Tuesday, March 8, 2011

Shopping di New Delhi: Chandi Chowk

Aku dapat email dari sorang kakak yang tah dari mana tah...dia tanya aku- kat mana lagi tempat nak shopping kat New Delhi. So, untuk kali ini- blogging edisi jalan-jalan cari pasal di New Delhi.
Aku perkenalkan Chandi Chowk...!!!

Chandi Chowk ?!!! Tempat shopping ??? Mana tu ?

Kalau korang sampai ke New Delhi, atau cuba google tempat-tempat shopping di New Delhi...mesti nama Chandi Chowk nie akan jarang-jarang muncul. Even, kalangan tour operator di New Delhi yang selalu bawak pelancong ke sini pun akan cuba mengelak dari memandu korang ke Chandi Chowk. Pada hal jarak antara Chandi Chowk dengan Red Fort bukanlah jauh sangat. Tapi, memang patut pun kalau tourist guide tak bawak pelancong ke tempat yang nak aku ceritakan nie.

AMARAN: Chandi Chowk bukan tempat shopping bagi mereka yang bergelar mak Datin or mereka yang hard core dalam bidang membeli belah di arena shopping kompleks. Tempat ini hanya menerima pengunjung yang bercita rasa unik pada produk-produk yang aku rasa cukup eksotik. Hanya mereka yang berhati cekal dan sanggup mengharungi situasi-situasi yang jarang-jarang boleh dialami di negara kita boleh dilihat di sini.

Chandi Chowk sebenarnya sebuah pasar borong barangan yang sudah wujud sejak zaman pemerintahan Shah Jahan (Moghul) lagi. Terletak di kawasan bandar Old Delhi berhadapan dengan Red Fort, ianya adalah sebuah lorong yang akan menerima kepadatan manusia pada setiap hari. Paling menakutkan pada hari Jumaat. Jumlah pengunjung boleh mencecah sejuta orang !!! Pada bulan Ramadhan...berjuta. Pada musim sebelum Diwali...pun berjuta. Apa tak nya kepadatan penduduk Old Delhi sahaja sudah mencecah 7 juta orang. Old Delhi nie pun bukannya besar sangat. Kecik sikit jer dari bandar Kuala Lumpur.

Apa yang menariknya di sini ? Aku tak taulah orang lain...Tapi, pada aku...kalau ada kesempatan Chandi Chowk nie tempat yang cukup menarik untuk dilawati. Namakan saja apa yang korang cari di India...pastinya akan dapat di sini. Sari (dari cotton sampailah ke sutera), perkakas dapur, pinggan mangkok (dari fine bone biasa sehinggalah ke tahap Noritake), kain, dan macam-macam lagilah...Makin menarik lagi, harga di sini buat korang rasa segan nak melakukan adegan tawar menawar. Memang murah dan berbaloi kalau dapat jumpa barang yang menjadi idaman hati.
Seperkara lagi yang menjadi tarikan di sini, persekitarannya. Anda akan berasa seakan berada di zaman tahun 60an. Atau mungkin lebih lagi. Dari struktur bangunan, keadaan sekeliling dan budaya yang mereka lalui di sini seakan kita tak percaya dalam keadaan dunia era cyber masih ada yang mengamalkan cara hidup masyarakat dahulu kala. Ada kedai yang sudah beroperasi sejak tahun sebelum India merdeka lagi, dan masih mengamalkan warisan sistem sejak itu lagi. Jadi, jangan pelik kalau ke sini kita akan berjumpa dengan barangan lama yang mampu mengimbau ingatan dan kenangan kita bersama dengan nenek atau atok kita dizaman kecil kita. Pelita, lampu minyak tanah, seterika arang, pam air, telefon (yang jenis kalau nak dail kena pusing-pusing tu), jam klasik (masih berfungsi lagi) dan macam-macam barangan pada mata kita antik tetapi nampak baru (memang baru pun) dan berfungsi dengan baik berada di sini.


