Tuesday, February 28, 2012

Kenapa Islam Melarang Makan Daging Khinzir ?

Situasi di salah satu hotel di India pada waktu pagi. Aku turun ke coffe shop nak makam sarapan. Tiba-tiba mata aku terpandang helaian hirisan daging becon. Nampak sedap jer...TAPI !!! ada tanda "Pork Becon". So, aku tak ambillah.

Tiba-tiba, datanglah seorang pekerja di coffe shop tu..."Morning sir...anything that I can help you ?". Sopan jer die bertanya. Aku balas lebih kurang sambil berborak ringkas. Dengan secara spontan juga aku bertanya. "Errr...sorry to ask. I thought Hindu in here doesn't eat pork. Why U served this meat ?". Menyedari mungkin aku nie seorang Muslim (dari nama aku kot) si pekerja hotel nie menjawab...sampai sekarang aku tak boleh lupa insiden nie. Korang taw apa jawapan die ? ...
"Ooo...don't you be worry sir. This all pork meat here we import from Malaysia. Muslim country. Everything HALAL". Terkedu sekejap aku mendengar jawapan die. Dalam hati aku, dia nie tak taw ker aku nie orang Malaysia. Aku cuma memberikan reaksi..."Oooo...okey thanks...".

Situasi lain pula. Berlaku baru-baru ini. Aku di tanya oleh seorang rakan India aku di sini..."Why in pork meat prohibited in ISLAM ?". Kalau soalan tu yang diajukan pada korang...agak-agaknya apa jawapan korang. Jawapan simple...kompom sebab dah agama kita larang...so, kita ikut jerlah. Atau mungkin, kita akan jawab daging babi tu kotor...jadi sebab tulah kami Muslim tak makan. Atau pada yang ambil mudah yang masuk akal sikit akan jawab ...Rasullullah kami mengajar kami agar menghindari binatang yang bertabiat jijik ini dari di makan.

Apa aku jawab ?

Sebenarnya, masa nak membalas soalan tu...aku ambil masa sedikit dalam 5 saat. Cool down dulu. Riles...ambil nafas...Then, aku jawab. Sebab, aku taw ini salah satu soalan provokasi nak menggoyangkan pegangan fikah seorang Muslim. Aku taw, kalau aku jawab simple...akan ada 2...3...atau mungkin lebih lagi soalan akan muncul ditanya pada aku kerana tak puas hati dengan jawapan yang aku berikan padanya.

So, apa jawapan aku ?!!!

Alhamdulillah...Allah maha besar memberikan aku hidayahNya untuk memberikan penerangan pada si polan yang bertanya. Aku translatekan jawapan aku dalam bahasa melayu untuk kita berkongsikan bersama.

Aku menjawab, "Sahabatku, cuba kau beritahu padaku...dalam dunia ini...agama mana yang MEMBENARKAN pengikutnya dari memakan hasil dari daging binatang yang kita panggil BABI (a.k.a khinzir) nie...?". (Maaf, aku takkan sensorkan perkataan BABI nie dari penulisan aku untuk memudahkan pemahaman yang mebaca). Sahabat India aku terus dengan spontannya mengatakan dia tak pasti. Tapi, setakat hari nie tiada swami (sami) Hindu yang die kenali melarang penganut Hindu dari memakan hasil dari babi.

Aku menyambung, "Tahu tak kamu bahawa, sebenarnya...TIADA mana-mana agama di muka bumi ini yang mengatakan makanan dari sumber BABI itu boleh dimakan sama sekali !!!".

Dia agak terkejut. Tapi, sebenarnya aku taw dia sudah mula rasa soalan yang diajukan tu aku dah pusing balik untuk provok die balik.

Aku sambung, "Aku percaya kamu sudah tahu yang Muslim tidak memakan daging BABI dan sebabnya. Tahu tak kamu bahawa dalam agama Kristian seperti yang tercatat dikitab "Holy Bible" dalam Deutronomy, Leviticus dan Isaiah secara terang melarang orang Kristian dari mengambil makanan dari sumber BABI. Dalam Hindu sendiri pun kalau diperhalusi...memakan makanan dari sumber BABI itu sepatutnya tidak boleh".


Mata kawan aku dah terbeliak...aku sambung..."Maaf, bukan aku nak tunjuk pandai...sememangnya dalam kitab-kitab Veda. Malahan dalam manuskrip Manu sekalipun memang TIADA PERKATAAN KHUSUS atau secara terang mencatatkan PERKATAAN "BABI" ini dilarang dari dimakan oleh pengikut Veda. Tapi, dalam Veda banyak disebut...JANGAN memakan makanan yang merosakkan diri...JANGAN makan makanan yang boleh membinasakan tubuh badan...JANGAN ambil BINATANG eksotik atau buas atau liar. Malahan, umum tahu sifat BABI yang pengotor dan buas (aku maksudkan nafsu seks BABI nie terrrlampau buas dan tak kira tempat). Dalam Hindu juga kalau aku tak silap...mana-mana binatang yang tak senonohnya jangan dimakan kerana dikhuatiri akan mempengaruhi sifat dan perilaku kita nanti akan jadi macam binatang tu juga selepas kita makan".

Die mula cool down agaknya dah mula nampak soalan dia makan diri. Then aku sambung, "bagi agama Jainism dan Buddha pula...kedua-dua agama nie melarang membunuh sebarang makhluk bernyawa (living being). Jadi, kedua-duanya secara automatik melarangg penganutnya memakan binatang apa pun. Dengan kata lain, mereka makan sumber yang berasaskan tumbuhan (vegetarian)".

Sebagai kesimpulan perbualan kami aku konklusikan pada dia, "Agama Islam melarang pengikutnya dari memakan makanan dari sumber babi bukan kerana mengikut ajaran agama lain. Tetapi, perintah larangan dari memakan daging babi ini kerana...sebagai Muslim, kebersihan itu bukan hanya dari pandangan mata semata. Namun, makanan yang akan kami kunyah dan telan masuk ke dalam perut juga perlu dijaga demi memastikan dalaman tubuh badan dan akal jasmani menjadi sihat (aku tak kata sucilah...nanti lagi dia hangin). Bila badan sihat, akal sihat. Baru kita cergas dan cerdas untuk menjalankan kerja harian".

Dia menyampuk, "Tapi, badan saya tetap sihat walaupun makan daging babi !!!".

Aku respon, "Masih ingat lagi trauma dunia tentang virus demam H1N1 yang lalu ?".

