Wednesday, September 22, 2010

Air Mata di Ayodhya

Ada cerita yang lebih penting aku rasakan perlu aku luahkan di sini. Ini mungkin tiada kena mengena dengan anda. Tetapi banyak pelajaran dan pengajaran yang boleh kita pelajari di sini. Peristiwa di Ayodhya merupakan tragedi kemanusiaan dan agama yang seharusnya menjadi iktibar kepada semua ummat Islam.Tanggal 25 September, 2010 adalah tarikh yang menjadi tumpuan buat semua ummat Islam dan penganut agama Hindu seluruh India. Tarikh ini adalah penentuan samada tapak kawasan bekas Masjid Babri di Ayodhya bakal diserahkan untuk kelelolaan pengerusan ummat Islam atau pun Hindu.
Sehingga ke tarikh 25 September yang bakal menjelma ini- akan aku cuba lontarkan luahan pandangan akal aku yang mungkin tidaklah boleh dijadikan sumber ilmiah. Namun, aku berharap agar ada yang cuba menjadikan peristiwa ini sebagai konklusi yang perlu diambil demi menjaga maruah kita sebagai ummat Islam.

Ramai yang mungkin tidak tahu atau tidak kisah dengan samada tarikh ini perlu diberikan tumpuan atau pun tidak. Tetapi, aku mohon pada sesiapa yang membaca artikel ini- sebagai ummat Islam, aku mengharapkan agar kita bersama-sama dapat mendoakan agar kemenangan dapat diberikan kepada saudara-saudara Islam kita di bumi Ayodhya.

Ini bukan soal yang boleh diambil endah. Tetapi, ini merupakan soal HAK ummat Islam yang boleh dirampas sekiranya kita masih berasa sifat terlalu berTOLERANSI itu satu elemen penting yang dalam menjaga keharmonian. Ini satu iktibar yang perlu dipelajari untuk semua kita agar dalam memperkatakan tentang isu AGAMA, jurang dalam tingkah TOLERANSI perlu dibentuk demi memastikan HAK ISLAM itu sentiasa terjaga.

Mungkin ramai yang sudah lupa atau tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam pergelutan agama tentang peristiwa di Ayodhya ini. Jadi, izinkan aku berkongsi dengan semua...

Bila kontoversi Ayodhya ini berlaku ?

Mengikut sejarah, Masjid Babri telah dibina sekitar 1528 oleh Mir Bank seorang yang berpengaruh di daerah Babur. Tiada catatan mahupun rekod yang boleh dibuktikan bahawa terdapatnya bangunan kuil yang telah diruntuhkan (sepertimana yang dikatakan oleh puak pelampau Hindu) pada waktu itu sebelum bangunan Masjid Babri didirikan. Masjid Babri pada waktu itu juga dikenali dengan beberapa nama, antaranya- Masjid-i Janmasthan, Jami Masjid, Sita Rasoi Masjid dan sebagainya..

Isu kontroversi ini tercetus pada tahun 1853 apabila Pejabat Daerah Faizabad telah menggazetkan (Gazet) bahawa tanah tempat bangunan Masjid Babri didirikan itu merupakan tanah tempat beribadat yang boleh dibangunkan untuk dua agama, Islam dan Hindu.

Menyedari bahawa hak pendudukan terhadap tanah itu juga telah dibenarkan untuk penganut Hindu, beberapa insiden kekecohan berlaku pada tahun tersebut juga bila muncul pihak-pihak yang berkepentingan mula meletakkan patung-patung Dewa Dewi Hindu bagi upacara keagamaan Hindu berhampiran dengan bangunan Masjid Babri.

Kekecohan, keganasan dan keadaan yang tidak tenteram ini telah menyebabkan Penjajah British terpaksa campur tangan untuk mententeramkan keadaan dengan membina pagar pemisah sempadan antara tapak Masjid Babri dengan kawasan untuk penganut Hindu pada 1859. Bermula pada saat itu, penganut Hindu dibenarkan untuk mendirikan Chabutra (platform yang dibangunankan untuk upacara-upacara keagamaan Hindu).

