Wednesday, September 28, 2011

Mind Your Language

Antara soalan yang selalu di ajukan kepada aku dari kalangan rakan-rakan yang datang ke India nie..."Ko dah boleh cakap Hindi ker..?".

"Sikit-sikit tu bolehlah..."
"Aik....punya lama dok kat sini takkan tak boleh cakapp bahasa diorang kot...?"

Masalahnye...rata-rata masyarakat di sini akan bertutur dalam bahasa Inggeris...paling tidak pun dirojakkan dengan bahasa diorang yang dikenali sebagai "hingglish". Hindi campur English, jadilah "hingglish". Bukan hanya orang-orang yang berpendidikan...Kalau korang pergi ke mana-mana sekalipun..sampai peringkat driver auto (tut tut) pun boleh berbahasa Inggeris.

Sudahnya sampai ke hari ini aku masih tak dapat-dapat nak fasih dalam bahasa tempatan. Aku cuma ambik peluang belajar satu dua perkataan dari penjual dan peniaga di pasar kalau aku pergi. Lebih cepat tangkap rasanya kalau ceduk belajar dari diorang nie dari ambil kelas formal.

Ada kawan-kawan yang datang ke sini pun satu hal...diorang ingat bila datang ke New Delhi terus jer main sebut "Vanakam...!!!", "Amma"..Paling besh..."ayoyo !!!". Kena ambil tahu yer...New Delhi nie rantau utara tak berbahasa tamil. Malahan, kena jaga-jaga- sentimen memandang rendah golongan tamil di kawasan utara nie masih ada dan wujud. Orang yang berkulit cerah, hidung mancung disini yang aku kenali agak sukar untuk menerima kehadiran suku tamil dalam komuniti diorang.

Biasanya kalau ada kawan-kawan di sini aku akan ajarkan dua tiga patah perkataan untuk memudahkan mereka berurusan...macam "Namaste !!!" (selamat sejahtera/pagi/hai/hello). Kalau nak panggil atau nak menyapa orang sini jangan main terus "hai...hai ker.." cuba panggil dengan lembut "sunnu...!" (dengar sini). Pelikkan maknanya, tapi itu adab di sini kalau nak panggil orang.

Kebanyakkan orang India yang aku kenal- mereka boleh bertutur dalam bahasa Inggeris. Ada yang memang fluence...ada juga yang lintang pukang. Cuma satu perkara yang aku rasa kita patut belajar dari India, masyarakat di sini tak kekok untuk bertutur dalam bahasa asing walaupun mereka tahu yang apa yang cuba disampaikan tu kekadang Inggerisnya tahapahapatah grammernyer. Mereka takkan rasa malu untuk bertutur dalam bahasa Inggeris. gagap tak gagap mereka akan cuba berkomunikasi dengan kita. Terutamanya bila korang pergi ke kedai atau mana-mana tempat untuk membeli belah.

Antara perkara yang menarik minat aku dalam isu bahasa Inggeris nie...sekolah di India nie menggunakan bahasa perantaraan dalam Inggeris. Dari peringkat rendah sampailah ke peringkat tinggi. Sekurang-kurangnya, mereka akan pastikan setiap rakyat India mampu bertutur asas dalam komunikasi Inggeris. Berbanding dengan kita, aku cukup yakin terlalu ramai (khususnya bangsa Melayu) yang masih kurang berkeyakinan untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam pertuturan harian. Bila sebut "R"...mulut berbuih "rrr" sleng american. Bila tang bercakap hampeh.

Bukann niat aku untuk menidakkan atau meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda atau bahasa kebangsaan. Cumanya perubahan dunia hari ini menuntut kita untuk lebih kedepan dalam menggunakan bahasa asing sebagai literasi dalam menjamin kejayaan dalam pelbagai bidang.

"Eleh...orang Jepun boleh maju tanpa mahir dengan Inggeris kenapa tidak kita ?!!!"

Aku jawab, "berapa banyak naskah ilmiah yang dah diterjemah dalam bahasa Melayu ?"

Kalau korang ke sini...korang boleh tengok ramai bangsa kulit putih yang tak kisah pun nak naik auto. Sebab pemandunye tahu dan akan memahami araham hala tuju yang bakal disampaikan oleh penumpangnya. Penguasaan bahasa tempatan tidak menjadi kemestian dalam diari kami sebagai expatrate di sini. Sebab komunikasi bukan satu cabaran yang sukar untuk di atasi di sini.

Kesimpulan dari aku...kalau korang ke mari. Tak perlu risaukan masalah bahasa. kalau cakap Inggeris main tabur jer pun tak der masalah. Sebab...diorang pun bukannya bagus sangat bila bercakap dalam bahasa Inggeris

Tuesday, September 27, 2011

Raya Macam Tak Raya

Dalam keadaan sekaran ramai rakan-rakan di Kuala Lumpur mungkin sedang sibuk mengadakan rumah terbuka di akhir bulan Syawal. Aku pun baru jer habis selesai mengadakan rumah terbuka pada Ahad yang lalu. Ramai juga yang datang bertandang ke rumah. Sampai ke malam aku melayan tetamu yang datang.

Sebenarnya aku tak punya banyak masa nak mengadakan open house. Jadi pada kesempatan hujung minggu lalu jer yang sempat aku luangkan untuk kenalan di sini. Alhamdulillah, semuanya selesai dengan riang. Acara seperti ini memang menjadi tumpuan pada komuniti Malaysia yang ada untuk berkumpul. Ada juga kawan-kawan aku dari Singapura dan Brunei yang datang. malahan, kenalan asing dari Jerman juga datang.

Selepas raya...hari raya ke tiga aku dah mula bertugas. Seminggu aku melayan boss dari Kuala Lumpur yang datang ke sini. Penat nye janga cakaplah...tak cukup dengan tu...Terus aku ke Kolkata untuk urusan kerja yang lain.

Sebab tu...aku tak berpeluang nak up date blog nie...ramai yang bertanya tentang itu dan ini berkenaan dengan India. Maklumlah, musim sejuk di India akan tiba...jadi, kebiasaannya memang ramai yang hantar email bertanya itu dan ini tempat-tempat yang nak dilawati.

Aku cuma leh kata...just refer balik pada blogging aku yang lepas-lepas...kalau ada kawasan yang aku tak cover lagi...insya'Allah aku cuba terangkan untuk blogging seterusnya.


Tuesday, September 13, 2011

Kurang rehat...badan lemah

Ada bertanya...pasal dh jarang update blog...Terima kasih pada yang follow perkembangan blog aku nie.

Sejak dari raya ari tu aku dok sibuk dgn kerja tak berenti. Tidur pun dapat dalam empat jam jer sehari. Sudahnya, nah penangan demam selsema yang aku dapat.

Kepada yang menunggu cerita dari aku...nantikan nukilan terbaik dariku nanti...ada sesuatu yang menarik untk aku kongsikan.

Tunggu....

Monday, September 12, 2011

New Delhi bila tibanya 2 dalam 1

<p>Ramai yang bertanya bagaimana keadaan Di New Delhi. Aku cuma boleh kata...yang panik cuma polis jer. Orang lain ok jer.</p>
<p>Cumanya...aku bersyukur sangat. Kerja pada pagi kejadian bom meletop tu...aku baru jer lalu kat tempat kejadian dalam 10 minit. Sungguh aku kata. Aku cuma dapat tau perkara ini pun satu jam selepas bom meletup.

Alhamdulillah...kehendakNya tak siapa yang tahu.

Bila tibanya malam...gempa bumi...

Apa yang berlaku membuatkan aku sentiasa berdoa agar sentiasa dalam lindunganNya.