Dia angguk sambil berkata, "Yaaa...". Teragak sikit jawapan dari dia.

Aku, "Pernah tak kamu terfikir kenapa negara China paling teruk kena serangan virus H1N1 tu ? di Malaysia kami punya banyak orang Cina yang berulang alik ke negara China. Tapi, statistik di Malaysia menunjukkan jumlah orang bukan Cina (yang tidak memakan daging babi) yang dijangkiti H1N1 boleh dikira dengan jari dan kami mampu mengekang wabak tu dari menular. H1N1 adalah bukti paling jelas BAHAYAnya daging babi nie kalau kita makan. Dari selsema biasa...virus boleh bermutasi menjadi satu versi virus baru yang memeningkan saintis untuk membina vaksin penawarnya. Paling nyata, kenapa...negara UAE langsung tak risau tentang H1N1 nie ?. Aku tak mahu ulas panjang...seeloknya kamu google jer dan cari jawapannya sendiri...".

Tiba-tiba handphone die bunyi. Die jawab, dan minta diri.

Last sebelum dia beredar...dia berkata "seronok dapat borak dengan kamu, kamu telah memberikan jawapan lain dari yang lain dan memberikan saya persepsi baru dalam persahabatan..."

Aku cuma jawab, "Thank you, really honored to hear that".

Monday, February 27, 2012

Kerajaan India Pun Tak Suka Dengan Israel ?

Sejak dua menjak nie aku perhatikan akhbar di Malaysia dok mainkan isu pasal YB Dato' Seri Anuar Ibrahim (DSAI) yang menyokong aspirasi penubuhan negara Israel (sokongan DSAI yang dikatakan bersyarat) dan gosip-gosip liar yang mengatakan bahawa ayahanda Tun M pun ada pernah menyokong Israel melalui surat balas yang pernah dihantar kepada dua orang bekas PM Israel.

Aku tak berminat nak cerita pasal isu yang hot dimainkan di tanah air pasal negara Israel nie. Cumanya, tiba-tiba sedang aku belek-belek akhbar di sini...tiba-tiba mata aku terpandang tajuk "No Country for Jews" dalam salah satu artikel yang aku baca. Sekadar nak kongsikan berita tentang tajuk nie dengan yang membaca di sini aku tulislah apa isi kandungan artikel tu.

Baru-baru ini pada 15 Februari yang lalu, Mahkamah Tinggi Kerala telah mengekalkan perintah yang dikeluarkan pada 7 Februari yang lalu agar seorang Rabbi yahudi dan pasangannya diusir meninggalkan negara India dalam tempoh dua minggu kerana dikatakan telah menyalahgunakan visa yang dikeluarkan untuk mereka berdua. Dalam bahasa senangnya, si Rabbi nie dikatakan telah memasuki India pada mulanya dengan menggunakan visa pelancong. Tetapi sebenarnya bukan melancong...si Rabbi nie sebenarnya menjalankan aktiviti dakwah keagamaan yahudi di Kerala.
Apa salahnye kalau dia nak menjalankan aktiviti dakwah agama dah terlanjur dia bercuti di sana ? Ramai sangat ker orang yahudi di Kochi tu ? Adalah dikatakan, jumlah komuniti yahudi di Kochi nie semakin mengecil...mengikut kiraan terkini dikatakan hanya kurang lebih 50 orang jer akibat penghijrahan ke tanah nenek moyang mereka di Israel. Tak derlah besar mana pun !!! Tak menjadi suatu ancaman kalau diambil kira angka tu.

Herrrmmm...kalau difikirkan seimbas lalu pun macam tak jadi masalah...takkanlah kerajaan India tak boleh bertolak ansur sikit dalam hal-hal agama puak minoroti di India nie kan ? Mana kebebasan berdemokrasi di India yang sering dilaungkan ?!!! Itu kata orang yang konon-kononnya nak jadi pejuang kebebasan beragama dalam amalan demokrasi dunia hari ni.
(gambar di atas: Rabbi Bernstein yang pilu mengenangkan nasib beliau yang akan meninggalkan saudara yahudinya di Kochi, India)

Sebenarnya pasangan nie dah datang ke India (mereka dijemput khas dari Jerusalem) sejak dari 3 Mac 2008 lagi. Atas desakan faktor tiada lagi individu dalam kelompok minoriti yahudi di Kochi (Kerala) ini yang boleh berbahasa Hebrew yang menjadi bahasa penulisan kitab Torah...makanya, Rumah Ibadat Yahudi Pardesi (Pardesi Jewish Synagogue/PJS) yang beroperasi di Mattanchery, Kochi telah memanggil Rabbi nie ke Kochi untuk mengetuai upacara-upacara keagamaan yahudi di pusat ibadat yahudi nie sejak lebih tiga tahun yang lalu.

Isu ini menjadi lebih hangat lagi pada waktu ini memandangkan kelompok yahudi ini akan menyambut festival Passover yang bakal tiba pada 6 hingga 14 April akan datang. Pihak rumah ibadat yahudi agak gusar kerana tanpa Rabbi ini maka upacara festival yang dimaksudkan nanti tiada tokoh agama yahudi yang mampu memimpin mereka. Si Rabbi cuba untuk mencabar keputusan Mahkamah Tinggi Kerala dengan mengatakan bahawa mereka masih mempunyai visa yang masih sah tempoh lakunya sehingga 1 April. Pun, begitu- walaupun si Rabbi ini cuba untuk membuat rayuan atau semakan semula atau apa jua usaha yang cuba dilakukannya...keputusan Mahkamah Tinggi tersebut telah ditafsirkan oleh pihak berkuasa di Kerala bahawa si Rabbi nie TAK BOLEH menjalankan sebarang upacara keagamaan sehinggalah mendapat kebenaran bertulis dari pihak berkuasa tempatan di sini.

Mengikut undang-undang berkenaan penggunaan visa antarabangsa...visa pelancong nie boleh dikeluarkan kepada mana-mana individu selagi mana si pelancong tu tak menjalankan aktiviti-aktiviti yang boleh menghasilkan duit buat dirinya. Tak boleh buat business ler senang...Habis tu buat dakwah tu business ker ?!!! Memanglah dakwah agama tu bukan kegiatan perniagaan...tapi kalau dah dok lelama kat Kochi tu mana datang duitnye kan ?

Sebenarnya...dari sumber-sumber bacaan lain aku di sini...ada pihak di India nie yang cuba menyelamatkan negara mereka dari anasir-anasir tak baik dari berlaku di India khususnya.

