Setelah empat tahun aku di India, baru hari ini aku berani untuk menceritakan tentang "Sistem Kasta" yang pernah dan masih lagi sebenarnya diamalkan di India nie.
Kalau di Malaysia kita dok main sebut jer kasta rendahlah...kasta tinggi. Kalau ada kawan-kawan India yang kita tak suka selalulah si polan tu kena teriak "pariah !!!". Konon-konon mengikut pemahaman kita golongan pariah nie adalah dari kasta rendah, hina, jijik dan macam-macam lagi sifat rendahnya martabat mereka dalam kelompok masyarakat India.
Tapi tahu tak korang...kelompok "pariah" yang ada hari ini (terutamanya di selatan India) merupakan komuniti yang hebat dan berjaya samada dalam bidang akedemik mahu pun jumlah JUTAWAN yang komuniti India hari ini.
Juga, sedar tak korang...?!!!
Sistem KASTA nie bukan sahaja diamalkan dalam masyarakat beragama Hindu semata. Aku kena jelas dan terangkan di sini...Bahawasanya, sistem kasta yang kita dok benci nie sebenarnya dipraktiskan juga dalam kelompok sosio-masyarakat lain selain yang beragama Hindu di India.
Tak kira samada Buddha, Jain, Kristian, Sikh...malahan yang MUSLIM pun ada mengamalkan sistem kasta dalam kehidupan mereka. Kalau korang tak percaya just google "Caste System in India". Apa yang akan korang temui.
Satu lagi...kita dok ingat yang sistem kasta nie...macam hierarki dalam piramid kedudukan atau darjat dalam masyarakat India (aku maksudkan bangsa India di India nie...bukan Hindu yer). Namun, itu cuma sebahagian jer betulnya...Tahu atau tidak anda, bahawasanya juga...perrrkataan kasta tu sendiri tidak terdapat dalam kamus agama Hindu atau Veda.
Perkataan KASTA nie sebenarnya dibawa masuk oleh si penjajah British yang cuba menerangkan sistem pemecahan dalam suku bangsa India yang diamalkan pada era penjajahan mereka suatu ketika dahulu. Penegasan terjemahan sistem kasta dilakukan oleh penjajah British adalah semata-mata mahu mengukuhkan pengaruh mereka di India nie. Kalau aku nak ulas panjang lagi sebenarnya dalam hal nie. Kalau ada kelapangan aku sentuh dalam penulisan akan datang.
Dalam Hindu tu sendiri perkataan kasta atau caste tak wujud. Cumanya, apabila menceritakan tentang "sistem kasta"...satu-satunya manuskrip purba yang pernah mencatatkan sistem pola dalam masyarakat secara terperinci adalah datang dari kitab-kitab agama Hindu...makanya, sistem amalan berkasta ini dikatakan dipelopori oleh agama Hindu mengikut Veda.
Apa sebenarnya sistem kasta di India nie ? Secara kasarnya...sistem kasta yang diamalkan di India nie adalah satu sistem pengkelasan, pengidentifikasikan (ada ker perkataan tu... ? aku reka sendiri jer...) atau dasar pecahan suku susur galur sesebuah institusi kekeluargaan mengikut pengkhususan kerjaya dan darjat keluarga tu. Dalam bahasa senangnyer...hierarki bangsalah...atau dalam Veda sebut JATI. Apa maksud JATI nie plak ?
Kalau maksud directnye adalah "kelahiran". Tapi, dalam konteks veda, Jati merupakan warisan identiti sesebuah suku kaum itu setelah ianya dilahirkan.
Dalam hal ini, aku rasa ramai yang dah tahu bahawa dalam sistem berkasta ada empat golongan yang dikategorikan dalam sistem kasta atau pecahan darjat tertinggi: 1) Brahmins (pendita/ahli agama), 2) Kshatriyas (pahlawan tentera, pembesar, pentadbir), 3) Vaishyas (ahli perniagaan, petani, pengembala lembu), dan 4) Shudras (pekerja buruh, tukang, orang suruhan). Yang "Pariah" nie kelas tang mana plak ? Kalau korang rujuk kat graf kat atas tu...golongan "pariah" nie terletak dalam kelas terbawah sekali dalam sistem hierarki bangsa India yang dipinggirkan yang digelar "DALIT".
Aku nak tegaskan di sini. Perkataan PARIAH nie sebenarnya hanya salah satu suku keluarga dalam bangsa India dalam kategori dalit. Sebenarnya ada beratus (malahan mungkin beribu) lagi nama-nama suku yang terdapat dalam kelas dalit.
Kenapa kawan-kawan India kita di Malaysia sangat marah kalau kita panggil mereka dengan panggilan "Pariah !!!".
Sebelum tu aku tegaskan, dalam amalan kasta India nie...aku tegaskan INDIA bukan Hindu !!! Sebab aku dah katakan (ini yang aku sedih sebenarnya) amalan sistem berkasta nie diamalkan hampir seluruh komuniti India di India nie tanpa sempadan agama.
Sebenarnya, seandainya seseorang itu dilahirkan dalam kelas DALIT, individu tersebut telah atau akan diisytiharkan sebagai insan yang tidak boleh sama sekali disentuh. Tidak boleh disentuh sebab mereka nie suci ker...??? BUKAN !!! Tidak boleh disentuh atau mereka sendiri tidak dibenarkan menyentuh orang lain sebab mereka ini ditakdirkan tuhan (mengikut yang berkasta tinggi) sebagai golongan yang terrrrlalu hina. Bukan setakat tak boleh disentuh dan menyentuh...golongan dalit juga TIDAK BOLEH memiliki harta, mereka dihalang/disekat/tidak layak menjalankan kerja-kerja yang membolehkan mereka mengumpul harta (lebih hina dari hamba dalam hal ini), tidak punya hak untuk memiliki apa pun...apatah lagi nak berkahwin dengan suku jati yang lain.
Paling teruk...mana-mana ahli kalangan jati kelas tinggi nie kalau ada mana-mana ahli keluarga mereka yang didapati mempunyai hubungan persahabatan, cuba berlaku baik, bercinta atau kahwin dengan dalit. Makanya, status kelas jati tinggi mereka akan terus jatuh dalam kelompok dalit. Ini masih berlaku dalam era moden di India hari ini.
Sebab itu, kalau korang ingat...dalam filem arwah Tan Sri P. Ramlee yang jadi Kassim Selamat tu...arwah Tan Sri P. ramlee sendiri dah tunjukkan pada kita yang sistem kasta tu sendiri bukan diamalkan oleh masyarakat India di India semata. TETAPI, tanpa kita sedari...bangsa Melayu tu sendiri kekadang terikut-ikut dengan budaya bangsa lain.
Aku cuma cuba menasihatkan diri aku dan yang membaca...sama-samalah kita merenung maksud firman Allah dalam surah al-Hujurat, ayat 10 "Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara". Ringkas jer maksud ayat tersebut. Namun, berapa kerat kita menghayati maksud ayat tersebut. Ini bukan hadith Rasullullah. Tapi, perintah nyata dari Allah kepada kita.
Apa yang dimaksudkan "BERSAUDARA" dalam kamus hidup kita ?
Aku tutup isu blogging kali ini dengan satu gambar graf di bawah untuk korang tafsirkan sendiri.
Geraf di atas di ambil dari sejarah kuno Mesir. Apa pendapat anda ? Anda kaji dan tafsirlah sendiri.
No comments:
Post a Comment