Thursday, July 28, 2011

Pengikut Jesus PBUH di India

Tulisan aku tentang makam Jesus PBUH (yang terletak di kashmir) yang lalu membuatkan ada permintaan meminta aku ceritakan tentang salah seorang dari 12 pengikut Jesus PBUH yang dikatakan telah sampai di India. So, aku mula selak buku-buku yang aku ada...jumpalah serba sedikit maklumat yang nak dituliskan.

Jadi, kali ini aku nak kongsikan tentang kisah salah seorang dari 12 pengikut setia Jesus PBUH yang terletak di India nie...iaitu, Thomas atau masyarakat di sini (di Kerala) lebih mengenali beliau sebagai Saint Thomas (malahan Thomas diangkat setaraf rasul bagi sesetengah pihak di India ini).

Aku cuba sampaikan beberapa pendapat berdasarkan pemahaman dan telahan akal fikiran aku. Aku tak berminat nak ceritakan sejarah kedatangan Thomas, pada aku korang leh google atau baca sumbernya internet.

Thomas dipercayai telah belayar ke India dalam tahun 52M untuk menyebarkan agama ajaran dari Jesus PBUH (dikatakan juga setelah Thomas mendapat mimpi) di kalangan orang-orang Yahudi di Kerala pada masa itu.

Beliau dikatakan telah mendarat di sebuah pelabuhan lama yang dipanggil Muziris (pelabuhan ini musnah teruk dan tidak wujud lagi disebabkan banjir besar pada tahun 1341) berhampiran Kodungalloor perairan Malabar (sekarang dibawah pentadbiran negeri Kerala). Perkara menarik berkenaan dengan pelabuhan Muziris nie …ia dikatakan telah wujud sejak zaman Raja Solomon (a.k.a nabi Allah Sulaiman alaihissalam). Pada zaman keunggulan pelabuhan Muziris ini berlangsung, hubungan perdagangan antara pedagang dari Selatan India dengan kerjaan Roman berlaku dengan rancaknya. Apa yang menariknya ?

1. Adalah dipercayai dispora migrasi perkembangan Bani Israel ke timur telah berlaku sebelum abad masihi lagi (sebelum kerasulan Jesus PBUH);

2. Thomas dikenali sebagai seorang tukang kayu yang mahir dalam kerja-kerja pertukangan. Aku percaya, beliau mampu membaiki kapal-kapal dagang atau mungkin pernah mengambil upah membaiki kapal-kapal dagang atau terdengar maklumat dari kalangan kawan-kawan tukang kayunya bahawa jauh dari tempat tinggal beliau di bahagian timur (India) ada kelompok kumuniti Yahudi yang bertapak di Kerala, India; dan
3. Aku rasalah…ini bukan fakta sejarah…hanya pandangan peribadi aku jer…korang rasa cerita/filem Merong Maha Wangsa yang KRU buat tu faktanya ada kebenaran atau kebetulan mengatakan Merong dari tanah India ? Dari segi geografinya memanglah Muziris ni agak jauh sikit dari Goa…Tapi, penempatan Yahudi yang terbesar di India sehingga ke hari ini masih wujud di kawasan Cochin, Kerala (berhampiran dengan Goa).

Sesampai saja Thomas di Muziris, beliau kemudian bersampan ke Palayur (perkampungan kecil di bahagian barat Kerala). Sebenarnya majoriti masyarakat Palayur pada waktu itu masih berpegang kuat pada ajaran agama Hindu. Cumanya, melalui pembacaan aku…aku percaya Thomas ke Palayur selepas mengetahui bahawa di perkampungan ini terdapat ramai penduduk Yahudi.

Biasalah, kalau kita ke tempat orang…sebatang kara, bila kita tahu ada kelompok sebangsa dengan kita…dan kita plak nak memulakan kehidupan baru...sememangnya jalan terbaik adalah pergi kepada masyarakat yang dirasakan mudah untuk kita dampingi.

Dari pemahaman bacaan aku dalam kisah kehidupan Thomas di India ini, aku percaya…ada kalangan penduduk Yahudi yang sampai (atau bermastautin) di Palayur ini sudah mengetahui ajaran Jesus PBUH, sudah menganuti dan mengikuti ajaran Jesus PBUH, atau mungkin ada kalangan mereka yang sudah beriman dengan ajaran tauhid yang disampaikan oleh Jesus PBUH.

