Sunday, October 10, 2010

Siri 01: Mangsa Komenwel Yang They "Say Well" (sebutan SEWEL)

Jumaat (13:20pm:Oktober 08, 2010)
Dialog di Kedutaan Indonesia, New Delhi (beberapa tika sebelum solat Jumaat)

Kawan aku : Rool ! ko nak tengok badminton tak petang ni ?
Aku : Ada tiket ker ?
Kawan aku : Sebab ada ler aku tanya ko...nak gi tak ?
Aku : Kalau ada ... ko bagi tau aku. Call lah nanti-

Bukan niat aku nak mengharapkan tiket free...dari awal lagi aku dah rasa malas nak pergi menonton mana-mana acara dalam sukan komenwel nie. Aku dah merasa peritnya nak harung proses security yang menyakitkan hati sebelum nie. Selesai solat Jumaat aku balik ke pejabat. Sambung kerja apa yg patut. Sambil2 tu, tepon aku asyik berbunyi- sorang2 call tanya ajak aku pergi tengok badminton malam nie..."Okeylah...aku pergi"- jawapan aku pada sorang rakan yang menelepon aku.

Kerja pejabat selesai...apa nak buat eh...? Layan fb jap-Sambil-sambil belek fb, tepon aku berdering lagi...Guna Seelan (kawan aku di HiCom Malaysia)

Aku : Balai Polis Vasant Vihar...apa boleh bantu
Guna : (Suara die gelak) Ini bukan rumah mayat ker...? (Gelak lagi-)
Aku pun bantai gelak gak...
Guna : Bang !!! Nak gi tak tengok badminton malam nie...?
Aku : Ada tiket ker tak ?
Guna : Ada...tu yang I tengah kira berapa org nak pergi...
Aku : Kalau tiket ada...okey, I'm in-Pergi macam ner...saing ker aku tunggu mana-mana nanti ?
Guna : Let U know latter...

Selepas itu- aku sambung belek-belek fb kawan2 yg lain. Check jadual untuk minggu depan. Kemas meja apa yang patut. Solat asar- Apa lagi ? Balik rumah ler...dalam pada waktu aku nak menunggu maghrib...call demi call bertalu-talu. info macam-macam dah berbalas dengan kengkawan yang nak pergi sama.

Aku pergi dengan sorang kawan aku ke stadium Siri Fort...since die tak tau jalan aku tumpangkan die dengan dua orang anak die. Perjalanan pada mulanya okey jer...Tiba di simpang pertama nak masuk ke kawasan stadium-sangkut jem dah mula. Dalam hati aku, "Maybe tembung dengan orang balik kerja nie kot...". Rupa-rupanya- jalan dah sekangkang kera, diorang leh tutup satu jalan untuk kenderaan komenwel. Dari dua lorong dah jadi satu lorong jer...Aku rasa adalah dalam 30 minit kami sangkut untuk lepaskan jarak 3km.

Aku call Guna, cuba bertanyakan ke mana patut kami pergi ? Dia kata "Ko pergi Gate 02, Encik Azmi tengah tunggu". Aku pendekkan cerita. Dek kerana salah info..polis sini pon tak leh pakai…Kami ambil keputusan berjalan kaki jer…Jem teruk sangat dah.

Aku pendekkan cerita...selepas penat berjalan hampir 3km. Kami dapat tiket dari kawan aku...(ada cerita lagi sebenarnya sebelum dapat tiket nie...).

Masuk gate...depan kami dah nampak kawasan security screening. Aku dah mula naik menyampah dah...Korang bayang negara super power nie konon2nya…Tapi kawasan security screening macam ladang lembu. Pagar2 pakai buluh jer...Cara scan tiket jerlah nampak modern…Tapi selebihnya- Macam cerita Bukit Kepong lah plak. First wallet dah kena kuarkan…Camera tak leh bawak masuk (sebab tu aku tak dapat nak amik gambar-kalau tak dah aku upload kat sini dah rupa kandang lembu security kat sini)…Syiling tak boleh bawak masuk. Pen pon tak bleh. Macam-macam lagi tak boleh. Panjang list die kalau aku nak taip.

