Friday, January 27, 2012

Makam Nabi Allah Musa di Kashmir (part 01)

Blogging kali nie sebenarnya aku nak sambung cerita Indahnya Bumi Kashmir. Cumanya sebab aku nak cerita pasal makam nabi Allah Musa a.s yang dikatakan berada di Kashmir jadi tajuk tu aku ubah straight to the point lah.

Pertamanya ada yang mengusulkan kepada aku...

"Kalau makam nabi Allah Musa tu di Kashmir...Habis kubur siapa pula yang orang Yahudi jaga di Israel tu ?" Betul gak kan..."Herrrmmm...cam ner nak jawab ek ?"

Tapikan...yang mana satu makam nabi Allah Musa a.s yang sebenarnya kalau mengikut tafsiran manusia hari ini...yang di Israel kah ?



Atau...yang di Jordan kah ?


(gambar di atas aku ambil dari blog nie)

Atau...yang ini mungkin. Pun dikatakan di Israel...agaknya dari pandangan sisi yang lain kot...


Apa yang cuba aku kongsikan adalah hasil penelitian dan pengumpulan maklumat yang aku dapat dari pembacaan...dan aku sudah ingatkan ianya hanya untuk dijadikan bacaan santai semata. Bukan untuk dijadikan sandaran perbincangan ilmiah. Aku cuma berharap kepada sebahagian yang membaca mendapat sedikit ilmu dan manafaat yang berguna untuk dijadikan iktibar.

Ilmu ? Apa ilmu yang korang dapat...? Macam aku kata...sekadar bacaan santai untuk menambah ilmu pengetahuan tentang kekalutan pegangan hidup dan tafsiran manusia atas apa yang dilandaskan samada dari paksi ikutan semata atau dari terjemahan akal fikirannya yang waras.

Manafaat ? Apa manafaat yang korang dapat...? Hari nie ramai antara kita main tangkap percaya jer kalau orang up load gambar-gambar di internet dengan dakwaan tanpa merujuk kebenaran. Kalau korang amati dan baca dengan hati yang terbuka dan akal yang bebas dari pengaruh anasir lain...Insya'Allah aku yakin korang faham apa yang cuba aku sampaikan.

Macam biasa...SOALAN !!!!

"Apakah benar gambar-gambar makam di atas tu BENAR-BENAR kubur bersemadi jasad nabi Allah Musa a.s ?" dan "Apakah bukti yang mereka jadikan sandaran dengan mengatakan bahawa nabi Allah Musa wafat di situ ?"

Betul- setiap tempat di atas punya alasan dan faktanya tersendiri untuk menyokong hujah masing-masing. Aku tak nafikan "MUNGKIN" ada kebenarannya.

Tapi, SOALAN aku- macamana nabi Allah Musa a.s boleh sampai ke Jordan dan Israel dari bumi pemerintahan Ramses ?

Sebelum kita pergi jauh...cuba amati maksud (bukan pada konteks tapi dalam terjemahan maksud yang cuba disampaikan) Bible: Joshua 1:1-2. Dalam hal ini, perlu aku tekan bahawa...dalam budaya orang Yahudi, menghormat dan menyanjungi orang alim dalam agama adalah tradisi yang sangat dititik beratkan dalam budaya mereka. Dan sesungguhnya, nabi Allah Musa a.s juga adalah orang yang ereka amat kasihi. Apakah suatu yang tidak pelik sekiranya kaun Bani Israel tidak mengetahui akan kewafatan nabi Allah Musa a.s di bumi mereka sendiri sehinggakan Tuhan perlu berfiman kepada Yoshua. Bila wafatnya tidak ketahui..alih-alih makamnya ada di Israel. Pelikkan ?

