Sunday, November 23, 2014

Cerita Bhutan...Land of Happiness (02)

Aku punya tour guide...gila kentang dia nie super duper cool !!!
Ok...setelah sekian lamanya nak samnbung cerita pasal negara Bhutan...dan atas permitaan juga dari beberapa orang yang teringin nak ke sana...So aku sambung cerita pasal negara kecil yang sungguh nyaman untuk di lawati nie.

Well aku cuba go on a bit detail skit kali nie...kite start dengan "Bab Makan". Kalau korang pergi mana-mana kedai di bandar Paro (bandar yang aku inap di Bhutan)...hampir semuanya adalah restourant vegetarian...Kalau ada pun yang non vege...Herrrmmmm...kompom kedai tu tak halal..and kedai tulah paling suram sebenarnya...Sebab...kedai tu hanya akan serve untuk foreigner sahaja...Orang Bhutan nie boleh dikatakan totaly vegetarian. Ikut kata orang local sanalah...But made to understood...Ramai dikalangan mereka juga yang especially generasi baru Bhutan yang tak mengamalkan pemakanan veg terutamanya kalau mereka keluar negara.

 Not badlah lauk kentang dia nie...just korang bayangkan frenz fries tu digoreng ngan lada hijau...
 Yang nie plak...sayur-sayur tu masak air
Beras dia cam beras bario sabah tu...a bit kanji skit...so...koranag bayangkan ini menu pertama kami di Bhutan...masa nak makan tu...masing2 dah mula fikir..."Nasib baiklah kitorang dah stand by lauk extra sebelum sampai Bhutan".

Satu pesanan aku...ini tips paling berguna yang aku dapat dari tour guide aku...korang tahu tak ... lauk-lauk kat atas tu kitorg order sejam setengah sebelum sampai ke restoran makan tu...so make sure tour guide korang tu call restoran tempat makan siap-siap sebelum sampai...kalau tak...memang lambat lah jadinya...

Satu perkara yang betul2 buat aku rasa selesa di Bhutan adalah keramahan penduduknya...komunikasi di Bhutan cukup senang...sirius korang takkan ada masalah...Bahasa Inggeris mereka sebijik macam kita nya style...korang takkan ada masalah nak berorak dengan mereka. Kalau jejalan di mana-mana di Bhutan...jangan malu nak bertanya. Baik yang dok berdiri tepi jalan, dalam kedai, budak remaja sampaikan tok sami mereka pun boleh berbahasa Inggeris. Cukup kagum aku dengan tahap penggunaan Bahasa Inggeris mereka.
 Sampai ke cerok kampong pun kalau korang jumpa yang susah nak bertutur dalam Inggeris mesti ada yang akan datang tolong untuk melayan korang dalam Inggeris.
 Aku berpeluang ke Istana Bhutan sebenarnya...But so sorry tak leh amik gambar dalam kawasan istana. Dapat amik gambar ngan guard dia jer...But, satu pengalaman yang cukup menarik sebenarnya bila berada di dalam kawasan istana tu. Cuma nak cerita tak der gambar tak sedap so...rejeki aku sorang jerlah eh...

 One thing yang korang takkan menyesal ke Bhutan adalah ... pemandangan yang menjanjikan panorama ... aku tak leh nak bayang dengan kata-kata...cukup dengan Subhanallah !!! tak tercemar...tanpa gangguan pembangunan...tanpa asap...semuanya suatu yang amat baru buat aku bila sampai ke Bhutan. Bau udara yang cukup segar...tak dapat nak aku gambarkan. Keindahan Bhutan satu penyebab utama kalau aku nak jual pada yang nak membeli.
 Nak cerita...terrrlalu banyak yang aku nak kongsikan...sekali lagi penyakit malas aku datang nak menaip panjang-panjang...so to conclude blogging kali nie...aku kongsikan gambar2 dari lensa aku yang tak seberapa...sorilah kalau gambar tak cantik...maklumlah ... aku bukan cari makan dengan kamera...But those photographer out there...kalau datang Bhutan...make sure korang bawak memory card saiz besar2...sirius...banyak angle-angle menarik untuk korang jadikan bahan.










































Monday, November 10, 2014

Amritsar 01 : Bumi Kepahlawanan Sikh

Bertemu lagi kita di blogging aku yang tak seberapa nie...lama sangat nak aku tulis cerita baru. Kerja tak pernah abis dengan masa yang selalu penuh dengan aktiviti tahapahatah. Maklumlah, dah balik Malaysia nie macam-macam aku kejar sebab dah terrrlalu banyak yang aku miss.

Anyway, atas permintaan seseorang yang mengirimkan keinginannya untuk mengetahui tentang Amritsar yang terletak di negeri Punjab. Aku sharekan serba sedikit pengalamanaku menyinggah ke bumi Amritsar nie...

Amritsar nie sebenarnya sebuah bandar yang sibuk dengan aktiviti perdagangan tekstil dan perladangan. Terletak bersempadan dengan negara Pakistan dan di sinilah sebenarnya pusat penganut agama Sikh akan berpusu-pusu untuk menziarahi kuil agung mereka yang terkenal dengan gelaran "the Golden Temple".
Punjab (nama negeri dimana Amritsar terletak) antara lokasi yang sempat aku lawati bersama keluarga sebelum pulang ke tanah air. Kenapa aku ke sana ? 