Beratur dengan orang2 di sini memang perit. Bau die jangan cakap lah…Tahan nafas jerlah aku beratur dengan manusia di sini. Tiba time aku nak kena body scan. Clear tak der apa. Aku nampak ada tabung duit syiling besat dua biji kat meja security tertulis “Cancer Donation”. Aku dengan selamber sound polis yg jaga kat situ…”Are U sure U gonna give this coins for cancer donation ?”. Polis yang jaga di situ…”Yeah…sure…-“ sambil geleng kepala. Aku gelak jerlah…dalam hati aku “Bertuah diorang nak derma duit-duit nie…masuk poket sendiri ler jawabnye…-“. Sambil aku nak lalu kawasan screening tu- ada sorang mamat nie tengah bertekak dengan sorang polis argue pasal apa plak die kena sedekah duit syiling. Banyak gak die bawak duit syiling tu…Berkoyak gak lah…

Selepas melepasi security screening…kami berjalan lagi 1km untuk ke stadium…bunyi bising penyokong India sudah kedengaran. Tiba di pintu masuk- salah seorang petugas meminta tiket kami- “Okey, U go this way…” sambil menunjukkan arah ke kawasan pintu masuk untuk atlit. Kat belakang aku dah kedengaran suara seronok budak…”Kita masuk pintu atlit lah wei…”. Tetapi, penat kami tak habis lagi rupanya. Kami terpusing sana sini mencari mana pintu masuk ke dalam stadium. Sudahnya, agaknye sorang mamat nie kesian dengan romobongan cik kiah yang muka kompius memanjang die cuba tolong tunjukkan jalan kepada kami.

Bila nak masuk jer kami di tahan. Seorang petugas meminta pass accreditation. Mana kami ada…!!! Kami Cuma penyokong biasa jer…Belek punya belek tiket …Memang tiket yang kami ada untuk atlit. TAPI, kena disertakan pass accreditation kalau nak masuk. Aku dah naik hangin dah dengan gelagat sombong petugas-petugas komenwel India nie. Aku minta jasa baik diorang dan bertanya kalau-kalau ada peluang untuk kami masuk mana-mana pintu. Sebab aku dan abang Isa bawak budak-budak Malaysia nie. Kesianlah diorang….Fuh !!! Memang kerek orang India yang pakai pass tergantung kat leher nie…jawab sombong diorang “NO!!!”. Dia cuba explain dengan bahasa Inggeris lintang pukang. Siap kata “Do U understand english ?!!!”. Aku naik menyirap dah…aku cakap dengan dia…kalau diorang tak kasi kami masuk dalam stadium kenapa tak stop kami dari pintu security lagi…?!!! Tak payahlah kami susah payah nak jalan kaki jauh2…dia terdiam sekejap. Lepas tu agaknye dah sedar kekurangan prosedur yang diorang sendiri buat, dia (mamat yang berlagak tu lah) mintak sorang volunteer datang assist kami. But, still tak dapat masuk. HAMPAlah kami semua…

Tapi, dalam hampa-hampa pun…Kami berjaya buat orang-orang India nie pelik…Kami tetap boeh tersenyum dan bergembira…aksi gelak ketawa…sambil masing2 posing ambil gambar buat orang sini takjub dengan semangat kipas susah mati Malaysia nie. Salah seorang volunteer kata…die suka dengan team kipas susah mati Malaysia yang nie…kalau orang India…dah tentu diorang mengamuk dah kat sini kalau tak dapat masuk. Tapi, orang Malaysia memang sporting…