Malahan, aku cukup yakin…ada kalangan penduduk Yahudi di Palayur ini juga mungkin mengenali Thomas atau sekurang-kurangnya bila Thomas katakan kepada mereka bahawa dia adalah antara 12 pengikut Jesus PBUH…pastinya ada kalangan kaum Yahudi (khususnya yang berdagang) mengetahui perkara ini.

Seperti masyarakat Melayu kita, kalau kita ketahui ada seorang alim ulamak datang bertandang ke tempat kita…pastinya kita akan sambut dengan lapang dada. Aku percaya, kedatangan Thomas ke Palayur disambut mesra oleh masyarakat Yahudi bila mereka ketahui bahawa pengikut setia Jesus PBUH berada di hadapan mereka. Dari sinilah, Thomas meneruskan kelangsungan menyampaikan ajaran Jesus PBUH kepada Bani Israel yang bermastautin di bumi Kerala. Sepertimana yang dicatat dalam gospel menurut Mark 16:15 (selepas peristiwa pengsaliban Jesus PBUH)…Jesus PBUH mengarahkan agar semua pengikutnya menyebarkan injil kepada manusia seluruh dunia.

Di Palayur jugalah Thomas telah mendirikan rumah ibadah pertama ajaran Jesus PBUH di India. Melalui ajaran Jesus PBUH, ianya berjaya menarik minat masyarakat setempat yang lain untuk mengikuti dan mendalami apa yang disampaikan oleh Thomas.

Sebagai salah seorang pengikut setia Jesus PBUH, pastinya Thomas arif tentang apa yang disampaikan oleh rasulNya. Cara dan adab dalam penyampaian berdakwah pastinya beliau akan berlandaskan pada apa yang di tunjukkan oleh Jesus PBUH. Kerana itu jugalah, ramai dikalangan penganut agama Hindu yang beraleh dan bertukar pegangan agama mereka daripada Hindu ke ajaran Jesus PBUH. Palayur sememangnya dikenali suatu ketika dahulu sebagai penempatan penduduk yang beragama Hindu dalam kasta Brahmin.

Bila dah ada orang kaya dan berkedudukan, pastinya ada golongan yang berperingkat rendah seperti...kuli, buruh, pembantu rumah dan sebagainya. Melalui ajaran Jesus PBUH yang disampaikan oleh Thomas telah membuka mata mereka bahawa disisi Tuhan...manusia adalah sama dan tiada bezanya. Darjat dan pangkat bukan lesen untuk menindas golongan yang kurang berkemampuan. Seperti yang kita ketahui dalam sejarah masyarakat Hindu...klasifikasi darjat manusia dibahagi-bahagikan mengikut kasta. Jadi, apabila mereka mengetahui bahawa ajaran Jesus PBUH lebih mengangkat darjat manusia itu sendiri di sisi tuhan...makanya, ramailah penganut Hindu yang beralih ke ajaran Jesus PBUH.

Terdapat satu kisah (yang dianggap mitos) oleh masyarakat di Palayur, pada satu hari seorang swami Hindu Brahmin mencabar Thomas agar menunjukkan kekuasaan Tuhan ajaran Jesus PBUH di sebatang sungai berhampiran Palayur. Dengan izin Tuhan, air sungai di Palayur tersebut dilihat bergerak songsang. Takjub dengan kejadian tersebut, makin ramai meninggalkan agama Hindu sehingga dikatakan kuil-kuil Hindu lengang. Tak cukup dengan itu, Thomas berjaya menukar beberapa kuil Hindu untuk dijadikan tempat beribadat untuk pengikut ajaran Jesus PBUH.

Perkembangan agama ajaran Jesus PBUH ini telah membuahkan dendam yang cukup membara di kalangan penganut agama Hindu. Kesudahannya, Thomas mati di bunuh di daerah Mylapore pada tahun 72M.
Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku asyik mengulangi perkataan "ajaran Jesus PBUH" bukannya "ajaran Christian" ?

Pertamanya, aku percaya...sebagai salah seorang yang dipilih sendiri oleh Jesus PBUH (a.k.a Rasul Allah Isa alaihissalam) untuk menjadi pengikut pertama dalam dakwah tauhid kepada yang Esa...Thomas sendiri tidak pernah tahu apa dia maksud "Christian". Malahan, nama Jesus itu sendiri pastinya akan disebut sebagai Isa al Masaiah (terjemahan Jesus Christ). Sebab, Thomas adalah bangsa Yahudi yang bertutur dalam bahasa hebrew/aramaic bukan greek.

