Friday, October 31, 2008

Andai Mimpi Itu Indah

Alangkah bagus...andai hidup bagaikan mimpi.


Kita boleh mereka kisah hidup...Kita boleh mencipta cerita bahagia...Dalam mimpi, kita boleh menggubah apa saja yang kita inginkan tanpa memikirkan perkara yang menyusahkan. Tapi andai itu semua mampu kita laksanakan. Kerana mimpi takkan menjadi nyata. Mimpi hanya angan-angan rekaan perasaan untuk memesongkan kehendak akal.


Ramai yang bertanyakan pada aku. Dah berapa banyak filem hindustan yang aku tengok. Kalau nak dikira, hari-hari boleh tengok filem hindustan. bayangkan dalam setahun sahaja mereka di India nie memproduce lebih 700 filem baru tak kiralah hidustan ker...atau tamil.


Malahan dari segi pihak kerajaan mereka amat menggalakkan filem-filem ini dikeluarkan. Bukan tu saja. Kalau bukak channel2 TV di India nie banyak program2 berbentuk hiburan. Nyanyilah...clip lagulah. Clip2 filem pun banyak dimainkan di kaca2 TV.Kalau korang tengok cerita2 dalam filem hidustan or tamil, mesti banyak unsur warna warni, mewah, kereta besar, heroin cantik seksi, hero kacak gagah perkasa...macam2 benda bagus. Semuanya macam mimpikan ?Aku melihat di sini macam satu fenomena yang takkan hilang rakyatnya akan taksub dengan benda2 hiburan macam nie. Baik dari golongan muda sampai ke tua. Semua golongan akan teruja untuk mengikuti perkembangan hiburan di sini. Sampaikan mereka yang kurang berda pun takkan ketinggalan untuk ambil tahu tentang hiburan nie. Dan yang paling ramai sebenarnya...golongan yang sederhana dan rendahlah yang paling ramai tengok hiburan di India nie. Kenapa ? Sebab golongan ni adalah golongan susah, dan mereka akan sentiasa mimpi atau berangan untuk menjadi seperti apa yang ditonton dalam filem.


Malahan aku rasa perkara nie macam menjadi salah satu mekanisme pada kerajaan untuk mengawal dan memesongkan isu2 yang mungkin boleh menggangu gugat kerajaan India.Biarkan mereka berkhayal. Biarkan mereka bermimpi. Berangan yang satu hari nanti mereka akan menjadi macam apa yang ditonton. Ini membuatkan ramai kalangan rakyat di sini yang bermimpi siang malam. Asyik berangan je...sampaikan mereka kadang terlupa apa yang patutnya mereka lakukan untuk memajukan diri sendiri.


Bagi golongan yang kaya. Mereka sebenarnya tak mengendahkan sangat tentang hiburan nie. Sebab bagi mereka yang banyak duit. Hiburan mereka boleh beli di India. Malahan pada hari nie...jangan kata nak tengok wayang, artis or pelakon hindustan sendiri mereka boleh beli untuk hiburkan mereka depan mata.


Kesian aku rasa...seolah2 mereka macam dipermainkan

Keramat Pokok Besar ?!!!

Masa kecik-kecik dulu kita sering dimomokkan dengan kata-kata orang tua..."Ko mainlah nyorok2 kat pokok tu, kang kena tangkap ngan hantu baru tau !!!". Kalau tak pun, kita akan rasa seram dulu masa nak lalu kat pokok besar. Lagilah kalau masa tu waktu malam.


Bila kita lihat orang yang suka buat benda-benda kurafat pulak. Mesti mereka nie suka menjadikan pokok-pokok besar nie sebagai tempat membayar nazar ke or dipujanya dekat pokok2.


