Tuesday, November 22, 2011

Lagu Kebangsaan Obor Pertiwi

Dua hari lepas, pasukan bola sepak Malaysia berjaya mengalahkan Indonesia dalam perlawanan final Sea Game 2011 yang cukup dramatik dan emosi. Banyak isu yang timbul pada hari perlawanan tersebut. Antara yang menarik perhatian aku, isu sebilangan besar penonton biadap tuan rumah yang tidak menghormati nyanyian lagu kebangsaan "Negaraku" bila dialunkan sebelum perlawanan dimulakan.

Tidak aku nafikan keaslian lagu kebangsaan kita memang sehingga hari ini masih diragui. Si pem"provokasi" dari Indonesia akan katakan yang lagu "Negaraku" itu dicedok dari lagu "Terang Bulan" yang popular sekitar tahun 1920an. Tapi hakikatnya melodi asal lagu nie dicipta oleh Pierre-Jean de Beranger dari Perancis dengan nama "La Rosalie" bila dah makin popular pada era tahun 1900. Dia merebak kepada beberapa versi lain. Antara yang paaaaaling fofular dan korang sedia maklum..."Mamula Moon". Lagu yang temponya paaaaling hampir dengan lagu "Negaraku".

Walau apa pun pendapat korang...satu jer soalan aku nak tanya ?.

"Apa fungsi lagu kebangsaan nie bila dinyanyikan ?" atau "Apakah ianya untuk dendangan orang asing ?" atau "Apakah untuk menaikkan semangat patriotisme dalam warga negara tersebut ?" atau "Lagu kebangsaan nie dicipta hanya untuk memenuhi keperluan majlis-majlis rasmi jer ?".

Pada akulahkan...kalau bab lagu kebangsaan nie kita kena tanya diri kita sendiri. Samada kita sebagai rakyat Malaysia sendiri menerima atau tidak lagu "Negaraku" itu sebagai lagu kebangsaan kita. Aku ?!!! Aku dengan ini menyatakan bahawa saya amatlah menerima lagu "Negaraku" sebagai lagu kebangsaan Malaysia. Tak kira dan tak mahu ambil pedulik samada tempo dan irama lagu tu dicedok atau dicetak rompak dari lagu lain. Sebab, korang hayati betul betul rangkap lirik "Negaraku" nie...

Negaraku...Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup, bersatu dan maju,
Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan,
Raja kita selamat bertahta,
Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan,
Raja kita selamat bertahta.

Ayat pertama adalah penyataan taat setia sebagai warga negara Malaysia tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama seseorang yang mengaku dirinya sebagai anak jati Malaysia.

Ayat kedua adalah doa dan harapan dan aku janji sebagai rakyat Malaysia yang akan mempertahankan keharmonian negara.

Paaaaling penting, ayat-ayat lirik seterusnya ini paling utama...sebagai rakyat Malaysia kita berdoa dan (sebagai seorang Muslim) kita berharap agar Allah subhanahuwata'ala memelihara Raja sebagai pemerintah negara. Kalau yang beragama lain tu berdoalah pada tuhan masing-masing. Ini juga sebagai salah satu sumpah taat setia warga negara Malaysia untuk menerima bahawa Raja adalah pemerintah negara yang perlu ditaati.

Jadi, sesungguhnya...lagu kebangsaan itu adalah untuk nyanyian warga negara tersebut. Ia adalah simbol ketaatan dan kesetiaan seseorang itu terhadap negaranya. Dan aku percaya, setiap rakyat di Malaysia akan menyanyikan lagu ini tanpa mengira latar belakang mereka samada Melayu, Cina, India mahupun bangsa lain-lainnya.

Korang tahu tak...di India nie ada dua lagu kebangsaan negara mereka ?

Pertamanya- lagu kebangsaan (national anthem song) yang akan dimainkan di majlis rasmi atau acara-acara antarabangsa. Lagu ini dikenali sebagai "Jana Gana Mana" maknanya aku sendiri kurang pasti sebab ia di ambil dari bahasa Sanskrit. Tapi lebih kurang bunyinya "Sesungguhnya engkaulah si Pemerintah".

