Tuesday, January 24, 2012

Indahnya Bumi Kashmir (Part 02)

Boleh ker saya nak melawat Kashmir nie ?

Soalan yang selalu ditanya oleh kengkawan kepada aku. Jawapan standard aku "Pergilah...apsal tak boleh plak..." Cumanya nasihat aku, sentiasalah peka dengan berita-berita semasa di India nie. Kerana Kashmir nie kawasan yang terrrlalu sensitif.

Aku pernah janji nak ceritakan tentang kepercayaan penduduk setempat (di Kashmir) yang mengatakan tentang makam Nabi Allah Musa a.s dikatakan terletak di bumi India nie. Ianya dikatakan terletak di tanah indah Kashmir. Untuk edisi cerita pasal Kashmir kali ini, aku rasa aku kongsikan bersama dengan yang sudi membaca coretan aku nie berkenaan bumi indah Kashmir...bumi yang dikatakan tanah yang penuh dengan kesuburan dan keRahmatan dariNya.

Sedang aku kumpulkan cerita berkenaan dengan makam nabi Allah Musa a.s nie, aku agak teruja dengan beberapa info yang berkaitan dengan bumi Kashmir nie. Sebenarnya kisah nabi Allah Musa (berada dan wafat di Kashmir) bukan sekadar cerita-cerita lisan dari penduduk tempatan...Tetapi, ia dikatakan tercatat sebagai bukti bertulis dalam kitab-kitab "Perjanjian Lama" (Old Testament) dalam Bible.
Sebelum aku pergi lebih jauh...ingatan aku, buat yang membaca tulisan aku nie: apa yang aku catatkan di sini hanyalah sebagai bacaan santai untuk anda. Segala maklumat yang dicoretkan hanyalah maklumat yang aku kumpulkan berdasarkan sumber-sumber bacaan yang aku peroleh di sini (India). Ianya bukan penemuan atau kesimpulan ilmiah yang boleh dijadikan sandaran. Segala kesimpulan yang aku buat adalah berdasarkan rumusan akalku yang terbatas dan pemahaman atas apa yang aku baca semata. Tidak lebih dari itu...Sebagai ummat Islam, kita wajib dan seharusnya berpegang teguh dengan mukjizat Muhammad Rasullullah yang paaaling agung- Al Quran.Wallahu'alam.

Baik...aku mulakan dengan soalan:"Bagaimana cerita ATAU hipotesis makam nabi Allah Musa a.s nie boleh muncul di bumi Kashmir ?"

Pada pendapat aku, semuanya bermula pada (pada salah satu) ayat di catatan dalam Bible:Old Testament di kitab Hebrews 11:9 "9 By faith he sojourned in the land of promise, as in a strange country, dwelling in tabernacles with Isaac and Jacob, the heirs with him of the same promise:".

Maaf...aku tak bercadang nak menerangkan isi kandungan cerita tentang ayat dalam Hebrews 11:9 nie. Aku rasa korang boleh google sendiri untuk dapatkan penjelasan tentang petikan ayat nie. Cumanya aku nak menarik perhatian yang membaca, tentang dua perkara: perhatikan perkataan 1) the land of promise dan 2) a strange country.

the "Land of Promise/d"

Perkataan the "land promise" atau the "promised land" atau yang seangkatan dengannya selalu di rujuk (dalam Bible) kepada kawasan the "land of east" yang mana daerah/tempat/lokasi ini akan dirujuk kepada the "children of east". Soalan lagi..."apakah tanah yang dijanjikan ini dan yang dikhususkan ini merujuk kepada negara dan orang di negara Palestin" yang terletak di timur tengah ?

