Thursday, December 9, 2010
Air Mata di Ayodyha: Episod 05
Sunday, October 10, 2010
Siri 01: Mangsa Komenwel Yang They "Say Well" (sebutan SEWEL)
Dialog di Kedutaan Indonesia, New Delhi (beberapa tika sebelum solat Jumaat)
Kawan aku : Rool ! ko nak tengok badminton tak petang ni ?
Aku : Ada tiket ker ?
Kawan aku : Sebab ada ler aku tanya ko...nak gi tak ?
Aku : Kalau ada ... ko bagi tau aku. Call lah nanti-
Bukan niat aku nak mengharapkan tiket free...dari awal lagi aku dah rasa malas nak pergi menonton mana-mana acara dalam sukan komenwel nie. Aku dah merasa peritnya nak harung proses security yang menyakitkan hati sebelum nie. Selesai solat Jumaat aku balik ke pejabat. Sambung kerja apa yg patut. Sambil2 tu, tepon aku asyik berbunyi- sorang2 call tanya ajak aku pergi tengok badminton malam nie..."Okeylah...aku pergi"- jawapan aku pada sorang rakan yang menelepon aku.
Kerja pejabat selesai...apa nak buat eh...? Layan fb jap-Sambil-sambil belek fb, tepon aku berdering lagi...Guna Seelan (kawan aku di HiCom Malaysia)
Aku : Balai Polis Vasant Vihar...apa boleh bantu
Guna : (Suara die gelak) Ini bukan rumah mayat ker...? (Gelak lagi-)
Aku pun bantai gelak gak...
Guna : Bang !!! Nak gi tak tengok badminton malam nie...?
Aku : Ada tiket ker tak ?
Guna : Ada...tu yang I tengah kira berapa org nak pergi...
Aku : Kalau tiket ada...okey, I'm in-Pergi macam ner...saing ker aku tunggu mana-mana nanti ?
Guna : Let U know latter...
Selepas itu- aku sambung belek-belek fb kawan2 yg lain. Check jadual untuk minggu depan. Kemas meja apa yang patut. Solat asar- Apa lagi ? Balik rumah ler...dalam pada waktu aku nak menunggu maghrib...call demi call bertalu-talu. info macam-macam dah berbalas dengan kengkawan yang nak pergi sama.
Aku pergi dengan sorang kawan aku ke stadium Siri Fort...since die tak tau jalan aku tumpangkan die dengan dua orang anak die. Perjalanan pada mulanya okey jer...Tiba di simpang pertama nak masuk ke kawasan stadium-sangkut jem dah mula. Dalam hati aku, "Maybe tembung dengan orang balik kerja nie kot...". Rupa-rupanya- jalan dah sekangkang kera, diorang leh tutup satu jalan untuk kenderaan komenwel. Dari dua lorong dah jadi satu lorong jer...Aku rasa adalah dalam 30 minit kami sangkut untuk lepaskan jarak 3km.
Aku call Guna, cuba bertanyakan ke mana patut kami pergi ? Dia kata "Ko pergi Gate 02, Encik Azmi tengah tunggu". Aku pendekkan cerita. Dek kerana salah info..polis sini pon tak leh pakai…Kami ambil keputusan berjalan kaki jer…Jem teruk sangat dah.
Aku pendekkan cerita...selepas penat berjalan hampir 3km. Kami dapat tiket dari kawan aku...(ada cerita lagi sebenarnya sebelum dapat tiket nie...).
Masuk gate...depan kami dah nampak kawasan security screening. Aku dah mula naik menyampah dah...Korang bayang negara super power nie konon2nya…Tapi kawasan security screening macam ladang lembu. Pagar2 pakai buluh jer...Cara scan tiket jerlah nampak modern…Tapi selebihnya- Macam cerita Bukit Kepong lah plak. First wallet dah kena kuarkan…Camera tak leh bawak masuk (sebab tu aku tak dapat nak amik gambar-kalau tak dah aku upload kat sini dah rupa kandang lembu security kat sini)…Syiling tak boleh bawak masuk. Pen pon tak bleh. Macam-macam lagi tak boleh. Panjang list die kalau aku nak taip.
Beratur dengan orang2 di sini memang perit. Bau die jangan cakap lah…Tahan nafas jerlah aku beratur dengan manusia di sini. Tiba time aku nak kena body scan. Clear tak der apa. Aku nampak ada tabung duit syiling besat dua biji kat meja security tertulis “Cancer Donation”. Aku dengan selamber sound polis yg jaga kat situ…”Are U sure U gonna give this coins for cancer donation ?”. Polis yang jaga di situ…”Yeah…sure…-“ sambil geleng kepala. Aku gelak jerlah…dalam hati aku “Bertuah diorang nak derma duit-duit nie…masuk poket sendiri ler jawabnye…-“. Sambil aku nak lalu kawasan screening tu- ada sorang mamat nie tengah bertekak dengan sorang polis argue pasal apa plak die kena sedekah duit syiling. Banyak gak die bawak duit syiling tu…Berkoyak gak lah…
Selepas melepasi security screening…kami berjalan lagi 1km untuk ke stadium…bunyi bising penyokong India sudah kedengaran. Tiba di pintu masuk- salah seorang petugas meminta tiket kami- “Okey, U go this way…” sambil menunjukkan arah ke kawasan pintu masuk untuk atlit. Kat belakang aku dah kedengaran suara seronok budak…”Kita masuk pintu atlit lah wei…”. Tetapi, penat kami tak habis lagi rupanya. Kami terpusing sana sini mencari mana pintu masuk ke dalam stadium. Sudahnya, agaknye sorang mamat nie kesian dengan romobongan cik kiah yang muka kompius memanjang die cuba tolong tunjukkan jalan kepada kami.