Bukan kerana mereka cuba menghalang aktiviti beragama di India...cuma mereka cuba mengelak wujudnya keinginan pihak-pihak yang tak bertanggungjawab mencetuskan tindakan keganasan di India. Kan seminggu sebelum Mahkamah Tinggi Kerala putuskan pengusiran Rabbi nie bandar New Delhi bergegar dengan bom. Esoknya heboh di Bangkok plak dengan suspek pengebom dari Iran ditangkap di Kuala Lumpur. So, diorang ambil tindakan awal untuk mencegah sentimen ketakutan nie merebak ke bahagian selatan India dengan mengusir Rabbi nie.

Ada pihak lain juga yang mengatakan bahawa, tindakan Mahkamah Tinggi Kerala nie sebenarnya cuba menyekat beberapa ideologi yahudi dari menular di bumi India nie. Ye ker...?!!! dikatakan juga kerana orang-orang yahudi Israel nie bila datang Kochi dan Goa dah mula berlagak macam raja di bumi India. Seakan-akan undang-undang tempatan mampu dibeli hanya kerana mereka berasal dari negara Israel yang mempunyai pengaruh kuasa Amerika Syarikat di belakang. Itu kata oranglah...aku tak pasti sejauh mana kebenarannya.

Untuk rekod: kerajaan India hari ini sebenarnya punya hubungan diplomatik dengan negara Israel. Malahan, kedua-dua negara punya persefahaman dua hala dalam teknologi ketenteraan dan ekonomi.

Namun, aku lihat keputusan yang diambil oleh Mahkamah Tinggi Kerala dalam kes nie satu signal jelas bahawa...India tak der masalah nak berkawan dengan sesiapa pun tapi dengan BERSYARAT !!! Jangan sesekali cuba nak mengYAHUDIkan rakyat mereka. Jangan sesekali cuba nak memperMAINkan kemudahan yang diberikan. Paaaaling penting, jangan cuba-cuba nak bawak tabiat YAHUDI mereka di India nie.

Wednesday, February 22, 2012

Qutab Minar

Asyik cerita pasal benda berat jer...nie aku nak cerciter pasal jalan-jalan di New Delhi edisi Qutab Minar plak. Salah satu lokasi bersejarah yang selalu orang Malaysia terrrtinggal. Pada aku, korang kalau sampai ke sini patut singgah dan lihat tamadun Islam yang di tinggalkan suatu ketika dahulu di bumi Indi Yeah nie.

Qutub Minar nie sebenarnya dalam bahasa Urdu. Dalam bahasa kita boleh diterjemahkan sebagai Menara . Telah dibina dengan batu pasir berwarna merah dan marmar ia merupakan menara (berbentuk tiang yang besar) kedua tertinggi di India selepas Burj Fateh atau "Menara Kemenangan" yang terletak di kampung Chiri Chappar di daerah Punjab Mohali.

Dengan ketinggian 72.5 meter (237.8 kaki) ia mengandungi 379 anak tangga untuk sampai ke atas dan berdiameter 14.3 meter manakala tingkat paling atas berukuran 2.7 meter.

Pembinaan Qutab Minar nie telah dimulakan oleh Sultan Qutb-ud-din Aibak (Sultan Delhi yang pertama) pada tahun 1192 dan terkenal kerana menjadi salah satu contoh binaan paling paling awal dan paling menonjol ciri-ciri seni bina Indo-Islam. Ia dikelilingi oleh struktur beberapa struktur binaan purba yang lain (termasuk yang dikatakan sezaman dengan Hindu dan Jain).

Suatu ketika dahulu, di Qutab Minar ini juga amat dikenali Masjid Quwwatul Islam yang dikatakan masjid terawal dibina oleh Sultan Delhi. Apabila sampai ke Qutab Minar, ia merupakan sebuah kompleks yang besar sebenarnya. Kawasan Qutab Minar juga bertindak sebagai sebuah institusi kegiatan agama Islam yang ulung suatu ketika dahulu.

Terdapat sedikit keraguan (pada sesetengah pengkaji sejarah) yang maragui tentang TUJUAN kenapa di bina Menara Minar ini. Bila dirujuk pada orang tempatan, mereka mengatakan ianya berfungsi sebagai tempat Muazzin melaungkan azan untuk menandakan masuknya waktu Solat. namun, ketinggiannya yang terlalu tinggi dikatakan adalah suatu yang musytahil untuk pendengaran manusia biasa menangkap laungan azan dari jarak yang terlalu tinggi dari menara tersebut.

Pada aku memang ada lojiknya juga, lagi pun kesian pada tok bilal yang nak azan kalau naik pun dah mengah cam ner nak azan kan ? Pada pendapat aku, pemerhatian aku di kompleks nie mengatakan bahawa...Qutab minar nie dibina sebagai suatu binaan menunjukkan bahawa teknologi kejuruteraan arkitek Islam telah mendahului zamannya. Malahan, kecanggihan menaikkan menara tinggi seperti ini menunjukkan bahawa Islam itu hebat bukan dari aspek kerohanian terhadap Maha PenciptaNya...tetapi dizahirkan dalam kehidupan seharian sebagai seorang Muslim pada era tersebut.

Kalau ada peluang ke kompleks Qutab Minar nie, korang pastinya takkan terlepas pandang dari sebatang tiang besi yang perpacak di dataran kompleks Qutab Minar nie.

Apa yang menarik sangat dengan tingan nie ? Tiang besi nie dikatakan telah terpacak di kawasan kompleks nie sejak lebih 900 tahu sebelum masihi lagi. Seperti yang aku katakan kat atas...kompleks Qutab Minar nie dibina di atas bekas tapak purba Hindu dan Jain. Dikatakan SUATU KETIKA dahulu, sebelum Delhi diperintah oleh kesultanan Islam...sekitar kompleks ini merupakan tapat kuil bagi penganut agama Jain. Dan tiang besi itulah merupakan pusat atau center pada bangunan kuil Jain. Ramai pengkaji sejarah di sini percaya bahawa, binaan kuil yang asal telah dirobohkan oleh Sultan Delhi pada era pemerintahannya. Namun, tiang besi ini tidak pula di alihkan...sebab apa aku tak pasti. Ada perkara yang memelikkan pengkaji logam di India dan DUNIA tentang tiang besi ini...dikatakan besi atau logam yang digunakan untuk membuat tiang ini sebenarnya bukan berasal dari tanah India. Malahan, dikatakan untuk mengklasifikasikan jenis logam apa yang digunakan juga sampai hari ini kurang dipastikan. Dalam kata lain, besi logam yang digunakan untuk buat tiang nie bukan datangnya dari muka bumi ini. Kecanggihan kimpalan untuk membuat tiang nie terlalu menabjubkan kerana dikatakan besi ini tidak berkarat walaupun sudah terpacak lebih 3000 tahun lamanya.