Dalam Joshua 3 (hampir keseluruhannya), ketika rombongan Joshua dan orang Bani Israel yang lain sampai di Jordan...Tidak pula mereka dikatakan singgah ke makam terkuburnya nabi Allah Musa a.s (atau Moses). Logik akal...kan ke pelik diorang tak singgah untuk menghormati nabi utusan kepada bangsa mereka sendiri pada masa mereka sudah sampai ke kawasan yang dikatakan terletaknya makam baginda. Bukan ker nabi Allah Musa a.s pernah sampai ke Jordan semasa Allah perintahkan baginda berguru dengan nabi Allah Khidir a.s. MUNGKIN juga kan ?

Pertemuan dan perguruan antara nabi Allah Musa dengan nabi Allah Khidir itu sememangnya terjadi dan kita seharusnya yakini ianya berlaku sepertimana dalam firman Allah dalam al Quran.

Tapi...apakah anda pasti lokasi pertemuan itu berlaku di Jordan ?!!! Apakah lokasi dalam maksud perkataan di ayat dalam 60 Surah alKahfi "majma' al-Bahrain" (pertemuan dua buah lautan) benar-benar merujuk pada lautan Jordania atau Kulzum. Ada yang mengatakan juga bahawa itu berada di Thanjah. Ada yang berpendapat, itu terletak di Afrika. Ada lagi yang mengatakan bahawa itu adalah laut Andalus. Tetapi sehingga ke hari ini semua pendapat masih bertelagah tidak dapat menunjukkan bukti yang kuat dari tempat-tempat itu. Hanya Allah yang maha mengetahui. Pada aku, jangan kita gaduhkan isu dimana "majma al-Bahrain". Yang penting kita ambil iktibar dari kisah nabi Allah Musa a.s dengan nabi Allah Khidir a.s ini lebih memberi manafaat. Wallahu'alam...

Kalau kita amati sejarah pengembaraan Bani Israel keluar dari kekejaman Ramses (Firaun di zaman nabi Allah Musa a.s), nama pemimpin yang berjaya membawa masuk Bani Israel sehingga sampai ke garisan penamat di bumi Palestin adalah Yusha' Bin Nun (alaihissalam). Apa yang berlaku kepada nabi Allah Musa a.s selepas bangsa Bani Israel berjaya menjejakkan kaki mereka ke bumi Palestin.

Cerita migrasi bangsa Bani Israel ini cukup panjang kalau aku nak ceritakan di sini, namun di pendekkan ceritanya (silalah google yer...) semasa Bani Israel dalam perjalanan ke tanah suci Palestin (yang mereka ANGGAP sebagai tanah yang dijanjikan untuk mereka), sesampi jer kumpulan pimpinan nabi Allah Musa ini di lembah sungai Jordan...Moses (nabi Allah Musa a.s) mendapat alamat yang baginda tidak akan lama di dunia ini. Menyedari yang ajalnya sudah hampir tiba...makanya baginda pun memberikan amanat terakhir kepada ummatnya (hampir keseluruhan isi dalam Deuteronomy 31: sebelum ayat 44).

Selesai sahaja Moses memberikan amanat terkahir dan dianggap ucapan perpisahan kepada Bani Israel...baginda menerima wahyu dari tuhan yang melarang baginda dari meneruskan perjalanan bersama-sama ummatnya (Deuteronomy 32:52 Yet thou shalt see the land before thee; but thou shalt not go thither unto the land which I give the children of Israel") dan mengarahkan baginda untuk pergi untuk meninggalkan suku ummatnya ke tanah tempat yang dikatakan bakal menjadi tempat bersemadinya jasad baginda dan menjadi perjalana terakhir kehidupan Moses (Deuteronomy 32:"49 Get thee up into this mountain Abarim, unto mount Nebo, which is in the land of Moab, that is over against Jericho; and behold the land of Canaan, which I give unto the children of Israel for a possession: 50 And die in the mount whither thou goest up, and be gathered unto thy people; as Aaron thy brother died in mount Hor, and was gathered unto his people: 51 Because ye trespassed against me among the children of Israel at the waters of Meribah Kadesh, in the wilderness of Zin; because ye sanctified me not in the midst of the children of Israel.)

