Wednesday, March 28, 2012

Bollywood Seram

Wokeh !!! Kali ini aku cerita santai sikit. Asyik serius jer kan...

Korang mesti pernah tengok filem-filem Bollywood kan...kebanyakkan genre ceritanya mesti banyak yang warna warni percintaan, kisah keluarga, lawak-lawak yang mengarot, adegan belasah beramai-ramai...pendek kata macam-macam adegan yang cukup sinonim dalam jalan cerita filem Bollywood boleh di agak.


Cuma kali nie aku nak bagi taw tentang industri filem Bollywood pun ada gak keluarkan cerita serammmm. 

Seram sangat ker cerita diorang nie...? Ada citer hantu yang seram...ada yang lawak...ada yang sekadar hiburan...

Cuma aku suka kalau menonton filem seram Bollywood nie...kebiasaannya yang bergenre serammm betul betul tema seram seirus seram tu...tak der adegan menyanyi or menari beramai-ramai. Aku nie kalau bab nyanyi or menari tu maleh nak nengok. Rimas aku rasa kalau ada filem yang tayang bab nanyi or nari-nari nie.

Kepada yang meminati filem-filem seram...seandainya kalau korang berpeluang nonton filem seram Bollywood nie...korang pasti perasan kebanyakkan jalan cerita yang dilakonkan oleh para pelakon hindi khususnya seakan-akannya si tuan director tu mencedok gaya jalan cerita filem lain. Contohnya cam cerita "Naina"...tiru cerita seram Thai yang pasal kes mata leh nampak bayangan maut atau hantu. Sorry aku lupa tajuk cerita tu. Filem "Ragini MMS" cam citer "One Miss Call". File "Haunted" cam "Haunted" omputih. Banyak lagi lah...Pendek kata macam orang Bollywood nie tak der idea nak buat filem seram. 

Aku tak katalah semua filem tu diorang tiru dari karya orang lain. Cuma kebanyakkan filem yang aku tengok mesti ada banyak kesamaan dari filem-filem lain yang pernah aku tonton. Paaaaling ketara.....filem seram di India nie banyak yang tiru filem seram dari Thai.


Satu jer yang aku perasan dalam isu nie...kita orang Melayu dah sah-sah baaaanyak cerita mengarot tentang hantu-hantu dalam budaya Melayu kita nie. Kalau yang bangsa Cina plak hantu yang lompak-lompat pakai baju macam askar purba Dinasti China dulu-dulu. Bila tang bangsa India nie ?!!! Korang rasa hantu apa yang boleh kita kaitkan dengan bangsa India.    

Sepanjang aku bermastautin di sini...aku rasa, aku belum dengar lagi kes-kes ada orang diganggu mahkluk halus or ada orang claim dia nampak hantu. Serius aku kata !!! Mungkin ada kot kes-kes hantu di India nie...aku jer tak jumpa lagi. Aku cuba gak tanya pada kawan-kawan India aku di sini...diorang kata "apa tak der plak !!! di India pun ada juga hantu !!!". Tapi, bila diorang cerita...hantu pernah dijumpai di situ...di sana...di rumah tu lah...di istana nie lah...Korang taw apa konklusi aku. 95% hantu-hantu yang dikatakan dijumpai tu bukan hantu orang India. Kebanyakkannya hantu-hantu peninggalan orang-orang Inggeris di zaman Kolonial British dulu-dulu.

Dibawah nie aku senaraikan filem-filem "berhantu" sejak 2008 yang pernah aku tonton...ada yang seram ada yang lawak ada yang biasa-biasa jer hantunya...Tapi filem nie adalah aktor yang berlakon jadi hantu...

