas negara ini boleh duduk dalam 0.00275 kilometer persegi. Lebih kurang 2.75 meter persegi. Berbanding dengan kita sebagai rakyat Malaysia 0.01178 kilometer persegi. Lebih kurang 11.78 meter persegi. Susah sikit aku nak terangkan. Tapi nak bagi senang ceritalahkan. Bayangkan kalau setiap rakyat India diberikan tanah untuk jadi rumah. Mereka hanya dapat buat rumah sebesar bilik jamban jer. Banding dengan rakyat Malaysia masih boleh buat rumah sebesar khemah kahwin.

Itu kalau ikut statistik tahun 2011. Ada kajian yang dah mula dilakukan oleh badan bebas yang mengatakan bahawa, jumlah penduduk di India MUNGKIN boleh mencapai 1 trillion dalam masa 20 tahun dari sekarang kalau kerajaan di sini tidak melakukan kempen untuk mengawal kadar kelahiran di negara super power (konon-kononlah) ini. Bayangkan dalam keadaan sekarang ini yang dah cecah 1.2 billion pun mereka masih bergelut dengan masalah kekurangan eletrik dan air. Bagaimana pula bila dah mencapai 1 trillion. Paaaaling menakutkan media masa di India pada waktu ini sedang memaparkan masalah kekurangan bekalan makanan di beberapa negeri di India. Aku tidak terkejut...malahan, beberapa pakar ekonomi sudah mula mencongak yang India akan berhadapan dengan krisis makanan yang paling besar dalam sejarah dunia kerana jumlah sumber makanan yang mampu disalurkan kepada rakyatnya akan menjadi terrrrlalulah terhad. Inflasi akan menjadi musuh paling menakutkan pada semua individu yang ingin menghuni di bumi ini. Harga makan yang terpaksa dibayar akan menjadi lebih mahal dari baju yang mungkin ingin disarung.
Perlu aku bagi tahu...negeri pengeluar makan yang utama di India nie adalah Punjab. Sekarang sudah ada mula gerakan dari beberapa pihak yang mendesak agar tanah-tanah di Punjab tu jangan sesekali ditukarkan menjadi kawasan industri. Kerana takut, kalau status dan aktiviti di tanah itu berubah menjadi industri makanya masalah kekurangan bekalan makanan di India pasti berlaku. MASALAHnye sekarang, generasi muda yang gen X Y atau Z nie manalah nak kerja bertani. Nak senang buat duit, buatlah bisness kilang. Kekhuatiran tentang masa depan India belum menjadi inspirasi pada mereka yang muda ini.

Bila borak-borak dengan beberapa cendikiawan India, barulah aku faham serba sedikit kenapalah ada wujud satu teori yang mana Perang Dunia KeTiga boleh tercetus hanya kerana masalah nak merebutkan AIR (WATER !!!). Air jugalah yang menjadi penyebab kenapa Kashmir tu seboleh-bolehnya takkan di lepaskan ke Pakistan mahupun ke mana-mana pihak.

Kalau difikir-fikirkan kembali. Ini memang akan menjadi perkara yang menakutkan. Bila krisis makanan di India terjadi, mereka takkan teragak-agak mengimport makanan dari luar. Eksport makanan ke luar negara mungkin terpaksa di hentikan. Demi untuk memastikan setiap rakyatnya yang berbillion ini dapat bekalan makanan yang mencukupi. Bila itu terjadi...makanya...krisis makanan global akan bermulalah dari tanah India.
Kalau korang tak nampak juga, ingattttt....kita di Malaysia masih mengimport bawang....rempah ratus....daging ruminan (daging beku)...Jangan ingat kita tak import beras dari India...Kerajaan India nie sememangnya very unpredictable...dia boleh menukar polisi import eksport sesuka hati demi mempertahankan keadaan negara sendiri.

Aku hanya harap ada pihak di Malaysia yang mula sedar dan buka mata seluas-luasnya untuk memikirkan kembali kebergantungan beberapa aspek dengan negara India ini demi memastikan kelangsungan survival negara Malaysia untuk tahun-tahun hadapan.

p.s: Kita di Malaysia mungkin MATI bebab terlebih makan...di sini ada yang MATI sebab kelaparan...Bersyukurlah kita dilahirkan di bumi Malaysia....Alhamdulillah....