Sesudah itu seperti yang diperintahkan...Moses pun mengembara ke tanah Moab di jajaran pergunungan Nebo (Deuteronomy 34:1-6) bagi mengakhirkan hayatnya dan juga disemadikan di sana.

Kesimpulan untuk part 01 nie...ketiga-tiga makam atau kubur di atas secara tidak langsung tidak boleh dianggap sama sekali sebagai makam Moses (nabi Allah Musa a.s) ATAU dalam bahasa mudahnya adalah...

TIDAK MUNGKIN kubur Moses boleh berada di Israel sebab Tuhan telah melarang sama sekali Moses untuk meneruskan perjalanan (masuk ke Palestin) bersama Bani Israel dengan mengarahkan baginda ke kawasan lain untuk mengakhirkan hayatnya.

TIDAK MUNGKIN kubur Moses berada di Jordan juga, sebabnya Moses memulakan perintah ke tanah yang diperintahkan dari sungai Jordan. Jadi, kesimpulannya baginda tak berada di Jordan semasa baginda wafat.

Paaaaling menarik...mengikut kalau kita cuba fahami betul-betul catatan dari Deuteronomy 34:1-5, nampak macam detail dan segala informasi lokasi sebenar telah dicatatkan dalam Bible...hakikat sebenarnya, segala maklumat itu terrrrlalu samar dan seharusnya tiada sesiapa pun mampu mengetahui di mana lokasi sebenar kubur atau makam Moses atau nabi Allah Musa a.s.

Kalau korang rujuk balik pasal Joshua 3 yang aku cuba terang di atas, kenapa mereka tak singgah ke kubur atau makam Moses ?!!! Sebabnya...Bangsa Bani Israel/kaun Yahudi ini sendiri tak tahu dimana jasad Moses a.k.a nabi Allah Musa a.s disemadikan.

Kita sambung lagi nanti eh...panjang cerita nie lagi sebenarnya...
(bersambung ke part 02)

Tuesday, January 24, 2012

Hari Republik India

Esok seluruh India akan bercuti. Hari yang dinanti-nantikan oleh peminat-peminat perarakan perbarisan sempena sambutan hari republik bukan hanya sekadar rakyat di India, tetapi ia juga menarik minat ramai warga asing yang berada di sini. Aku ? malaslah nak gi...hanya duduk depan TV jer tengok siaran langsung yang bakal ditayangkan.
India sebenarnya telah mendapatkan kemerdekaannya dari penjajah British pada 15 Ogos 1947. Kemudian, pada 26 januari 1950- India mengistiharkan bahawa mereka adalah sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan berteraskan definasi REBUPLIK. Berbeza dengan kita di Malaysia, hari sambutan kebangsaan kita lebih kepada merujuk pada sambutan Hari Kemerdekaan (pada tarikh setiap 31 Ogos) dan Hari Penubuhan Persekutuan (setiap tahun pada tarikh 16 September).

Walaupun India mendapat kemerdekaan pada 15 Ogos 1947, sebenarnya INDIA masih belum memiliki satu bentuk perlembagaannya sendiri. Sebaliknya, undang-undang yang diguna pakai adalah berasaskan kepada perlembagaan yang diubah suai berdasarkan akta yang dikenali sebagai Kolonial India Akta 1935 dan negara Dominion (sebelum dikenali sebagai Komenwel).

Perlu diketahui, walaupun mereka sudah diisytiharkan merdeka, Raja George VI masih diangkat sebagai Ketua Negara dan Sir Earl Mountbatten sebagai Gabenor Jeneral. Pada 28 Ogos 1947, satu jawatankuasa telah dilantik untuk menggubal struktur perlembagaan yang akan diterima pakai, dengan Bhimrao Ramji Ambedkar sebagai pengerusi. Walaupun Hari Kemerdekaan India meraikan kebebasan dari penjajahan British, Hari Republik disambut bagi meraikan bermulanya kuat kuasa perlembagaan di India.

