Tuesday, May 6, 2014

Part 01: Lucknow, Uttar Pradesh

Aku tak pasti samada korang pernah dengar atau tidak salah satu bandar di India nie "LUCKNOW". Dia memang tak sefeymes New Delhi, Mumbai, Agra dan seangkatan dengannya. Cuma seingat akulah sepanjang aku di India dolu-dolu...bandar Lucknow agak kerap juga aku kunjungi. Satu sebab kerja...keduanya...aku sanggup ke sana sebab makanan di bandar ini seakan-akannya macam ada aura tersendiri buat aku ingidam sentiasa.

Kalau nak citer pasal bandar Lucknow nie...apa ada ? nak cari apa ek ? 

Aku jawab "Nothing greatlah sangatnye!!!" kecuali beberapa perkara yang kita perlu tahu untuk menjadi penyebab ke Luckow. Very...very niche orang yang akan ke sana untuk mengalami pengalaman berjalan di bumi India.

Luckow jugalah menjadi bandar terakhir aku dan sekeluarga bercuti sebelum kami back for good ke tanah air.

OK...straight to the points...Apa yang beshnyer bandar nie,..Firstly, makan...satunya sarapan pagi yang tak pernah membosankan aku dan paaaaling sedap pernah aku rasa sepanjang duduk di India adalah di Lucknow...seandainya korang ada peluang ke sana...jangan lupa untuk cari roti (soooo sorry...aku lupa nama roti nie apa) yang dicicah dengan kuah "Kulcha Nihari". 
Roti paaaling sedap di India

Apa yang menariknya roti nie...keunikan roti nie terletak pada tekstur roti tu sendiri...bila makan dia ada feel rangup...but sapuan butter membuatkan ada rasa moisture pada roti tu. Dia juga aku boleh umpamakan macam kita makan gabungan rasa antara roti nan dengan pratha. Korang nampak besarkan roti tu...but seriously, roti nie tak heavy...aku kalau ngadap selamba jer tiga keping.

Kulcha Nihari...perrhhh...giler kentang sedap nie...
Nie die hero sebenar...kulcha nihari...rasa dia seakan-akan cam ala-ala cam kari kurma...cuma rasa ketumbar dan kunyit ada lebih sikit...kalau ikut member-member aku di Lucknow bagi taw. Kulcha nihari biasanya akan dimasak semalaman dengan gunakan arang kayu. Potongan daging kambing dengan campuran urat kaki yang dimasak untuk tempoh yang cukup lama nie cukup lembut bila dijamah oleh mulut mereka yang memakannya.

TETAPI, amaran kepada yang nak jaga badan...ko tengoklah minyak die !!! Bapok tebal kan...memang kalau makan kulcha nihari nie pun korang bleh rasa minyak dia...Cumanya...aku tak pernah kisah pun...selagi bleh tala memang aku santak cukup-cukup sampai puas. Susah nak dapat ooo...

Nie dia punya dapur untuk buat roti n ketuhar membakar India style...amacam...ada bran ?
Satu lagi kalau ada rezeki ki bandar nie...jangan lupa untuk try kebab di bandar nie...hampir setiap ceruk (yang halal lah kan...) aku boleh katakan sedap...semamangnya ada kelainan tersendiri kebab di Lucknow. Tak kiralah ayam ker kambing ker or kalau ada rejeki korang mungkin boleh dapat daging lembu.

Mengikut cerita orang-orang di sini...Lucknow nie sebenarnya dahulu punya pemerintahan sendiri dibawah penguasaan Kerajaan Mughal. Masa pemerintahan Jehengir Khan, Maharaja nie pernah melantik seorang wakil pemerintah yang sebagai wakilnya dengan diberikan gelaran "Nawab" kalau dalam bahasa melayu kita dipanggil Naib or pembantu. But, lama-kelamaan Nawab sudah jadi seakan macam sultan dalam negeri tu. 

Maybe bcoz dah terlalu lama orang dok follow arahan dia dan sudahnya dia sendiri mengangkat diri sendiri sebagai pemerintah.

Menyelidik tentang sejarah, budaya, gelagat dan persekitaran suatu tempat itu juga merupakan salah satu tabiat yang perlu aku lakukan dan juga sebahagian kaedah untuk memudahkan kerja aku di sini. Jadi, banyaklah informasi yang aku dapat hasil pembacaan...tapi aku cukup suka untuk mendengar sendiri cerita-cerita rakyat yang masih menjadi sandaran kepada sejarah setempat yang aku lawati.

Aku tak minat nak cerita panjang pasal sejarah bandar Lucknow nie...aku rasa korang boleh tanya pada Encik Google jer...But, antara perkara menarik serba sedikit sejarah di Lucknow yang aku peroleh dari pengamatan cerita rakyat setempat di bandar ini yang membawa kepada pertanyaan dalam kepada aku mula terjawab...Soalan ? Tahukah anda bahawa...bandar Lucknow ini juga turut dikenali sebagai bandar yang memiliki kelompok komuniti SYIAH terbesar di India. Padahal...setahu aku, kerajaan Mughal adalah sebuah pemerintahan yang cukup berpegang pada Islam yang berasaskan "Ahli Sunnah". 

