Seperti yang pernah aku katakan sebelum ini, India nie negaranya memiliki jumlah populasi yang cukup ramai (selepas China). Ramai juga yang tahu, yang negara ini mengamalkan dasar pemerintahan sistem demokrasi.
Tetapi, ramai juga yang tak tahu...India nie jugalah negara yang saangat mengambil berat tentang pendekatan memartabatkan sistem amalan "demokrasi secara total" dalam mewarnakan rencana agenda negara.
Kalau dibelek-belek yang dimaksudkan sistem kerajaan berrrr"demokrasi" apa die ek...?
Secara general yang aku faham dari kamus Oxford yang aku semak jap tadi..."DEMOKRASI" adalah kesepakatan yang dicapai (oleh orang-orang dewasa) dalam menentukan sesuatu keputusan yang mampu memberikan kesan dalam kehidupan mereka. "DEMOKRASI" juga adalah sistem yang membenarkan HAK dan RUANG seseorang untuk menyatakan, menyampaikan, melibatkan diri dan berfungsi sebelum, sewaktu dan selepas sesuatu keputusan yang memberikan kesan dalam kehidupannya.
Adil ker sistem demokrasi nie...ADIL ker ?!!! Tengok balik maksud kat atas yang aku bagi...perkataan "kesepakatan". Kalau ada yang tak bersetuju dengan keputusan yang nak dibuat tu apa jadi ? Apa jadi pada minoriti yang tak sehati dalam "kesepakatan" yang dibuat ? Sebab itu...mana-mana negara yang mengamalkan sistem kerajaan yang berrrr"DEMOKRASI" nie akan ada satu lagi institusi yang akan bertindak sebagai badan pemisahan kuasa-kuasa yang tidak boleh dilangkau oleh kerajaan yang berrrrdemokrasi.
DEMOkrasi jugalah yang selalu menjadi lesen besar kepada banyak pihak (tak kira samada di India mahupun di tanah airku sendiri pun sama...) untuk menyuarakan suara dan inspirasi mereka pada pendekatan yang kadang-kalanya menjadikan sesebuah negara itu kucar kacir, tak aman, tak tentu hala, mogok, peket, dan macam-macam lagi kaedah yang digunakan bagi memastikan pihak yang "bersepakat" mendengar laungan ideologi mereka. Semuanya sebab...!!! DEMOkrasi adalah tunjang yang membenarkan setiap individu melontarkan haknya untuk bersuara..."Walaupun dengan cara memekik melolong ?!!".
Dengan terjemahan sistem demokrasi nielah yang aku perhatikan negara yang aku duduki pada waktu ini tak pernahnya tenteram dengan berita dan isu-isu yang selalu sensasi dengan konflik dan propoganda. Hampir setiap hari jugalah media massa di sini akan menyampaikan berita-berita sensasi, panas, tegang malahan apa juga berita yang mampu menarik minat mata untuk mengetahui isi kandungan cerita (pelaris) yang cuba disampaikan akan dipaparkan buat tatapan umum. Media massa di sini (tak kira yang penyiaran ker atau yang bercetak) sering mengatakan apa yang disampaikan pada umum adalah hak kebebasan yang mereka gunakan sehinggakan etika kewartawanan pun diorang letak mana aku pun tak tau bila ada berita yang aku sendiri ragui kesahihannya.
Akibat dari terrrlau memperjuangkan HAK kebebasan bersuara inilah juga...saban hari berita kesusahan dan penderitaan golongan minoriti akan juga tersiar di media massa. Pada aku, apakah keADILan yang dicapai oleh pihak yang BERSEPAKAT kalau masih ada yang berasa tertindas dengan keputusan yang tercapai.
Apa yang berlaku di India sebab mereka dikatakan pengamal dasar pemerintahan kerajaan yang sungguh berrrDEMOKRASI nie :
1. Hampir setiap bulan (kang kalau aku kata minggu tak percaya plak korang) akan ada pihak yang menganjurkan demontrasi, mogok, peket, perhimpunan dan macam-macam lagi;
2. Terdapat sekurang-kurangnya lima permohonan (lima pihak) yang sedang memeningkan kerajaan Pusat sebab mereka nak keluar berpisah dari negeri asal mereka dan menuntut untuk menjadi negeri yang ditadbir sendiri oleh pihak yang memohon;
3. Kadang-kadang keputusan yang dibuat oleh kerajaan terpaksa memejamkan mata tentang kesulitan yang bakal dihadapi oleh kumpulan minoriti. Aku ambil contoh: korang tau tak berapa pendapatan isi rumah kalau nak dimasukkan dalam daftar kemiskinan di India nie...? Lebih kurang RM90 hinggit sebulan korang taw !!! kalau diorang leh dapat pendapatan lebih RM100.00 katakanlah...maknanya family tu tak layak dapat bantuan dari kerajaan Pusat. Findlah kalau katakan dia naikkan 500%...Baru RM500 kan...pun still RM500 tu tak layak nak dapat bantuan dari kerajaan...Kan ker sedih tu !!! Alasan kerajaan...kalau lebih dari tu kerajaan tak mampu nak tampung subsidi yang terrrrlalu menjadi beban dalam belanjawan negara.
