Monday, February 27, 2012

Kerajaan India Pun Tak Suka Dengan Israel ?

Sejak dua menjak nie aku perhatikan akhbar di Malaysia dok mainkan isu pasal YB Dato' Seri Anuar Ibrahim (DSAI) yang menyokong aspirasi penubuhan negara Israel (sokongan DSAI yang dikatakan bersyarat) dan gosip-gosip liar yang mengatakan bahawa ayahanda Tun M pun ada pernah menyokong Israel melalui surat balas yang pernah dihantar kepada dua orang bekas PM Israel.

Aku tak berminat nak cerita pasal isu yang hot dimainkan di tanah air pasal negara Israel nie. Cumanya, tiba-tiba sedang aku belek-belek akhbar di sini...tiba-tiba mata aku terpandang tajuk "No Country for Jews" dalam salah satu artikel yang aku baca. Sekadar nak kongsikan berita tentang tajuk nie dengan yang membaca di sini aku tulislah apa isi kandungan artikel tu.

Baru-baru ini pada 15 Februari yang lalu, Mahkamah Tinggi Kerala telah mengekalkan perintah yang dikeluarkan pada 7 Februari yang lalu agar seorang Rabbi yahudi dan pasangannya diusir meninggalkan negara India dalam tempoh dua minggu kerana dikatakan telah menyalahgunakan visa yang dikeluarkan untuk mereka berdua. Dalam bahasa senangnya, si Rabbi nie dikatakan telah memasuki India pada mulanya dengan menggunakan visa pelancong. Tetapi sebenarnya bukan melancong...si Rabbi nie sebenarnya menjalankan aktiviti dakwah keagamaan yahudi di Kerala.
Apa salahnye kalau dia nak menjalankan aktiviti dakwah agama dah terlanjur dia bercuti di sana ? Ramai sangat ker orang yahudi di Kochi tu ? Adalah dikatakan, jumlah komuniti yahudi di Kochi nie semakin mengecil...mengikut kiraan terkini dikatakan hanya kurang lebih 50 orang jer akibat penghijrahan ke tanah nenek moyang mereka di Israel. Tak derlah besar mana pun !!! Tak menjadi suatu ancaman kalau diambil kira angka tu.

Herrrmmm...kalau difikirkan seimbas lalu pun macam tak jadi masalah...takkanlah kerajaan India tak boleh bertolak ansur sikit dalam hal-hal agama puak minoroti di India nie kan ? Mana kebebasan berdemokrasi di India yang sering dilaungkan ?!!! Itu kata orang yang konon-kononnya nak jadi pejuang kebebasan beragama dalam amalan demokrasi dunia hari ni.
(gambar di atas: Rabbi Bernstein yang pilu mengenangkan nasib beliau yang akan meninggalkan saudara yahudinya di Kochi, India)

Sebenarnya pasangan nie dah datang ke India (mereka dijemput khas dari Jerusalem) sejak dari 3 Mac 2008 lagi. Atas desakan faktor tiada lagi individu dalam kelompok minoriti yahudi di Kochi (Kerala) ini yang boleh berbahasa Hebrew yang menjadi bahasa penulisan kitab Torah...makanya, Rumah Ibadat Yahudi Pardesi (Pardesi Jewish Synagogue/PJS) yang beroperasi di Mattanchery, Kochi telah memanggil Rabbi nie ke Kochi untuk mengetuai upacara-upacara keagamaan yahudi di pusat ibadat yahudi nie sejak lebih tiga tahun yang lalu.

Isu ini menjadi lebih hangat lagi pada waktu ini memandangkan kelompok yahudi ini akan menyambut festival Passover yang bakal tiba pada 6 hingga 14 April akan datang. Pihak rumah ibadat yahudi agak gusar kerana tanpa Rabbi ini maka upacara festival yang dimaksudkan nanti tiada tokoh agama yahudi yang mampu memimpin mereka. Si Rabbi cuba untuk mencabar keputusan Mahkamah Tinggi Kerala dengan mengatakan bahawa mereka masih mempunyai visa yang masih sah tempoh lakunya sehingga 1 April. Pun, begitu- walaupun si Rabbi ini cuba untuk membuat rayuan atau semakan semula atau apa jua usaha yang cuba dilakukannya...keputusan Mahkamah Tinggi tersebut telah ditafsirkan oleh pihak berkuasa di Kerala bahawa si Rabbi nie TAK BOLEH menjalankan sebarang upacara keagamaan sehinggalah mendapat kebenaran bertulis dari pihak berkuasa tempatan di sini.

Mengikut undang-undang berkenaan penggunaan visa antarabangsa...visa pelancong nie boleh dikeluarkan kepada mana-mana individu selagi mana si pelancong tu tak menjalankan aktiviti-aktiviti yang boleh menghasilkan duit buat dirinya. Tak boleh buat business ler senang...Habis tu buat dakwah tu business ker ?!!! Memanglah dakwah agama tu bukan kegiatan perniagaan...tapi kalau dah dok lelama kat Kochi tu mana datang duitnye kan ?

Sebenarnya...dari sumber-sumber bacaan lain aku di sini...ada pihak di India nie yang cuba menyelamatkan negara mereka dari anasir-anasir tak baik dari berlaku di India khususnya.

Bukan kerana mereka cuba menghalang aktiviti beragama di India...cuma mereka cuba mengelak wujudnya keinginan pihak-pihak yang tak bertanggungjawab mencetuskan tindakan keganasan di India. Kan seminggu sebelum Mahkamah Tinggi Kerala putuskan pengusiran Rabbi nie bandar New Delhi bergegar dengan bom. Esoknya heboh di Bangkok plak dengan suspek pengebom dari Iran ditangkap di Kuala Lumpur. So, diorang ambil tindakan awal untuk mencegah sentimen ketakutan nie merebak ke bahagian selatan India dengan mengusir Rabbi nie.

Ada pihak lain juga yang mengatakan bahawa, tindakan Mahkamah Tinggi Kerala nie sebenarnya cuba menyekat beberapa ideologi yahudi dari menular di bumi India nie. Ye ker...?!!! dikatakan juga kerana orang-orang yahudi Israel nie bila datang Kochi dan Goa dah mula berlagak macam raja di bumi India. Seakan-akan undang-undang tempatan mampu dibeli hanya kerana mereka berasal dari negara Israel yang mempunyai pengaruh kuasa Amerika Syarikat di belakang. Itu kata oranglah...aku tak pasti sejauh mana kebenarannya.

Untuk rekod: kerajaan India hari ini sebenarnya punya hubungan diplomatik dengan negara Israel. Malahan, kedua-dua negara punya persefahaman dua hala dalam teknologi ketenteraan dan ekonomi.

Namun, aku lihat keputusan yang diambil oleh Mahkamah Tinggi Kerala dalam kes nie satu signal jelas bahawa...India tak der masalah nak berkawan dengan sesiapa pun tapi dengan BERSYARAT !!! Jangan sesekali cuba nak mengYAHUDIkan rakyat mereka. Jangan sesekali cuba nak memperMAINkan kemudahan yang diberikan. Paaaaling penting, jangan cuba-cuba nak bawak tabiat YAHUDI mereka di India nie.

No comments:

Post a Comment