Sepertimana dalam penulisan aku yang terdahulu...di dalam Bible ada menceritakan beberapa tempat yang dikatakan menjadi lokasi bersejarah perjalanan nabi Allah Musa a.s sebelum baginda wafat.
Secara umumnya ada lima tempat yang menjadi asas hujah sesetengah golongan yang mempercayai bahawa lokasi pemakaman nabi Allah Musa a.s terletak di pergunungan Kashmir berlandas kepada lima nama tempat yang masih wujud sehingga ke hari ini dan dikenali umum dalam bahasa tempatan yang juga dikatakan "nama" tempat inilah sebenarnya yang dimaksudkan dalam Bible: (Deuteronomy 34:1-7) 1) dataran/lembah Moab, 2) pergunungan Nebo, 3) puncak Pisgah, 4) Beth-Peor dan 5) Heshbon. Hujah kebenaran lokasi-lokasi ini sebenarnya lebih kepada logik akal atas pemahaman golongan ini bahawa, mana mungkin TUHAN akan mentakdirkan lokasi-lokasi ini berada di Timur Tengah sedangkan Moses telah di arahkan keluar malahan tidak dibenarkan mengikuti romobongan Bani Israel meneruskan perjalanan ke "Tanah yang dijanjikan" ke Palestin. Dengan kata lain, seharusnya nabi Allah Musa a.s ditakdirkan oleh Allah wafat di luar jauh dari tanah Jordan.
Aku tak dapat nak pastikan sejak bila dan bagaimana (secara khusus) nama-nama tempat yang terletak di kawasan pergunungan Kashmir (yang tercatat dalam Bible nie) boleh muncul dan tercatat dalam peta India. Namun umum mengetahui bahawa, nama-nama ini dipetik dari pada "Five Books of Moses" yang juga dikenali sebagai "Torah". Kitab Torah ini kan dalam bahasa Hebrew, kemudiannya diulang sebut dalam bahasa Aramaic- kemudiannya penyampaiannya disambung dalam bahasa ber"telo"kan Israel- kemudiannya terjemahan ajaran ini dibuat pula dalam bahasa Greek. Pendek kata, nama-nama tempat yang tercatat dalam Bible hari ini adalah hasil daripada terjemahan mengikut kaedah ulangan phonetic dari generasi ke generasi yang berkembang mengikut arus masa dan pengaruh kawasan hebahannya.
Secara umunya makna Beth-Poer adalah "tempat yang luas terbuka" yang juga mungin merujuk pada kawasan yang di dataran lembah. Terletak di utara Kashmir...kira-kira 70 kilometer dari bandar Srinagar terletaknya dalam daerah Sopore, terletaknya sebatang sungai yang dikenali sebagai Sungai Jhelum...sungai ini juga dikenali sebagai Behat dalam bahasa Parsi. Sungai Behat ini jugalah yang mengalir melintasi sebuah pekan kecil yang mendapat namanya Bandipur dan sungai ini terus merentasi ke Tasik Wular yang JUGA penduduk setempat kenali sebagai Behat-poor.
Dari bandar Bandipur, 20km ke arah Utara Timur terdapat sebuah perkampungan kecil yang dikenali sebagai Hasba atau Hasbal. Perkampungan ini jugalah yang dikaitkan dengan Heshbon (Deuteronomy 4:46) yang mempunyai hubungan dengan Beth-peor dan Pisgah (merupakan sebuah lokasi yang bercerun di utara Bandipur. Namum, penduduk di Kashmir lebih mengenali tempat ini sebagai Pishnag).
Dari cerun (kawasan tinggi) Pishnag, kita mampu lihat dataran kawasan lembah yang sangat indah menghijau yang dikenali sebagai dataran luas Mowu yang juga dikatakan merujuk pada dataran Moab. Dari lembah Moad menghala ke arah utara barat pula akan kelihatan pula sebuah gunung yang dikenali sebagai Gunung Nebo. Penduduk tempatan panggil Baal Nebu.
Kesemua lokasi-lokasi yang menjadi clue dimana terletaknya lokasi makam nabi Allah Musa a.s terletak dalam radius berhampiran yang dapat dikenal pasti kedudukannya.
Untuk sampai ke makam nabi Allah Musa a.s yang dimaksudkan oleh penduduk tempatan di Kashmir, pelawat perlu ke perkampungan Aham Sharif. Dari sini kena jalan kaki ke Gunung Nebo dan mesti diiringi oleh wakil penjaga kubur yang dikenali sebagai Wali Rishis. Dikatakan keluarga Rishis telah menjadi pemegang amanah untuk menjaga kubur nabi Allah Musa a.s sejak 2,700 tahun lamanya. Macamana rupa makam nabi Allah Musa a.s di Kashmir nie...? Cuba tengok gambar kat bawah nie...