Sebelum draf perlembagaan India diluluskan. Satu sessi yang panjang telah diadakan dan sessi ini telah dibuka kepada orang ramai untuk selama 166 hari. Draf perlembagaan ini juga telah disebarkan keseluruh pemimpin politik di India selama 2 tahun, 11 bulan dan 18 hari.

Selepas perbincangan dan sedikit pengubahsuaian, 308 ahli-ahli Dewan menandatangani dua tanda tangan bertulis salinan dokumen (satu masing-masing dalam bahasa Hindi dan Bahasa Inggeris) pada 24 Januari 1950. Dua hari kemudian, Perlembagaan India menjadi undang-undang bagi semua tanah-tanah India. Perlembagaan India telah diluluskan pada 26 November 1949. Dan, ianya berkuat kuasa sepenuhnya pada 26 Januari 1950 untuk menandakan juga bahawa India telah bebas sepenuhnya dari pengaruh penjajah.

Berbalik pada perbarisan hari republik India nie. Apa yang best sangat dengan perbarisan nie ?

Macam perbarisan hari merdeka kita, perbarisan ini akan dihiasi dengan warna warni perarakan dari pelbagai sektor di India. Setiap negeri di India akan cuba mempertontonkan keindahan negeri masing-masing dengan kereta berhiasnya. Bahagian yang paaaaling ditunggu-tunggu dalam acara perbarisan ini adalah...perbarisan dan perarakan dari angkatan tentera India. Bukan sahaja kawad masuk dari segenap battion yang ada di India...Tapi, paaaling mencuri tumpuan pastinya penayangan kekuatan senjata ketenteraan yang dimiliki oleh India kepada umum dan dunia. Yeah !!! Jangan buat-buat pelik kalau tentera India all out masa nie...even, sessi pentayangan senjata ketenteraan ini jugalah yang menjadi tumpuan para "SPY" dari segenap dunia untuk mengukur kekuatan sebenarnya senjata dan teknologi yang dimiliki oleh tentera India. Dari yang seringan-ringan leh pegang dengan tangan sampailah yang besar dan menakutkan. Cuma biasalah...diorang takkan tayang semualah kan...

Kalau dapat peluang korang pergilah tengok. Kenapa aku malas nak gi plak ?!!!

Kalau nak tau...sesiapa yang nak pergi tengok perarakan hari republik nie tak boleh bawa handphone, payong, barangan tajam cam pisau/gunting/pemotong kuku palaaaing aku tak paham diorang tak kasi bawa kamera. Parking kereta plak jauh sesangat. Korang akan dipaksa berjalan kaki sejauh 3 km dari kawasan parking untuk ke tempat duduk (kalau adalah reserved untuk korang). That why lah aku maleh nak gi walaupun aku pernah dapat jemputan (dari kengkawan aku di sini). Jem disekitar bandar Delhi jangan cakaplah...road block polis boleh kata merata tempat. Sampaikan korang akan rasa macam berada dalam keadaan negara yang sedang berperang pulak bila kelihatan tentera dan polis bawak senapang selamba die jer cam bawak beg shopping.

Indahnya Bumi Kashmir (Part 02)

Boleh ker saya nak melawat Kashmir nie ?

Soalan yang selalu ditanya oleh kengkawan kepada aku. Jawapan standard aku "Pergilah...apsal tak boleh plak..." Cumanya nasihat aku, sentiasalah peka dengan berita-berita semasa di India nie. Kerana Kashmir nie kawasan yang terrrlalu sensitif.