  1. Warning 2011
  2. Haunted 2011
  3. Ragini MMS 2011
  4. Kaalo 2010
  5. Hissss 2010
  6. Bachao 2010
  7. Mallika 2010
  8. Help 2010
  9. Zara 2010
  10. Phoonk 2 2010
  11. Click 2010
  12. 13B 2009
  13. Raaz - The Mystery Continues 2009
  14. Phoonk 2008

Satu lagi yang aku perasan bila menonton cerita-cerita seram Bollywood...Kebanyakkan...Aku ulang "kebanyakkan" adegan bagi menamatkan riwayat si hantu samada mangsa tu dirasuk, atau diganggu, atau dikacau oleh si hantu nie...masalah gangguan mahkluk hantu nie dapat diselesaikan oleh alim dari pengamal agama Islam. Ada satu filem tu...mula-mula si mangsa pergi merujuk pada swami Hindu tak settle...kemudiannya, dia pergi ke paderi Kristian...hampir-hampir berjaya...Tapi, tak juga berjaya mengalahkan si hantu. Sudahnya, si alim dari pengamal ajaran Islam yang berjaya menyelesaikan gangguan hantu nie. 

Cuma yang aku dok tak berkenan dengan ending penyelesaian tu...elemen khurafat wujud dalam penyelesaian gangguan hantu nie. Itu hakikat Muslim di sini. Sentimen mengasimilasikan khurafat, adat, dan budaya setempat masih berlaku dalam apa jua aktiviti seharian.

Sekadar hiburan santai dihujung minggu bersama keluarga aku menonton filem-filem macam nie. Nak keluar rumah kekadang malas sesangat. Dari aku serabutkan dengan "peel" orang sini yang bakal menaikkan tahap pening kepala aku. Baik aku dok rumah tengok tv dengan famili. 

Monday, March 26, 2012

Cerita Hutan

Lama sangat aku tak update blog nie...agak sibuk sikit kebelakangan nie...

Kebetulan aku baru jer balik dari Agra semalam. Tak ke Taj Mahal pun...ada kerja sikit...balik hari jer...

Semasa berborak dengan rakan-rakan baru India di sana aku tertarik dengan satu info yang sebenarnya agak sinomin sesangat diceritakan pada masa zaman sekolah rendah dulu-dulu. Kalau sesiapa yang pernah jadi ahli pengakap dulu-dulu...even aku percaya sampai hari ini cerita tentang "the Jungle Book" akan menjadi salah satu kurikulam dalam kegiatan berrrpengakap di sekolah.


Aku diberitahu yang asal usul the Jungle Book nie memang datangnya dari tanah India. Sampai ke hari ini masih lagi wujud kesan-kesan peninggalan si Mowgli nie. Cuma yang jadi kemusykilan aku: "Dimanakah hutan sebenar yang dikatakan asalnya kewujudan Mowgli nie ?"

Ada dua lokasi yang feymes di India nie yang dikatakan menjadi lokasi asal bermulanya cerita the Jungle Book yang di feymeskan oleh novelis British Rudyard Kipling pada tahun 1894; 1) di the Tiger Sanctuary di Valmiki, Bihar dan 2) di kawasan hutan (dipergunungan Satpura) berdekatan dengan bandar kecil Seoni di negeri Madya Pradesh.


Macam mana boleh sampai ada dua teori lokasi cerita Mowgli nie ?

Kalau kita amati cerita the Jungle Book nie...keadaan hutan bagi kedua-dua lokasi yang dikatakan menjadi lokasi asalnya si Mowgli nie hampir sama. Cuma, dalam penceritaan si pengarang novel nie- dikatakan hutan di Madya Pradesh adalah lokasi paling tepat untuk mengatakan bahawa Mowgli dibesarkan oleh serigala di sana. Namun, teori ini diragui oleh ramai pihak termasuklah sasterawan dari India sendiri. Sebabnya, si Kipling nie TIDAK PERNAH pun sampai ke hutan yang dimaksudkan di dalam penceritaannya itu. Walaupun, Kipling nie pernah menetap di India- adalah dipercayai, gambaran tentang hutan di pergunungan Satpura dalam cerita the Jungle Book nie banyak mengambil maklumat yang disampaikan oleh rakan-rakan beliau yang pernah menjelajah ke hutan tebal di Madya Pradesh nie.