Kami duduk depan tv besar depan stadium…buat bising sokong Malaysia dari luar…dari kawasan tu kosong…Tiba2 jadi penuh dengan manusia. Aksi memekak kami yang geram tak dapat masuk stadium buat orang India geram gak tengok kami…Off course ler…dah team diorang kena bantai dengan Malaysia kan…Then, rasa2 keadaan dah tak selamat (sebab Malaysia dah leading 2-1 masa tu) Kami balik…Kami tahu double lelaki Malaysia kompom menangnye. Dari kena aksi yang menakutkan dari orang India nie…elok kami angkat kaki dulu…

Sambung lagi lah untuk siri akan datang…

Sunday, October 3, 2010

Super Star Rajni Kembali

Siapa yang tidak kenal dengan bintang filem Rajnikan. Super Hero filem Tamil yang ramai peminatnya (aku pun salah seorang peminat die jugak...). Baru-baru ini filem terbaru beliau Endhiran (ROBOT) baru dilancarkan. Setelah sekian lama beliau tidak muncul dengan filem terbarunya. Nah...sambutan seperti telah dijangkakan...Peminat fanatik Super Star Rajni sanggup beratur panjang sejak dari awal jam 4.oo pagi pada hari pertama filem ini dikeluarkan.

Aku tak derlah nak beratur pagi-pagi buta semata-mata nak tonton filem die walaupun aku peminat Rajnikan. Ini perkara biasa yang berlaku pada setiap filem Rajni. Tiada yang pelik. Cuma kalau antara kita yang baru di dunia India nie...mungkin perasaan takjub dengan ketaksuban mereka dalam mengagung-agungkan bintang pujaan mereka.

Salah satu poster terbaru filem Super Star Rajni

Aku ? Aku hanya lebih rela menunggu DVD filem ini keluar nanti. Sebab apa ? Menonton filem wayang di sini tiada subtitle yang boleh difahami. Tambahan lagi, aku dapat tahu, bila tiba adegan menyanyi dan tarian- peminat-peminat hero ini juga akan turut sama menari sambil bersiul dan memekik melolong. Lagi- setiap kali ada part-part yang mereka suka, pastinya pekikan akan bertambah kuat. Itulah kata-kata kawan India aku di sini menceritakan pengalaman mereka menonton wayang di sini. Gelagat-gelagat fanatik kekadang ada antara mereka yang tidak menghiraukan apa jalan cerita pada filem yang di tonton. Yang penting- hero pujaan mereka adalah idola mereka.

Aku tidak berminat untuk menceritakan tentang filem Endhiran. Aku cuma ingin kongsikan erti maksud "IDOLA" dalam kamus kalangan peminat fanatik hero pujaan Tamil ini. Dari ramai-ramai pelakon samada dari dunia perfileman Tallywood (Tamil), Bollywood (Hindi), Kallywood (Bengali) atau mana-mana artis dunia hiburan di India- Rajnikan punya pengaruh dan aura hebatnya yang tersendiri.

Bayangkan pada hari sebelum filem Endhiran dilancarakan, ada kalangan peminat Rajni yang melakukan pooja (aktiviti seperti berdoa dalam amalan hindu) untuk mendapatkan restu Dewa/Dewi hindu bagi memastikan filem ini mendapat sambutan yang hangat. Tidak cukup dengan itu, terdapat juga poster-poster Rajni yang dimandikan dengan air susu.

Memandikan ke atas sesuatu objek penyembahan dalam amalan agama hindu adalah suatu yang biasa dilakukan. Khusunya dalam beberapa upacara perayaan utama dalam kalender agama hindu.