Bukan sebab "the Golden Temple" tu jadi penyebab utama...tapi, aku nak experience secara live menonton upacara penutupan pintu pagar sempadan antara India dengan Pakistan yang pernah aku ceritakan dalam blogging sebelum ini.
Ok...aku mulakan dulu dengan citer "the Golden Temple" ... kuil agung untuk penganut agama Sikh...aku tak berminat nak bercerita tentang agama Sikh...But, aku nak bercerita tentang pengalaman yang cukup bermakna yang sempat aku kutip di kuil tersebut. Pada aku...banyak elemen pengajaran yang boleh kita ambil sebagai iktibar disekitarnya.
Kat atas tu...gambar aku berlatar belakangkan "the Golden Temple"... Pertama...nak masuk ke kuil yang bertatahkan emas ini...(aku difahamkan ianya MEMANG EMAS TULENNN !!!) kita dimestikan membasuh kaki sebelum masuk...setiap individu lelaki mesti menutup kepala...haaa...tu yang macam bertanjak jer rupa aku...Anyway, aku tak der isu dalam hal nie...kita pun kalau nak masuk ke Masjid ada adabnya...non muslim pun akan kita suruh menutup aurat kan...inikan kita nak menjengok tempat ibadah agama lain. Apa diorang buat kat sini...korang bleh google sendiri. Macam aku bagi taw awal-awal...aku tak berminat nak bercerita tentang bab perilaku amalan keagamaan mereka di sini. 

Satu perkara yang aku cukup kagum bila masuk ke kawasan temple nie...Pada akulah...sepanjang aku menjelajah serata India...inilah satu-satunya kawasan tempat lawatan yang paaaaling bersih pernah aku sampai. Siriusly !!! Masa korang jalan kaki keliling kuil nie korang boleh rasa tapak kaki korang cukup selesa menjamah setiap inci lantai marble di sana. Bersih...Kilat...Tak berdebu...Aku cukup respect mereka dalam hal nie.

Aku difahamkan setiap hari kuil ini akan menjamu para pengunjung mengikut jadual yang tertentu. Dan semua makanan (of course ler ada minuman but air kosong jer lah kan...) FREE !!! Bukan sikit anak kalau diorang jamu makan...boleh cecah ribu korang taw ada masanya. Semua makanan yang dimasak adalah hasil sumbangan orang ramai khususnya penganut Sikh.

Ok fine...bab bagi makan kenduri free nie biasalah kat Malaysia...Aku nak kongsikan satu perkara yang aku cukup kagum...korang pernah terfikir tak basuh pinggan mangkuk pakai debu tanah ???

Haaa...Subhanallah...Itu perkataan pertama aku keluarkan bila bini aku translatekan balik perbualan dia dengan nenek yang dok sebelah anak dara aku tu (bini aku boleh speaking hindi). Sungguh peramah nenek nie...macam nenek bercerita dengan cucu-cucunya beliau bagi taw...Debu tanah adalah antiseptik terrrbaik untuk membunuh segala kuman-kuman kalau ada pada pinggan mangkuk tu...dan mereka dah amalkan membasuh pakai debu tanah sejak berkurun lama lagi...sudah tentunya lepas gosok ngan tanah tu diorang akan bilas dengan air lah...Kalau tak kena gaya orang lain mungkin akan tarik muka musykil...tetapi, kami yang muslim mendengarnya dengan penuh keterujaan kerana sudah mengetahui akan peranan debu tanah sebagai medium pencucian hadas.

Rata-rata yang bekerja di kuil ini adalah sukarelawan sebenarnya. Terrrlalu ramai orang yang merelakan diri mereka untuk bekerja di sini. Aku sebenarnya cukup kagum dengan semangat mereka. Lebih-lebih lagi...bila mengetahui latar belakang mereka...Korang jangan terkejut...ada yang buat kerja-kerja yang dianggap kuli nie sebenarnya mereka adalah dari kalangan profesional...ada lawyer...engineer...computer programmer...hebat-hebat diorang nie...
Yang tukang sapu tu pun sebenarnya anak orang kaya...Dari tukang sapu...basuh pinggan...tukang masak...segala jenis kerja tukang-tukang nie...Don't ever underestimate background diorang...Korang akan rasa betapa rendahnya harga diri korang berbanding dengan kesanggupan mereka untuk menjalankan kerja-kerja amal dalam agama mereka berbanding diri kita sendiri. 

Pada mereka...nilai kemanusiaan perlu diukur dengan menghulurkan tenaga untuk berbakti sesama manusia cukup besar maknanya dalam kamus hidup mereka...Aku pernah katakan...Kaum Sikh nie adalah satu-satu kaum yang tidak akan meminta sedekah dari orang lain...which is TRUE !!! Pada mereka tenaga kudrat perlu digerakkan kalau mahu mengubah hidup sendiri...Aku rasa itu menjadi satu faktor kenapa kaum Saddar nie (bukan Benggali taw !!!) bertubuh besar...kerja kuat...kerja berat adalah rutin mereka sebenarnya...Kaun Sikh nie jugalah yang dikenali dengan semangat keberanian mereka bila berperang...Sepanjang korang berjalan keliling kuil ini juga...banyak kisah-kisah sejarah kepahlawanan Sikh diceritakan. Kalau baca pelan-pelan memang seronok. Ada kalanya korang akan rasa takjub dengan jalan penceritaannya. Dari situ jugalah korang akan lebih mengenali siapa dia kaum Sikh nie.

Oklah...tetiba aku rasa cam maleh nak menulis...aku share gambar jer boleh kot kat korang...kalau ada sesiapa yang berminat nak taw lebih boleh email...

Disclaimer : Gambar kat bawah nie aku amik sendiri dengan kamera aku taw !!!