Habis tu cam ner plak boleh orang India claim yang Mowgli nie asal dari hutan di Bihar ?

Suatu ketika dahulu, adalah dikatakan (aku sendiri tak dapat memastikan kebenaran cerita nie) sebelum Kipling mengarang cerita the Jungle Book- penduduk di suatu daerah di sebuah kampung di negeri Bihar gempar dengan penemuan seorang remaja yang dijumpai di hutan tanpa berpakaian dan berpewatakan tidak seperti manusia biasa. Budak ini juga dikatakan tidak tahu bertutur bahasa manusia. Lebih menakutkan, gelagat budak nie seakan-akan seperti binatang buas. Dia juga dikatakan tidak tahu berjalan dengan elok. Budak nie dikatakan lebih selesa bergerak dengan merangkak macam serigala. Sebab itu, para ilmuan di India berpendapat yang budak ini adalah Mowgli yang dimaksudkan oleh Kipling si pengarang the Jungle Book.

Orang selalu keliaru cerita Mowgli yang diadaptasikan oleh Walt Disney dalam edisi-edisi kartun keluaran mereka. Palingg aku pasti...ramai antara kita yang beranggapan bahawa Mowgli dan Tarzan adalah individu yang sama. Tarzan dibela dari kecik oleh beruang gorila. Si Mowgli pula dibela oleh serigala. Dari segi kawan-kawan mereka juga banyak perbezaannya. Korang cari dan baca sendiri lah kedua-dua cerita nie.

Aku cuma nak sampaikan satu moral paling besar sebenarnya dalam kes the Jungle Book nie.

Ramai yang beranggapan bahawa, the Jungle Book adalah cerita benar-benar wujud dalam tamadun manusia. Hakikatnya, the Jungle Book nie tidak lebih daripada khayalan si penulis yang diterjemah dalam bentuk novel untuk santapan pembelajaran kanak-kanak. Si penulis sendiri cuma mencedok dua tiga ideologi tempatan India dan maklumat yang didapati dari sekeliling. Hasilnya, nah !!! Jadilah satu novel epik yang menjadi doktrin pegangan moral bagi pasukan beruniform di seluruh dunia yang di asaskan oleh Lord Baden Powell dan isteri beliau.

Aku tak pasti kenapa si Baden Powell nie menerapkan the Jungle Book dalam korikulam pengakap. Si Kipling nie orang Amerika. Manakala si Baden Powell nie orang British yang mengasaskan "Scouting" di Afrika Selatan semasa akhir perkhidmatan beliau di sana.

Cuma satu nasihat aku pada yang membaca blogging aku kali ni...

Pertamanya, cuba korang baca secara serius cerita dalam kandungan the Jungle Book yang asal. Ambil masa sedikit untuk mengenali karektor setiap watak-watak yang ada dalam penceritaan tersebut. Kemudiannya, cuba try google makna disebalik setiap watak yang ada dalam the Jungle Book. Korang akan faham apa yang aku maksdukan selepas itu.

Kedua, aku juga berpengakap pada zaman kecil dahulu. Sampai ke sekolah menengah. Cuma bila dah dewasa nie (dah tua dah sebenarnya...) kerajinan aku membaca membuatkan aku mengucap panjang bila aku mengetahui latar belakang Lord Baden Powell yang sebenarnya.

Dikesempatan ini, aku menyeru agar kepada sesiapa yang punya anak-anak berpengakap tu...sila ambil perhatian serius tentang gerakan dalam berpengakap mereka. Ini penting !!! Aku ada tanggapan aku sendiri. Anda yang lain mungkin ada anggapan tersendiri. Aku cuma ingin nasihatkan kita selalulah berhati-hati dengan dakyah musyrikin yang mungkin menjadikan agenda "scouting" ini untuk menanamkan ideologi khurafat terhadap generasi muda bangsa kita.