Kenapa aku cerita benda ngarot nie semua. Sebenarnya aku nak mengajak korang berfikir tentang apa yang aku lihat dan amati di India nie. Aku percaya banyak perkara yang diamalkan sekarang nie di India sebenarnya itulah yang menjadi budaya di Malaysia. Bila aku amati balik. Mungkin apa yang aku sampaikan nie bukan benda ilmiah. Tapi, cuba korang amati balik ada lojiknya. Dan aku sebenarnya cukup yakin, budaya orang India telah sampai sebenarnya sebelum pemerintahan Inggeris sampai ke bumi Malaysia. Walhal sebenarnya di Lembah Bujang sendiri dah buktikan pengaruh orang India nie (terutamanya Hindu) telah sampai ke tanah melayu lama dah.


Balik pada cerita pokok besar tadi.


Sebenarnya bangsa di India nie sejak dahulu lagi telah menggunakan pokok besar sebagai tempat untuk berbincang atau menyelesaikan masalah-masalah dalam komuniti mereka. Pemimpin-pemimpim di kawasan tempat tinggal akan menggunakan pokok besar sebagai kawasan untuk melakukan majlis perjumpaan dengan para penduduk. Melalui sessi ini, segala masalah akan diselesaikan di bawah pokok yang besar.


Persoalannya, kenapa pokok besar ? Pokok tu berkeramat ker ? atau, ada dewa yang akan menolong mereka dalam menyelesaikan masalah ?


TIDAK...dulu-dulu mana ada khemah nak cover panas. Mana ada dewan nak dijadikan tempat berteduh. So, diorang akan jadikan pokok besar yang rimbum untuk berkumpul. Dan, dapat menahan panas matahari bila melakukan perbincangan. Banyaklah masalah yang berjaya diselesaikan di bawah pokok. Ramailah pemimpin yang dilahirkan di bawah pokok. Di bawah pokoklah juga banyak insan-insan yang bermasalah akan mengadu dengan orang yang mereka percaya dapat menyelesaikan masalah. Ramailah jugak pemimpin yang disanjung dan menjadi ikutan menjadikan pokok besar sebagai platform untuk menyampaikan buah fikiran mereka. Amalan ini berterusan dari generasi ke generasi.


Jadi ? Macam mana pokok besar selalu dikaitkan dengan keramat atau benda yang menakutkan ?


Pada pendapat aku, apabila pengikut terlalu taksub dan fanatik dengan pemimpin mereka macam-macam perkara dilakukan sebagai tanda untuk menghormati pemimpin mereka. Sehinggakan apabila pemimpin tersebut telah meninggal dunia. Mereka bagaikan hilang pedoman. Tiada tempat mengadu. Tiada pelindungan lagi dalam hidup mereka apabila sumber inspirasi mereka hilang dari dunia fana ini.


Justeru, mereka bina tanda (samada patung atau apa2 jelah yang dijadikan tanda terutamanya barang peninggalan pemimpin mereka) untuk mengingati dan mengandaikan pemimpin mereka yang telah mati itu masih wujud...masih dapat dilihat...masih mampu berkomunikasi dengan mereka walaupun jasadnya telah tiada. Dimana mereka buat tanda tu ? Di pokok besar tempat mereka selalu lihat pemimpin mereka ler...Lebih2 lagi kalau di pokok besar tulah pemimpin mereka mati. Atas rasa tidak dapat menerima kenyataan disebabkan mereka kehilangan pemimpin yang mereka sayangi. Maka, bermacam-macam tanda dibuat. Sehinggakan terlalu taksub mereka letak dan reka pantang larang agar tempat tanda di pokok besar itu tetap terpelihara walau pun tiada sessi pemimpin bersama rakyat di pokok besar itu. Itu yang jadi macam-macam pantang larang dan benda-benda menakutkan diwujudkan ceritanya agar manusia tetap menyangjungi dan mengagungkan pemimpin tersebut walaupun telah mati.


Dari generasi ke generasi. Amalam diteruskan dan menusia nie bila dah berbual dari mulut ke mulut. Macam-macam akan ditokok tambah demi untuk menyedapkan cerita. Tanpa tulisan sebagai rekod kebenaran makan banyaklah cerita-cerita mengarot dicipta untuk menyedapkan jalan cerita mereka. Itu yang menjadikan pokok besar tu semakin gah dengan cerita tahyol atas rekaan mereka sendiri.