Tetapi, apabila ianya melibatkan hero pujaan tamil ini. Aku mula terfikir (bukan aku sahaja malahan ada kalangan masyarakat fundemental hindu sendiri juga berfikiran seperti aku)- apakah mereka sudah mengangkat Rajnikan sebagai salah seorang IDOLA mereka sehingga perlu diadakan upacara pooja. ATAU- dalam bahasa lainnya, apakah peminat-peminat fanatik seperti ini sudah mengangkat RAJNIKAN sebagai IDOLA yang setaraf dengan Dewa/Dewi yang mereka sembah ?
Dua orang peminat Rajni sedang menuang susu ke poster Super Star mereka

Kehebatan Rajni juga bukan calangnya apabila ada kalangan peminat fanatiknya yang sanggup bergadai nyawa sekirannya diperlukan. Jangan sesekali kita berfikir untuk mengata, mengutuk, apatah lagi mengugut Rajni- pastinya ada individu yang akan kedepan untuk mencederakan kita.

Sampai begitu sekali mereka mengagungkan hero mereka di sini. Sifat ketaksuban sebegini yang banyak aku lihat menjadikan sesebuah agama itu kucar kacir. Dari asal hanya berputik dari sifat minat menjadi fanatik dan sudahnya kepada PUJAan yang membawa mereka berani menyembah pada imej-imej yang membawa kepada perwatakan insan yang mereka suka.

Sindrom ini yang berlaku dalam hari ini. Bukan hanya di sini. Tetapi, di mana-mana. Walaupun cara dan pendekatan peminat meluahkan rasa sukanya berbeda. Tetapi, andai tiada kekuatan dalam mengawal nafsu memuja idola- ramai antara anak-anak muda yang leka mampu terjerumus kepada apa yang berlaku seperti peminat fanatik Rajni ini.

Seorang swami sedang menuang susu dalam upacara keagamaan hindu pada patung IDOLAnya

Dalam hal ini, minat pada aku tidak salah. Tetapi, bila sudah sampai tahap fanatik- itu satu DOSA. Malahan, tindakan sebegini sudah menampakkan kesyirikan yang nyata. Aku pernah bertanyakan pada salah seorang rakan India yang beragama hindu di sini. Kenapa pihak swami di sini tidak melarang aktiviti memuja artis seperti yang dilakukan oleh peminat Rajni.

Jawapan rakanku membuatkan aku rasa ada eloknya aku berdiam diri tanpa memberikan sebarang komen, "Sahabatku, apa yang ditunjukkan oleh peminat Rajni hanya berlaku di negeri-negeri Selatan India, khususnya Tamil Nadu. Itu mereka. Bukan budaya dalam masyarakat India di Utara untuk mengagung-agungkan artis seperti yang dilakukan oleh masyarakat Tamil. Kami di Utara lebih bertamadun dari mereka".

Rupanya masih ada lagi pegangan budaya kaste dalam sanubari sebangsa mereka.

Nota: Kajian saintis India sendiri terhadap DNA orang India di Selatan dengan Utara. Walaupun kulit mereka berbeda (Selatan lebih gelap dari Utara). Tetapi, DNA mereka hampir sama dan dikatakan datang dari talian keluarga yang sama.








Saturday, October 2, 2010

Air Mata di Ayodhya: Episod 04

Aku mengambil masa sedikit untuk menyambung cerita Ayodhya. Aku tahu ramai yang sudah mengetahui tentang keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi Allahabad pada 30 September yang lalu. Seluruh India. Malahan seluruh dunia Islam dan Hindu menunggu apakah hasil keputusan yang bakal dicapai dari hakim-hakim yang dilantik. Keputusan yang sepatutnya diumumkan pada pukul 2.30 petang waktu tempatan ditangguhkan ke 4.00 petang. Lebih kurang pukul 4.30 petang. Keputusan diumumkan. Dan, apa yang diketahui amatlah memeranjatkan banyak pihak. Tidak kurang ada juga yang melihat keputusan yang dibuat oleh pihak mahkamah kena pada masanya dan lebih kepada usaha untuk menjaga keamanan dan perpaduan warga negara India secara total.