Kedua- lagu rasmi atau lagu tema India yang dikenali sebagai "Vande Mataram". Kadang-kadang orang yang baru sampai boleh kompius apa fungsi lagu kebangsaan dengan lagu rasmi nie.


Tetapi, kedua-dua lagu ini punya isunya yang tersendiri. Lagu "Vande Mataram" dahulunya pernah dijadikan lagu kebangsaan atau national anthem untuk negara India pada awal masa kemerdekaan India. Namun, lagu ini mendapat tentangan yang cukup hebat dikalanagan komuniti Muslim, Sikh dan sebilangan Kristian Orthodoks di India kerana ianya dikatakan mempunyai unsur nilai-nilai ketuhanan Hindu. Sebenarnya Vande Mataram adalah dikatakan syair yang sudah menjadi seakan-akan mantra/mentera puji-pujian dan pujaan pada dewi Durga yang dikatakan menjadi tuhan Penjaga kesejahteraan tanah air. Kontroversi penolakan lagu kebangsaan ini sehingga dibawa ke Parlimen India (Lok Sabha) sehinggalah membawa kepada suatu susl agar lagu baru digubah bagi menggantikan Vande Mataram.

Ingatkan isu nie dah selesai bila Vande Mataram digantikan dengan Jana Gana Mana...rupanya timbul pulak ada pihak yang masih mempertikaikan lagu kebangsaan baru mereka dengan mengatakan lagu baru itu tidak memenuhi ciri-ciri kerakyatan dan tidak mencerminkan suku bangsa yang ada di India. Sebabnya, dalam Jana Gana Mana tu adalah disebutkan beberapa rumpun India yang menduduki di India...tapi masih terdapat terrrrlalu banyak suku kaum India yang tidak dinyatakan dalam lirik lagu kebangsaan mereka. Pihak yang menentang di claim bahawa kalau lagu tu di gazetkan sebagai lagu dan lirik warisan India maknanya nama-nama suku kaum yang tak tersenarai tu tidak mendapat pengiktirafan dari kerajaan India. (untuk isu nie kirang google sendiri lah...panjang kalau aku nak terangkan...)

Korang fikirlah sendiri...lagu kebangsaan sendiri pun diorang di sini tak berpuas hati...masih bergaduh sesama sendiri...

Isu aku plak...apakah kita sendiri menerima lagu "Negaraku" sebagai irama panji yang akan kita bawa dengan jati diri Malaysia...seikhlas mungkin...mampukah kita nyanyikan dengan bangganya di negara asing. Kalau "YA" adalah jawapan kita...pedulik apa orang nak kata tentang lagu kebangsaan kita. Kalau kita faham apa maksud yang dinyatakan dalam "Negaraku" kita takkan ambil endah apa orang asing ingin katakan.

Mereka mungkin mampu mengejek lagu kita. Mereka mampu menghina lagu kita. Mereka biadap dengan laungan nasionalisme negara lain. Sebab...mereka cuba menunjukkan bahawa mereka RAJA di tanah tumpah sendiri...mereka lupa...dunia tidak pernah akan memadamkan rekod sejarah buruk tingkah laku kurang ajar mereka bila mereka bertandang di negara orang lain nanti.

Nasihat aku (ikhlas nie...), jangan dimaki, dikutuk, dihina, diejek, bertindak kasar pada mereka-mereka yang kita gelar tidak bertamadun nie. Sungguh aku kata...kalau korang lawan dengan cara orang tak berakal samalah macam ungkapan api jangan dilawan dengan api. Lebih teruk kalau api korang curah dengan minyak. Tapi, kalau kita nak padamkan api...kita kenalah tahu macamana kaedah yang terbaik...gunakanlah cara paling berhemah sehingga meninggalkan kesan yang mendalam sehingga menyedarkan mereka nie...

Mereka mungkin tidak bertamadun...tapi mereka masih berakal...kalau dengan akal mereka tidak mampu berfungsi dengan baik...ok, korang leh labelkan mereka nie ORANG KURANG AKAL atau KURANG SIUMAN.

No comments:

Post a Comment