Jadi...renung-renungkanlah...Usah biarkan hidup anda diselubungi misteri....

Chapter 01: Revolusi atau Reformasi Budaya di India ?

Aku takut sebenarnya kalau-kalau tulisan aku kali nie ada dikalangan orang India yang marah dengan aku. Tapi, niat aku cuma menyampaikan pendapat peribadi jer. Takde niat nak mempengaruhi sesiapa.


Okey, sebelum nie aku pernah yang aku nak bagi tau tentang sistem kasta di India. So...ini pemerhatian aku kali nie berkenaan dengan sistem kasta di India.


Kalau di Malaysia kita biasa dengar golongan Brahma dengan Parya. Dan menyedihkan kalau jolokan Parya dijadikan bahan ejekan pada sesetangah masyarakat Melayu. Sebenarnya, terdapat banyak nama diberikan dalam sistem kasta di India nie. Mengikut hirarki masing-masing. Macam mana terjadi sistem ini ? Tiada sesiapa yang dapat memberikan jawapan yang konkrit dalam hal nie. Banyak juga buku aku dah baca di sini tentang bab nie. Tapi kesemuanya memberikan jawapan yang berbeza. JADI...ini konklusif yang tidak boleh dijadikan sumber ilmiah dan hanya pendapat peribadi aku sahaja.


Sejarah India sebenarnya telah wujud lebih 4000 sebelum masihi lagi (atau 4000BC). Pada masa itu masyarakat terlalu taksub dan amat menghormati golongan pendita atau sami-sami agama di sini (aku tak pasti agama apa yang mereka anuti pada masa tu. Tapi ramai yang percaya mereka nie banyak kepercayaan pada masa tu). Sehinggakan apa sahaja yang dikatakan oleh sami-samai nie akan dituruti dan dipatuhi. Dan, golongan pendita dan sami inilah yang menjadi golongan atasan pada masa tu. Peralihan zaman membuatkan apabila kuasa dah mengusai diri. Maka, golongan ini mengangkat diri mereka ketahap yang lebih tinggi.


Aku percaya pada tahap inilah mereka mula mengketegorikan masyarakat di bawah kawalan mereka kepada beberapa hirarki. Umpamanya, bila sami dah menjadi tempat rujukan masalah (apa jua masalah samada sosial, ekonomi, kesihatan dan macam-macam lagi) maka dia mesti perlukan pembantu. Sama juga macam kalau dah ada Raja mesti ada Perdana Menteri dan Timbalan-timbalannya kan. Cuma mereka pada masa tu tak mempraktikkan semua ini dalam bentuk institusi dalam parlimen. Semua masalah akan diselesaikan sesama sami atau pendita ini. Tanpa mengambil pandangan masyarakat secara keseluruhannya (yang biasanya kalau di Malaysia akan diwakili oleh ahli Parlimen atau Adun di kawasan masing-masing di Dewan Negara atau Negeri). Dan golongan pembantu-pembantu inilah aku percaya yang menjadi golongan yang berhirarki agak tinggi berbanding yang lain selepas golongan sami-sami nie.


Aku juga nak sampaikan disini. Sebenarnya parya bukanlah golongan yang hina sepertimana yang kita selalu anggap dan mereka sebenarnya bukanlah golongan hamba. Tetapi sebenarnya mereka adalah golongan yang dipaksa melakukan kerja-kerja teruk (some times yang kotor dan keji) hanya kerana atok nenek mereka telah melakukan dosa dan menerima hukuman daripada golongan sami-sami ini.


Persoalannya ? Kenapa atok nenek mereka yang buat salah anak cucu mereka yang menerima hukuman. Itulah sebenarnya bila kuasa yang mengongkong akal manusia.

bersambung...

