Sunday, November 2, 2008

Punjabi di Pakistan ?!!!

Sebelum aku cerita panjang berkenaan dengan tajuk tulisan aku kali nie...ada eloknya aku paparkan dulu berita yang aku kutip dari Mingguan Utusan. Aku cut n paste bulat-bulat tak der edit.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Sedutan dari berita Mingguan Utusan (2 November, 2008)

IPOH 1 Nov. – Kerajaan Perak yang diterajui Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak pernah membincangkan sebarang usaha pelaksanaan undang-undang Islam bagi membendung gejala judi dan maksiat membabitkan umat Islam di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, ini kerana sudah ada agensi serta institusi tertentu seperti Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) untuk menangani masalah itu.

Beliau berkata, sebarang perbincangan ke arah itu oleh kerajaan negeri memerlukan satu kajian terlebih dahulu kerana masalah tersebut turut melibatkan orang bukan Islam.

‘‘Kita tidak boleh mengambil jalan mudah dengan menutup pusat-pusat hiburan dan kedai judi kerana kita kena ingat Perak juga mempunyai kaum-kaum lain.

‘‘Di Punjab, Pakistan yang penduduknya hampir 100 peratus Islam pun susah untuk melaksanakan, inikan pula di Perak yang mempunyai pelbagai kaum dan agama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ijtima’ Persatuan Agama Islam Negeri Perak di Institut Tadbiran Islam Malaysia Perak (Intim) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan yang bertanya sama ada Kerajaan Perak mempunyai sebarang perancangan untuk menangani gejala maksiat membabitkan orang Islam yang berleluasa di negeri ini.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku tak berminat nak hentam atau nak kutuk sesiapa. Aku bukannya penulis politik. Malahan tidak sesekali aku cuba untuk perkecilkan Menteri Besar Perak ini yang boleh aku kategorikan sebagai ulama.

Cumanya...aku rasa tak salah kalau aku menegur atau membetulkan sedikit fakta dalam statement yang dia buat (kalau betullah semua yang dicatit dalam berita tu keluar dari mulut MB Perak nie...). Sebabnya, aku rasa ini kali kedua aku tengok dua buat statement salah berkenaan dengan etnik dan geografi Asia Selatan. Kalu tengok gaya...macam dia tahu atau arif dengan keadaan di India. Tapi, aku tengok kesilapan yang dibuat amatlah ketara. Kalau di Malaysia memang kita tidak perasan. Tetapi, bila dah duduk di India ini...ada eloknya aku perbetulkan sedikit apa yang disampaikan oleh MB Perak ini.

Aku tak nak campur tangan dalam urusan pentadbiran pembangkang (atau Pakatan Rakyat)...atau hal-hal politik semasa. Apa yang akan aku sampaikan seterusnya ini lebih kepada untuk rujukan korang jugak.

Fokuskan pada perkataan yang dah aku merahkan di atas...Tak nampak?!!! Aku ulang lagi sekali ‘‘Di Punjab, Pakistan yang penduduknya hampir 100 peratus Islam pun susah untuk melaksanakan, inikan pula di Perak yang mempunyai pelbagai kaum dan agama,”

Assalamualaikum Y.B Menteri Besar Perak...kepada yang mengenali beliau beritahulah kepada dia yang Punjab dan Pakistan adalah dua kawasan yang berlainan. Rujuklah dulu peta, dan telaah sikit tentang sejarah bumi Pakistan. Memang kedua-dua kawasan ini berkedudukan hanya sebelah menyebelah. Tetapi, dari segi budaya, adat, dan geografinya amatlah berbeza. Dan, kalau Punjab disamakan dengan Pakistan. Aku minta selisih daripada perkara ini. Aku terangkan serba sedikit apa yang aku tahu dan perhatikan tentang Punjab yang aku kenal dari kaca mata aku yang tinggal di India dan agak selalu jugalah aku ke Punjab nie sebenarnya.

Punjab adalah salah satu negeri yang terdapat di negara India. Terletak dibahagian Utara India. Secara kasarnya, hampir 90 peratus daripada jumlah penduduk yang menghuni Punjab adalah berbangsa Punjabi (yang selalunya akan bergelar Singh) dan juga digelar bangsa Sadtar. Kalau di Malaysia kita akan panggil uncle2 Singh ini dengan gelaran bai. Itu tak salah...sebab dalam bahasa hindi bai bermaksud abang atau kawan. TETAPI, MB Perak ini jugalah yang pernah melakukan satu lagi kesalahan kenyataan berkenaan dengan budaya masyarakat India dengan tidak mengetahui untuk membezakan antara golongan Punjabi dengan Bengali. Kaum Punjabi tinggal di kawasan Utara India. Bengali kaum yang tinggal di Utara Timur India.
Jadi, aku sebenarnya taklah terkejut sangat bila dia buat kesalahan kali kedua. Tetapi, aku agak kesian kerana dia tak habis-habis bercakap tanpa memeriksa fakta yang akan didengar oleh masyarakat umum. Nasib baik statement sebegini keluar untuk tatapan orang Malaysia. Kalau benda sebegini keluar dari pemimpin politik India. Pastinya esok hari akan ada rusuhan atau mogok.
Balik semula pasal Punjab. Sebenarnya masyarakat Punjabi ini amatlah terkenal dengan sifatnya yang sangat mentaati adat dan budaya mereka. Bertubuh badan besar. Kebanyakannya vegeterian. Kalau rajin, cuba buka search engine dan cari Golden Temple. Kuil ini adalah tempat mereka melakukan upacara sembahyang bagi penganut agama sikh. Kuil ini jugalah yang menjadi tempat tumpuan penganut agama sikh sedunia. AGAMA SIKH?!! Jadi, soalan aku...macamana Punjab boleh jadi 100 peratus penduduknya beragama ISLAM.
Lebih menyedihkan kalau dia beranggapan Punjab dan Pakistan itu adalah sama. Golongan Punjabi (di India) yang aku kenali amatlah berbeza dengan kawan Pakistan yang aku kenali.
Kebanyakkan Punjabi yang aku perhatikan terlalu kuat tabiatnya dengan meminum a#?k. Aku memang tak minumlah...Cuma bila dah sampai Ludhiana, Jalandhar, Amritsar, dan beberapa kawasan Punjab yang lain. Tabiat meminum a#?k nie memang budaya dalam masyarakat Punjab. Tetapi mereka tak merokok. Merokok dilarang sama sekali. Minum...? Minum boleh...
Pakistan...??? Pakistan sememangnya negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi mereka. TETAPI, tidak semua atau 100 peratus penduduknya beragama Islam. Sejarah kemunculan Pakistan sebagai negara dalam peta dunia sebenarnya bermula diera kemerdekaan India dari British. Pakistan terbina hasil kemerdekaan India pada dasarnya. Pakistan dibentuk atas dasar semangat dari golongan yang memperjuangkan Islam dan ingin menuntut hak memimpin dikalangan pengikut sendiri.
Penubuhan Pakistan dan Bangladesh agak serupa. Untuk menceritakan perkara ini nanti. Aku akan cuba kupas satu persatu. Sebab kisahnya terlalu panjang untuk aku coretkan dalam ruang yang sekecil ini.
Namun, kesimpulan untuk tulisan aku kali ini...Fikir dahuliu sebelum berfikir. Kaji dahuluu sebelum berucap. Selidik dahulu sebelum bertindak. Kalau tak...sendiri yang malu nanti. Cuma YB Menteri Besar Perak...Dato' Seri amatlah bernasib baik sebab tak ramai orang Malaysia yang perasan kesilapan geografi Dato' Seri.