Thursday, April 16, 2009

Chapter 2: Demokrasi dan Diskriminasi di India

Hari ini bermulanya Fasa Pertama rakyat India mengundi bagi memilih wakil rakyat mereka di parlimen. Kalau di belik-belik surat khabar. Isu-isu dalam senario politik India- kempen parti, permasalahan sosial, pembangunan, kemanusiaan dan macam-macam laii isu yang dimainkan oleh penulis-penulis India.

Semuanya dibuat bagi menyedarkan rakyat India tentang betapa pentingnya mereka keluar mengundi dan memilih calon pemimpin yang mampu mengubah nasib kehidupan mereka untuk 5 tahun akan datang.

Dari perbualan aku dengan rakan-rakan di India. Mereka cukup teruja untuk mengundi. Masing-masing berkeinginan agar kerajaan yang bakal memerintah India adalah kerajaan yang boleh menjadi negara ini seperti mana negara membangun yang lain. kalau diperhatikan, India sebenarnya sebuah negara yang terus membangun. Dari segi ekonomi terutamanya. Tetapi, sayang agihan kekayaan yang dinikmati oleh negara tidak mampu untuk disalurkn kepada insan mereka yang berhak.

Pelik ? Kalau dibuat senarai mereka yang bergelar biilionaire di dunia (bukan jutawan lagi...biliionwan) pastinya ada 5 atau lebih nama individu tersebut yang datang dari negara ini. Hakikatnya, negara ini masih bergelut dengan masalah sosio budaya penduduk yang tiada rumah, pengangguran, kebersihan, dan macam-macam lagi masalah pembangunan yang perlu ditangani oleh kerajaan India.

Kesedaran untuk mengubah corak kepimpinan dalam arena politik di India pada waktu ini semakin menebal. Tapi, aku masih agak pelik dengan parti-parti politik di India nie. Para calon-calon yang bertanding bila berkempen masih menumpukan kempen mereka di kawasan-kawasan bandar. Walhal, sebenarnya peratusan pengundi yang berdaftar banyak dari kalangan penduduk yang bermastautin di kawasan kampung-kampung.

Antara yang menarik dalam statistik pilihanraya di India nie. Peratusan pengundi dari golongan muda. Anatara umur 18 ke 25 tahun mereka sebenarnya mewakili lebih 35 peratus dalam kelompok rakyat yang berhak mengundi. Dan yang paling menarik lagi, pengundi pos dari kalangan tentera dan polis, kedua-dua unit beruniform in juga sudah mewakili lebih 15 peratus. Kalau digabungkan kedua-duanya, jumlah peratusan undi yang boleh mengubah lanskap pemerintahan India adalah datang dari kalangan muda dan unit beruniform.

Bila dilihat dari jumlah keseluruhan pengundi di India. Bilangan mereka lebh ramai dari angka pengundi semasa pilihanraya di Indonesia mahupun d Amerika. India memiliki lebih 500 juta pengundi berdaftar. Bayangkan betapa besarnya jumlah angka tersebut.

Dengan jumlah pengundi yang begitu besar, India dilihat sebagai sebuah pengamal demokrasi terbesar dalam dunia. Bila aku berkata tentang demokrasi di India, rata-rata rakyat India akan dengan nada riak dan bangganya akan mengatakan bahawa tiada sebuah negara di dunia ini yang mengamalkan demokrasi secara total selain negara India. Setiap warga negaranya akan mempunyai kuasa untuk meluahkan pendapat dan bertindak atas dasar fikiran demokrasi.

Itu kata mereka. Tetapi aku telah melihat dan melalui demokrasi yang mempengaruhi rakyat India. Sehinggakan budaya dalam kehidupan mereka akan turut berlandaskan domokrasi katanya. Media massa terlalu bebas dalam menyuarakan luahan isi hati penulis. Dala perlakuan terlalu bebas samada moral dan sosio. Segala-gala di India menjadi boleh dilakukan (kecuali perlakuan jenayah) boleh dilaksanakan di India tanpa sekatan atas dasar nama demokrasi. Sehinggakan undang-undang yang dibentuk pun masih boleh diubah dan merubah mengikut suara demokrasi.

Bila perlembagaan dan undang-undang terlalu kerap berubah mengikut dasar demokrasi...maka mereka yang duduk dikelompok minoriti akan terasa diskriminasi.