Hari ini Qutab Minar sebenarnya masih menerima tetamu dari kalangan ummat Muhammad untuk bersolat terutamanya pada hari Jumaat dan hari raya eid.

Meskipun Minar telah menerima beberapa kerosakan kerana gempa bumi dan terjahan kilat lebih daripada beberapa kali namun usaha pembaikkan seringkali jugalah dilaksanakan oleh pemerintahan India bagi memastikan tapak kompleks yang telah mendapat pengiktirafan UNESCO sebagai warisan dunia nie dipelihara.

Bercerita tentang gempa bumi dan sambaran kilat di kompleks nie aku punya aggapan lain. Ini semua sebagai ingatan Allah kepada hambaNya agar tidak melakukan syirik. Korang taw tak...? sampailah ke hari nie...masih ada individu yang percaya seandainya kalau diorang mengelilingi menara Minar nie sambil menyampaikan hajatnya...dikatakan hajat diorang boleh tercapai. Siap ada yang membayar nazar (cara kurafat diorang lah...) di menara nie pun ada.

Lain-lain cerita...kalau ada aku kongsikan lagi eh...

Friday, February 17, 2012

Jangan Nak Meludah Merata

Tabiat mengonyel (aku tak taw apa perkataan yang paling tepat untuk di gunakan) di sini sampai kena bagi sign warning jangan meludah.

Tapi aku tengok merata rata gak colour coklat oren di sana sini...eeeeyuksss!!!


Tuesday, February 14, 2012

Makam Nabi Allah Musa a.s di Kashmir (ending)

Sepertimana dalam penulisan aku yang terdahulu...di dalam Bible ada menceritakan beberapa tempat yang dikatakan menjadi lokasi bersejarah perjalanan nabi Allah Musa a.s sebelum baginda wafat.

Secara umumnya ada lima tempat yang menjadi asas hujah sesetengah golongan yang mempercayai bahawa lokasi pemakaman nabi Allah Musa a.s terletak di pergunungan Kashmir berlandas kepada lima nama tempat yang masih wujud sehingga ke hari ini dan dikenali umum dalam bahasa tempatan yang juga dikatakan "nama" tempat inilah sebenarnya yang dimaksudkan dalam Bible: (Deuteronomy 34:1-7) 1) dataran/lembah Moab, 2) pergunungan Nebo, 3) puncak Pisgah, 4) Beth-Peor dan 5) Heshbon. Hujah kebenaran lokasi-lokasi ini sebenarnya lebih kepada logik akal atas pemahaman golongan ini bahawa, mana mungkin TUHAN akan mentakdirkan lokasi-lokasi ini berada di Timur Tengah sedangkan Moses telah di arahkan keluar malahan tidak dibenarkan mengikuti romobongan Bani Israel meneruskan perjalanan ke "Tanah yang dijanjikan" ke Palestin. Dengan kata lain, seharusnya nabi Allah Musa a.s ditakdirkan oleh Allah wafat di luar jauh dari tanah Jordan.

Aku tak dapat nak pastikan sejak bila dan bagaimana (secara khusus) nama-nama tempat yang terletak di kawasan pergunungan Kashmir (yang tercatat dalam Bible nie) boleh muncul dan tercatat dalam peta India. Namun umum mengetahui bahawa, nama-nama ini dipetik dari pada "Five Books of Moses" yang juga dikenali sebagai "Torah". Kitab Torah ini kan dalam bahasa Hebrew, kemudiannya diulang sebut dalam bahasa Aramaic- kemudiannya penyampaiannya disambung dalam bahasa ber"telo"kan Israel- kemudiannya terjemahan ajaran ini dibuat pula dalam bahasa Greek. Pendek kata, nama-nama tempat yang tercatat dalam Bible hari ini adalah hasil daripada terjemahan mengikut kaedah ulangan phonetic dari generasi ke generasi yang berkembang mengikut arus masa dan pengaruh kawasan hebahannya.

Secara umunya makna Beth-Poer adalah "tempat yang luas terbuka" yang juga mungin merujuk pada kawasan yang di dataran lembah. Terletak di utara Kashmir...kira-kira 70 kilometer dari bandar Srinagar terletaknya dalam daerah Sopore, terletaknya sebatang sungai yang dikenali sebagai Sungai Jhelum...sungai ini juga dikenali sebagai Behat dalam bahasa Parsi. Sungai Behat ini jugalah yang mengalir melintasi sebuah pekan kecil yang mendapat namanya Bandipur dan sungai ini terus merentasi ke Tasik Wular yang JUGA penduduk setempat kenali sebagai Behat-poor.


Dari bandar Bandipur, 20km ke arah Utara Timur terdapat sebuah perkampungan kecil yang dikenali sebagai Hasba atau Hasbal. Perkampungan ini jugalah yang dikaitkan dengan Heshbon (Deuteronomy 4:46) yang mempunyai hubungan dengan Beth-peor dan Pisgah (merupakan sebuah lokasi yang bercerun di utara Bandipur. Namum, penduduk di Kashmir lebih mengenali tempat ini sebagai Pishnag).




Dari cerun (kawasan tinggi) Pishnag, kita mampu lihat dataran kawasan lembah yang sangat indah menghijau yang dikenali sebagai dataran luas Mowu yang juga dikatakan merujuk pada dataran Moab. Dari lembah Moad menghala ke arah utara barat pula akan kelihatan pula sebuah gunung yang dikenali sebagai Gunung Nebo. Penduduk tempatan panggil Baal Nebu.

Kesemua lokasi-lokasi yang menjadi clue dimana terletaknya lokasi makam nabi Allah Musa a.s terletak dalam radius berhampiran yang dapat dikenal pasti kedudukannya.


Untuk sampai ke makam nabi Allah Musa a.s yang dimaksudkan oleh penduduk tempatan di Kashmir, pelawat perlu ke perkampungan Aham Sharif. Dari sini kena jalan kaki ke Gunung Nebo dan mesti diiringi oleh wakil penjaga kubur yang dikenali sebagai Wali Rishis. Dikatakan keluarga Rishis telah menjadi pemegang amanah untuk menjaga kubur nabi Allah Musa a.s sejak 2,700 tahun lamanya. Macamana rupa makam nabi Allah Musa a.s di Kashmir nie...? Cuba tengok gambar kat bawah nie...