Bila nak masuk jer kami di tahan. Seorang petugas meminta pass accreditation. Mana kami ada…!!! Kami Cuma penyokong biasa jer…Belek punya belek tiket …Memang tiket yang kami ada untuk atlit. TAPI, kena disertakan pass accreditation kalau nak masuk. Aku dah naik hangin dah dengan gelagat sombong petugas-petugas komenwel India nie. Aku minta jasa baik diorang dan bertanya kalau-kalau ada peluang untuk kami masuk mana-mana pintu. Sebab aku dan abang Isa bawak budak-budak Malaysia nie. Kesianlah diorang….Fuh !!! Memang kerek orang India yang pakai pass tergantung kat leher nie…jawab sombong diorang “NO!!!”. Dia cuba explain dengan bahasa Inggeris lintang pukang. Siap kata “Do U understand english ?!!!”. Aku naik menyirap dah…aku cakap dengan dia…kalau diorang tak kasi kami masuk dalam stadium kenapa tak stop kami dari pintu security lagi…?!!! Tak payahlah kami susah payah nak jalan kaki jauh2…dia terdiam sekejap. Lepas tu agaknye dah sedar kekurangan prosedur yang diorang sendiri buat, dia (mamat yang berlagak tu lah) mintak sorang volunteer datang assist kami. But, still tak dapat masuk. HAMPAlah kami semua…
Tapi, dalam hampa-hampa pun…Kami berjaya buat orang-orang India nie pelik…Kami tetap boeh tersenyum dan bergembira…aksi gelak ketawa…sambil masing2 posing ambil gambar buat orang sini takjub dengan semangat kipas susah mati Malaysia nie. Salah seorang volunteer kata…die suka dengan team kipas susah mati Malaysia yang nie…kalau orang India…dah tentu diorang mengamuk dah kat sini kalau tak dapat masuk. Tapi, orang Malaysia memang sporting…
Kami duduk depan tv besar depan stadium…buat bising sokong Malaysia dari luar…dari kawasan tu kosong…Tiba2 jadi penuh dengan manusia. Aksi memekak kami yang geram tak dapat masuk stadium buat orang India geram gak tengok kami…Off course ler…dah team diorang kena bantai dengan Malaysia kan…Then, rasa2 keadaan dah tak selamat (sebab Malaysia dah leading 2-1 masa tu) Kami balik…Kami tahu double lelaki Malaysia kompom menangnye. Dari kena aksi yang menakutkan dari orang India nie…elok kami angkat kaki dulu…
Sambung lagi lah untuk siri akan datang…
Sunday, October 3, 2010
Super Star Rajni Kembali

Saturday, October 2, 2010
Air Mata di Ayodhya: Episod 04



1) Kenapa komuniti Hindu diberikan 2/3 hak dalam pemilikan tanah di kawasan bekas tapak Ayodhya ? Kenapa tidak Hindu separuh dan Muslim separuh ?;
3) Kenapa mesti meletakkan dua orang hakim beragama hindu dan seorang Muslim untuk membuat keputusan ?
Atas persoalan-persoalan seperti ini (ada banyak perkara yang menjadi persoalan aku sebenarnya dalam hal ini) aku merumuskan bahawa; keputusan mahkamah lebih kepada jalan penyelesaian pertikaian atau cuba mengawal api kemarahan daripada memberikan keadilan mutlak kepada pihak yang tertindas.

Isu, cerita, dan kisah Ayodhya akan berlanjutan lagi. Namun, aku akan cuba berikan beberapa kupasan lain yang berkaitan dengan isu Ayodhya- agar kita mampu memikirkan pengajaran dan pelajara dari sejarah keruntuhan Masjid Babri ini .
Wednesday, September 29, 2010
Air Mata di Ayodhya: Episod 03
Thursday, September 23, 2010
Air Mata di Ayodhya: Episod 02
Aku tidak pernah sampai di Ayodhya. Tetapi, aku punya kenalan yang ramai di Lucknow dan ada antara mereka yang berasal dari bumi kemusnahan Masjid Babri itu. Semua yang aku kenal menyatakan bahawa, apa yang berlaku di Ayodhya sebenarnya hanyalah permainan politik dan drama mereka yang cuba meraih sokongan untuk kepentingan nafsu semata-mata. Sebelum tahun 1992, tahun kemusnahan Masjid Babri di Ayodhya- jumlah kuil-kuil yang berada di Ayodhya sebenarnya dikatakan mencecah lebih 20,00.
Berapa jumlah masjid ?
Masjid di sekitar Ayodhya pada waktu itu hanya ada lima buah sahaja...aku ulang LIMA BUAH SAHAJA !!! Sekarang ? Cuma tinggal tiga sahaja. TETAPI, apakah itu menunjukkan ummat Islam di Ayodhya lemah ? Apakah jumlah ummat Islam di Ayodhya sedikit ?
Tidak sama sekali. Sebenarnya inilah kekuatan ummat Islam di bumi Ayodhya. Walaupun rumah ALLAH itu hanya ada lima. Tetapi, dikatakan jumlah yang mengi'marahkan masjid sentiasa menjadi perhatian penganut agama lain. Setiap kali bila tiba lima waktu solat dan hari Jumaat. Kawasan-kawasan sekitar masjid-masjid di Ayodhya menjadi tumpuan untuk seluruh penduduk di situ samada untuk melakukan solat, berniaga, mahupun ada yang datang untuk meminta sedekah.
Peristiwa keruntuhan Masjid Babri bukan alasan bagi ummat Islam di Ayodhya untuk mengeluh dan meratapi peristiwa silam. Tetapi, mereka bangkit dengan memastikan ummat Islam di Ayodhya memiliki kekuatan sendiri. Mereka menguasai perniagaan (terdapat juga peralatan upacara keagamaan Hindu di Ayodhya juga dikatakan diusahakan oleh kaum Muslim di situ, seperti bunga, minyak, kain, pakaian dan sebagainya) dan memastikan anak-anak muslim mendapat pendidikan yang sempurna samada ilmu keduniaan dan mahupun keIslaman.
Pengamatan aku terhadap peristiwa keruntuhan Masjid Babri pada 6 Disember, 1992 ini menemukan aku satu kesimpulan yang mendapat sokongan dari beberapa kalangan wartawan yang aku kenali di sini. Malahan mereka kata, apa yang akan aku kongsikan dengan para pembaca semua di sini sememangnya ada kebenarannya.
Kenapa mesti Masjid Babri di musnahkan ?
Kenapa mesti Masjid Babri dimusnahkan sedangkan jumlah rumah ibadah untuk ummat Islam hanya ada LIMA buah sahaja pada waktu itu berbanding puluhan ribu kuil-kuil disekitar Ayodhya.
Untuk memulakan kesimpulan yang aku maksudkan dalam peristiwa kejatuhan Masjid Babri ini, kita perlu melihat isu yang berlaku di luar India pada tahun sebelum binasanya Masjid Babri.
Sememangnya ramai dikalangan kita, malahan warga India sendiri kurang mengetahui bahawa pada 14 Ogos, 1947 di Lahore, Mahkamah Tinggi Lahore telah membuat satu keputusan yang sememangnya mengejutkan ummat Islam di seluruh pakistan apabila menyerahkan tanah tapak Masjid Shahiganj kepada masyarakat Sikh. Semenjak tarikh itu, tapak asal Masjid Shahiganj menjadi HAK mutlak kepada kaum Sikh secara sah disisi undang-undang British Pakistan.
Apa cerita disebalik tapak asal bangunan Masjid Shahiganj di Lahore ini ?
Aku tidak mahu cerita panjang tentang asal pembinaan Masjid Shahiganj di Lahore ini- Tetapi secara ringkasnya Masjid Shahiganj sebenanrya telah dibina dan berdiri teguh beratus tahun sebelum tahun 1935 apabila puak pelampau Sikh dengan sokongan penjajah British memusnahkan masjid ini dan mendirikan kuil gudwara bagi masyarakat Sikh menjalankan upacara agama mereka.