Entah kenapa tiba-tiba...mereka boleh bertukar aliran kepada pegangan Syiah ! Tak cukup dengan itu...bukan main-main punya Syiah diorang nie...dah sampai tahap ekstrem kalau tanya aku. Tak cukup dengan itu...kelompok Syiah di sini juga telah berjaya mempengaruhi kehidupan masyarakat penganut hindu untuk turut sama bersekongkol dengan ideologi mereka.

Semua akan aku sambung dalam penulisan akan datang...Sorrylah...lama tak menaip panjang-panjang rasa letih plak. But, tunggu...sambungan cerita Lucknow ini cukup menarik untuk aku kongsikan kepada korang nanti.

Wallahua'lam



Monday, May 5, 2014

Setelah Sekian Lamanye...

Assalaamualaikum wa Rahmatullah

Salam Sejahtera

Aku di Kajhuraho, Madya Pradesh (berhadapan kuil yang terkenal dengan Kama Sutra)

Alhamdulillah...diam tak diam...sudah lebih setahun aku kembali ke tanah air dari bumi Indi Yeah !!!

Seriusly...aku masih terasa rindu dan seakan-akannye jiwa keINDIAan aku masih ada dalam diri aku. Mungkin permastautin aku hampir lima tahun di sana membuatkan aku sudah benar-benar sebati dengan cara hidup di sana. Ikhlas aku kata. Setiap detik aku di sini pastinya ada kenangan yang akan muncul dalam ingatan aku pada bumi India. 

Terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi mengikuti coretan pengalaman aku di blog nie. Lama sangat aku tak jengok email...nah !!! Ramai yang ingin bertanya cerita-cerita seterusnya dari blog aku nie. In Syaa Allah...selepas berfikir panjang. Aku buat keputusan untuk menyambung cerita-cerita yang pernah menjadi pengalaman aku di sana bagi rujukan mereka yang berhajat untuk ke sana.

Tak kurang juga ada yang tidak berpuas hati dengan hasil tulisan aku khususnya apabila yang melibatkan tentang agama. Aku ambil kesempatan di sini untuk memohon ampun dan kemaafan. Tidak terlintas dalam niat aku untuk menghina, mengeji, merendah-rendah atau apa jua perihal negetif bila membicarakan tentang agama. Aku cuma, menceritakan apa yang aku nampak...pemerhatian...dan hasil pengamatan aku dari pengalaman yang aku kutip sendiri di bumi yang pernah menjadi tempat aku mencari rezeki.

loloqxrules.blogspot.com
Taj Mahal sebenarnya cantik kalau diambil dari angle yang berbeza

Kepada yang baru mengenali blog aku nie...Ingin aku ceritakan (tidak sama sekali aku berniat untuk menunjuk-nunjuk atau riak) Sepanjang aku menetap di India, aku sudah menjelajah hampir 2/3 bumi ini. 

Kesempatan aku berkelana di India inilah yang aku kongsikan dengan anda semua yang sudi menatap coretan yang aku persembahkan. Cerita-cerita yang aku kongsikan bukan semata-mata dari pengamatan mata aku sendiri. Tetapi, aku diberi peluang untuk bergaul...berinteraksi...berkawan...malahan ada ketikanya aku bermalam di rumah-rumah rakan India di sana.
Antara tempat yang pernah menjadi pertiduran aku (ini di Azamghad, Varanasi)

Aku pernah tidur di katil kayu dengan berlantaikan tanah dan berbumbungkan langit. Aku pernah mandi dari air perigi...merasa makanan yang dimasak dengan menggunaka najis tinja kering yang dijadikan gas memasak. Makan hasil tangan yang mungkin boleh meloyakan tekak korang. Andai kata aku cuma menceritakan keburukan tentang masyarakat India...mungkin ada benarnya. Itu mungkin kesimpulan mudah bagi yang hanya membaca dari perspektif apa yang tersurat dari penulisan aku yang tak berapa nak sampaikan maksud sebenar. Hakikat sebenarnya...itu cerita pengalaman aku. Tetapi, ikhlas aku katakan aku cuma bersikap jujur menceritakan segala yang aku peroleh dari pengalaman. Segala pengajaran yang disajikan di bumi India aku jadikan pengajaran sebagai perkongsian kepada yang sudi.

Ladang bunga mustard oil...winter di kawasan Utara New Delhi

Aku cuma berharap...segala yang aku ceritakan mampu memberikan rasa bersyukurnya rakyat Malaysia kalau nak dibandingkan dengan mereka yang menghuni di bumi India. Aku tegaskan...aku boleh menceritakan segala-gala tentang bumi India kerana aku sudah melihat sendiri perwatakan mereka di sana dahulu. Setiap detik setiap masa...kamera tak pernah lekang dari tangan aku. Kalau aku ingin kongsikan terrrrrlalu banyak sebenarnya.

Kashmir...soooooo beutiful. Korang kena sampai tempat nie...Subahanallah !!!

In Syaa Allah...aku akan sambung penceritaan aku di sini nanti untuk korang sekelian.

Sehingga kita bertemu lagi...

Assalaamualaikum...