Apa pendapat korang ? Sedih ? atau...keliru ? Aku sendiri pun macam tak percaya...yang gambar kat atas tu dikatakan kubur nabi Allah Musa a.s. Yang kat bawah nie plak gambar paaaling feymes...coz makcik Suzzane Olsson nielah yang banyak buat research pasal makam nabi Allah Isa a.s dan Musa a.s di Kashmir. Banyak research die yang menjadi sandaran pengkaji sejarah dan theologi di India. Die jugalah yang dikatakan menjadi duri dalam daging puak Kristian moden skang nie...
Apakah aku percaya tentang kebenaran makam nabi Allah Musa a.s yang di atas sebagai kubur sebenar baginda ?

Secara jujurnya...aku tak tak tau nak jawab macam mana sebab pada aku samada BETUL atau TIDAK kubur di Kashmir nie makam sebenar nabi Allah Musa a.s bukanlah isu sebenarnya. SEBABnya ?!!! Bila membincangkan kedudukan makam nabi Allah Musa a.s nie...sumber mana yang lebih kita perlu pegang ? Sumber dari cerita rakyat atau kitab-kitab yang tak konsisten kandungannya atau...kita masih punya alternatif lain ? Aku kata YA, kita masih punya sumber lain.

Ada dua hadith yang diketahui disampaikan oleh junjungan besar kita nabi Muhammad Rasullullah s.a.w berkenaan dengan lokasi kubur nabi Allah Musa a.s nie.

Pertama: kalau di hayati perjalanan Rasullullah semasa Isra' Mi'raj, diceritakan bahawa semasa baginda dalam pengembaraan Isra', baginda dikata melihat nabi Allah Musa a.s melakukan solat di kuburnya. Dalam maksud yang lebih kurang riwayatnya "Aku melewati Nabi Musa pada malam Isra' di sebuah tempat pasir merah bertompok. Dia sedang berdiri melaksanakan solat di dalam kuburnya.” (Muslim, Ahmad, Nasa’i, Ibnu Hibban, Thabrani).

Kedua: terdapat juga hadith (aku sedang mencari sumber kesahihan hadith ini...andai yang ketemui mohon di kongsi bersama) dari Rasullullah yang mengatakan bahawa makam nabi Allah Musa itu terletak di kawasan yang bertanah merah berhampiran/di tepi jalan. Di catatkan oleh Bukhari dan Muslim; diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. katanya: “Allah telah menghantar Malaikat Maut kepada nabi Musa a.s., apabila tiba lalu nabi Musa a.s. telah menamparnya hingga terkeluar biji mata malaikat tersebut. Kemudian Malaikat Maut kembali kepada Allah lalu menyatakan: Ya Allah, Engkau telah menghantarku kepada hambaMu yang tidak mahu mati, kemudian Allah memasukkan biji matanya lalu berkata kepadanya; “pergilah kamu kepada Musa dan minta supaya dia meletakkan tangannya di atas kulit lembu. Tanya Malaikat Maut selepas itu apa yang aku hendak lakukan, jawab Allah; ketika itu ambillah nyawanya. Sebelum menemui ajal, baginda (nabi Allah Musa a.s) meminta agar dikebumikan di suatu tempat berhampiran dengan tanah suci...sehampir lembaran batu atau tidak jauh melebihi lontaran batu.

Seterusnya baginda Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda; Ertinya; “Andai kata kalau aku berada di sana nescaya aku tunjukkan kepada kamu kuburnya iaitu di tepi jalan dibawah longgokan tanah merah”. Ada catatan yang mengatakan bahawa kubur nabi Allah Musa disabdakan terletak di pergunungan yang berwarna merah.

Daripada dua hadith ini, kita diberitahu ada tiga "clue" utama lokasi kedudukan makam nabi Allah Musa a.s:

CLUE Pertama: Nabi Muhammad s.a.w mengatakan bahawa baginda melintasi kubur nabi Allah Musa a.s semasa isra' dari Makkah ke Masjidil Aqsa. Sepanjang perjalanan baginda ke Masjidil Aqsa, baginda juga diriwayatkan singgah dibeberapa tempat termasuk ke Betlhlehem (Jerusalem) tempat kelahiran nabi Allah Isa a.s. Kalau kita ambil peta atlas merujuk pada kawasan timur tengah, aku mengandaikan (hukum lojik akal mudah) bahawa pada awalnya perjalanan Rasullullah semasa isra' adalah terus ke arah utara (Madinah dan Bukit Tursina) dan kemudiannya meneruskan perjalanannya dengan mengunjur kearah utara timur ke Jerusalem.

Kedudukan Kashmir yang kita boleh lihat terlalu ke timur agak meragukan aku sebenarnya (walaupun segalanya mungkin dengan kuasa Allah), bayangkan setelah Rasullulah selesai melewati ketiga-tiga lokasi ini...agak janggal (dengan lojik akal) untuk difikirkan buraq (binatang tunggangan Rasullulah pada waktu itu) membawa baginda Rasullulah ke timur sehingga ke pergunungan Kashmir kemudian berpatah balik untuk Mikraj baginda ke langit dari Masjidil Aqsa.

CLUE Kedua: Kubur nabi Allah Musa a.s disabdakan terletak di bawah longgokan tanah merah atau pergunungan tanah merah atau kawasan yang bertanah merah. Kata kunci di sini adalah sebuah kawasan yang TANAHNYA BERWARNA MERAH.

Apabila membincangan tentang TANAH MERAH- di sini kita akan memperkatakan tentang GEOGRAFI. Kashmir bertanah merah ker ? Herrrmmm...penerangan aku berkenaan lokasi makam Nabi Allah Musa a.s yang dikatakan di pergunungan Kashmir banyak menceritakan tentang lembah yang subur...bersungai...dalam bahasa geografi sekolahnya...sebuah delta yang sungguh mengHIJAU. Berbalik pada hadith yang pertama di atas, Rasullullah menyatakan bahawa kubur nabi Allah Musa a.s di kawasan "berpasir merah".

CLUE Ketiga: merujuk pada hajat terakhir nabi Allah Musa a.s agar dicabut nyawanya di tempat yang berhampiran dengan "TANAH SUCI" dan jaraknya sejauh lemparan batu dan "di TEPI JALAN".