Lanjutan daripada peristiwa keruntuhan masjid ini, pemimpin Islam di Lahore telah memfailkan kepada Mahkamah Rendah Lahore untuk menuntut HAK mereka, dan keputusan Mahkamah Rendah pada waktu itu menyebelahi kepada masyarakat Sikh. Dari tahun 1935 sehinggalah 1947 kekecohan masih berlaku. Tetapi, bezanya dengan kes Masjid Babri-pemimpin Islam dan Sikh pada waktu itu masih mampu mengawal perasaan pengikut masing-masing.
Masih tidak putus asa dengan keputusan Mahkamah Rendah Lahore, pemimpin Islam di Lahore mengemukakan fail tuntutan semula kes ini kepada Mahkamah Tinggi Lahore.
Namun, dibawah keputusan Governor Emerson (wakil British di Lahore pada waktu itu) telah memutuskan bahawa tapak kuil gudwara itu kekal dan permohonan masyarakat Islam untuk menuntut kembali HAK tapak Masjid Shahiganj ditolak mentah-mentah. (Nota: sebab itu aku katakan keruntuhan Masjid Shahiganj mendapat sokongan penjajah British)
Sehinggalah Pakistan merdeka dari penjajahan British, keputusan Mahkamah Tinggi Lahore masih kekal sehingga sekarang.
Apa yang membezakan kedua-dua kejadian keruntuhan masjid-masjid ini ?
Di Pakistan, puak pelampau Sikh menggunakan pengaruh hubungan baik politik mereka (dan kesetiaan mereka untuk berkhidmat pada Ratu England sebagai askar British) untuk mendapatkan kepentingan mereka selepas menyedari bahawa pemisahan daerah Punjab (kepada Pakistan dan India) bakal membuatkan mereka menjadi bangsa minoriti di negara Pakistan.
Di India, pemimpin politik memainkan sentimen keagamaan (pada aku ini hanya retorik yang direka-reka) bagi meraih sokongan dan menyemarakkan api kebangkitan memperjuangkan agama (konon-kononnya) untuk kepentingan parti politik yang diwakili oleh mereka.
Pemimpin politik di India sedar bahawa apa telah dapat dipelajari (dari peristiwa keruntuhan Masjid Shahiganj di Lahore) bahawa, apabila dengan cara keganasan juga kemenangan mampu dicipta- Memusnahkan binaan rumah ibadah agama lain bukan tindakan diskriminasi pada mereka. Asalkan kepentingan majoriti dapat dipertahankan. Walaupun, asas prisipnya hanyalah bersandarkan pada khayalan yang mungkin direka-reka (aku merujuk pada dakwaan ada penampakkan imej Dewa Ram di Masjid Babri). Bukti kajian dan catatan sejarah bukan asas yang mesti dipertahankan. Kerana, keputusan akhir yang ingin dicapai adalah- KEPUASAN NAFSU perlu diselesaikan.
Kedua-dua peristiwa ini ada persamaannya, tetapi kesudahan pada akhir cerita tidak dipastikan lagi. Samada, sejarah Masjid Babri juga akan mengikuti apa yang terjadi pada Masjid Shahiganj. ESOK adalah penentu segalanya.
Pengajaran dan pelajaran yang perlu kita ambil dari peristiwa Masjid Babri di Ayodhya ini akan aku simpan untuk keesokkan hari nanti selepas keputusan Mahkamah Tinggi Allahabad diputuskan.
Marilah kita berdoa, agar Allah memberika ketetapanNya yang terbaik buat hamba-hambaNya di bumi Ayodhya dan seluruh India. Amin...
Wednesday, September 22, 2010
Air Mata di Ayodhya

Ramai yang mungkin tidak tahu atau tidak kisah dengan samada tarikh ini perlu diberikan tumpuan atau pun tidak. Tetapi, aku mohon pada sesiapa yang membaca artikel ini- sebagai ummat Islam, aku mengharapkan agar kita bersama-sama dapat mendoakan agar kemenangan dapat diberikan kepada saudara-saudara Islam kita di bumi Ayodhya.
Ini bukan soal yang boleh diambil endah. Tetapi, ini merupakan soal HAK ummat Islam yang boleh dirampas sekiranya kita masih berasa sifat terlalu berTOLERANSI itu satu elemen penting yang dalam menjaga keharmonian. Ini satu iktibar yang perlu dipelajari untuk semua kita agar dalam memperkatakan tentang isu AGAMA, jurang dalam tingkah TOLERANSI perlu dibentuk demi memastikan HAK ISLAM itu sentiasa terjaga.
Mungkin ramai yang sudah lupa atau tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam pergelutan agama tentang peristiwa di Ayodhya ini. Jadi, izinkan aku berkongsi dengan semua...
Bila kontoversi Ayodhya ini berlaku ?
Mengikut sejarah, Masjid Babri telah dibina sekitar 1528 oleh Mir Bank seorang yang berpengaruh di daerah Babur. Tiada catatan mahupun rekod yang boleh dibuktikan bahawa terdapatnya bangunan kuil yang telah diruntuhkan (sepertimana yang dikatakan oleh puak pelampau Hindu) pada waktu itu sebelum bangunan Masjid Babri didirikan. Masjid Babri pada waktu itu juga dikenali dengan beberapa nama, antaranya- Masjid-i Janmasthan, Jami Masjid, Sita Rasoi Masjid dan sebagainya..
Isu kontroversi ini tercetus pada tahun 1853 apabila Pejabat Daerah Faizabad telah menggazetkan (Gazet) bahawa tanah tempat bangunan Masjid Babri didirikan itu merupakan tanah tempat beribadat yang boleh dibangunkan untuk dua agama, Islam dan Hindu.
Menyedari bahawa hak pendudukan terhadap tanah itu juga telah dibenarkan untuk penganut Hindu, beberapa insiden kekecohan berlaku pada tahun tersebut juga bila muncul pihak-pihak yang berkepentingan mula meletakkan patung-patung Dewa Dewi Hindu bagi upacara keagamaan Hindu berhampiran dengan bangunan Masjid Babri.
Kekecohan, keganasan dan keadaan yang tidak tenteram ini telah menyebabkan Penjajah British terpaksa campur tangan untuk mententeramkan keadaan dengan membina pagar pemisah sempadan antara tapak Masjid Babri dengan kawasan untuk penganut Hindu pada 1859. Bermula pada saat itu, penganut Hindu dibenarkan untuk mendirikan Chabutra (platform yang dibangunankan untuk upacara-upacara keagamaan Hindu).
Semenjak itu keadaan menjadi terkawal seketika. Ummat Islam terus menjalankan aktiviti di Masjid dan penganut Hindu juga mula menjalankan aktiviti keagamaan mereka di tanah Ayodhya.
Namun, harus dijelaskan bahawa- persempadanan tanah Masjid Babri dengan tapak keagamaan Hindu telah menonjolkan bahawa Masjid Babri lebih prominen berbanding dengan tapak keagamaan Hindu. Jumlah ummat Islam yang sentiasa ramai berkunjung ke Masjid (terutamanya untuk solat berjemaah pada hari Jumaat) membuatkan terdapatnya pihak-pihak yang merasakan tapak agama Hindu mula hambar.