Sentuhan Pertama


Assalamualaikum wa Rahmatullah,

Salam Sejahtera,

Namaste Ji !

Buat para pembaca...dan sahabat-sahabat baruku...

Sebenarnya blog ini aku dedikasikan atas permintaan ramai yang selalu mengikuti hasil buah fikiran aku di www.myspace.com/loloqx . Ramai yang meminta aku menyediakan blog. Jadi, ini hasilnya. Apa yang ditatap di sini sebenarnya juga boleh dilihat dalam blog myspace aku.

Bagi yang baru mengikuti perkembangan Loloqx Rules...Tulisan aku lebih kepada berkisar hal-hal semasa yang aku amati dari pemerhatian mata terhadap apa yang berlaku dalam rutin harianku. Segalanya aku cuba kongsikan, sepanjang apa yang aku alami di bumi India ini.

Cuma sejak dua menjak ini...aku suka menulis cerita yang berlaku di sini dan aku cuba kaitkan dengan apa yang berlaku di Malaysia. Sekadar berkongsi apa yang aku rasakan tanpa mengambil kira ideologi sesiapa yang menatap nukilan aku ini.

Andai ada yang terguris. Andai ada yang tersinggung. Maafkan aku. Aku hanya insan biasa yang cuba menggunakan kalam-kalam bagi membolehkan akal berfikir tentang hikmah pada setiap yang berlaku.

Salam buat semua...









Thursday, October 30, 2008

Chapter 02: Fakir, Miskin, dan Kedana

Dari sehari ke sehari aku melihat perkembangan politik di Malaysia. Banyak perkembangan yang menarik dapat dilihat hasil tontonan lakonan ahli-ahli politik di negara tercinta. Sekarang ini untuk pemilihan UMNO, sedang heboh memperkatakan tentang politik wang. Kebanyakkan Dewan Negeri pula sedang mula membahaskan bajet negeri masing-masing.

Untuk tulisan kali ini aku suka untuk memperkatakan isu yang sedang dimainkan oleh kerajaan di Malaysia (samada Persekutuan ataupun negeri) dalam membasmi masalah kemiskinan. Kalau di India ini, kemiskinan boleh dianggap krisis nasional. Kerana terlalu banyak orang miskin. Terlalu ramai yang fakir. Terlalu panjang senarai yang kedana kalau dibuat. Bayangkan kalau dikatakan kadar kemiskinan di India adalah 30 peratus. Jadi 30 peratus dari 1.4 billion jumlah penduduk dah berapa. Tak ker masih berjuta-juta jumlah penduduknya yang dalam kategori miskin. Bukan sikit !!! Berjuta dia lebih ramai dari jumlah penduduk ASEAN !!!

Apabila memperkatakan usaha untuk memajukan golongan kurang berpendapatan. Sebenarnya di India ini, kerajaannya menghadapi masalah besar untuk memajukan golongan ini. Kerana golongan ini bukan sahaja golongan yang dalam kategori kurang berpendapatan. Tetapi, ada yang boleh dikatakan tiada pendapatan langsung.

Dengan jumlah agihan yang terlalu panjang senarainya, tidak memungkinkan segala perancangan dapat dilaksanakan dengan baik. Ditambahkan lagi India memang terkenal dengan budaya RASUAHnya. Ini satu hakikat yang bukan aku reka-reka sendiri. Tetapi, perkara inilah yang pernah disampaikan oleh sesetengah individu yang aku kenal. Pernah aku bertanya kepada seorang pemandu teksi di India. Dialog yang telah dialih bahasa...-

"Berapa gaji Polis trafik itu ?" sambil aku menuding jari kepada Polis trafik yang sedang bekerja di tengah jalan yang sesak.

"Ooo...gaji dia sikit jer tuan. Mungkin dalam Rps3,000.00 atau paling banyak pun dia akan dapat Rps5,000.00" dia jawab dengan selamba. Maknanya adalah dalam RM280 ke RM450 hinggit saja...