Aku pernah janji nak ceritakan tentang kepercayaan penduduk setempat (di Kashmir) yang mengatakan tentang makam Nabi Allah Musa a.s dikatakan terletak di bumi India nie. Ianya dikatakan terletak di tanah indah Kashmir. Untuk edisi cerita pasal Kashmir kali ini, aku rasa aku kongsikan bersama dengan yang sudi membaca coretan aku nie berkenaan bumi indah Kashmir...bumi yang dikatakan tanah yang penuh dengan kesuburan dan keRahmatan dariNya.

Sedang aku kumpulkan cerita berkenaan dengan makam nabi Allah Musa a.s nie, aku agak teruja dengan beberapa info yang berkaitan dengan bumi Kashmir nie. Sebenarnya kisah nabi Allah Musa (berada dan wafat di Kashmir) bukan sekadar cerita-cerita lisan dari penduduk tempatan...Tetapi, ia dikatakan tercatat sebagai bukti bertulis dalam kitab-kitab "Perjanjian Lama" (Old Testament) dalam Bible.
Sebelum aku pergi lebih jauh...ingatan aku, buat yang membaca tulisan aku nie: apa yang aku catatkan di sini hanyalah sebagai bacaan santai untuk anda. Segala maklumat yang dicoretkan hanyalah maklumat yang aku kumpulkan berdasarkan sumber-sumber bacaan yang aku peroleh di sini (India). Ianya bukan penemuan atau kesimpulan ilmiah yang boleh dijadikan sandaran. Segala kesimpulan yang aku buat adalah berdasarkan rumusan akalku yang terbatas dan pemahaman atas apa yang aku baca semata. Tidak lebih dari itu...Sebagai ummat Islam, kita wajib dan seharusnya berpegang teguh dengan mukjizat Muhammad Rasullullah yang paaaling agung- Al Quran.Wallahu'alam.

Baik...aku mulakan dengan soalan:"Bagaimana cerita ATAU hipotesis makam nabi Allah Musa a.s nie boleh muncul di bumi Kashmir ?"

Pada pendapat aku, semuanya bermula pada (pada salah satu) ayat di catatan dalam Bible:Old Testament di kitab Hebrews 11:9 "9 By faith he sojourned in the land of promise, as in a strange country, dwelling in tabernacles with Isaac and Jacob, the heirs with him of the same promise:".

Maaf...aku tak bercadang nak menerangkan isi kandungan cerita tentang ayat dalam Hebrews 11:9 nie. Aku rasa korang boleh google sendiri untuk dapatkan penjelasan tentang petikan ayat nie. Cumanya aku nak menarik perhatian yang membaca, tentang dua perkara: perhatikan perkataan 1) the land of promise dan 2) a strange country.

the "Land of Promise/d"

Perkataan the "land promise" atau the "promised land" atau yang seangkatan dengannya selalu di rujuk (dalam Bible) kepada kawasan the "land of east" yang mana daerah/tempat/lokasi ini akan dirujuk kepada the "children of east". Soalan lagi..."apakah tanah yang dijanjikan ini dan yang dikhususkan ini merujuk kepada negara dan orang di negara Palestin" yang terletak di timur tengah ?

Kenapa aku tanya soalan nie...perlu kita ketahui bahawa antara perbahasan agama yang selalu dibangkitkan adalah- kaum Yahudi (sehingga ke hari ini) seringkali menyatakan bahawa mereka adalah kaum/bangsa yang dikatakan the "chosen people" atau insan/bangsa/kaum terpilih di sisi TUHAN. Apakah kerana mereka menyangkakan bahawa bangsa Yahudi adalah bangsa terpilih di sisi TUHAN membuatkan mereka (sehingga ke hari ini dan masih lagi) masih cuba untuk merebut (merampas sebenarnya) tanah suci Palestin dari tangan penduduk di sana.

