Friday, October 31, 2008

Keramat Pokok Besar ?!!!

Masa kecik-kecik dulu kita sering dimomokkan dengan kata-kata orang tua..."Ko mainlah nyorok2 kat pokok tu, kang kena tangkap ngan hantu baru tau !!!". Kalau tak pun, kita akan rasa seram dulu masa nak lalu kat pokok besar. Lagilah kalau masa tu waktu malam.


Bila kita lihat orang yang suka buat benda-benda kurafat pulak. Mesti mereka nie suka menjadikan pokok-pokok besar nie sebagai tempat membayar nazar ke or dipujanya dekat pokok2.


Kenapa aku cerita benda ngarot nie semua. Sebenarnya aku nak mengajak korang berfikir tentang apa yang aku lihat dan amati di India nie. Aku percaya banyak perkara yang diamalkan sekarang nie di India sebenarnya itulah yang menjadi budaya di Malaysia. Bila aku amati balik. Mungkin apa yang aku sampaikan nie bukan benda ilmiah. Tapi, cuba korang amati balik ada lojiknya. Dan aku sebenarnya cukup yakin, budaya orang India telah sampai sebenarnya sebelum pemerintahan Inggeris sampai ke bumi Malaysia. Walhal sebenarnya di Lembah Bujang sendiri dah buktikan pengaruh orang India nie (terutamanya Hindu) telah sampai ke tanah melayu lama dah.


Balik pada cerita pokok besar tadi.


Sebenarnya bangsa di India nie sejak dahulu lagi telah menggunakan pokok besar sebagai tempat untuk berbincang atau menyelesaikan masalah-masalah dalam komuniti mereka. Pemimpin-pemimpim di kawasan tempat tinggal akan menggunakan pokok besar sebagai kawasan untuk melakukan majlis perjumpaan dengan para penduduk. Melalui sessi ini, segala masalah akan diselesaikan di bawah pokok yang besar.


Persoalannya, kenapa pokok besar ? Pokok tu berkeramat ker ? atau, ada dewa yang akan menolong mereka dalam menyelesaikan masalah ?


TIDAK...dulu-dulu mana ada khemah nak cover panas. Mana ada dewan nak dijadikan tempat berteduh. So, diorang akan jadikan pokok besar yang rimbum untuk berkumpul. Dan, dapat menahan panas matahari bila melakukan perbincangan. Banyaklah masalah yang berjaya diselesaikan di bawah pokok. Ramailah pemimpin yang dilahirkan di bawah pokok. Di bawah pokoklah juga banyak insan-insan yang bermasalah akan mengadu dengan orang yang mereka percaya dapat menyelesaikan masalah. Ramailah jugak pemimpin yang disanjung dan menjadi ikutan menjadikan pokok besar sebagai platform untuk menyampaikan buah fikiran mereka. Amalan ini berterusan dari generasi ke generasi.


Jadi ? Macam mana pokok besar selalu dikaitkan dengan keramat atau benda yang menakutkan ?


Pada pendapat aku, apabila pengikut terlalu taksub dan fanatik dengan pemimpin mereka macam-macam perkara dilakukan sebagai tanda untuk menghormati pemimpin mereka. Sehinggakan apabila pemimpin tersebut telah meninggal dunia. Mereka bagaikan hilang pedoman. Tiada tempat mengadu. Tiada pelindungan lagi dalam hidup mereka apabila sumber inspirasi mereka hilang dari dunia fana ini.


Justeru, mereka bina tanda (samada patung atau apa2 jelah yang dijadikan tanda terutamanya barang peninggalan pemimpin mereka) untuk mengingati dan mengandaikan pemimpin mereka yang telah mati itu masih wujud...masih dapat dilihat...masih mampu berkomunikasi dengan mereka walaupun jasadnya telah tiada. Dimana mereka buat tanda tu ? Di pokok besar tempat mereka selalu lihat pemimpin mereka ler...Lebih2 lagi kalau di pokok besar tulah pemimpin mereka mati. Atas rasa tidak dapat menerima kenyataan disebabkan mereka kehilangan pemimpin yang mereka sayangi. Maka, bermacam-macam tanda dibuat. Sehinggakan terlalu taksub mereka letak dan reka pantang larang agar tempat tanda di pokok besar itu tetap terpelihara walau pun tiada sessi pemimpin bersama rakyat di pokok besar itu. Itu yang jadi macam-macam pantang larang dan benda-benda menakutkan diwujudkan ceritanya agar manusia tetap menyangjungi dan mengagungkan pemimpin tersebut walaupun telah mati.


Dari generasi ke generasi. Amalam diteruskan dan menusia nie bila dah berbual dari mulut ke mulut. Macam-macam akan ditokok tambah demi untuk menyedapkan cerita. Tanpa tulisan sebagai rekod kebenaran makan banyaklah cerita-cerita mengarot dicipta untuk menyedapkan jalan cerita mereka. Itu yang menjadikan pokok besar tu semakin gah dengan cerita tahyol atas rekaan mereka sendiri.


Jadi...renung-renungkanlah...Usah biarkan hidup anda diselubungi misteri....

No comments:

Post a Comment