Keputusan dari Mahkamah Allahabad: keseluruhan kawasan tanah bekas masjid itu yang seluas lebih kurang 27 ekar akan dibahagiakan kepada tiga bahagian. Satu bahagian kepada komuniti Hindu (yang lebih dikenali sebagai Ram Lalla), satu bahagian akan diberikan kepada Nirmohi Akhara (juga kumpulan Hindu tempatan di Ayodhya) dan satu pertiga lagi akan diserahkan kepada komuniti Muslim-Sunni Central Wakf Board. Nampak seperti satu keputusan yang berjaya dicapai dengan pertimbangan yang adil oleh pihak mahkamah. Namun, hakikat sebenarnya- kemenangan masih berpihak pada komuniti Hindu berbanding Muslim.

Apa yang agak memelikkan aku dalam keputusan yang dicapai oleh Mahkamah Allahabad di sini- terminologi “verdict” menjadi tafsiran; lebih kepada keputusan yang dibuat hasil daripada luahan pendapat mahkamah pada petisyen yang cuba diseleasaikan, berbanding seharusnya suatu keputusan juri yang mampu memberikan kepastian mutlak yang lebih bersifat bebas dan tegas. Kenapa aku katakan begini- Aku cuba meneliti hasil keputusan yang dibuat oleh mahkamah dalam isu ini secara keseluruhan dan sedalam yang mungkin. Walaupun aku bukanlah seorang yang berlatar belakangkan pendidikan perundangan. Tapi, isu Ayodhya sentiasa menarik minat aku untuk mengetahui setiap aspek dan isu dengan lebih mendalam lagi.


Hasil pemerhatian aku, apa yang boleh aku rumuskan disini adalah- Mahkamah Tinggi Allahabad telah membuat keputusan yang lebih bersifat alternatif kepada JALAN PENYELESAIAN berbanding dengan keputusan yang sepatutnya dibuat atas tunjang KEADILAN. Lebih menarik lagi, aku rasa dalam banyak-banyak kes mahkamah yang pernah aku baca; keputusan yang dibuat oleh ketiga-tiga hakim di Mahkamah Tinggi Allahabad adalah berlandaskan bukan hanya semata pada bukti-bukti-tetapi, ianya juga melibatkan pemahaman dan kepercayaan mereka terhadap agama (dan juga mitos dalam agama- terutamanya Hindu).

Seperti warga negara India yang lain, aku juga terpaksa hormat dan akur dengan keputusan dan ketetapan dari mahkamah ini. Tetapi, agak menyedihkan bagaimana mereka boleh mengambil keputusan sebegini, atas dasar cuba menjaga keamanan dan kestabilan keharmonian Negara- mereka sanggup mengenepikan keadilan dalam sosio komuniti mereka sendiri. Keadilan yang aku maksudkan adalah;


1) Kenapa komuniti Hindu diberikan 2/3 hak dalam pemilikan tanah di kawasan bekas tapak Ayodhya ? Kenapa tidak Hindu separuh dan Muslim separuh ?;

2) Apa terjadi pada individu yang bertanggungjawab dalam kejadian merobohkan Masjid Babri pada 1992 yang lalu ? ; dan


3) Kenapa mesti meletakkan dua orang hakim beragama hindu dan seorang Muslim untuk membuat keputusan ?


Atas persoalan-persoalan seperti ini (ada banyak perkara yang menjadi persoalan aku sebenarnya dalam hal ini) aku merumuskan bahawa; keputusan mahkamah lebih kepada jalan penyelesaian pertikaian atau cuba mengawal api kemarahan daripada memberikan keadilan mutlak kepada pihak yang tertindas.