Sehinggalah pada tahun sekitar 1910- kekecohan mula kembali apabila rasa tidak puas hati dan iri hati tentang perkembangan Islam di Ayodhya. Kekecohan mula memuncak pada tahun 1934 sehingga memaksa angkatan polis anti rusuhan diletakkan dikawasan tanah Masjid Babri sebagai langkah berjaga-jaga.

Kekecohan dan kontroversi dalam isu kependudukan tapak ibadah Ayodhya masuk ke fasa baru bermula pada December, 1949 apabila terdapatnya segelintir kumpulan penganut Hindu yang menyatakan bahawa mereka terlihat penampakan imej Dewa Ram di dalam kawasan Masjid Babri (terdapat pihak yang menyatakan bahawa imej penampakan Dewa Ram ini dilihat muncul di dalam dewan solat Masjid Babri).
Berita penampakkan imej Dewa Ram di Masjid babri ini merebak kesekitar daerah dan banyak kawasan malahan sehingga menjadi berita sensasi di India pada waktu itu. Rentetan dari cerita penampakkan imej Dewa Ram inilah membuatkan komuniti Hindu di Ayodhya cuba mengusulkan kepada pihak pengurusan Masjid Babri untuk meletakkan patung Dewa Ram di kawasan Masjid Babri. Cadangan dan permohonan ini tidak diambil endah oleh pihak pengurusan Masjid Babri dan ditolak mentah-mentah pada waktu itu.
Akibat daripada permohonan mereka (komuniti Hindu) ditolak maka wujudlah kalangan yang ekstrimis dalam penganut Hindu yang berkeras mahu menempatkan patung Dewa Ram (atau Ramayana) dengan cara kekerasan. Insiden keganasan mula berlaku dan menyebabkan pengurusan Masjid Babri membuat keputusan untuk menutup kawasan masjid dari sebarang aktiviti atas dasar keselamatan.
Kekecohan dan keganasan yang berlaku ini telah menyebabkan pihak berkuasa tempatan di Ayodhya juga mengambil keputusan untuk menutup seluruh kawasan masjid dan tapak keagamaan Hindu di situ di tutup untuk sebarang aktiviti keagamaan. Semua in berlaku apabila pintu dan kunci Masjid Babri sering dipecahkan oleh puak-puak pelampau agama.
Dari tahun 1950 hinggalah ke 1989 terdapat lima permohonan untuk membenarkan upacara keagamaan Hindu dijalankan di dalam kawasan Masjid Babri telah difailkan ke Mahkamah Sivil Faizabad. Tangguh dan tangguh...dan tangguh membuatkan ada pihak mengambil kesempatan dengan menyemarakkan api kemarahan keagamaan sehingga mewujudkan ektrimis yang melampau. Dan akibatnya, Masjid Babri tumbang, runtuh dan dibinasakan pada 6 Desimber 1992..
Kes ini kemudiannya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Allahabad dan tanggal 25 September 2010 adalah penentu kepada HAK tanah pengurusan ibadat Ayodhya dan siapa yang BERHAK ke atasnya.
Sunday, August 29, 2010
Kafir Muyrik Itu Najis
Tapi, aku tangguhkan sebentar hasrat itu...jiwa aku sedang membara menahan kemarahan baru atas keTOLOLan masyarakat MELAYU yang beragama Islam di Qariah Surau Al-Huda, Kajang Sentral dan juga di Masjid At Taqwa di Selayang Baru yang membenarkan dan mengizinkan orang kafir masuk ke dalam rumah ALLAH.
Aku tidak faham dan tak boleh terima andai Nazir, Imam dan AJK Qariah Surau mengambil pendirian mengizinkan rumah ALLAH itu dijadikan sebagai platform kemasyarakatan tanpa ada elemen yang berkepentingan politik. Memanglah dalam akhbar-akhbar atau mana-mana media, mereka akan berkata tujuan datang, masuk dan berceramah hanyalah setelah mereka dijemput dan tiada kepentingan politik. Soalan aku...BOLEH PERCAYA KER ?!!
Lebih buat aku marah, apabila membaca SELAYANG 28 Ogos - Ahli Jawatankuasa Masjid At-Taqwa mendakwa tidak menerima surat rasmi daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang menyatakan tidak boleh membawa masuk orang bukan Islam ke dalam masjid. Nazirnya, Mizan Mamat berkata, beliau tidak pernah diberitahu mengenai perkara itu sejak menjadi nazir kepada masjid tersebut. Lebih malang lagi si yang bergelar nazir ini bersuara TOLOL; ''Saya tidak pernah diberitahu bahawa perkara ini tidak boleh dilakukan. Jadi saya rasa tiada salahnya berbuat demikian. Apakah apabila dilantik sebagai nazir perlu diberitahu (diAJAR) segala-galanya tentang APA YANG BOLEH DAN APA YANG TIDAK BOLEH. Kalau tak bagi tahu, BOLEHlah nak buat sesuaka hati ?!!!
Inilah perkembangan yang semakin berani dikalangan kafir musyrik di Malaysia yang secara terang dan bukan lagi sinis. Mereka sudah boleh berbangga kerana mereka sudah mampu menjejakkan kaki ke dalam rumah ibadah ISLAM. Bukan itu sahaja, bersuara menyampaikan pesanan yang BAIK (tazkirah) konon-kononnya kepada jemaah qariah di SAF tenpat dahi ummat ISLAM sujud bersolat.
Mana TOK GURU agama yang berteriak melolong dalam ceramah yang berceramah tentang agama. Apa kata mereka bila surau tempat bertazkirah dengan saudara MUSLIM sudah boleh dikongsikan dengan pemimpin kafir.
Hujah aku mudah, apakah akan dibenarkan oleh si Paderi (kristian) untuk membenarkan dan mendengar syarahan agama Islam di Gereja-gereja mereka ? Andai dilihat sendiri di kalangan gereja-gereja Kristian sekali pun, pernahkan kita lihat Paderi Wanita menyampaikan khutbah di gereja kristian. Aku bagi jawapan dari kitab Gospel 1 Corinthians 14:34 yang berbunyi “The women are to keep silent in the churches; for they are not permitted to speak, but are to subject themselves, just as the Law also says”. Lihat sendiri, dalam agama kristian pun tidak membenarkan golongan wanita bersuara dalam rumah ibadah mereka. Tetapi, terbalik kepada kita…membenarkan orang kafir wanita masuk kedalam surau dan siap benarkan BERSUARA di surau.
Dalam hal ini aku pasti akan ada tok guru agama yang akan bersuara dengan memetik firman ALLAH SWT dalam Surah At Taubah ayat 28, yang bermaksud; “Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis (tidak suci), maka janganlah mereka mendekati Masjidil Haram sesudah tahun ini. Dan jika kamu khawatir menjadi miskin maka Allah nanti akan memberimu kekayaan kepadamu dari kurniaNya, jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”.