Logik akal aku menyatakan bahawa, seandainya Allah Subhanahu wa Ta'ala merencanakan bahawa bangsa Yahudi adalah kaum yang terpilih dan dijanjikan tanah (atau daerah atau negeri atau sebuah kawasan) untuk dihuni khusus untuk mereka...kenapa bumi yang dikatakan "telah dijanjikan" untuk mereka ini TELAH dan SEDANG diHUNI oleh ummat Islam pada hari ini ? Maha suci Allah, Tuhan yang Maha Adil telah menunjukkan kepada kita bahawa the "choosen people" yang akan dikurniakan the "promised land" sebenarnya adalah merujuk kepada ummat atau hambaNya yang bertakwa dengan syahadah "La Ilaha ALLAH" dan ummat "Muhammad" Rasullah. Subhanallah. Mereka (bangsa Yahudi) mungkin the "chosen people" kerana dari bangsa ini telah lahirnya ramai para Rasul utusan Allah. TETAPI, mereka bukan bangsa yang berstatus mutlak sebagai penghuni yang terpilih untuk memiliki tanah pemastautin di bumi suci Palestin.

Berbalik pada cerita Kashmir...di bumi Kashmir...hampir sepelusuk negeri yang subur di Kashmir ini dihuni oleh ummat Muhammad. Kalau dirujuk pada penulisan aku yang terdahulu, aku pernah katakan bahawa rata-rata penduduk di Kashmir atau lebih dikenali sebagai Kashmere nie menganggap mereka adalah waris dari Bani Israel (yang hilang atau the "Lost Tribe"). Cuba-cuba fahami rangkap-rangkap syair dalam (Bible) Psalms 69: 34-36 "34 Let heaven and earth praise him, the seas and all that move in them, 35 for God will save Zion and rebuild the cities of Judah. Then people will settle there and possess it; 36 the children of his servants will inherit it, and those who love his name will dwell there." Perenggan dalam Psalms nie mengatakan bahawa Tuhan akan memelihara anak cucu atau waris Judah dan memberikan tanah untuk dihuni bagi mereka yang bertakwa kepadaNya. Kemudian kita renungkan firman Allah, dengan maksud di surah anBiyaa': "[105] Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh".

a strange country

Perkataan kedua yang aku fokuskan dalam Hebrew 11:9 pula ada a strange country. Dalam membincangkan isu "a strange country" atau yang dimaksudkan dengan "negeri yang asing"- aku percaya ramai antara kita yang pernah membelek atau mengikuti perdebatan agama akan mengatakan bahawa "a strange country" adalah merujuk kepada firman atau wahyu Allah kepada nabi Allah Ibrahim yang mengarahkan baginda agar membawa keluar isteri dan anak kesayangan baginda (dalam Bible- orang Kristian merujuk kepada Isaac/Ishak...namun sebagai Muslim Al Quran memperbetulkan sejarah ini dengan menyatakan bahawa ianya adalah nabi Allah Ismail a.s. Aku yakin dan percaya ini provokasi kaum laknatullah yang mahu menghakis salah silah keRasullan Muhammad s.a.w) ke sebuah negeri lain yang mana ianya bertanah tandus, gersang, terrrlalu asing buat kedua-dua mereka untuk hidup. Itulah Makkah. TETAPI, kalau kita amati ayat-ayat selepas Hebrew 11:9- malahan keseluruhan bab dalam Hebrew 11 menekankan bahawa selagi seseorang itu berpegang teguh keimanannya terhadap Tuhan yang satu...yang Esa...yang Tunggal...Allah Subhanahu wa Taa'la. Allah tidak akan membiarkan hambaNya melarat. Itu janji Allah kepada kita.

Hebrew 11 tidak menceritakan atau menumpukan kisah pengembaraan Siti Hajar dan nabi Allah Ismail secara khusus. Makanya, terdapat ilmuan yang bependapat- perkataan "a strage country" juga adalah merujuk kepada tanah lain. Sebab, tafsiran pada maksud TANAH ASING- ianya mestilah sebuah daerah atau kawasan yang lain dari yang lain dari segi struktur geografi dan muka buminya berbanding Mesir mahupun Assyrian mahupun padang pasir. Ia seharusnya secara TOTAL merujuk kepada sebuah kawasan yang cukup...cukup berlainan dari kebiasaan yang dilalui oleh golongan Yahudi pada suatu ketika dahulu (pada zaman nabi Allah Ibrahim a.s).