Kenapa aku tanya soalan nie...perlu kita ketahui bahawa antara perbahasan agama yang selalu dibangkitkan adalah- kaum Yahudi (sehingga ke hari ini) seringkali menyatakan bahawa mereka adalah kaum/bangsa yang dikatakan the "chosen people" atau insan/bangsa/kaum terpilih di sisi TUHAN. Apakah kerana mereka menyangkakan bahawa bangsa Yahudi adalah bangsa terpilih di sisi TUHAN membuatkan mereka (sehingga ke hari ini dan masih lagi) masih cuba untuk merebut (merampas sebenarnya) tanah suci Palestin dari tangan penduduk di sana.

Logik akal aku menyatakan bahawa, seandainya Allah Subhanahu wa Ta'ala merencanakan bahawa bangsa Yahudi adalah kaum yang terpilih dan dijanjikan tanah (atau daerah atau negeri atau sebuah kawasan) untuk dihuni khusus untuk mereka...kenapa bumi yang dikatakan "telah dijanjikan" untuk mereka ini TELAH dan SEDANG diHUNI oleh ummat Islam pada hari ini ? Maha suci Allah, Tuhan yang Maha Adil telah menunjukkan kepada kita bahawa the "choosen people" yang akan dikurniakan the "promised land" sebenarnya adalah merujuk kepada ummat atau hambaNya yang bertakwa dengan syahadah "La Ilaha ALLAH" dan ummat "Muhammad" Rasullah. Subhanallah. Mereka (bangsa Yahudi) mungkin the "chosen people" kerana dari bangsa ini telah lahirnya ramai para Rasul utusan Allah. TETAPI, mereka bukan bangsa yang berstatus mutlak sebagai penghuni yang terpilih untuk memiliki tanah pemastautin di bumi suci Palestin.

Berbalik pada cerita Kashmir...di bumi Kashmir...hampir sepelusuk negeri yang subur di Kashmir ini dihuni oleh ummat Muhammad. Kalau dirujuk pada penulisan aku yang terdahulu, aku pernah katakan bahawa rata-rata penduduk di Kashmir atau lebih dikenali sebagai Kashmere nie menganggap mereka adalah waris dari Bani Israel (yang hilang atau the "Lost Tribe"). Cuba-cuba fahami rangkap-rangkap syair dalam (Bible) Psalms 69: 34-36 "34 Let heaven and earth praise him, the seas and all that move in them, 35 for God will save Zion and rebuild the cities of Judah. Then people will settle there and possess it; 36 the children of his servants will inherit it, and those who love his name will dwell there." Perenggan dalam Psalms nie mengatakan bahawa Tuhan akan memelihara anak cucu atau waris Judah dan memberikan tanah untuk dihuni bagi mereka yang bertakwa kepadaNya. Kemudian kita renungkan firman Allah, dengan maksud di surah anBiyaa': "[105] Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh".

a strange country

Perkataan kedua yang aku fokuskan dalam Hebrew 11:9 pula ada a strange country. Dalam membincangkan isu "a strange country" atau yang dimaksudkan dengan "negeri yang asing"- aku percaya ramai antara kita yang pernah membelek atau mengikuti perdebatan agama akan mengatakan bahawa "a strange country" adalah merujuk kepada firman atau wahyu Allah kepada nabi Allah Ibrahim yang mengarahkan baginda agar membawa keluar isteri dan anak kesayangan baginda (dalam Bible- orang Kristian merujuk kepada Isaac/Ishak...namun sebagai Muslim Al Quran memperbetulkan sejarah ini dengan menyatakan bahawa ianya adalah nabi Allah Ismail a.s. Aku yakin dan percaya ini provokasi kaum laknatullah yang mahu menghakis salah silah keRasullan Muhammad s.a.w) ke sebuah negeri lain yang mana ianya bertanah tandus, gersang, terrrlalu asing buat kedua-dua mereka untuk hidup. Itulah Makkah. TETAPI, kalau kita amati ayat-ayat selepas Hebrew 11:9- malahan keseluruhan bab dalam Hebrew 11 menekankan bahawa selagi seseorang itu berpegang teguh keimanannya terhadap Tuhan yang satu...yang Esa...yang Tunggal...Allah Subhanahu wa Taa'la. Allah tidak akan membiarkan hambaNya melarat. Itu janji Allah kepada kita.

