Heboh di Malaysia pasal isu perarakan Maulidur Rasul yang sudah dijadikan wadah politik semasa. Aku cukup pelik, kenapa isu itu pun boleh dijadikan tajuk besar dalam perjuangan politik mereka. Tanpa mengira bendera parti mana yang dijulang. Aku sedih...sampai ada yang menyindir. Ada yang keluar hujah ikut tekak. Ada guru agama yang diperlekehkan. Ada yang kononnya memperjuangkan Islam.
Apa ? Kalau tak berarak tak menghayati perjuangan Rasullullah kah ?.
Apa ? Kalau terlalu nak sangat berarak...apakah dengan aktiviti berarak itu kita sudah benar-benar menghayati perjuangan Rasullullah.
Dalam konteks berarak. Aku boleh katakan, aktiviti ini menjadi sebahagian daripada mana-mana agama. Samada Hindu akan berarak membawa dewa yang dipuja semasa Thaipusam. Buddha berarak mengusung mayat dari rumah ke perkuburan. Islam pun nak berarak...kononnya nak menghayati perjuanag hijrah Rasullullah.
Ingatlah wahai saudaraku. Kita masih banyak lagi perjuangan yang perlu diselesaikan demi agama, bangsa dan negara.
Nabi Muhammad...Rasullullah tidak berarak dari kota Mekah ke kota Madinah. Baginda bergerak secara sulit, malahan bersembunyi di gua dan kaki-kaki bukit gunung semasa berlakunya Hijrah kerana ancaman bunuh kaum kafir. Demi hijrah itu jugalah, Baginda tidak mahu ummatNya menempuh susah payah sepertimana yang pernah Baginda lalui.
Tetapi, kita menjadikan perarakan ini sebahagian tradisi yang seakan-akan mesti (aku tidak mahu katakan wajib) dilaksanakan pada setiap tarikh memperingati kelahiran Muhammad Rasullullah.
Biarlah kerajaan Pulau Pinang tidak membenarkan kita berarak.
Biarlah perarakan hijrah itu dihayati dan kalau boleh ada eloknya kita gantikan dengan berzanji. Ramai kalangan kita yang sudah melupai tradisi berzanji ni.
Apakah dengan membiarkan aktiviti berarak ini dilarang oleh si LGE ini tanda aku menyokong kerajaan Pulau Pinang ? TIDAK sama sekali.
Kita seharusnya bangkit memperjuangkan nasib bangsa melayu Islam yang mana gerai-gerai mereka dirobohkan oleh si penguasa laknat.
Kita seharusnya berjuang membela nasib, si miskin yang bergantung hidup menyara rejeki pada sumber berniaga di gerai yang dirobohkan.
Kita patutnya menghayati dan memikirkan bagaimana nasib bangsa sesaudara kita yang dinafikan hak untuk menyara anak keluarga mereka bila tempat mencari harta dilenyapkan.
Janganlah isu beraak ini melenyapkan bangkai gajah yang ditinggalkan oleh si pengusaha laknat sehinggakan kuman yang menjerit pula kita rasakan membingit di telinga.
Mesej aku, isu lebih besar perlu di selesaikan sebelum memikirkan masalah kecil.
No comments:
Post a Comment