Apa yang dimaksudkan dengan TANAH SUCI di sini ? Aku sendiri tak dapat jawapan yang paling tepat. Namum, aku beranggapan bahawa kita kena mengambil kira selepas kenabian nabi Allah Ibrahim a.s lokasi mana yang dianggap suci ? Ingat lagi kisah nabi Allah Ismail a.s ?Seharusnya TANAH SUCI yang dimaksudkan tentunya Makkatul Muqarramah. Aku tidak bermaksud untuk menidakkan kesucian Masjidil Aqsa...cumanya, pada pendapat aku ummat Islam mengangkat kesucian Masjidil Aqsa selepas peristiwa isra' mi'raj berlaku. Selepas perintah solah diperturunkan dan menjadikan Masjidil Aqsa sebagai kiblat pertama ummat Islam. Dan semua itu berlaku selepas kewafatan nabi Allah Musa a.s. Sesungguhnya sebagai Rasul utusan Allah yang agung yang juga mewarisi kerasullan nabi Allah Ibrahim a.s dan Ishak a.s, sudah tentunya nabi Allah Musa a.s mengetahui tanah mana yang dianggap suci di sisi Allah. Malahan, sebagai insan yang diangkat sebagai "Khalillullah" - nabi Allah Ibrahim a.s sendiri pernah memohon doa dan meminta keberkatan kepada Allah agar tanah tempat pemastautin untuk anakanda kesayangannya nabi Allah Ismail a.s itu dimuliakan. Ditambahkan lagi, tangan nabi Allah Ibrahim a.s (dibantu oleh nabi Allah Ismail a.s) jugalah yang membina Kaabah.

Dan akhir sekali- "TEPI JALAN"...tepi jalan ?!!! ini bukan untuk menghina nabi Allah Musa a.s, tapi ini merupakan kiasan (lagi sekali pendapat peribadi aku) yang merujuk pada lokasi kuburnya nabi Allah Musa a.s itu sebenarnya tidaklah tersorok. Sehinggakan nabi Muhammad s.a.w berkata kalau sahabat berada di kawasan tanah merah yang dimaksudkan, akan Rasullullah tunjukkan kepada mereka. Malahan ungkapan sehingga Rasullulah boleh menunjukkan lokasi kubur nabi Allah Musa a.s ini juga seakan-akan membayangkan bahawa kedudukan kubur nabi Allah Musa a.s dengan Makkah sebenarnya tidaklah sejauh mana yang disangkakan. Sebab, perkataan TEPI JALAN itu sendiri mungkin membawa maksud bahawa lokasi kubur nabi Allah Musa a.s sebenarnya adalah terletak dilaluan jalan kebiasaan yang di ambil oleh pengembara dari dari Makkah ke serata semenanjung Arab (khususnya menghala ke Utara).

KESIMPULAN untuk tajuk Makam Nabi Allah Musa a.s di Kashmir nie:

Janganlah kita terrrlalu ghairah mempercayai info-info yang kita baca atau peroleh. Fikir dan amati setiap rasionalnya. Aku tak kata apa yang aku sampaikan nie betul...kalau ada silap, secara jujur aku mohon diperbetulkan.

Aku cuma berharap kita jangan terlalu ghairah main ziarah kubur itu kubur ini. Entah sapa-sapa yang bersemadi di kubur tu pun kita tak taw. Di mana lokasi sebenar nabi Allah Musa a.s ? Sesungguhnya aku sendiri tak taw. Aku cuma sampaikan kepada yang sudi membaca agar kita mendapat faedah yang berguna untuk dikongsi bersama.





Makam Nabi Allah Musa di Kashmir (part 02)

Cerita tentang kewujudan makam bersemadinya insan agung Musa a.s di Kashmir sebenarnya bukanlan kisah baru yang cuba aku sampaikan kepada yang membaca. Tetapi, sebenarnya catatan pengembaraan nabi Allah Musa a.s ke Kashmir dikatakan telah tertulis melalui buku nukilan Dr. Francois Bernier dalam bukunya yang berjudul "Travel in the Mogul Empire" pada tahun 1664 lagi.

Dr. Francois merupakan seorang pakar fisio dan juru fisio terapi peribadi kepada Maharaja Aurangzeb. Sewaktu perkhidmatannya, Auranzeb telah mengarahkan Dr. Francois pergi mengambara (bercuti kot...) ke pergunungan Kashmir dan meminta beliau supaya menulis pengalaman beliau tentang Kashmir sepanjang pengembaraannya ke sana.

Merujuk pada muka surat ke 430 ada mencatatkan perkara yang cukup menarik untuk aku kongsikan. Dalam maksud lebih kurang (aku translatekan kalau tak salahlah pemahaman aku)...

"terdapat bagaimanapun, kelihatannya banyak tanda-tanda kewujudan bangsa Yahudi yang dapat ditemui ada pada negeri ini (India), tatacara dan resam (yang kelihatan) menjadi suatu keanehan yang tidak dapat dijelaskan oleh pengembara yang merasakan mereka mengembara kesebuah negeri yang cukup berbeza, seakan-akan berada dalam kelompok manusia yang kuno (Yahudi), sesungguhnya aku amat berasa bertuah (berada di sini), kewujudan kelompok Yahudi di perkampungan ini yang masih memperkatakan tentang kenabian Jesus (aku translate dari perkataan Jesuit father) sepertimana jua yang diceritakan oleh orang-orang Eropah (aku percaya Dr. Francois merujuk pada Roman Katholik) sejak dari dahulu lagi sebelum aku sampai ke Kahsmir.

Petanda kedua yang menjadi kelaziman adalah nama Mousa yang bermaksud Moses (a.k.a Musa) dikalangan penduduk di bandar ini, walauapapun (padahal) mereka sebenarnya adalah pengikut Muhammad (dalam buku nie di sebut sebagai Mahometans).

Ketiganya, cerita penduduk yang mempercayai bahawa Solomon (nabi Allah Sulaiman a.s) anak kepada Raja David (a.k.a nabi Allah Daud a.s) yang pernah melawat ke negeri ini malahan dikatakan juga bahawa bagindalah yang membuka terusan air dari pergunungan Baramoulay (Baramula).

Keempat, mereka percaya bahawa Moses (a.k.a nabi Allah Musa a.s) wafat di bandar Kashmir dan makamnya terletak sekitar kawasan ini. Dan yang kelima, terdapat pendapat umum berkenaan binaan yang terletak di tanah tinggi di sini telah dibina oleh Solomon. Sebab itu jugalah bangunan itu dikenali sebagai `Tahta Solomon' (the Throne of Solomon).