“ALLAH hanya katakan jangan bagi masuk kafir ke dalam Masjidil Haram, masjid lain boleh. Surau pun orang panggil surau bukannya Masjid”...Nauzibillah...Aku cukup berharap ayat dari Surah At Taubah itu dikaji KENAPA diturunkan dan BILA ayat itu diTURUNkan. Ini penting, andai masyarakat kita membaca al quran dengan mengamati maksud pada setiap ayat. FIKIRKANlah maksud awal ayat tersebut, “Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis (tidak suci),- MUSYRIK itu ALLAH telah katakan sebagai golongan yang najis. Tanpa kiasan, malahan maksudnya JELAS lagi TERANG...MUSYRIK itu NAJIS !!! Maka tidak kiralah samada ianya masuk ke Masjidil Haram atau mana-mana masjid sekalipun andai bangunan itu sudah kita anggap rumah ALLAH kenapa mesti kita izinkan KAFIR MUSYRIK yang tidak suci masuk ke dalamnya. Mereka membenarkan NAJIS dibawa masuk ke dalam rumah ALLAH.
Mungkin ada juga yang akan berkata, pada zaman Rasullullah- Baginda membenarkan kafir musyrik masuk ke dalam masjid. Malahan dalam sememangnya di akui terdapat dikalangan fuqaha yang berselisih pendapat tentang membolehkan kalangan kafir musyrik masuk ke dalam rumah ALLAH dengan berlandaskan sirah Rasullah yang pernah membenarkan golongan kafir At-Ta’if tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam, juga dalam satu kisah terdapat rombongan kristians dari Najran menginap seketika di dalam masjid baginda di Madinah. TETAPI, aku tegaskan fatwa Majlis AGAMA ISLAM Selangor tepat dengan mengatakan bahawa HARAM bagi kafir musyrik menjejakkan kakinya ke rumah ALLAH bersandarkan kepada maksud awal ayat “Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis (tidak suci).
Sebab itu aku katakan, kita kena tahu KENAPA dan BILA ayat tersebut diturunkan. Aku tidak mahu ulas panjang lebar tentang KENAPA dan BILA ayat ke 28 dari surah At Taubah ini diturunkan. Kerana aku mahu semua yang membaca di sini mengambil tanggungjawab dan mengatakan Al Quran itu bukan hanya sekadar di baca. Tetapi ianya perlu diFAHAMI dan diHAYATI tentang apa yang terkandung di dalamnya.
Malahan dalam isu ini aku kongsikan sabda Rasulullah, yang diriwayatkan dari Abu Bakrah r.a, ia berkata, "Sungguh Allah telah memberiku sebuah kalimat yang bermanfaat bagiku, yakni ketika sampai berita kepada Rasulullah saw. bahwa bangsa Persia mengangkat puteri Kisra menjadi raja mereka, beliau saw. bersabda, 'Tidak akan beruntung suatu kaum yang menyerahkan urusan mereka kepada seorang wanita'," (Hadith Riwayat Bukhori - no. 7099).
"And why do you not even on your own initiative judge what is right?" (Luke 12:57)
Thursday, August 26, 2010
Episod I: Hak vs. Berhak Menggunakan kalimah "ALLAH"
Dah lama…terlalu lama aku tidak mengupdate blog aku nie...Rutin kerja dan banyak perkara berlaku pada setiap hari. Sehinggakan aku terasa agak malas untuk menaip.
Namun, atas semangat Ramadhan. Ada sesuatu sebenarnya yang berlaku dan aku cuba lontarkan sedikit pandangan dan ilmu untuk dikongsikan bersama yang membaca. Apa yang cuba aku sampaikan bukanlah benda baru. Cuma aku berharap ada insan-insan lain yang akan meneruskan hasil coretan ini kepada bentuk yang lebih dinamik untuk santapan dan tatapan rohani saudara-saudara Muslimku yang lain (khususnya MELAYU).
Aku mulakan kalam...
Dengan nama ALLAH yang MAHA pemurah, lagi MAHA mengasihani.
ALLAHuAKBAR
ALLAHuAKBAR
ALLAHuAKBAR..wa Lillahilhamd
Semua ini bermula apabila pihak Mahkamah di Malaysia telah membuat keputusan bahawa penggunaan kalimah agung umat Islam- “ALLAH” dibenarkan untuk digunakan dalam cetakan penulisan bagi agama lain (dalam hal ini Kristian).
Berderau darah aku. Marah !!!
Mengucap panjang aku. Aku tahu aku bukanlah dari latar belakang pendidikan agama setaraf dengan ulama. Tetapi, naluri Islam aku memberontak. KENAPA ?!!! Ini dibiarkan dan dibenarkan berlaku dalam sebuah kerajaan yang telah mendapat persetujuan bersama dengan bangsa lain sebelum merdeka bahawa ISLAM itu agama rasmi MALAYSIA.
Antara soalan yang bermain dibenak fikiran aku dan ramai MUSLIM di Malaysia- Kenapa dibiarkan Hakim yang beragama BUKAN Islam yang dibiarkan membuat keputusan dalam menentukan penggunaan “ALLAH” kepada agama lain. Sedih aku. Memikirkan kecetekan akal ahli-ahli politik (tak kiralah samada ianya datang dari UMNO, PAS, mahupun PKR) yang konon-kononnya memperjuangkan agama dan maruah bangsa. Tetapi, tidak mampu berbuat apa-apa bila berhadapan dengan isu-isu sebegini. Lebih sedih lagi, ada pemimpin Islam yang menyokong keputusan Mahkamah tersebut.
Tapi, masa berlalu…dua tiga bulan...Sudahnya- isu ini dikatakan sudah basi.
Malahan, ramai orang Islam khususnya MELAYU yang agaknya sudah lupa tentang isu ini. Kekhuatiran sesetengah pihak tentang kekeliruan kalimah ALLAH itu untuk siapa bakal jadi kenyataan, andai kita terus leka dan membiarkan masa menentukan keadaan.
Sambil itu, kita lupa sudah ada pihak-pihak yang mengambil kesempatan atas isu ini aku percaya. Sudah ada pihak yang mengatakan bahawa, beriman kepada ALLAH pada agama ISLAM adalah sama dengan menyembah ALLAH di dalam gereja. Masjid dan gereja adalah tempat ibadah untuk semua.
Nau’zubillah !!!
Seseorang perlu lakukan sesuatu. Dan sesuatu perlu dimulakan bagi menjaga aqidah dan tauhid anak-anak kita. Aku cukup khuatir dengan generasi Muslim (lagi sekali- khususnya MELAYU pada hari ini) yang tidak cenderung untuk menjadi ilmuan. Ramai yang asyik menatap majalah hiburan dan komik kartun.
Terlalu banyak bacaan yang ditulis dalam bahasa yang asyik dan mengkhayalkan (paling sedih: ada buku yang konon-konon ditulis atas tujuan untuk motivasi tetapi dalam konteks cinta).
