Isu subsidi di Malaysia nampaknya menjadi perhatian sekejap. Kalau nak di ikutkan rekod dan data ekonomi dunia. Memang rakyat Malaysia patut bersyukur atas pemberian subsidi dari kerajaan Malaysia. Kalau dibuat perbandingan antara Malaysia dengan India, rakyat di sini sebenarya akan berkata bertuah sungguh jadi rakyat Malaysia yang memiliki kerajaan kebajikan berbanding di sini.
Di India...keadaan ketidak tentuan inflasi dan turun naik nilai Rupee macam yo-yo tidak menjadi hal kepada sesetengah individu di sini. Tetapi, aku perasan ada satu perkara yang menarik tentang orang India. Dalam keadaan ada sesetengah orang yang dikategorikan sebagai golongan kaya sedang pening dan berhempas pulas hendak selamatkan periuk nasi mereka. Tetapi ada juga golongan kaya raya di India yang masih boleh terus menikmati kemewahan harta benda mereka.
Subsidi kerajaan bukan satu perkara yang diharapkan. SEBAB, mereka tahu kerajaan mereka hanya akan fikirkan bagaimana nak menaikkan cukai demi memenuhkan kantong perbendaharaan negera. Minyak di sini akan menjadi item mewah. Air akan menjadi satu senjata mengaut keuntungan. Paling boleh buat kawan-kawan di Malaysia gelak, BAWANG ?!!! mungkin akan menjadi item kawalan harga di sini.
Sebenarnya, di India nie...percaya atau tidak budaya menyimpan duit dibawah bantal sebenarnya masih wujud di India. Maksud aku tak derlah diorang simpan duit dalam bantal, diorang lebih selesa untuk menyimpan duit dirumah sendir iberbanding dengan menyimpan duit di bank. Penyebab utama kenapa perkara ini terjadi...Semua kerana rasa tidak percayakan dengan kerajaan yang kemungkinan boleh mengubah sesuka hati faedah atau caj kepada pengguna. Mereka khuatir kalau-kalau satu hari nanti kerajaan akan mengenakan faedah dan caj yang tak munasabah kepada penyimpan wang di bank. Malahan, percaya atau tidak kalau aku ceritakan kepada korang...aku sendiri pun kalau nak keluarkan duit pada waktu ini tak boleh lebih USD2,000.00. Kena isi borang khas...macam-macam bank akan tanya. Nak buat apa dengan duit tu. Kenapa nak keluarkan duit banyak-banyak? Ehhh...suka hati akulah nak keluarkan duit banyak mana. Tapi, bank akan berikan alasan bahawa semua ini merupakan polisi kerajaan yang perlu dipatuhi. Lagi teruk kalau aku nak transfer duit ke akaun orang lain. Lagilah macam-macam dia akan tanya.
Anyway...balik pada cerita subsidi tadi. Perdana Menteri India telah membuat pengumuman bahawa harga minyak di India tidak akan diturunkan walaupun harga pasaran minyak mentah dunia mungkin menunjukkan penurunan dari satu paras kesatu paras terendah. Alasan PM India nie senang jer...kerajaan India tidak akan menurunkan harga minyak sehingga kesuatu tahap dimana pengusaha minyak di India telah dapat semula keuntungan atas kerugian pada akibat kenaikan harga minyak yang lalu. Gentlement kan orang politik India...Tak payah nak selindung-selindung...cakap terus jer nak kasi kaya tokey-tokey minyak kat India dulu baru turunkan harga. Padahal inflasi di India nie sudah mencecah ke paras 16.7 peratus. Kadar pengganguran semakin meningkat. Tahap penduduk miskin masih berjuta jumlahnya. Tapi, harga minyak tidak turun-turun.
Paling aku mengeluh sebagai expat di India, kami merupakan golongan yang paling menderita dengan kadar cukai yang terlalu tinggi dikenakan sebagai foreigner.
Paling patut rakyat Malaysia bersyukur, untuk pendidikan kita masih lagi termurah berbanding di India. Bayangkan kalau ibubapa kena bayar RM6,000.00 ke RM8,000.00 setahun untuk seorang anak. Itu baru yuran sekolah tu. Itu baru sekolah kerajaan. Belum masuk yuran peperiksaan lagi. Buku, aktiviti, dan macam-macam lagi caj selain pendaftaran.
Berbanding di Malaysia, sebenarnya lebih beruntung dengan kerajaan yang amatlah perihatin dengan keluhan rakyat. Rakyat Malaysia yang manja dan banyak mengeluh dengan keadaan selesa yang pernah dan sedang mereka nikmati pada waktu ini. Aku tak der nak kata keputusan kerajaan Malaysia menaikkan harga minyak satu tindakan yang tak betul. Aku juga tak kata aku menyokong bila harga minyak turun. Cuma bila aku amati dengan apa yang dialami disini...di bumi India ini. Barulah aku tahu sejauh mana perkataan BERSYUKUR itu dapat dinilai dalam diri manusia. Manusia selalunya mengeluh dengan takdir yang mereka hadapi. Kalau dalam kesusahan, akal akan diperah untuk memikirkan jalan untuk keluar dari kepayahan. Tetapi, bila kesenangan dan keselesaan dalam genggaman...mereka akan cuba menikmati rasa nikmat itu tanpa memikirkan akan kemungkinan pada masa akan datang.
Subsidi seharusnya bukan lagi dijadikan sebagai isu untuk menyelamatkan karier politik seseorang pemimpin. Tetapi, kalau korang belajar ekonomi. Subsidi merupakan salah satu elemen atau faktor dalam persamaan ekonomi untuk mengimbangi kitaran microekonomi. Kalau subsidi terlalu banyak diberikan. Ini boleh membangkrapkan negara. Kalau terlalu sedikit, ini boleh menjadikan ekonomi negara agak lembab. Bijak pandai ekonomi yang ada di Malaysia sebenarnya mampu memberika khidmat nasihat berguna pada Y.A.B Perdana Menteri. Tetapi, jangan pula lantik individu yang semata-mata berjaya dalam dunia korporat. Nanti nasihat yang diberi hanya akan ikut sedap tekak.
Aku pun suka kalau kerajaan kita bagi subsidi banyak-banyak kepada rakyatnya. Tapi, andai kata kalau Malaysia jadi macam Iceland dan Greece. Macam mana plak ? Sama-samalah kita fikirkan...
No comments:
Post a Comment