Sunday, March 4, 2012

Sistem Kasta di India

Setelah empat tahun aku di India, baru hari ini aku berani untuk menceritakan tentang "Sistem Kasta" yang pernah dan masih lagi sebenarnya diamalkan di India nie.

Kalau di Malaysia kita dok main sebut jer kasta rendahlah...kasta tinggi. Kalau ada kawan-kawan India yang kita tak suka selalulah si polan tu kena teriak "pariah !!!". Konon-konon mengikut pemahaman kita golongan pariah nie adalah dari kasta rendah, hina, jijik dan macam-macam lagi sifat rendahnya martabat mereka dalam kelompok masyarakat India.

Tapi tahu tak korang...kelompok "pariah" yang ada hari ini (terutamanya di selatan India) merupakan komuniti yang hebat dan berjaya samada dalam bidang akedemik mahu pun jumlah JUTAWAN yang komuniti India hari ini.

Juga, sedar tak korang...?!!!

Sistem KASTA nie bukan sahaja diamalkan dalam masyarakat beragama Hindu semata. Aku kena jelas dan terangkan di sini...Bahawasanya, sistem kasta yang kita dok benci nie sebenarnya dipraktiskan juga dalam kelompok sosio-masyarakat lain selain yang beragama Hindu di India.

Tak kira samada Buddha, Jain, Kristian, Sikh...malahan yang MUSLIM pun ada mengamalkan sistem kasta dalam kehidupan mereka. Kalau korang tak percaya just google "Caste System in India". Apa yang akan korang temui.

Satu lagi...kita dok ingat yang sistem kasta nie...macam hierarki dalam piramid kedudukan atau darjat dalam masyarakat India (aku maksudkan bangsa India di India nie...bukan Hindu yer). Namun, itu cuma sebahagian jer betulnya...Tahu atau tidak anda, bahawasanya juga...perrrkataan kasta tu sendiri tidak terdapat dalam kamus agama Hindu atau Veda.

Perkataan KASTA nie sebenarnya dibawa masuk oleh si penjajah British yang cuba menerangkan sistem pemecahan dalam suku bangsa India yang diamalkan pada era penjajahan mereka suatu ketika dahulu. Penegasan terjemahan sistem kasta dilakukan oleh penjajah British adalah semata-mata mahu mengukuhkan pengaruh mereka di India nie. Kalau aku nak ulas panjang lagi sebenarnya dalam hal nie. Kalau ada kelapangan aku sentuh dalam penulisan akan datang.

Dalam Hindu tu sendiri perkataan kasta atau caste tak wujud. Cumanya, apabila menceritakan tentang "sistem kasta"...satu-satunya manuskrip purba yang pernah mencatatkan sistem pola dalam masyarakat secara terperinci adalah datang dari kitab-kitab agama Hindu...makanya, sistem amalan berkasta ini dikatakan dipelopori oleh agama Hindu mengikut Veda.

Apa sebenarnya sistem kasta di India nie ? Secara kasarnya...sistem kasta yang diamalkan di India nie adalah satu sistem pengkelasan, pengidentifikasikan (ada ker perkataan tu... ? aku reka sendiri jer...) atau dasar pecahan suku susur galur sesebuah institusi kekeluargaan mengikut pengkhususan kerjaya dan darjat keluarga tu. Dalam bahasa senangnyer...hierarki bangsalah...atau dalam Veda sebut JATI. Apa maksud JATI nie plak ?