Takkanlah hanya dengan sepotong ayat dah boleh kaitkan Kashmir dengan kedatangan nabi Allah Musa a.s dan makam yang dikatakan bersemadinya baginda di sana.

the "land of east"

Pada awal artikel aku ini aku ada sebutkan bahawa, dalam Bible- ungkapan the "promise land" seringkali dirujuk pada the "land of east". Contohnya (korang googlelah sendiri...aku malas nak cut n paste) di: Genesis 25: 6 dan 29:1, 1 Kings 4:30, Job 1:3, Ezekiel 25:4 dan banyak lagi.

Soalan lagi...(berapa banyak soalan dah...!!!), kat mana lokasi sebenar the "land of east" (tanah di bahagian Timur) ?!!! Kalau tanya orang Yahudi mereka akan katakan ianya adalah Palestin. Kalau tanya Kristian mungkin saja mereka merujuk pada mana-mana daerah timur dari negara Mesir (tanpa jawapan atau kawasan yang spesifik !!!).

Namun, kalau diamati keseluruhan Bible (hasil kajian seorang sarjana muslim Kashmir yang bernama Asad Farooq yang juga merupakan seorang Muslim berbangsa Yahudi ), satu-satu negara paaaaling TIMUR yang adalah dalam Bible adalah negara INDIA !!!

Ini dicatatkan dalam kitab Esther 1:1 "1 Now it came to pass in the days of Ahasuerus, (this is Ahasuerus which reigned, from India even unto Ethiopia, over an hundred and seven and twenty provinces:)" dan di Esther 8:9 "9 Then were the king's scribes called at that time in the third month, that is, the month Sivan, on the three and twentieth day thereof; and it was written according to all that Mordecai commanded unto the Jews, and to the lieutenants, and the deputies and rulers of the provinces which are from India unto Ethiopia, an hundred twenty and seven provinces, unto every province according to the writing thereof, and unto every people after their language, and to the Jews according to their writing, and according to their language. (aku ambil petikan ini dari bible versi King James)

Tak der negara lain lagi yang berada paaaling timur tercatat dalam Bible selain INDIA. Sebab itulah, pendapat yang mengatakan bahawa the "land of east" adalah merujuk kepada India...negara paaaaling Timur yang PERNAH dicatatkan dalam Bible. Tidak cukup dengan itu, terdapat juga- tidak kurang dari 320 nama beberapa lokasi sekitar Kashmir (nama bandar/kawasan) dan masih wujud sehingga hari ini sebenarnya di adaptasikan dari bahasa Hebrew. Tak cukup lagi dengan 320 nama tempat dalam Hebrew...dalam Bible sendiri ada tercatat 13 lokasi yang terletak sekitar kawasan Kashmir (atau pun lembah banjaran Himalaya).

(bersambung...)

Panjang lagi sebenarnya aku nak tuliskan di sini...kita sambung lagi nanti eh...cam biasalah...TUNGGUUUU !!!


Monday, January 16, 2012

AirAsia X Meninggalkan Bumi Indi Yeah !!!

Alamak...AirAsia X dah tak mau terbang lagi ker New Delhi dan Mumbai. nak buat cam ner, orang dah tak boleh buat duit lagi di sini katanya sebab airport di kedua-dua bandaraya di sini kenakan caj terrrlalu mahal katanya.

Tapi aku katakan ini sebenarnya sebab kecik jer. Aku katakan sebab utama mereka tinggalkan New Delhi dan Mumbai kerana tamak. Margin keuntungan yang mereka perolehi dan dijanakan agak kurang berbanding kalau mereka terbang ke destinasi yang lain. Pada aku musytahil kalau diorang kata tak der untung langsung bila operate di India nie.