Hebrew 11 tidak menceritakan atau menumpukan kisah pengembaraan Siti Hajar dan nabi Allah Ismail secara khusus. Makanya, terdapat ilmuan yang bependapat- perkataan "a strage country" juga adalah merujuk kepada tanah lain. Sebab, tafsiran pada maksud TANAH ASING- ianya mestilah sebuah daerah atau kawasan yang lain dari yang lain dari segi struktur geografi dan muka buminya berbanding Mesir mahupun Assyrian mahupun padang pasir. Ia seharusnya secara TOTAL merujuk kepada sebuah kawasan yang cukup...cukup berlainan dari kebiasaan yang dilalui oleh golongan Yahudi pada suatu ketika dahulu (pada zaman nabi Allah Ibrahim a.s).

Takkanlah hanya dengan sepotong ayat dah boleh kaitkan Kashmir dengan kedatangan nabi Allah Musa a.s dan makam yang dikatakan bersemadinya baginda di sana.

the "land of east"

Pada awal artikel aku ini aku ada sebutkan bahawa, dalam Bible- ungkapan the "promise land" seringkali dirujuk pada the "land of east". Contohnya (korang googlelah sendiri...aku malas nak cut n paste) di: Genesis 25: 6 dan 29:1, 1 Kings 4:30, Job 1:3, Ezekiel 25:4 dan banyak lagi.

Soalan lagi...(berapa banyak soalan dah...!!!), kat mana lokasi sebenar the "land of east" (tanah di bahagian Timur) ?!!! Kalau tanya orang Yahudi mereka akan katakan ianya adalah Palestin. Kalau tanya Kristian mungkin saja mereka merujuk pada mana-mana daerah timur dari negara Mesir (tanpa jawapan atau kawasan yang spesifik !!!).

Namun, kalau diamati keseluruhan Bible (hasil kajian seorang sarjana muslim Kashmir yang bernama Asad Farooq yang juga merupakan seorang Muslim berbangsa Yahudi ), satu-satu negara paaaaling TIMUR yang adalah dalam Bible adalah negara INDIA !!!

Ini dicatatkan dalam kitab Esther 1:1 "1 Now it came to pass in the days of Ahasuerus, (this is Ahasuerus which reigned, from India even unto Ethiopia, over an hundred and seven and twenty provinces:)" dan di Esther 8:9 "9 Then were the king's scribes called at that time in the third month, that is, the month Sivan, on the three and twentieth day thereof; and it was written according to all that Mordecai commanded unto the Jews, and to the lieutenants, and the deputies and rulers of the provinces which are from India unto Ethiopia, an hundred twenty and seven provinces, unto every province according to the writing thereof, and unto every people after their language, and to the Jews according to their writing, and according to their language. (aku ambil petikan ini dari bible versi King James)

Tak der negara lain lagi yang berada paaaling timur tercatat dalam Bible selain INDIA. Sebab itulah, pendapat yang mengatakan bahawa the "land of east" adalah merujuk kepada India...negara paaaaling Timur yang PERNAH dicatatkan dalam Bible. Tidak cukup dengan itu, terdapat juga- tidak kurang dari 320 nama beberapa lokasi sekitar Kashmir (nama bandar/kawasan) dan masih wujud sehingga hari ini sebenarnya di adaptasikan dari bahasa Hebrew. Tak cukup lagi dengan 320 nama tempat dalam Hebrew...dalam Bible sendiri ada tercatat 13 lokasi yang terletak sekitar kawasan Kashmir (atau pun lembah banjaran Himalaya).

(bersambung...)

Panjang lagi sebenarnya aku nak tuliskan di sini...kita sambung lagi nanti eh...cam biasalah...TUNGGUUUU !!!


No comments:

Post a Comment