Kalau maksud directnye adalah "kelahiran". Tapi, dalam konteks veda, Jati merupakan warisan identiti sesebuah suku kaum itu setelah ianya dilahirkan.
Dalam hal ini, aku rasa ramai yang dah tahu bahawa dalam sistem berkasta ada empat golongan yang dikategorikan dalam sistem kasta atau pecahan darjat tertinggi: 1) Brahmins (pendita/ahli agama), 2) Kshatriyas (pahlawan tentera, pembesar, pentadbir), 3) Vaishyas (ahli perniagaan, petani, pengembala lembu), dan 4) Shudras (pekerja buruh, tukang, orang suruhan). Yang "Pariah" nie kelas tang mana plak ? Kalau korang rujuk kat graf kat atas tu...golongan "pariah" nie terletak dalam kelas terbawah sekali dalam sistem hierarki bangsa India yang dipinggirkan yang digelar "DALIT".

Aku nak tegaskan di sini. Perkataan PARIAH nie sebenarnya hanya salah satu suku keluarga dalam bangsa India dalam kategori dalit. Sebenarnya ada beratus (malahan mungkin beribu) lagi nama-nama suku yang terdapat dalam kelas dalit.

Kenapa kawan-kawan India kita di Malaysia sangat marah kalau kita panggil mereka dengan panggilan "Pariah !!!".

Sebelum tu aku tegaskan, dalam amalan kasta India nie...aku tegaskan INDIA bukan Hindu !!! Sebab aku dah katakan (ini yang aku sedih sebenarnya) amalan sistem berkasta nie diamalkan hampir seluruh komuniti India di India nie tanpa sempadan agama.

Sebenarnya, seandainya seseorang itu dilahirkan dalam kelas DALIT, individu tersebut telah atau akan diisytiharkan sebagai insan yang tidak boleh sama sekali disentuh. Tidak boleh disentuh sebab mereka nie suci ker...??? BUKAN !!! Tidak boleh disentuh atau mereka sendiri tidak dibenarkan menyentuh orang lain sebab mereka ini ditakdirkan tuhan (mengikut yang berkasta tinggi) sebagai golongan yang terrrrlalu hina. Bukan setakat tak boleh disentuh dan menyentuh...golongan dalit juga TIDAK BOLEH memiliki harta, mereka dihalang/disekat/tidak layak menjalankan kerja-kerja yang membolehkan mereka mengumpul harta (lebih hina dari hamba dalam hal ini), tidak punya hak untuk memiliki apa pun...apatah lagi nak berkahwin dengan suku jati yang lain.

Paling teruk...mana-mana ahli kalangan jati kelas tinggi nie kalau ada mana-mana ahli keluarga mereka yang didapati mempunyai hubungan persahabatan, cuba berlaku baik, bercinta atau kahwin dengan dalit. Makanya, status kelas jati tinggi mereka akan terus jatuh dalam kelompok dalit. Ini masih berlaku dalam era moden di India hari ini.

Sebab itu, kalau korang ingat...dalam filem arwah Tan Sri P. Ramlee yang jadi Kassim Selamat tu...arwah Tan Sri P. ramlee sendiri dah tunjukkan pada kita yang sistem kasta tu sendiri bukan diamalkan oleh masyarakat India di India semata. TETAPI, tanpa kita sedari...bangsa Melayu tu sendiri kekadang terikut-ikut dengan budaya bangsa lain.

Aku cuma cuba menasihatkan diri aku dan yang membaca...sama-samalah kita merenung maksud firman Allah dalam surah al-Hujurat, ayat 10 "Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara". Ringkas jer maksud ayat tersebut. Namun, berapa kerat kita menghayati maksud ayat tersebut. Ini bukan hadith Rasullullah. Tapi, perintah nyata dari Allah kepada kita.

Apa yang dimaksudkan "BERSAUDARA" dalam kamus hidup kita ?

Aku tutup isu blogging kali ini dengan satu gambar graf di bawah untuk korang tafsirkan sendiri.


Geraf di atas di ambil dari sejarah kuno Mesir. Apa pendapat anda ? Anda kaji dan tafsirlah sendiri.