Semenjak itu keadaan menjadi terkawal seketika. Ummat Islam terus menjalankan aktiviti di Masjid dan penganut Hindu juga mula menjalankan aktiviti keagamaan mereka di tanah Ayodhya.

Namun, harus dijelaskan bahawa- persempadanan tanah Masjid Babri dengan tapak keagamaan Hindu telah menonjolkan bahawa Masjid Babri lebih prominen berbanding dengan tapak keagamaan Hindu. Jumlah ummat Islam yang sentiasa ramai berkunjung ke Masjid (terutamanya untuk solat berjemaah pada hari Jumaat) membuatkan terdapatnya pihak-pihak yang merasakan tapak agama Hindu mula hambar.

Sehinggalah pada tahun sekitar 1910- kekecohan mula kembali apabila rasa tidak puas hati dan iri hati tentang perkembangan Islam di Ayodhya. Kekecohan mula memuncak pada tahun 1934 sehingga memaksa angkatan polis anti rusuhan diletakkan dikawasan tanah Masjid Babri sebagai langkah berjaga-jaga.
Apakah punca kontroversi ini berlaku ?

Kekecohan dan kontroversi dalam isu kependudukan tapak ibadah Ayodhya masuk ke fasa baru bermula pada December, 1949 apabila terdapatnya segelintir kumpulan penganut Hindu yang menyatakan bahawa mereka terlihat penampakan imej Dewa Ram di dalam kawasan Masjid Babri (terdapat pihak yang menyatakan bahawa imej penampakan Dewa Ram ini dilihat muncul di dalam dewan solat Masjid Babri).

Berita penampakkan imej Dewa Ram di Masjid babri ini merebak kesekitar daerah dan banyak kawasan malahan sehingga menjadi berita sensasi di India pada waktu itu. Rentetan dari cerita penampakkan imej Dewa Ram inilah membuatkan komuniti Hindu di Ayodhya cuba mengusulkan kepada pihak pengurusan Masjid Babri untuk meletakkan patung Dewa Ram di kawasan Masjid Babri. Cadangan dan permohonan ini tidak diambil endah oleh pihak pengurusan Masjid Babri dan ditolak mentah-mentah pada waktu itu.

Akibat daripada permohonan mereka (komuniti Hindu) ditolak maka wujudlah kalangan yang ekstrimis dalam penganut Hindu yang berkeras mahu menempatkan patung Dewa Ram (atau Ramayana) dengan cara kekerasan. Insiden keganasan mula berlaku dan menyebabkan pengurusan Masjid Babri membuat keputusan untuk menutup kawasan masjid dari sebarang aktiviti atas dasar keselamatan.

Kekecohan dan keganasan yang berlaku ini telah menyebabkan pihak berkuasa tempatan di Ayodhya juga mengambil keputusan untuk menutup seluruh kawasan masjid dan tapak keagamaan Hindu di situ di tutup untuk sebarang aktiviti keagamaan. Semua in berlaku apabila pintu dan kunci Masjid Babri sering dipecahkan oleh puak-puak pelampau agama.

Dari tahun 1950 hinggalah ke 1989 terdapat lima permohonan untuk membenarkan upacara keagamaan Hindu dijalankan di dalam kawasan Masjid Babri telah difailkan ke Mahkamah Sivil Faizabad. Tangguh dan tangguh...dan tangguh membuatkan ada pihak mengambil kesempatan dengan menyemarakkan api kemarahan keagamaan sehingga mewujudkan ektrimis yang melampau. Dan akibatnya, Masjid Babri tumbang, runtuh dan dibinasakan pada 6 Desimber 1992..

Kes ini kemudiannya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Allahabad dan tanggal 25 September 2010 adalah penentu kepada HAK tanah pengurusan ibadat Ayodhya dan siapa yang BERHAK ke atasnya.


No comments:

Post a Comment