Thursday, December 9, 2010

Air Mata di Ayodyha: Episod 05

Aku rasa ramai dah tahu mungkin berita India digegarkan dengan letupan bom di Varanasi. Berita pada tengah malam pada 7 Disember lalu memang memeranjatkan ramai pihak. Aku ? Bila aku tengok berita tu di kaca televisyen. Antara terkejut dengan tidak jer.


Alih-alih, pengganas dari kumpulan yang digelar Mujahidin Islam India dikatakan melakukan letupan bom tersebut. Berdasarkan dua email yang berjaya dikesan oleh pihak perisikan India.


Dalam email itu dikatakan- Mujahidin Islam India cuba memberikan amaran kepada pihak-pihak yang berkenaan bahawa isu Ayodyha perlu diselesaikan dengan memberikan keputusan yang berpihak kepada penganut agama Islam. Mereka mengatakan bahawa letupan di Varanasi itu hanyalah amaran kecil dan peristiwa letupan yang lebih besar lagi bakal berlaku sekiranya permintaan mereka agar Ayodhya (tanah bekas Masjid Babri) diserahkan kepada Muslim tidak diendahkan.


Mulanya aku tidak mengambil pusing pun tentang isu ini. Cumanya aku mula terfikir. Isu tuntutan tanah bekas tapak Masjid Babri mungkin telah menjadi mainan dan mangsa helah sesetengah pihak yang cuba mengalihkan perhatian masyarakat India tentang beberapa isu besar yang didapati pada waktu ini sehinggakan ianya boleh menggugat kestabilan kerajaan sekarang dan beberapa nama politik besar di India.


Isu skandal penyelewengan (berjuta dollar) dalam pengurusan kejohanan Sukan Komenwel 2010 yang lalu, isu penyalahgunaan kuasa yang bejuta dollar dalam lantikan syarikat telekomunikasi yang ingin mengendalikan sistem 2G, kekalahan parti Congres dalam pilihanraya negeri di Bihar, ketegangan dalaman dalam parti politik (parti Congres atau UPA dibawah pimpinan Sonia Gandhi) pemerintah India, dan banyak lagi isu-isu lain yang dihebohkan oleh media-media massa India yang pada aku terlalu menonjolkan kerakusan nafsu ahli politik yang mentadbir negara ini sehingga mampu membuatkan rakyat India mungkin mengambil keputusan untuk memilih parti pembangkang sebagai alternatif untuk pilihanraya negeri dan umum yang akan datang.


Selepas sahaja berita letupan di Varanasi itu berlaku, beberapa bandar di India seperti New Delhi, Mumbai dan Banglore diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga. Amaran keselematan dikeluarkan.


Pada masa aku menulis cerita ini. Aku sebenarnya berada di Lucknow, bandar yang tidak jauh sebenarnya dari Varanasi. Dari apa yang dapat aku lihat, penduduk di Lucknow semacam tidak mempedulikkan tentang apa yang berlaku di Varanasi. Keadaan macam tiada apa yang perlu dikhuatirkan.


Andai benarlah Mujahidin India Islam cuba memperjuangkan nasih Masjid Banri di Ayodhya, seharusnya bandar Lucknow akan menjadi lebih diberikan tumpuan dalam aspek keselamatan. Tetapi, seakan mereka pula yang akan bertanya ? Apa yang berlaku di Varanasi ?


Banyak persoalan yang timbul sehinggalah boleh menjadikan keraguan tentang kejadian letupan bom di Varanasi.


Persoalan pertama:


Apakah sumber perisikan India yang mengatakan email yang mereka perolehi itu benar-banar datang dari individu yang menggelarkan diri mereka dari Mujahidin Islam India. Tak terlintas niat aku untuk mempersoalkan prinsip perjuang Muslim yang cuba berjuang di jalan Allah. Cuma, pada masa ini- isu berkenaan dengan wikileak yang banyak mendedahkan rahsia rasmi kerajaan Amerika Syarikat pun boleh diperoleh. Malahan, kerajaan Amerika Syarikat menafikan segala maklumat yang didedahkan di laman web wikileak. Amerika Syarikat bukan nama kecik anak kalau nak dapatkan rahsia rasmi mereka. Jadi, aku mula bertanya- bagaimana pula email dari Mujahidin Islam India in diperoleh. Hebat bukan perisikan India nie. Paling buat aku bertanya, tak sampai satu jam letupan berlaku- pendedahan penemuan email terus dihebohkan kepada media. Kalau di ikutkan akal cerdik aku yang cetek nie. Jarak masa yang terlalu singkat dari saat letupan bom berlaku dengan email Mujahidin Islam India itu diperoleh. TAK MASUK AKAL langusng...!!! Samada memang perisik India nie memang handal atau maklumat sudah diperoleh lebih awal lagi. Kalau memang mereka handal- OK fine !!! Tetapi, kalau email itu muncul lebih awal ?!!! Ini bermakna letupan itu sememangnya sudah dirancang dari awal atau...mereka saja tak ambil pedulik tentang ancaman yang bakal berlaku dari maklumat yang sudah diperoleh awal. Kalau mereka ambil serius pun, ini secara terang telah menampakkan kelemahan mereka dalam menghalang cubaan aktiviti keganasan berlaku di India.


Persoalan kedua:


Kenapa Varanasi ? Seandainya aku seorang ekstrimis yang memperjuangkan maruah agama. Kenapa mesti tempat yang dianggap suci dalam agama Hindu itu dijadikan sasaran letupan bom ? Ohhh...kalau nak perjuangkan Islam, kita kenalah takut-takutkan musuh Islam. Pada aku, kalau betul pun mereka ingin memperjuangkan Islam- Rasullullah tidak pernah mengajar kita memusnahkan tempat ibadat penganut agama lain. Malahan, dalam peperangan menentang kaum musyrik sekalipun- Rasullullah pernah berpesan jangan diapa-apakan kalau ada yang cuba berlindung di rumah ibadat mereka. Kalau betullah aku pejuang yang berpegang pada ajaran dan panji Islam- apakah tempat yang dianggap suci dalam agama Hindu itu perlu aku letupkan dengan mengorbankan nyawa, malahan ada kanak-kanak yang tercedera dalam hal ini.


Pada aku, aku percaya Mujahidin India Islam yang dikata cuba pembakar sentimen provokatif anatar agama yang dikatakan oleh badan prisik India (Sentral Beurue Indvestigation-CBI a.k.a macam FBI Amerika) tu mungkin entiti yang sengaja wujud atau diadakan untuk mengaburi mata orang India bahawa mereka terlepas pandang tentang ancaman pengganas yang boleh berlaku di tanah suci Hindu itu.


Persoalan ketiga:


Ada siapa kisah (aku bercakap bagi pihak orang-orang India di sini) tentang apa yang terjadi di Varanasi ?


Ada...cuma orang-orang politik yang konon-kononnya bersimpati dengan keluarga dan nak tonjolkan diri mereka sebagai juara dalam memperjuangkan anti keganasan.


ISU PALING menarik yang aku nak kongsikan dengan pembaca:


Kenapa ? Kenapa setiap kali ada isu-isu besar yang dimainkan oleh media sampaikan ahli politik besar dalam kerajaan rasa bahang nak terbakar diri pastinya ada berita tergempar yang mampu mengalihkan tumpuan umum pada isu sebenar yang berlaku dalam politik semasa India.


Biasa dengar bukan ? Aku dapat rasakan- di Malaysia juga sudah ada budaya begini dikalangan ahli politik kita.


Siapa belajar dari siapa ?


Cuba korang baca biografi Hitler...pasti korang akan menemui jawapannya...