Thursday, November 24, 2011

Siapa Cepat Dielah Yang Dapat ?!!!

Aku mulakan blogging kali ini dengan seruan PERDAMAIAN...aku menyeru kepada yang membaca tulisan aku kali ini agar sentiasalah memastikan iltizam untuk menjaga keharmonian dan kerukunan dalam persahabatan dengan saudara kita di seberang.

Apa yang aku maksudkan di sini...sejak final bola sepak Sea Game 2011 Malaysia vs. Indonesia...aku lihat di facebook, twitter, forum dan macam-macam lagi...pertembungan dan permusuhan bahasa antara pihak-pihak yang fanatik (samada malaysia mahupun Indonesia) semakin menakutkan aku.

Pleaselah...kalau kita bergaduh sesama sendiri tiada apa yang menguntungkan...malahan banyak keburukan bakal terjadi dari isu-isu yang boleh diselesaikan di meja rundingan. Kalau tak pun akal yang waras sewajarnya mampu menafsirkan akibat pada tindakan kita.

Okey cukup setakat tu...mari kite bergumbira sekejap dengan sebuah lagu lama nie..



Lagu "Rasa Sayang" ???!!! Yeah !!! Mesti ramai orang Indonesia yang akan marah dengan aku kali ini...kata nak berdamai...alih alih mainkan lagu kontroversi nie plak.

Bertenang semua...

Aku mahu semua orang berfikir secara terbuka seketika. Lagu dalam youtube yang ada kat atas tu dirakamkan pada tahun 1959 di Singapura. Masa tu Singapura masih lagi sebahagian Tanah Malaya. Malahan, aku dapat tahu tempo irama yang sama lagu Rasa Sayang ini juga telah digubah dan ubah menjadi beberapa versi di India. Lagu yang dimuatkan dalam filem hindustan nyanyian Lata Mageshkar dan Muhammad Rafi ini menjadi fofular di India pada awal tahun 1960an. Pada era tahun fofularnya lagu ini jugalah hubungan Malaysia dan Indonesia bergoncang dengan Konfrantasi dari tahun 1962 hingga 1966 yang dimainkan oleh Bapak Suekarno (antara tokoh hebat yang amat aku kagumi...gaya dan cara pidatonya memang cukup menadjubkan aku...meremang bulu !!!).

Soalan aku ?

Kenapa pada masa lagu "Rasa Sayang" ini menjadi fofular di India...tiada pihak di Indonesia cuba mempertikaikan bahawa penggunaan lagu ini sudah menyalahi hak penciptaan atau mencabul budaya warisan Indonesia ? Kenapa bila Malaysia gunakan lagu "Rasa Sayang" pada tahun 2007 sebagai pembuka Tahun Melawat Malaysianya menjadi isu yang cukup kontroversi yang menimbulkan kemarahan yang cukup membara di kalangan rakyat Indonesia ?

Soalan aku yang seterusnya ?

Kalau betullah pihak di Indonesia rasa lagu "Rasa sayang" itu lagu warisan ciptaan dan keasliannya tercetus di bumi Indonesia...kenapa sehingga ke hari ini tidak ada pihak yang nak memPATTERNkan lagu tu ? Jawapan aku ? Mereka memang tak boleh nak patternkan...betul...aku tak tipu. Dibawah klausa UNESCO mana-mana lagu rakyat yang menjadi ikutan masyarakat yang serumpun tidak boleh diwartakan sebagai pattern.

Jadi isunya apakah kerana kita menciplak lagu tu mereka marah ? Apakah kerana kita tak bayar royalti mereka marah ? Isu besarnya adalah kerana Malaysia cukup hebat, cekap dan cepat dalam usaha mempromosikan apa jua produk yang kita ada. Dalam hal ini...bukan lagu yang aku maksudkan. Tapi, PELANCONGAN. Kita gunakan lagu "Rasa sayang" sebagai tanda rakyat Malaysia akan sentiasa menyambut tetamu dari luar termasuk Indonesia dengan rasa hormat dan menyayangi mereka seperti saudara kesayangan kita tanpa prajudis.

Sebenarnya percayalah...kalau industri pelancongan Malaysia maju...yang akan mendapat tempiasnya adalah negara-negara jiran juga. Indonesia tidak mampu berdiri sendiri dalam menarik kehadiran pelancong tanpa keaktifan Malaysia, Thailand dan Singapura di arena antarabangsa. Ini satu hakikat dan fakta ekonomi yang perlu mereka sedari dan terima. Bukan rekaan aku semata-mata.