Kalau rasa nak jadi adventure lagi...Yeah !!! Makanan di sini- apa yang aku boleh bagi tahu the best street food of India berada di sini sebenarnya. Amaran lagi sekali dari aku, hanya mereka yang berhati cekal sahaja mampu menikmati keenakkan makanan di sini. Betul...dari rasanya bila mencecah lidah dan aroma yang menusuk liang rongga bau...korang akan dapar membezakan juadah asli masyarakat Islam di sini yang dikatakan diwarisi sejak dari zaman kerajaan Moghul lagi. Kaedah penyediaan yang tidak pernah diubah dan diperturunkan dari generasi ke generasi seterusnya. So, apa yang sampai memerlukan kecekalan tahap tinggi kalau nak makan di sini.
Dari penjuru jalan sebelum nak masuk ke Chandi Chowk sudah ada cabarannya. Manusia yang akan kelihatan seperti ulat ramainya. Masuk saja ke lorong Chandi Chowk, nah...baunya mungkin korang takkan tahan. Maklumlah, budaya kencing merata orang sini memang membuat kita geli geleman nak menjelajah lebih jauh Chandi Chowk. Teruk betul diorang nie.
Tapi, perut aku dah tiga tahun di India nie boleh saja terima. Lagi pun, setiap juadah yang di masak adalah dibuat dari bahan-bahan segar. Macam pernah aku tulis sebelum ini. Mereka kebanyakkannya tidak memiliki peti sejuk. Jadi setiap harilah si tukang masak akan ke pasar. Kalau juadah tidak habis dijual. Ianya akan diberikan pada orang-orang homeless disekitar Old Delhi.
Sebab itu aku kata, untuk ke sini perlukan kecekalan yang tinggi. Iltizam kena dikuatkan. Baru boleh mencapai hasrat untuk menjadi raja shopping di India nie.
Tetapi, kalau korang sanggup meredah segala cabaran di sini...Chandi Chowk mampu memberikan kelainan dan pengalaman lain yang tak pernah kita alami. Dari segi kualiti dan dibandingkan dengan nilai harag yang ditawarkan oleh si penjual buat korang rasa..."Apsal duit aku banyak lagi nie ?". Itu salah satu keistimewaan Chandi Chowk.
Nasihat dari aku: andai ada yang berhajat mahu ke Chandi Chowk. Pastikan pakai pakaian yang biasa-biasa sahaja. Jangan bagi nampakkan kita nie sebagai tourist sangat. Duit kena jaga dan berhati-hati dengan keadaan sekeliling. Budak-budak tidak digalakkan sama sekali untuk dibawa ke sini. Sila pastikan korang membawa duit kecik yang banyak. Jangan bawa duit note besar. DAN, jangan sesekali percaya bila ada penduduk tempatan yang cuba-cuba datang menghampiri dan cuba menjual barang pada korang atau mengoffer nak jadi tour guide atau sapa-sapa pun yang datang menghampiri korang jaga-jagalah dengan mereka.

Saturday, March 5, 2011

India...Lubuk Menjana Peluang

Pejam celik...sudah hampir, genap tiga tahun aku menetap di bumi India. Banyak perkara, banyak benda, banyak peristiwa yang aku dapat di sini. Tak pernah aku meminta untuk ditempatkan di negara yang suatu ketika dahulu cukup buat aku fobia untuk menjejakkan kaki ke sini. Tapi...Alhamdulillah- segalanya setakat ini masih dapat aku tempuhi dengan baik.


Setiap hari...ada sahaja perkara baru yang aku pelajari di sini. Kalau tanya dikalangan rakan-rakan sekerja aku. Pastinya...India bukan negara pilihan bagi mereka untuk bertugas. Masih banyak stesen yang menjanjikan cara dan gaya hidup lebih baik berbanding dengan bumi yang terkenal dengan budaya yang diluar batas kebiasaan kita di Malaysia (tak perlulah aku ceritakan secara detail di sini).


Dahulu...mungkin kerana pengaruh televisyen yang banyak memaparkan cerita dari Hollywood or Eropah membuatkan kita selalu berangan-angan untuk pergi ke Amerika atau Eropah. Penduduk yang dikatakn lebih bertamadun dan mempunyai tatacara hidup sivik yang tinggi. Berbanding dengan Bollywood..."Alah, semua yang ditayang tu wayang jer...kalau ko pergi India- jauh dari apa yang ditayang. Yang kaya tetap kaya. Yang miskin melarat bersepah ko tau !!!". Betul, aku tak menafikan di sini memang banyak orang miskin...papa kedana...malahan, mungkin tidak keterlaluan kalau aku katakan- orang suruhan yang dilayan macam hamba juga masih wujud di abad ini di bumi India.