4. Terrrlalu berDEMOKRASI si kaya tak pernah nak ambil peduli dengan si miskin.
5. 2/5 dari ahli Parlimen yang menjadi penentu dasar pemerintahan negara adalah mereka yang pernah terlibat dalam kes-kes jenayah...("pedulik apa !!! hak individu walaupun pernah masuk penjara !!!- kata mereka lah...)
6. Atas dasar untuk menegakkan hak-hak dalam berrrrdemokrasi, rakyat di negara ini tidak dididik untuk menghormati hak-hak orang lain. Sivik terrrrlalulah kureng ditonjolkan (adalah jugak 2 3 manusia yang bersopan di sini...). Etika dalam beradab juga kadang-kadang membuatkan kita kurang senang dengan sikap mereka dan banyak lagi.
7. Banyak lagi kalau aku nak senaraikan di sini...lain-lain leh cari sendiri....
Kalau tanya aku...aku amatlah berharap agar janganlah kita (sebagai Muslim...) sesekali mengatakan bahawa demokrasi nie adalah hakikat dan asas yang perlu dijadikan pegangan dalam sistem pemerintahan. Aku nak tanya pada ahlul politik di tanah air kalau dapat peluang...Dalam Al Quran dan catatan Sunnah Rasullulah...Ada ker kata kita mesti ikut ciri-ciri dalam sistem demokrasi ?!!! Samada dari perkataan mahupun maksud istilah itu sendiri.
Memang zaman Rasullullah ada menggunakan kaedah musyawarrah (kesepakatan yang diambil dalam mesyuarat setempat). TETAPI, sunnah baginda ada menyatakan bahawa setiap keputusan yang dibuat adalah setelah mendapat panduan dan tunjuk ajar hidayah dari Allah. Sebab itu, pada ketika era kerajaan masyhur Madinah...kaum Nasara, Yahudi, Romawi dan lain-lain yang tidak beragama Islam pun masih boleh hidup tinggal aman damai bersama penganut Islam. Zaman Khalifah Abu Bakar...ikutan dari tunjukkan ajar sunnah Rasullullah dan fahaman Al- Quran yang tinggi membuatkan wang zakat sukar diberikan kepada asnaf yang sepatutnya kerana tak der orang yang layak diklasifikasikan sebagai miskin apatah lagi fakir. Walaupun musyawarah ada tapi kelompok minoroti masih mampu dipelihara, terjaga dan tidak diabaikan dalam sistem pemerintahan berbandukan wahyu Illahi.
Aku bukan orang yang suka nak bercerita bab-bab politik nie....Tapi, aku tak setuju bila ada sorang Tok Guru nie kata ayat-ayat dal Al Quran nie ayat politik...sungguh aku doakan agar dia dapat hidayah dan petunjuk dalam menyampaikan dakwahnya pada masa akan datang. Aku nie tak derlah tinggi sangat ilmu agamanya...Tapi, seandainya kita baca, faham, dan cuba berfikir sedalam mungkin dengan kebijaksanaan akal yang terbatas...kita akan dapati bahawa Al Quran itu adalah panduan dan guru yang paling agung untuk dijadikan sebagai pendokong pada setiap keputusan yang memberi KESAN dalam hidup manusia.
Dunia sains dan teknologi hari ini pun dah membuktikan, Kalamullah yang ada dalam Al Quran (dan juga beberapa sunnah Rasullulah) ada kebenaran yang mampu dibuktikan secara saintifik. Al Quran dan Sunnah tidak pernah memberikan hipotesis...kedua-dua peninggalan Rasullullah ini secara terang dan terus memberikan kesimpulan yang perlu kita jadikan panduan.
Wasiat Rasullulah sebelum wafat telah berpesan...selagi kita berpegang pada Al Quran dan SunnahNya...kita takkan terpesong dari gejala yang memudaratkan. Itu jaminan baginda. Itu janji baginda. dan itulah...KEBENARAN dan KEADILAN yang mampu memberikan KESAN HAKIKI untuk kita...
Maksud dari ayat 1 dan 2 Surah Al Baqarah: [1] Alif, Laam, Miim. [2] Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
No comments:
Post a Comment