Berbalik pada cerita aku dalam part 01 yang lalu, kalau diselak pula pada Deuteronomy (Bible versi King James) chapter 34:1-8 "1And Moses went up from the plains of Moab unto the mountain of Nebo, to the top of Pisgah, that is over against Jericho. And the LORD shewed him all the land of Gilead, unto Dan, 2And all Naphtali, and the land of Ephraim, and Manasseh, and all the land of Judah, unto the utmost sea, 3And the south, and the plain of the valley of Jericho, the city of palm trees, unto Zoar. 4And the LORD said unto him, This is the land which I sware unto Abraham, unto Isaac, and unto Jacob, saying, I will give it unto thy seed: I have caused thee to see it with thine eyes, but thou shalt not go over thither. 5So Moses the servant of the LORD died there in the land of Moab, according to the word of the LORD. 6And he buried him in a valley in the land of Moab, over against Bethpeor: but no man knoweth of his sepulchre unto this day. 7And Moses was an hundred and twenty years old when he died: his eye was not dim, nor his natural force abated. 8And the children of Israel wept for Moses in the plains of Moab thirty days: so the days of weeping and mourning for Moses were ended.

Berdasarkan catatan pengembaraan Dr. Francois dan apa yang dinyatakan pada Deuteronomy 34 di atas, makanya kesimpulan ringkas yang boleh diambil pada yang membuat penilaian awal bahawa..."Ha'ahlah...kalau cam tu betullah kubur nabi Allah Musa a.s terletak di Kashmir !!!"

Alasan Satu: Seperti catatan Dr. Francois, semasa beliau tiba di Kashmir...penduduk di situ masih mengamalkan budaya Yahudi (Bani Israel) yang dibawa oleh nenek moyang mereka secara tradisinya. Kalau di analisa pada Deuteronomy 34:8 pula menceritakan bahawa bangsa Israel meratapi kewafatan nabi Allah Musa sehingga 30 hari lamanya. Dalam kata lain, semasa Moses mengembara dari Timur Tengah ke bumi Kashmir- baginda tidak keseorangan. Terdapat kaum Yahudi yang juga turut sama mengikuti pengembaraan baginda bersama-sama meninggalkan bangsa Yahudi yang dalam perjalanan ke Palestin.

Alasan Kedua: nama-nama tempat yang tercatat dalam Bible, Moab, pergunungan Nebo, Pisgah dan Beth-Peor sememangnya wujud dan terletak dalam peta tanah India utara. Malahan terdapat nama-nama tempat lain yan tercatat di Bible juga terletak di India: Abarim (Deuteronomy32:48 & 49), Heshbon (Deuteronomy 4:46) dan Haran (Genesis 11:31) yang juga dikatakan menjadi tempat kelahiran nabi Allah Ibrahim a.s (dari sini korang dah boleh nampakkan macam mana kesamaan agama semantik itu wujud...ada masa aku ulas pasal topik ini untuk topik blogging akan datang).

Cumanya, dikatakan sebutan asal nama-nama yang tercatat dalam Bible ini telah berubah sedikit akibat asimilasi dan pengaruh budaya Aryan yang lain selama ratusan tahun.
(salah satu panorama di Beth-Peor atau penduduk di Kashmir kenali sebagai Bandipore atau Bandipura)

Aku cuma mahu menyampaikan hujah ringkas yang menjadi asas kepada golongan di sini (tidak termasuk aku taw !!!) yang beranggapan bahawa makam nabi Allah Musa a.s terletak di bumi Kashmir.

Kalau aku nak sampaikan lebih lagi boleh...nanti aku sambung lagi...

Cuma sebelum kita sambung, aku ingatkan...bahawa...apa yang aku sampaikan hanya penyampaian semula berdasarkan pendapat dan alasan sesetengah pihak yang beranggapan bahawa ideologi yang mereka bina dan pegang ini dilandaskan berdasarkan fakta sejarah, geografi, sosio budaya dan bukti catatan yang ada pada hari ini.

Aku ?!!! Aku ada pendapat aku sendiri yang menjadi sandaran aku...akan aku kongsikan lagi untuk tulisan akan datang...

Pada aku, kalau kita rajin membaca dan berfikir secara kritis...setiap catatan yang disogokkan untuk kita percaya tidak semestinya kita perlu telan semuanya. Kalau kita berfikir dengan akal anugerah Allah subhanahuwata'ala...Insya'Allah...banyak fakta yang berprinsip takkan mampu menipu minda sedar kita.

Wednesday, February 8, 2012

Cerita Bhutan...Land of Happiness (01)

Aku lari sekejap topik blog aku...asyik citer pasal India jer...aku rasa elok gak kalau aku share ngan yang membaca cerita ngomel aku di sini pasal trip aku ke Bhutan baru-baru nie. Selama 5 hari 4 malam aku di sana, banyak pengalaman yang aku timba. Negara Bhutan nie sesaaaangatlah sesuai kepada mereka yang cuba mencari suatu kelainan dalam pengembaraan kalau berminat. Pengalaman di sana sememangnya tak kan korang dapat di mana-mana tempat yang lain di atas muka bumi ini.
So untuk ceciter kali nie aku kasi general story jer dulu pasal Bhutan nie...

Aku menyinggah ke negara Bhutan nie pun rezeki aku lah kan...ada conference di sana...dah HQ aku suruh gi...aku pun belasah jerlah...lagi pun memang aku teringin nak ke sana dari dulu sejak aku mengenali negara nie.

Bhutan nie negaranya kecik jer...lebih kurang besar saiz Selangorlah kalau aku boleh gambarkan. Penduduk die pun cuma ada lebih kurang 650 ribu jer. Majoriti manusia di sini menganut agama Buddha. Hindu kecil sesangat jumlahnya. MUSLIM ?!!! Zero persen. Sebab tu cabaran paaaling besar yang aku hadapi di sana bab MAKAN. Lain-lain tak jadi masalah besar. Nasib baik aku n d geng (aku berenam di sana) bawak bekal makanan lebih sikit. Dapatlah alas-alas perut dan kami di sana...sepanjang hari jadi vegetarian jer.

Sesampai jer aku di airport Paro (bandar di Bhutan)...gambar pertama yang menyambut kami dari jauh mata memandang...Raja Bhutan...hensem seh...pemaisurii die pun jelita. Negara Bhutan nie masih mengamalkan sistem beraja.