Harus aku tegaskan di sini kepada yang membaca di tanah airku. Keputusan di Ayodhya sememangnya tidak ada kaitannya dengan kita di Malaysia. Tetapi, pengajaran dan pelajaran yang harus di kutip dari peristiwa ini amatlah signifikan untuk kita ambil.
Keputusan di Ayodhya dengan membahagikan tanah kepada tiga bahagian sama rata untuk tiga entiti sebenarnya tidak mengubah status dan kedudukan HAK ummat Muslim di Ayodhya. .
Agak memelikkan- Mahkamah Tinggi Ayodhya boleh menetapkan bahawa, berhala dan tempat sembahan penganut Hindu yang dibina di tengah-tengah bekas dewan (dome) solat ummat Islam di tapak Masjid babri yang telah dirobohkan pada 1992 perlu dikekalkan dan in secara tidak langsung mendapat pengiktirafan (kelulusan tidak rasmi) rentetan konklusi daripada keputusan mahkamah ini. Lebih memelikkan aku dan ramai pemerhati di sini, bagaimana mahkamah boleh membiarkan kekerasan, vandalisme, pencerobohan, dan pelbagai perbuatan jahat dilakukan ke atas rumah ibadah lain dan kemudiannya menghalalkan perkara itu berlaku.
Lain-lain perkara yang agak janggal untuk kita ketahui- persoalan pokok yang menjadi asas kepada termaktubnya keputusan mahkamah; apakah Dewa Ram sememangnya dilahirkan di tapak bekas bangunan Masjid Babri ? Kedua-dua hakim yang beragama hindu yang mengendalikan kes ini menyatakan "YA" dan memang Dewa Ram dilahirkan di tapak masjid tersebut. Berdasarkan apa ? Rekod sejarah daripada tulisan sejarahwan ? TIADA. Berdasarkan kajian arkeologi ? TIADA dan BELUM ada bukti sejarah ditemui tentang Dewa Ram di Ayodhya. Jadi atas dasar apa mereka katakan memang Dewa RAm lahir di tapak bekas Masjid Babri ? ATAS KEPERCAYAAN MEREKA SEBAGAI PENGANUT AGAMA HINDU !!! PELIK ?!!! Bagaimana elemen kepercayaan boleh mempengaruhi keputusan. Itulah uniknya di India.
Malahan penampakkan imej Dewa Ram pada 1949 yang lalu juga menjadi bahan bukti dan tercatat dalam dokumen keoutusan yang dibuat. Bukan niat aku cuba untuk mempermainkan agama orang lain, tetapi banyak perkara pelik yang menjadi tanda tanya golongan seperti aku di sini. Siapakah orang dan namanya yang dikatakan melihat penampakkan imej Dewa Ram di Masjid Babri ? Tiada dan tak siapa pun tahu sehingga kehari ini. Tambahan kepada pelik dan kelakar lagi; ada pihak mendakwa bermimpi bahawa Dewa Ram muncul di Masjid Babri. Andai kata kepercayaan ini disandarakan kepada kepercayaan agama. Maka, MIMPI juga boleh menjadi bahan bukti di mahkamah INDIA.
Ini bukan soal aku meragui kebolehan hakim-hakim di sini. Atau, aku cuba untuk mempersoalkan keupayaan institusi kehakiman di sini. Cuma aku mahu bawa kepada pembaca, akan apa yang aku maksudkan dengan keputusan mahkamah yang cuba memberikan alternatif kepad penyelesaian kemelut masalah yang telah berlaku sejak 60 tahun (lebih lagi sebenarnya).
Ramai beranggapan bahawa, keputusan Mahkamah Tinggi Allahabad telah menamatkan kebuntuan isu di Ayodhya selama 60 tahun. Tetapi, keputusan ini sebenarnya hanya boleh bertahan sehingga 3 bulan.
Pihak Muslim dan Hindu telah menyatakan bahawa mereka akan mencabar keputusan ini di Mahkamah Suprem.

Isu, cerita, dan kisah Ayodhya akan berlanjutan lagi. Namun, aku akan cuba berikan beberapa kupasan lain yang berkaitan dengan isu Ayodhya- agar kita mampu memikirkan pengajaran dan pelajara dari sejarah keruntuhan Masjid Babri ini .