Aku menyeru pada yang menatap tulisanku kali ini. TOLONGLAH sedar dan TOLONGLAH buka mata. Kita perlu bersama, setiap individu yang mengaku SYAHADAH itu kalimah yang diIMANi perlu berazam. Kita perlu bersama dalam memastikan generasi Muslim adalah golongan yang akan menjadi ilmuan yang unggul.
Sekurang-kurangnya kita harus mampu melahirkan generasi yang suka membaca (buku-buku ilmiah yang aku maksudkan dalam hal ini) dan sering cuba untuk memikirkan (konklusi analitikal) apa yang dibaca, Insya’ALLAH…kita masih mampu menyelamatkan Islam dari dipersendakan.
Pendek kata, hanya dengan ilmu sahajalah kita mampu menyelamatkan agama dan bangsa kita daripada terus dipengaruhi dan dipermainkan oleh pihak-pihak yang berniat jahat.
Berbalik pada isu kalimah “ALLAH”, aku tahu- andai kita terpekik terlolong, maki hamun, sumpah seranah, pemimpin negara kita akan hanya akan mampu berkata “Bertenang semua, hormatilah keputusan Mahkamah…”. Ditambah dengan sikap sokongan tanpa rasa bersalah dari kalangan ulama pembangkang yang aku anggap dungu dan bengap. Membuatkan ada pihak yang tersenyum meRAIkan kemasukkan kalimah agung “ALLAH” ke gereja dan kitab bible mereka.
Tiada apa yang boleh kita lakukan lagi. Kita sudah kalah memperjuangkan ISLAM dengan membenarkan kalimah “ALLAH” diekploitasikan oleh orang kafir.
Mulanya- aku juga beranggapan keputusan Hakim kafir Cina itu menetapkan keputusan eksklusitiviti kalimah “ALLAH” bukan lagi hanya untuk ummat Islam merupakan tanda-tanda kekalahan kita dalam mempertahankan agama. TETAPI !!! Aku sedar juga akhirnya...-
KITA KALAH ?!!! Sebab kita PASRAH !!!
KITA KALAH ?!!! Sebab kita asyik MENGALAH !!!
KITA KALAH ?!!! Kalau terus BERSERAH !!!
Dan, sesungguhnya ALLAH itu sememangnya MAHA Agung. Benarlah kata-kata seorang sahabat Rasullullah: Sesungguhnya apabila seseorang itu mampu mengawal kemarahannya, itulah jihad yang paling hebat sekali.
Dalam, diam-diam- aku sebenarnya mula menelaah buku-buku bible. TERPERANJAT ?!!!
Aku mengawal api kemarahan aku bukan dengan membaca bible-bible.
Tetapi, entah kenapa- tiba-tiba aku terfikir, “Kenapa bersungguh benar si paderi di Malaysia nie nak gunakan “ALLAH” dalam artikel mereka?”. Lantas, aku melakukan pembacaan demi pembacaan. Rujukan demi rujukan. Hampir setiap hari aku akan lapangkan masa untuk membaca sambil mengkaji bible. Juga, aku semakin rajin malah menjadi ketagih untuk mengetahui penemuan dan pandangan pemikir-pemikir Islam tentang bible.
Alhamdulillah…ALLAHuAKBAR !!! Sememangnya Al-Quran itu suatu mukjizat sehingga ke akhir zaman. Aku masih seorang muslim walaupun masih terus membaca buku-buku bible.
Insya’allah…aku akan cuba lontarkan pandangan aku tentang isu; apakah BERHAK penganut Kristian menggunakan kalimah “ALLAH” yang telah diberikan HAK oleh entiti dunia yang bergelar mahkamah.
Justeru, penulisan aku untuk seterusnya selepas ini akan berkisar tentang apa yang aku fikirkan tentang sejauh mana kejujuran paderi Kristian tersebut dalam memohon HAK penggunaan kalimah “ALLAH” sedangkan dia tahu penganut Kristian hari ini tidak BERHAK mengESAkan “ALLAH”.
“Dan kamu akan ketahui KEBENARAN, dan KEBENARAN akan membebaskanmu”
(maksud lebih kurang dari Gospel John 8:32)
Moga bertemu di Episod II...
Monday, May 31, 2010
Kesyukuran vs. Subsidi
Subsidi kerajaan bukan satu perkara yang diharapkan. SEBAB, mereka tahu kerajaan mereka hanya akan fikirkan bagaimana nak menaikkan cukai demi memenuhkan kantong perbendaharaan negera. Minyak di sini akan menjadi item mewah. Air akan menjadi satu senjata mengaut keuntungan. Paling boleh buat kawan-kawan di Malaysia gelak, BAWANG ?!!! mungkin akan menjadi item kawalan harga di sini.
Paling patut rakyat Malaysia bersyukur, untuk pendidikan kita masih lagi termurah berbanding di India. Bayangkan kalau ibubapa kena bayar RM6,000.00 ke RM8,000.00 setahun untuk seorang anak. Itu baru yuran sekolah tu. Itu baru sekolah kerajaan. Belum masuk yuran peperiksaan lagi. Buku, aktiviti, dan macam-macam lagi caj selain pendaftaran.
Sunday, May 23, 2010
Episod Selepas Terhempasnya Kapal Terbang
Berita kapal terbang terhempas di India ini sebenarnya bukan kali pertama. Kalau kapal terbang kormesil sebenarnya dah kali kedua. Tapi, kalau bercerita pasal cerita terhempas ini kali kedua juga. Beberapa bulan dahulu sebuah jet pesawat pejuang tentera India terhempas atas rumah orang awam. Tapi, kali ini lebih dasyat, sebab 128 orang mati. 8 orang sempat terjun menyelamatkan diri bila kapal terbang tu terpisah dua sebelum meletup. Aku cukup kagum sekejap bila ajal mereka masih sempat selamat sebelum terbakarnya kapal terbang. Siap leh terjun plak macam cerita filem action hollywood.
Banyak keluarga mangsa merungut bila pihak berkuasa India menahan mayat-mayat mangsa yang cuba diuji untuk dikenal pasti. Siap minta orang-orang politik masuk campur.
Ini sati tabiat orang India yang aku agak jengkel kalau korang pun baca ceritanya. Dah sah-sah mayat tu mesti dah rentung. Nak juga diorang paksa-paksa hospital lepaskan mayat tu untuk di semadikan cara mereka (mengikut amalan agama masing-masing). Meraung-raung, memekak-meka nak tengok mayat. Ada yang lagi drastik kata, bakar jer ikut cara hindu semua yang tak dikenal pasti.
Tapi, ada juga mangsa terhempas dari kalangan orang Islam.
Konflik antara agama dan teknologi berlaku di sini. Pelik kekadang, macam mereka tak boleh nak fikir cara waras sekejap bila kesedihan campur geram bergelumang dalam fikiran mereka. Akal dah tak boleh mempertimbangkan kewarasan yang wajar.