Kalau dahulu...mungkin ayat,"Ohhh...anak saya study di Amerika" atau "Ko tau anak si pulan si pulan tu...kerja kat Amerika !". Atau juga, "I selalu buat business import export ke Europe". Nah, menjelang tahun 2000 yang sudah lebih satu dekat berlalu. Apakah masih ada orang yang berkata dialog yang sama ?


Hari ini, Segala-galanya sudah berubah. Di sini. Bumi tempat aku menetap pada waktu ini. Segenap golongan yang cuba mengembangkan perniagaannya. Setiap pepmimpin dunia sudah mengalihkan perhatiannya untuk mendapatkan tempat, ruang dan PELUANG yang dijanjikan di INDIA.


Dengan kekuatan: populasi rakyat seramai 1.2 biliion orang (anggaran tahun 2007), saiz ketenteraan kedua terbesar selepas Amerika Syarikat, GDP USD 3.298 trillion, jumlah wang dari Bollywood USD 1,256 juta dan banyak lagi fakta dan angka-angka yang mampu dijadikan asas sebagai faktor penarikan pelabur dan opputurnis untuk meninjau peluang menjana pendapatan di sini.


Pasti ada yang terkejut andai aku kataka: di India, dicatatkan oleh pihak Imigresen di sini bahawa- ada lebih 60,000 (mungkin lebih lagi) rakyat Amerika yang didapati tinggal lebih tempoh di India. Lebih memelikkan lagi, jumlah penduduk Eropah yang tinggal secara haram di sini lebih 120,000 orang. Pelik ? Tidak juga....bagi mereka yang tidak mengenali India. Semestinya angka-angka yang aku berikan akan dikatakan sebagai dongeng atau rekaan.


Hakikatnya, setelah aku melihat dan mengamati bumi ini. Aku kian memahami keadaan di sini dengan lebih baik lagi. Aku semakin memahami, kenapa ramai pelabur dari negara luar yang berlumba-lumba ingin menempatkan diri mereka dalam pasaran India. Ada yang hanya menetapkan sasaran cuma 3% dalam pasaran. Tetapi, percayalah- 3 hingga 7 peratus sebenarnya di India sudah mampu menjana puluhan juta USD keuntungan dalam setahun.


Apa sebenarnya yang kita sedang lihat pada hari ini adalah tempoh kejatuhan ekonomi dunia secara total. Tetapi, kenapa negara-negara seperti China, Brazil, Vietnam dan India sendiri tidak menunjukkan seperti di Amerika. Agak menarik lagi, hampir setiap minggu aku akan dapat berkenalan dengan kenalan baru dari Amerika yang datang ke India untuk menetap dan bekerja di sini. Ada juga rakyat India yang sudah lama menetap di Amerika sudah mula kembali ke bumi kelahiran mereka untuk memulakan kehidupan baru sebagai Indian yang sejati di bumi sendiri.


Kalau diamati sebenarnya, polarasi perkembangan ekonomi India baru sahaja bermula sejak dua dekad yang lalu. Dasar polisi dan pembangunan ekonomi yang lebih liberal serta pembukaan blok perniagaan kepada pelabur asing yang diperkenalkan lewat lapan tahun dahulu telah membuatkan ramai golongan atasan (samada ahli perniagaan dan politik) di India mengubah gaya hidup penduduk India. Paling menarik perhatian aku. India sebenarnya tidak memerlukan kehadiran FDI dalam analisa perkembangan ekonomi mereka. Pembangunan sektor mikro atau domestik sudah cukup untuk membuatkan ekonomi mereka terus mencatatkan angka-angka yang boleh menggembirakan mereka yang berusaha gigih di sini.


Cuma, aku juga dapati- kadang-kadang sedih melihat limpahan nikmat kemakmuran ekonomi tidak dapat diagihkan kepada golongan yang terletak dalam kelompok yang memerlukan. Dalam suasana ramai di India yang memiliki rumah seumpama mahligai istana. Ada ramai...terlalu ramai yang tidur berlantaikan jalanraya...berbumbungkan langit.


Aku cuma berharap, dalam ada pemimpin kita yang terlalu ghairah melihat India sebagai lubuk mencipta peluang dan ruang pertumbuhan ekonomi negara- diharapkan mereka juga mampu menilai dan belajar akibatnya sekiranya keseimbangan agihan ekonomi tidak dilakukan pada tahap kewarasan akal yang sempurna.