"Uih...sikit sangat gaji dia tu...!!!" kata aku dengan nada terkejut.

"Memanglah...sebab tu Polis kadang-kadang tak pernah disoal kalau mereka mengambil atau meminta RASUAH dari orang ramai..." Aku tak menjawab apa-apa. Cuma mampu terkejut sekejap.

So...kita nilailah sendiri. Macamanalah negara yang kaya seperti India ini nak maju dan dapat dimajukan kalau amalan rasuah ini dijadikan satu budaya yang kadang-kadang aku rasa macam dihalalkan oleh pihak berkuasa di sini.

Begitu juga bila nak dekat musim pilihanraya sekarang nie. Kalau di Malaysia budaya merasuah rakyat biasanya lebih lembut. Pemimpin yang bertanding akan membentangkan menifesto. Ya...dalam menifesto akan tercatit segala janji-janji manis yang bakal ditunaikan kalau mereka diberikan peluang untuk memerintah.

Tapi, di India lebih gentleman...tak perlu janji-janji. Belum mengundi lagi, ada kawasan yang akan diadakan satu sessi beramah mesra dengan pemimpin. Lepas tu, nah amik ko...tak der televisyen. Rumah yang tak der televisyen. Dibaginya televisyen. Ko tak der rumah. Esok datang orang hantar pekerja buatkan rumah untuk yang takder rumah (ini yang menyebabkan setingan banyak di India). Tak makan lagi, beras stok untuk setahun dihantar kerumah. Keluarga ko tidur atas jalan. Sekejap lagi ada yang hantar katil dengan tilam siap bantal untuk sekeluarga tidur dengan lena atas alas yang empuk. Rasuah diberikan secara terang-terang.
Di Malaysia...harap jer menifesto dijadikan sebagai sandaran rasuah. Tapi, bila dah diangkat memerintah. Segala janji hanya tinggal janji. Buat-buat lupa. Menifesto hanya jadi idea sembrono. Sebab itu aku kata ahli politik India lebih gentleman.

Aku melihat dunia politik hari ini banyak memainkan sentimen Mentaliti Fakir, Miskin, dan Kedana sebagai asas untuk membina pengaruh politik dalam masyarakat. Tidak kira dimana pun. Hakikatnya mereka menggunakan pendekatan sikologi yang sama sebenarnya.

Untuk tulisan akan datang, aku akan sentuh sinonimnya politik di India dengan Malaysia. Dan apa yang membezakan kedua-dua negara ini.


bersambung...

Chapter 01: Fakir, Miskin, dan Kedana

Dalam banyak-banyak tulisan aku di sini (di www.myspace.com/loloqx) ada banyak cerita pasal orang yang minta sedekah yang boleh dilihat sekitar India. Kenapa aku kata India. Sebab aktiviti ini memang wujud diseluruh negara ini. Kadang-kadang aku hampir tidak faham dengan negara yang tengah aku duduk sekarang nie.

Bayangkan...Setiap apa jua barang yang kita beli. Apa jua perkhidmatan yang kita bayar. Sebenarnya kerajaan Persekutuan India akan mengenakan caj cukai (kalau kat Malaysia macam cukai perkhidmatan yang biasa kita kena tu...). Tak cukup dengan cukai tu. Kerajaan negeri juga akan mewajibkan pembayaran cukai untuk barang dan perkhidmatan yang dibayar oleh pengguna. Bila dikira-kira jumlah cukai yang perlu pengguna bayar untuk mendapatkan barang atau perkhidmatan tertentu, ia akan menjadi meningkat sebanyak sampai 32.7 peratus dari harga asal. Aku tipu ??? Tak...ini cerita betul. Kita kalau di Malaysia kita hanya dikenakan paling tidak pun 5 peratus or abis kuat pun 15% (biasanya kalau dok Hotel) untuk cukai yang kena dibayar untuk sesuatu produk.