Kalau mereka (pihak fanatik dan ekstrimis dari Indonesia) nak marah terhadap kita...mereka seharusnya marahkan pihak perfileman di India nie terlebih dahulu. Aku tahu banyak lagi isu-isu menyonglap warisan Indonesia yang sedang hebat diperkatakan oleh pihak-pihak nie di Indonesia...macam penggunaan perkataan BATIK, pengkormersilan beberapa produk makanan macam SATAY, tempe, rempeyek dan banyak lagi.

Realitinya, isu-isu beberapa produk yang dikatakan ASALnya dari Indonesia dan di kormersilkan oleh Malaysia bukan bermakna kita cuba membolot keuntungan secara total atas hak cipta orang lain. Tapi, ia juga mampu memberikan kesan kebaikan kepada negara jiran.

Setakat hari ini aku boleh katakan...apa jua usaha yang dijalankan oleh Malaysia masih mampu memberikan kelebihan kepada negara-negara jiran yang lain.

TETAPI !!! Korang tahu tak cerita isu beras Basmathi di India nie ???

Tahu tak korang siap pemegang pattern "BERAS Basmathi" di dunia hari ini ?

Sebenarnya, pemegang pattern untuk beras Basmathi di dunia adalah negara Amerika Syarikat !!! Terkejut ? Aku sendiri pun terkejut pada masa aku dapat berita nie. mana mungkin negara yang makanan ruginya adalah gandum nak claim beras basmathi tu die punya pattern. Pelikkan ???

Isu ini menjadi perdebatan yang cukup hebat di India dan antarabangsa suatu ketika dahulu. Bagaimana negara pengeluar terbesar dunia beras basmathi ini dinafikan dari memasarkan hasil buminya sendiri. Lebih menghangatkan isu ini, ada usaha pihak-pihak zalim Amerika Syarikat ini yang nak mendapatkan injuksi mahkamah dunia dan tempatan bagi menghalang beberapa pihak di India dari mengkomersilkan beras basmathi sampai ada tahap nak menghalang India dari menanam beras spesis Basmathi.

Sudahnya...campur tangan politik dan Supreme Court (macam Mahkamah Persekutuan kita) memutuskan bahawa adalah menjadi hak pribumi India yang sejak beribu tahun menanam beras jenis ini untuk meneruskan tradisi bercucuk tanam mengikut warisan peninggalan nenek moyang mereka dan adalah satu kezaliman sejagat sekiranya dihalang sesuatu negara itu dari menanam tanaman yang telah menjadi sumber makanan rugi mereka sendiri.

Bayangkan kalau pihak yang berjaya dapat pattern tu mendapatkan perintah menghalang semua aktiviti yang berteraskan beras basmathi nie di India nie. Bukan sahaja penduduk India...malahan banyak negara lain akan kebuluran.

Soalan aku lagi ?

Bandingkan isu penciplakkan warisan nie dengan isu beras basmathi yang aku utarakan. Siapa lebih keji dan kejam...??? (aku tak nak korang terpengaruh dengan isu persempadanan Malaysia dengan Indonesia dalam isu nie...itu perkara yang diluar skop topik aku ini).

Kesimpulan besar yang aku cuba sampaikan di sini...janganlah kerana isu remeh temeh kita berbalah sesama sendiri. Aku memang warga negara Malaysia...tetapi, secara berterus terang aku mengaku bahawa...aku juga punya darah warisan Indonesia. Arwah nenek aku sendiri memang dilahirkan di Indonesia. Kalau die cakap melayu kadang-kadang aku kena dengar betul betul. Sebab pekat sangat telo Jawanya. Arwah nenek yang aku kenali...die orang Indonesia yang sangat bersopan santun...jaaaarang sangat aku pernah nampak dia marah marah apatah lagi memaki hamun tu tak pernah sama sekali aku nampak.

Yang orang Malaysia plak...rata-rata pelancong asing yang pernah aku jumpa kita amatlah terkenal dengan masyarakat yang mudah menghulurkan senyuman dan mesra. Kita hanya punya 28 juta populasi. Indonesia ada lebih 280 rakyat yang mampu memberikan keuntungan bermakna kepada kita kalau mampu dipenetrasikan.

Kedua-dua negara sepatutnya mampu menggerunkan rantau lain seandainya kita sehati sejiwa.

No comments:

Post a Comment