Apa pendapat korang ? Sedih ? atau...keliru ? Aku sendiri pun macam tak percaya...yang gambar kat atas tu dikatakan kubur nabi Allah Musa a.s. Yang kat bawah nie plak gambar paaaling feymes...coz makcik Suzzane Olsson nielah yang banyak buat research pasal makam nabi Allah Isa a.s dan Musa a.s di Kashmir. Banyak research die yang menjadi sandaran pengkaji sejarah dan theologi di India. Die jugalah yang dikatakan menjadi duri dalam daging puak Kristian moden skang nie...
Apakah aku percaya tentang kebenaran makam nabi Allah Musa a.s yang di atas sebagai kubur sebenar baginda ?
Secara jujurnya...aku tak tak tau nak jawab macam mana sebab pada aku samada BETUL atau TIDAK kubur di Kashmir nie makam sebenar nabi Allah Musa a.s bukanlah isu sebenarnya. SEBABnya ?!!! Bila membincangkan kedudukan makam nabi Allah Musa a.s nie...sumber mana yang lebih kita perlu pegang ? Sumber dari cerita rakyat atau kitab-kitab yang tak konsisten kandungannya atau...kita masih punya alternatif lain ? Aku kata YA, kita masih punya sumber lain.
Ada dua hadith yang diketahui disampaikan oleh junjungan besar kita nabi Muhammad Rasullullah s.a.w berkenaan dengan lokasi kubur nabi Allah Musa a.s nie.
Pertama: kalau di hayati perjalanan Rasullullah semasa Isra' Mi'raj, diceritakan bahawa semasa baginda dalam pengembaraan Isra', baginda dikata melihat nabi Allah Musa a.s melakukan solat di kuburnya. Dalam maksud yang lebih kurang riwayatnya "Aku melewati Nabi Musa pada malam Isra' di sebuah tempat pasir merah bertompok. Dia sedang berdiri melaksanakan solat di dalam kuburnya.” (Muslim, Ahmad, Nasa’i, Ibnu Hibban, Thabrani).
Kedua: terdapat juga hadith (aku sedang mencari sumber kesahihan hadith ini...andai yang ketemui mohon di kongsi bersama) dari Rasullullah yang mengatakan bahawa makam nabi Allah Musa itu terletak di kawasan yang bertanah merah berhampiran/di tepi jalan. Di catatkan oleh Bukhari dan Muslim; diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. katanya: “Allah telah menghantar Malaikat Maut kepada nabi Musa a.s., apabila tiba lalu nabi Musa a.s. telah menamparnya hingga terkeluar biji mata malaikat tersebut. Kemudian Malaikat Maut kembali kepada Allah lalu menyatakan: Ya Allah, Engkau telah menghantarku kepada hambaMu yang tidak mahu mati, kemudian Allah memasukkan biji matanya lalu berkata kepadanya; “pergilah kamu kepada Musa dan minta supaya dia meletakkan tangannya di atas kulit lembu. Tanya Malaikat Maut selepas itu apa yang aku hendak lakukan, jawab Allah; ketika itu ambillah nyawanya. Sebelum menemui ajal, baginda (nabi Allah Musa a.s) meminta agar dikebumikan di suatu tempat berhampiran dengan tanah suci...sehampir lembaran batu atau tidak jauh melebihi lontaran batu.
Seterusnya baginda Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda; Ertinya; “Andai kata kalau aku berada di sana nescaya aku tunjukkan kepada kamu kuburnya iaitu di tepi jalan dibawah longgokan tanah merah”. Ada catatan yang mengatakan bahawa kubur nabi Allah Musa disabdakan terletak di pergunungan yang berwarna merah.
Daripada dua hadith ini, kita diberitahu ada tiga "clue" utama lokasi kedudukan makam nabi Allah Musa a.s:
CLUE Pertama: Nabi Muhammad s.a.w mengatakan bahawa baginda melintasi kubur nabi Allah Musa a.s semasa isra' dari Makkah ke Masjidil Aqsa. Sepanjang perjalanan baginda ke Masjidil Aqsa, baginda juga diriwayatkan singgah dibeberapa tempat termasuk ke Betlhlehem (Jerusalem) tempat kelahiran nabi Allah Isa a.s. Kalau kita ambil peta atlas merujuk pada kawasan timur tengah, aku mengandaikan (hukum lojik akal mudah) bahawa pada awalnya perjalanan Rasullullah semasa isra' adalah terus ke arah utara (Madinah dan Bukit Tursina) dan kemudiannya meneruskan perjalanannya dengan mengunjur kearah utara timur ke Jerusalem.
Kedudukan Kashmir yang kita boleh lihat terlalu ke timur agak meragukan aku sebenarnya (walaupun segalanya mungkin dengan kuasa Allah), bayangkan setelah Rasullulah selesai melewati ketiga-tiga lokasi ini...agak janggal (dengan lojik akal) untuk difikirkan buraq (binatang tunggangan Rasullulah pada waktu itu) membawa baginda Rasullulah ke timur sehingga ke pergunungan Kashmir kemudian berpatah balik untuk Mikraj baginda ke langit dari Masjidil Aqsa.