Cuma aku bukan nak bangkitkan jumlah peratusan cukai yang kena bayar di sini. Tetapi, aku nak kita sesama fikir satu lagi perkara yang boleh dijadikan iktibar untuk rakyat Malaysia. Dalam keadaaan cukai yang dikenakan oleh pihak kerajaan yang tinggi. Rakyat di sini seakan sudah pasrah dengan apa yang dihadapi.

Aku agak musykil sedikit...Sebenarnya banyak kemusykilan yang aku cuba nak fikirkan. Sepatutnya dengan jumlah penduduk yang dah mencecah lebih 1.2 billion. Cukai yang dikenakan bermacam-macam dan tinggi-tinggi plak tu. Hasil kerajaan yang dimiliki dari sumber pendapatan cukai sepatutnya mampu dijanakan untuk pembangunan dan kemudahan warga negaranya. Okey...aku selalu katakan di India nie ramai yang miskin. Ramai yang merempat. Ramai yang makan atas ihsan orang lain. Tapi, kalau katakanlah suku rakyat India yang membayar cukai. Tak ker masih lebih dari 250 RIBU JUTA manusia. Dan cuba bayangkan berapa jumlah wang yang mampu dikutip untuk dijadikan hasil negara.

India dikatakan negara yang mengalami pembangunann ekonomi kedua terbesar di dunia selepas negara China. Memang betul. Kalau ikut report ekonomi India 2007. Rezab mata wang dollar SAHAJA dalam perbendaharaan diorang dikatan ada lebih 120 billion. Lebihan dagangan, ada dalam 300 billion dollar. Jadi...sepatutnya negara ini tidak punya masalah untuk dibangunkan dengan jumlah hasil kekayaan dan kekuatan wang yang ada dalam negara mereka. Itu baru sikit aku cerita tu...Belum hasil-hasil lain yang India ada. Belum lagi jumlah wang yang dibawa masuk oleh rakyat-rakyat India yang berada dimerata dunia bekerja diluar negara.

Bila perkara ini aku ajukan pada kawan-kawan India aku di sini. Masing-masing menuduh kerajaan mereka yang ada pada hari ini sememangnya bukanlah satu institusi yang boleh dipercayai atau boleh diharapkan. Jadi aku tanya balik, kenapa masa pilihanraya korang tak pilih parti yang boleh korang percaya. Diorang balas balik, siapa nak dipercayai dalam dunia politik India nie. Sesiapa pun yang bergelumang dalam dunia politik di India nie hanyalah mereka yang gilakan kuasa dan wang semata. Itu kata mereka. Aku cuma mendengar sahaja.

Tapi, bila dari sehari kesehari kalau diikutkan dunia politik di India nie. Aku rasa banyak perkara patut parti-parti politik di Malaysia pada waktu ini ambil iktibar oleh parti-parti politik di Malaysia.

Politik di India tidak banyak mencerminkan menifesto yang boleh menjurus kepada perkembangan pembangunan kemajuan kehidupan rakyat mereka yang ramai melarat. Pemimpin politik ini sedar akan hakikat negara India yang memiliki ramai peminta sedekah yang profesional dan menjadikan profesyen meminta sedekah ini sebagai alternatif sumber pendapatan mereka.

Paling ketara, sekarang ini tengah musim parti-parti politik berkempen untuk pilihanraya umum yang bakal dilangsungkan tak lama lagi. Banyak isu-isu yang dibangkitkan oleh parti politik lebih kepada menifesto untuk memperkuatkan undang-undang yang berkaitan dengan pengganas. Cerita pasal kerajaan sekarang yang dikatakan tidak adil pada parti politik pembangkang. Pergaduhan antara kerajaan dengan pembangkanglah. Pembangkang kata kerajaan kejam dengan membunuh penyokong pembangkanglah. Pendek kata...cara pemimpin politik di sini berkempen lebih kepada mendedahkan keburukan pemimpin lain berbanding dengan menyatakann hasrat hati mereka untuk memajukan rakyat dalam wadah perjuangan politik mereka.


bersambung...