Paling menarik kalau nak ikut sekarang ini pada aku, bukan isu salah siapa sehingga terjadinya kapal tersebut terhempas. Tapi isu tuntutan insuran yang bakal berlaku rentetan dari kejadian ini.
Berita hari ini menganggarkan, mungkin lebih USD30,000 juta pampasan akan menjadi komitmen pada empat buah syarikat insuran terbesar di India ini. Itu tak termasuk tuntutan insuran nyawa individu-individu yang terlibat sebagai mangsa dalam kes ini. Ini merupakan salah satu jumlah besar dalam sejarah dunia insuran di India. Sewaktu insiden pengganas di Mumbai dahulu pun jumlah tuntutan insuran yang dibuat oleh Hotel Oberoi Mumbai tidak sebesar tersebut.
Ada juga keluarga mangsa yang dah mula mengfailkan saman kepada syarikat penerbangan kerajaan ini. Pihak pengurusan tertinggi Air India pada waktu ini sedang memikirkan apa yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan syarikat ini. Ini mungkin boleh dijadikan kes study yang menarik. Siapa tahu sejarah kejatuhan sebuah syarikat GLC mungkin berlaku selepas insiden kejadian seperti ini. Bukan jatuh sahaja, tetapi mungkin bangkrap.


Wednesday, May 19, 2010
Judi Itu HALAL ?!!!
"ASTAGFIRULLAH HAL A'ZIM..."
Kenapa itu yang menjadi perkara besar yang ingin difikirkan ? Apa sudah tidak ada isu lain yang ingin dibincangkan selain judi yang sudah terang-terangan haram.
Apakah cetek sangat...atau terlalu sukar untuk difikirkan jalan penyelesaiannya ? Susah sangat ker nak bagi jawapan TIDAK PERLU DIPERTIMBANGKAN untuk cadangan seperti ini.
Kenapa mesti dihalalkan cadangan ini ?
Aku melihat nampak sangat ada perkara tersirat yang tak di dedahkan dalam isu seperti ini. Sebagai insan yang telah dilantik sebagai Menteri Kabinet beragama Islam, kenapa sanggup ditunggang oleh pihak lain untuk merealisasikan cadangan judi ini ?
Jawapan untuk semua persoalan ini sebenanrya mudah kalau kita berfikir dengan berlandaskan iman kepadaNya. Aku tahu bila berbicara tentang hukum agama...hukum hakam fiqah...mungkin aku bukan orang yang ideal untuk dijadikan rujukan.
Isu yang nak aku dan sesiapa yang membaca tulisan ini fikirkan- PERLUKAH judi untuk World Cup 2010 itu di halalkan di Malaysia.
Isu aku seterusnya, kenapa sanggup pemimpin yang kononnya beragama Islam sanggup mengsekularkan amanah yang di berikan demi menjaga kepentingan orang lain. Ini isu berat. Bukan main-main. Ini melibatkan integriti keIslaman dan akidah Islam pemimpin Melayu yang aku lihat seakan-akan senang dibeli.
Apakah ada unsur kepentingan yang perlu dijaga ?
Ada budi yang perlu dibalas ?
ATAU...(Nauzubillah mintak sempang) ada wang yang ditawarkan ?
Sebenarnya kalau tanya kepada aku...Aku akan membantah sekeras-kerasnya dalam isu ini. Sebab ? Kalau dah kemaruk nak berjudi sangat...online kan ada... "Aik ? Tadi kata HARAM nie suruh orang berjudi kat online pulak !!!". Maksud aku mudah. Sebagai seorang Menteri yang beragama Islam, kenapa pening-pening kepala nak mengHALALkan judi nie. Kalau dah nama taik judi mereka akan berjudi juga...samada dihalalkan atau tidak oleh kerajaan. Mereka akan tetap berjudi. Tetapi aku tetap pegang...HARAM TETAP HARAM.
Tetapi aku sedih, kenapa pemimpin Islam kita sanggup berkompromi dalam isu ini. Nampak sangat pemikiran dia dan mereka tak kreatif dalam menyelesaikan masalah.
Mereka dok sibuk ngutuk PAS tak konsisten dalam mempertahankan Islam. Tapi, yang UMNO plak nak bertoleransi dalam mempermainkan hukum fiqah nie aka kes ?!!!
Ingatlah....tindakan sebeginilah yang akan membuatkan parti-parti politik lain samada MIC, MCA, DAP, Gerakan dan seangkatan dengannya akan gelak ketawa sesuka hati. SEBAB ? "Jangan risau...jangan bimbang....kalau Islam kata HARAM...kita kasi HALAL. Sebab itu Menteri kawan kita mah...dia boleh kasi tolong adjust kitab dia baca punya. Boleh kasi delete itu HUKUM..."
2 x 5...5 x 2...
1Malaysia yang aku faham tidak bererti kita boleh satukan budaya dan tabiat pegangan agama. yang dianuti oleh rakyat Malaysia. Isu agama dan budaya adalah dua skop yang tidak boleh dikompromikan sama sekali.
Dalam hal ini. Aku cukup sokong tulisan YB Zul Kulim. KLIK untuk baca.
Tuesday, May 18, 2010
Panas !!!
Memang panas sungguh di sini. Surat khabar hari nie ada cerita. Panas sebegini adalah yang paling hangat dicatatkan sejak 100 tahun. Paling aku takut, ada yang bagi tau mungkin panas akan terus naik sehingga cecah paras 50 darjah celcius.
Jadi, nak sambung cerita shopping tengah panas-panas nie aku pun maleh.
Panas-panas macam nie...orang India kat sini banyak yang melangok...melepak...bawah pokok akan banyak manusia yang terbaring. Dalam hati aku, "kesian diorang keletihan sampai bawah pokok jadi tempat lepas lelah". Panas sebegini jugaklah yang boleh membuatkan kita rasa malas nak buat kerja. Terik dan perit nak buat kerja dalam keadaan panas.
Allah Maha pemurah. Kepanasan suhu yang diberikan di bumi ini di imbangi dengan rejeki tanaman yang enak-enak untuk hambaNya.
Tapi, panas sebegini jugalah yang agak merisaukan sesetengah petani di sini. Kepada mereka yang menanam padi, gandum, dan sebagainya...cuaca yang terlalu panas membuatkan tanah kering kontang. Memang dasyat penangan panas tahun nie. Kekeringan tanah di New Delhi juga sudah menjadi kerisauan sesetengah pihak. Sampai ada kajian dah dibuat mengatakan kalau cuaca sebegini berlarutan untuk lima tahun berturut-turut. Kawasan Tengah India ini nanti akan menjadi kawasan kering dari sumber air.