Tetapi, demokrasi masih menjadi amalan dalam pemilihan pemimpin tertinggi untuk mengisi kerusi di Parlimen. Macam kita di Malaysia lebih kurang. Cumanya, di Bhutan...Raja mempunyai kuasa veto yang cukup besar dan mampu mempengaruhi sistem pemerintahan. Pendek kata....apa jua keputusan yang ingin dibuat dan apa-apa idea dari Raja juga akan menjadi kata putus mutlak di Bhutan. Mana-mana area kalau korang pergi di Bhutan nie...gambar Rajanya akan terpampang di sana-sini...dah jadi sama banyak dengan ilutrasi Buddha yang bersepah merata di sekitar Bhutan.

Lepas amik beg kami berkereta untuk check in ke resort yang dah di booking. MAKAnya bermulah perjalanan kami di Bhutan nie. Keluar saja dari airport...nah...mata aku tak putus-putus memandang suasana di daerah baru yang aku rasa cukup asing...cukup cukup lain dari tempat tempat yang pernah aku kunjungi. Pertamanya...aku teruja dengan cara pemakaian orang-orang di sini. Kalau di airport memang aku dah di sambut dengan cara pakaian tradisi orang-orangnya di sini...aku ingatkan, mungkin diorang nak tunjukkan budaya berpakaian tradisional mereka kepada pelancong luar...tapi sebenarnya...cara pemakaian tradisi di sini sememangnya merupakan pakaian harian buat mereka.
Ala-ala scotish sikit pun ada...bezanya cuma...untuk pakaian yang lelaki tu...korang bayangkan die cam ala-ala kimono (aku tak taw apa namanye) tapi dipakai secara singkat sikit ke paras lutut. Pelik aku mulanya...aku tanya, "tak sejuk ker pakai pakaian cam tu ?"...diorang kata still sejuk...tapi dah dari kecik diorang pakai cam tu- so cuaca sejuk dah jadi biasa pada mereka.

Mereka cukup bangga memakai dan memperagakan baju tradisi mereka...Cuba bayangkan kalau kita pakai baju melayu hari-hari...mau orang kata buang tabiat...Tapi tidak pada mereka. Samada rasmi ker...nak gi kerja jer...bersantai ker...pakaian tradisi sudah sebati dalam jati diri mereka.
Perjalanan dari airport ke resort juga menyajikan kami dengan pemandangan yang aku sendiri dapat rasakan seakan-akan aku sedang dalam suasana cerita-cerita lama cam filem Jepun or negara China. Dunia sudah maju dengan teknologi yang canggih manggih. Tapi, mereka masih mengamalkan cara kehidupan yang secara tradisinya diwarisi turun temurun sejak ratusan tahun. Mereka menanam padi dan bercucuk tanam untuk penggunaan sendiri. Takder nak eksport ke mana-mana. Menternak haiwan haiwan peliharaan juga untuk kegunaan sendiri. Setiap rumah di sini masih mengekalkan ciri-ciri tradisional dan hampir setiap rumah juga akan ada kandang untuk haiwan peliharaan masing-masing samada untuk kuda ponny, keldai, lembu atau yak (binatang seakan-akan seladang berbulu lebat). Kambing ? Tak pulak aku jumpai di sini. Cerita bab rumah nie ada citer besh aku nak share ngan korang...Tunggu...aku tengah touch up sikit gambar-gambar yang aku amik...mesti korang sukanya.

Sampai aku di resort yang kami nak duduk...aku mula-mulanya agak musykil sikit...apa taknye kena masuk jalan kampung. Tapi, bila dah masuk bilik...not bad lah...Setakat nak duduk...

Lupa aku nak kasi taw...korang taw...masa aku sampai...Suhu di Bhutan masih lagi zero degree celsius. Cuma tak der salji jer...Menggigil aku...Hari pertama- tak sampai 5 jam...bibir aku dah mula merekah kering...Aduh...cepat-cepat aku cari butter sapu kat bibir. Malam lagi sejuk...die jatuh sampai negatif 4...Kitorang siap buat eksperimen lagi letak botol air mineral kat luar...pagi esoknya dah ada ais...tinggal nak letak sirap jer...

Pergi ke mana-kama pun di Bhutan nie korang takkan leh lari dengan elemen pegangan Budha dari penduduk setempat. Maksud aku, penerapan ajaran agama yang diorang anuti nie memang akan korang dapat lihat di sekeliling negara ini. Kat pintu ada simbol Budha. Kat dinding ada gambar Sami. kat pokok ada tangkal. Kat tepi jalan ada bendera mentera. Stupa di sana sini. Pendek kata...setiap penjuru kalau korang berdiri di mana-mana jua kawasan, mata korang takkan terlepas dari tertumpu pada objek yang berunsurkan Budha.

Seperkara lagi di Bhutan nie...Subhanallah...mata korang akan di sajikan juga dengan pemandangan yang sungguh menyejukkan mata. Damai...keindahan bumi yang masih mengekalkan warisan peninggalan alam semula jadinya membuatkan aku cukup kagum. Kerana dalam dunia kemodenan...mereka memilih untuk tinggal dan kekal dengan cara kehidupan seperti nenek moyang mereka.

Semuanya akan aku kongsikan dalam blogging akan datang...gambar-gambar pun banyak aku nak share...banyak sangat...aku juga akan kongsikan tempat-tempat yang aku singgah...cam biasalah...tungguuuu...

Friday, February 3, 2012

Bhutan...Land of Happiness

Pada waktu korang membaca entry kali ini...aku sebenarnya berada di Bhutan. Kat mana tu...?

Aku pun taw ada nama negara Bhutan nie sejak empat tahun lalu bila mula menetap di India. Kalau tak aku rasa langsung tak ketahuan mananye tempat nie.

Bhutan sebenarnya terletak di sempadan antara Tibet, China dan India. Berkedudukan di bahagian atas Bangladesh. Kecil je negara nie...populasinya pun tak sampai 800,000 orang. Aku fly dari New Delhi dengan penerbangan DrukAir jam 6.30 pagi. Airport die kecik jer...Tapi satu yang aku boleh puji, bersih...

Masalah besar yang aku hadapi di sini..makan...jadi vegetarian ler aku kat sini...kemudahan asas pun ala kadar jer...

Cuma Bhutan sememangnya merupakan lokasi pencinta alam dan bagi mereka yang ingin mencari suatu kelainan dalam percutian mereka...

Aku nak rehat dulu...nanti aku cerita panjang...banyak gak gambar aku nak share tentang Bhutan nie.

Mata dah ngantuk sesangat...

Wednesday, February 1, 2012

Jangan Tapaw Merata

Kesimpulannya...makan siap-siap di rumah sebelum kuar jejalan...