Sejak berita AirAsia X akan menamatkan penerbangannya menjadi cerita hangat dalam media dan industri pelancongan di sini...nah amik ko...banyak email aku dapat bertanyakan itu ini. Apa boleh aku buat kalau diorang nak STOP.

Dahlah AirAsia X tak mau terbang...yang MAS plak buat hal...korang tau tak bila si AirAsia X STOP, MAS terus jer naikkan harga tambang. Giler...memang giler !!! MAS pun nampak sangat terus jadi rakus dengan mengangkat diri mereka KONONnya sebagai penerbangan EKLUSIF dari New Delhi ke KLIA.

Dalam keadaan ekspresi dunia ekonomi (termasuklah kerjaan kita di Malaysia) yang banyak memberikan fokus perdagangan diberikan kepada pasaran seperti India nie. Perkembangan semasa yang dilakukan oleh AirAsia X nie aku nampak tak memberikan sebarang sokongan moral dan pertumbuhan yang sihat untuk masa akn datang. Mana tidaknya. Hari nie diorang kata STOP, alih alih lusa kata nak "memperkukuhkan" laluan di pasaran oceania dan utara Asia. Tak ke pelik tu ? Perlu aku tegaskan, pemberhentian AirAsia X di India nie sebenarnya adalah pemberhentian sebanyak 11 penerbangan seminggu dengan penggunaan pesawat A330 yang berkeupayaan terbang jauh dan memberikan penjimatan ekonomi pada penggunaan bahan api.
Aku cuma mampu berikan ulasan semudah mungkin apa yang ada dalam pemikiran aku pada waktu ini. kalau bab-bab teknikal kang ada yang pening...korang pun mesti malas nak baca benda-benda yang susah nak paham kan.

Apa pun, kepada yang mungkin masih bercadang nak datang ke India nie...aku cuma boleh berikan opsyen (untuk penerbangan bajet) gunakanlah Air Lankan atau Jet Airways (via Chennai) untuk ke mana-mana destinasi dari KLIA ke India nie. Masih lebih murah. Cumanya korang terpaksalah mengharungi tempoh masa yang lebih panjang lagi. Untuk yang nak ke Chennai (or mana-mana dibahagian selatan India) still tak der masalah sebab masih ada pilihan untuk gunakan AirAsia tanpa X.

Monday, January 9, 2012

Muka Pertama 2012

Sudah 10 hari tahun 2012 melewati kita. Aku barunak start blogging baru. Sebenarnya aku baru jer balik dari bercoti di tanah airku. Balik jer terus ramai kengkawan yang katanya berhasrat nak datang ke India nie.

Jadi mari-mari-mariiii !!! Boleh aku tumpang kirim kicap ker...belacan ker...hik3 !!!

Sesampai aku ke bumi New Delhi malam Sabtu yang lalu, sejuk gak skang nie. Cumanya aku agak pelik sikit...Coz, biasanya time2 cam nie tengah peak season winter. Tapi, cuaca sejuknya tak sesejuk cam 3 tahun sebelum nie. Mungkin dah nak masuk autum kata aku.

Bila pagi muncul...betullah...aku rasa cam terang semaca jer sekeliling. Banyak daun-daun dah mula gugur. Siang pun matahari dah muncul..biasanya foggy memanjang kalau bulan Januari nie. Tapi, kalau basuh baju susah gak nak kering.

Apa azam aku untuk tahun nie...tak besar mana pun azam 2012...Cuma nak kuruskan badan sikit kot.

Apa pun, InsyaAllah...untuk tahun nie aku cuba kerapkan menulis tentang perihal cerita dari bumi indi yeah nie...coz kalau ikutkan aku pun mungkin dah tak lama jer lagi untuk berada di India nie. So, kalau ada sesiapa nak bertanya atau nak aku ceritakan tentang yang korang rasa perlu aku beritahu email2lah eh...