CLUE Kedua: Kubur nabi Allah Musa a.s disabdakan terletak di bawah longgokan tanah merah atau pergunungan tanah merah atau kawasan yang bertanah merah. Kata kunci di sini adalah sebuah kawasan yang TANAHNYA BERWARNA MERAH.
Apabila membincangan tentang TANAH MERAH- di sini kita akan memperkatakan tentang GEOGRAFI. Kashmir bertanah merah ker ? Herrrmmm...penerangan aku berkenaan lokasi makam Nabi Allah Musa a.s yang dikatakan di pergunungan Kashmir banyak menceritakan tentang lembah yang subur...bersungai...dalam bahasa geografi sekolahnya...sebuah delta yang sungguh mengHIJAU. Berbalik pada hadith yang pertama di atas, Rasullullah menyatakan bahawa kubur nabi Allah Musa a.s di kawasan "berpasir merah".
CLUE Ketiga: merujuk pada hajat terakhir nabi Allah Musa a.s agar dicabut nyawanya di tempat yang berhampiran dengan "TANAH SUCI" dan jaraknya sejauh lemparan batu dan "di TEPI JALAN".
Apa yang dimaksudkan dengan TANAH SUCI di sini ? Aku sendiri tak dapat jawapan yang paling tepat. Namum, aku beranggapan bahawa kita kena mengambil kira selepas kenabian nabi Allah Ibrahim a.s lokasi mana yang dianggap suci ? Ingat lagi kisah nabi Allah Ismail a.s ?Seharusnya TANAH SUCI yang dimaksudkan tentunya Makkatul Muqarramah. Aku tidak bermaksud untuk menidakkan kesucian Masjidil Aqsa...cumanya, pada pendapat aku ummat Islam mengangkat kesucian Masjidil Aqsa selepas peristiwa isra' mi'raj berlaku. Selepas perintah solah diperturunkan dan menjadikan Masjidil Aqsa sebagai kiblat pertama ummat Islam. Dan semua itu berlaku selepas kewafatan nabi Allah Musa a.s. Sesungguhnya sebagai Rasul utusan Allah yang agung yang juga mewarisi kerasullan nabi Allah Ibrahim a.s dan Ishak a.s, sudah tentunya nabi Allah Musa a.s mengetahui tanah mana yang dianggap suci di sisi Allah. Malahan, sebagai insan yang diangkat sebagai "Khalillullah" - nabi Allah Ibrahim a.s sendiri pernah memohon doa dan meminta keberkatan kepada Allah agar tanah tempat pemastautin untuk anakanda kesayangannya nabi Allah Ismail a.s itu dimuliakan. Ditambahkan lagi, tangan nabi Allah Ibrahim a.s (dibantu oleh nabi Allah Ismail a.s) jugalah yang membina Kaabah.
Dan akhir sekali- "TEPI JALAN"...tepi jalan ?!!! ini bukan untuk menghina nabi Allah Musa a.s, tapi ini merupakan kiasan (lagi sekali pendapat peribadi aku) yang merujuk pada lokasi kuburnya nabi Allah Musa a.s itu sebenarnya tidaklah tersorok. Sehinggakan nabi Muhammad s.a.w berkata kalau sahabat berada di kawasan tanah merah yang dimaksudkan, akan Rasullullah tunjukkan kepada mereka. Malahan ungkapan sehingga Rasullulah boleh menunjukkan lokasi kubur nabi Allah Musa a.s ini juga seakan-akan membayangkan bahawa kedudukan kubur nabi Allah Musa a.s dengan Makkah sebenarnya tidaklah sejauh mana yang disangkakan. Sebab, perkataan TEPI JALAN itu sendiri mungkin membawa maksud bahawa lokasi kubur nabi Allah Musa a.s sebenarnya adalah terletak dilaluan jalan kebiasaan yang di ambil oleh pengembara dari dari Makkah ke serata semenanjung Arab (khususnya menghala ke Utara).
KESIMPULAN untuk tajuk Makam Nabi Allah Musa a.s di Kashmir nie:
Janganlah kita terrrlalu ghairah mempercayai info-info yang kita baca atau peroleh. Fikir dan amati setiap rasionalnya. Aku tak kata apa yang aku sampaikan nie betul...kalau ada silap, secara jujur aku mohon diperbetulkan.
Aku cuma berharap kita jangan terlalu ghairah main ziarah kubur itu kubur ini. Entah sapa-sapa yang bersemadi di kubur tu pun kita tak taw. Di mana lokasi sebenar nabi Allah Musa a.s ? Sesungguhnya aku sendiri tak taw. Aku cuma sampaikan kepada yang sudi membaca agar kita mendapat faedah yang berguna untuk dikongsi bersama.
No comments:
Post a Comment