Air akan menjadi sumber galian paling berharga daripada emas. Malah, aku pernah terbaca satu artikel kenapa India seboleh-bolehnya tidak mahukan kawasan Kashmir, Arunanchal Pradesh dan Himachal Pradesh jatuh ketangan Pakistan dan China. Ini semuanya kospirasi untuk menidakkan AIR menjadi senjata untuk menjatuhkan India. India memang sudah sampai tahap kritikal dalam pengurusan air. Mereka tidak ada perancangan jangka panjang yang konkrit dalam memastikan tahap stok air bersih untuk penduduk India terjamin untuk masa akan datang.
Sebab itu aku cukup sokong kalau kerajaan negeri Johor mendesak kerajaan Persekutuan mengenakan harga yang mahal kepada Singapura bila bercakap tentang bekalan air yang dihantar ke negara Temasek itu.
Ini bukan isu main-main. Tapi, India boleh dijadikan satu contoh bila kerana isu air ini jugalah ada yang berdarah di sini.
Nota: Musim panas di New Delhi- March hingga akhir Oktober. Tahap kepanasan maksimam biasanya dicatatkan pada bulan May hingga akhir Julai.
Tuesday, May 11, 2010
Shopping di New Delhi: Sarojini
Tawar menawar di sini tidak sama seperti di Shanghai, kalau di China mungkin si penjual akan merayu kita dengan mengikut dan mendesak kita sepanjang perjalanan bila harga yang ditawarkan kita tak setuju. Tapi, di sini kalau kita tak setuju tak menjadi hal. Walau apa jua alasan yang dibagi jangan rasa ada takut untuk terus ke kedai lain membelek barangan yang sama.
Ini bagi memastikan kita tidak ralat dengan harga yang akan kita bayar. Kadang-kadang barang yang sama kita boleh dapat dengan harga lebih murah di kedai yang lain. Tak seperti bershopping di Danau Kota, barang sama, kedai lain...Tapi harga tetap sama. Disini, barang sama, kedai lain, harga belum tentu sama.
Jadi kenalah berjalan sikit. Walaupun letih, tapi kepuasan dapat beli barang pada kualiti yang baik dengan harga yang murah akan buat korang rasa lega bila poket masih ada lebihan duit untuk beli barang lain plak nanti.
Kadang-kadang bila dah sampai ke sini - aku suka nasihatkan kawan jangan malu-malu juga untuk beli barang kat tepi-tepi jalan. Memanglah shopping nampak macam tak ada kelas. Tapi, sebenanrnya kualiti barangan tu sama jer. Harga pun lebih murah. Bijak berbelanja bukan pada harga jer di sini. Tapi kena pada tempat dan masanya juga.
Kalau bercerita tentang kualiti di sini, sebenarnya kualiti barangan di sini tinggi. Cuma finishing saja yang menentukan harga akhir yang perlu kita bayar.
Bila beli saree, kadang-kadang kain yang nak dibeli hampir sama. Tapi, sebab diletaknya labuci yang berkelip-kelip harga dah jadi lain. So, pandai-pandailah korang memilih.
Sunday, May 9, 2010
Jalan-Jalan Cari Makan : Edisi Shopping 02
Pengalaman aku melayan orang-orang kita bila sampai sini jer diorang akan tanya mana nak cari kain saree. Aku bagi tau banyak tempat. Tapi, yang pastinya diorang nak cari yang murah-murah semuanya. Aku tanya balik, nak beli pakai sendiri ker nak jual balik. Malu-malu kucing diorang jawab pakai sendiri jer. Kalau macam tu okeylah.
Sebenarnya Delhi ini sendiri dah jadi macam emporium dah. Mana-mana kalau kita berjalan akan ada saja kedai macam-macam leh dapat. Cuma kita kena tau apa yang nak kita cari. Cerita bab kain saree, kat Delhi ada banyak tempat-tempat popular.
Aku senaraikan tempat-tempat yang boleh kita cari kain saree ikut bajet ekonomi korang kalau sampai di sini.
1. Sarojini Market
2. Babu Market (sebelah Sarojini market)
3. Karol Bagh
3. Lajpat Nagar
4. Ina Market (ini pasar sayur/ikan/daging sebenarnya)
Nak mahal sikit, kualiti untuk gi function leh cari di Cottage Industry (depan Janpath), hotel Hilton, or dekat ngan Qutub Minar.
Tapi, kalau tanya aku tempat faverat aku...kami beli di Babu Market or Ina Market. Coz, kat sini harga boleh tahan lagi dan yang paling penting kalau nak tawar menawar sememangnya boleh dan mesti dilakukan. Aku ulang...MESTI bargain harga apa jua yang korang nak beli di sini.
Tips bila nak bershopping di New Delhi:
1. Penampilan korang mesti betul bila nak berbelanja di sini. Kenapa ? Macam pernah aku bagi tau sebelum nie...di sini diorang mengamalkan TIADA tanda harga barangan yang dijual. Harga plak ada 3 kategori. So, kalau tak nak kena harga pelancong...seeloknya korang berlagak macam orang expat di sini.
2. Bila belek barang-barang yang korang dah berkenan...perkataan yang pertama kena keluar dari mulut korang..."KITNA ?" maknanya "BERAPA ?" Konon-kononnya korang taulah sikit bahasa hindi. Apa jua angka harga yang keluar dari mulut diorang...(walaupun harga diorang bagi tu dah murah) ... Terus jer korang cakap "KIU MENGGA ?" - Buat muka terperanjat sikit... maknanya "APSAL MAHAL ?"
3. Kalau si penjual tanya harga kita...Jangan teragak-agak untuk potong separuh harga. Buat tunjuk muka hati kering sikit. Ini bab paling kritikal...korang kena buat keputusan yang boleh memuaskan hati bila bernegosasi dengan diorang nie. Bila memilih barang pastikan pilih barang yang betul-betul korang nak (ikut bajet masing).
4. Kalau dah buat keputusan, make sure korang dalam keadaan mengawal keadaan sessi bargain. Jangan sesekali biarkan dia pengaruh korang untuk pilih ini n pilih itu. Sebab kalau korang biarkan si peniaga buat keputusan untuk korang inilah yang boleh membuatkan korang ralat nanti terlebih bajet.
5. Bila nak bayar...ini satu TIPS PALING PENTING !!! JANGAN SESEKALI KORANG TAYANG DUIT DALAM WALLET KORANG !!! Bila harga dah muktamad, tutup sessi jual beli korang dengan angkat kaki. Biasanya di sini si peniaga akan cuba untuk buat up sale selepas dapat duit kalau diorang nampak duit korang berkepok-kepok lagi. Diorang kalau boleh nak habiskan duit korang tu di kedai diorang jer.
6. Kalau korang beli banyak barang di sini...Jangan lupa minta barang free...Macam minta souvenir lah ngan dia.....Biasanya diorang mesti kasi.
Next story aku bagi tau detail tempat-tempat yang kasi tau seperti di atas tadi eh...
Tuesday, May 4, 2010
Jalan-Jalan Cari Makan: Edisi Shopping
Next time aku cite lagi pasal tempat-tempat nak shopping di sini.