Kalau kita di Malaysia minoriti memanglah sesangat kecil jumlah angkanya. Tetapi kalau di India nie....minoriti masih besar jumlahnya. Macam contoh, orang muslim di India. Kami di India nie dikatagorikan sebagai penduduk minoriti di India...Tetapi, jumlah muslim di India sebenarnya lebih 120 juta orang.

Nanti aku cerita lagi pasal isu nie untuk tulisan akan datang...

Thursday, April 2, 2009

Chapter 1: Demokrasi dan Diskriminasi di India

Pada waktu ini, di India media-media massa dengan sibuk dengan cerita berkenaan dengan pilihanraya umum yang bakal dilangsungkan dari 16 April sehingga 16 Mei depan. Bayangkan mereka menjalankan proses demokrasi paling lama tempoh pilihanrayanya dalam dunia.

Pilihanraya untuk menentukan pemerintahan dan penentuan hala tuju negara yang dikatakan bakal menjadi kuasa besar dunia suatu hari nanti.

Kalau nak diceritakan tentang pilihanraya India, banyak fakta menarik yang boleh aku kongsikan. Bayangkan, mereka (rakyat India) akan mengundi untuk memilih lebih 500 orang pemimpin yang bakal menduduki kerusi parlimen. Parti-parti politik yang bertanding di India pada hari ini dikatakan lebih 100 parti tidak termasuk individu yang bakal bertanding untuk kerusi bebas. Kawasan paling sedikit jumlah pengundinya adalah seramai lebih 44,000 orang. Paling ramai lebih 250,000 orang. Secara keseluruhannya jumlah pengundi yang berdaftar dan layak mengundi untuk menentukan nasib negara India adalah dikatakan lebih 500 juta orang !!!

Pilihanraya India juga merupakan suatu proses demokrasi paling besar dalam dunia. Malah, negara Amerika dan China pun tidak seramai jumlah pengundi di India. Cuba bayang, betapa kecohnya negara ini bila bertanding pilihanraya. Macam-macam cerita sensasi, kontraversi, demontrasi, korupsi dan banyak lagi yang boleh diikuti di sini.

Berbanding dengan kita di Malaysia, kalau dilihat pada masa Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu. Angka sememangnya kita tidak boleh jadikan kayu pengukur dengan negara India. Tetapi, suatu perkara yang menarik juga aku nak ceritakan di sini. Suruhanjaya Pilihanraya di India aku lihat nampak lebih tegas dari SPR kita di Malaysia.

Bayangkanlah, jangan kata Pesuruhjaya Pilihanraya...malahan pegawai rendah yang diberikan tugas untuk memastikan borang penamaan calon pun punya kuasa untuk melucutkan hak bertanding bakal-bakal pemimpin yang berhajat untuk bertanding. Kesemua pegawai dan kakitangan Suruhanjaya Pilihanraya India dilindungi oleh akta dan polis dari disentuh atau sebarang perkara yang tidak diingin oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ada satu kes baru-baru ini, seorang pemimpin telah dikeluarkan waran tangkap oleh Suruhanjaya Pilihanraya India hanya kerana penyokong pemimpin tersebut menengking-nengking pegawai tersebut (tak sentuh dan tak keluar kata-kata kesat pun) hanya kerana pemimpin yang disokong terpaksa menunggu giliran yang lama untuk mendapatkan borang. Yang menariknya pegawai tersebut kerjanya hanya jadi tukang bagi borang pecalonan. Bukan pegawai yang akan mengesahkan borang atau menerima pecalonan.

Poster - parti bertanding yang memasang poster sesuka hati akan menyebabkan pecalonan digugurkan tanpa sebarang rayuan. Kita kat Malaysia...? Adalah orang yang tukang turunkan, esok tetap boleh bertanding.

Masa berkempen kalau ceramah yang menyentuh isu sensitif, esok terus kena national Security Act (macam ISA kita di Malaysia sini dipanggil NSA). Masuk jail terus, bicara kemudian. Bertanding ? jangan mimpilah...

Banyak sebenarnya ketegasan yang terpaksa mereka buat demi memastikan keselamatan dan kelancaran untuk proses demokrasi berjalan dengan seadanya di India ini. Kita rakyat Malaysia baru 25 juta orang. Tak sampai pun 5 peratus dari jumlah rakyat India. Tetapi, bila kecoh...satu dunia tahu.

Ini hanya permulaan. Aku akan sampaikan perkembangan semasa pilihanraya India untuk renungan kita bersama pada tulisan akan datang.