Kedua, sewaktu berdakwah...Thomas tidak membawa gospel-gospel (samada Mattew, Mark, Luke atau John) dalam aktiviti dakwahnya. Kalau diambil kira fakta pendapat ahli sejarah bible...gospel terawal yang dikarang (Gospel menurut Mattew) adalah seawal sekitar 50 hingga 70 tahun selepas Jesus PBUH meninggalkan pengikutnya (selepas peristiwa pengsaliban). Kan pelik, sebagai seorang sabahat...pengikut setia kepada utusan Tuhan yang menerima ajaran secara langsung dari rasul menjadikan hasil karya orang lain (Gospel menurut Mattew) untuk dijadikan rujukan dan panduan berdakwah. Malahan, Gospel menurut Mattew itu sendiri tidak di ketahui siapa pengarangnya dikalangan penganut Christian.

Kesimpulannya, sebagai seorang yang bertauhidkan kepada satu Tuhan yang Maha Esa, Thomas menyampaikan ajaran dari Jesus PBUH dan bukan ajaran agama "christian". (Kalau aku nak ulas akan jadi lebih panjang...kena buka topik baru).

Apa yang berlaku...selepas kematian Thomas, evolusi dan asimilasi ajaran Jesus PBUH dengan penerapan budaya dan adat tempatan yang banyak dipengaruhi unsur-unsur agama Hindu dan campur tangan gereja-gereja Christian yang lebih berpengaruh di Eropah membuatkan ajaran Jesus PBUH sudah lari dari landasan sebenar (dan aku tidak berhajat mengulas dengan lebih jauh dalam hal ini...kena buka topik lain gak kalau bercerita tentang hal ini).

Penutup bagi blogging ini...

Sebagai seorang Muslim...kita wajib beriman dengan kerasulan nabi Allah Isa alaihissalam (a.k.a Jesus PBUH). Kita wajib beriman bahawa baginda Isa rasullulah yang diutuskan oleh Allah seperti mana rasul-rasul lain yang pernah diutuskan olehNya di muka bumi ini. Seandainya ada kebenaran sepertimana yang dicatatkan dalam gospel-gospel menurut Mattew, Mark, Luke atau John bahawa, Thomas adalah salah seorang yang dipilih sendiri oleh Jesus PBUH sebagai pengikut baginda...aku berpendapat kita juga perlu menghormati Thomas sebaris dengan para sahabat Rasullulah Muhammad sallallahia'alaihisalam. Cerita tentang mitos Thomas mengalahkan swami Hindu di sebatang sungai Palayur tu mungkin (aku ulangi "MUNGKIN" !!!) salah satu contoh "qaromah" yang dilakukan oleh Thomas dengan izin Allah. Sebab kalau kita rujuk dalam bible, pada waktu sebelum Jesus PBUH mengarahkan pengikutnya menyampaikan Injil kepada kaum Bani Israel...Jesus PBUH berdoa kepada Allah (a.k.a Eli dalam hebrew) agar diizinkan para pengikutnya itu diberikan kelebihan (seperti mengubati rasukan saka dan penyakit...rujukan Mattew 10:1) untuk menunjukkan kerasullan Jesus PBUH dan kekuasaan Allah semasa berdakwah.

Aku berpendapat, pada asalnya kedatangan Thomas ke bumi India juga sebenarnya bukanlah dengan niat untuk menyebarkan ajaran Jesus PBUH. Sejarah mungkin ada catatan yang lain, tetapi akal fikiran aku berkata...mungkin juga Thomas cuba lari menyelamatkan dirinya dari ancaman dibunuh oleh gerakan penyembah pagan pemerintahan Greek (atau Rom) setelah mengetahui saudara seangkatan beliau James anak Zabedee mati dipancung pada tahun 44M. Umum mengetahui, pada era selepas pemergian Jesus PBUH...ramai pengikut Jesus PBUH yang menerima azab seksaan dari penentang ajaran ketuhanan yang dibawa oleh Jesus PBUH.

Dan, ajaran agama yang disampaikan oleh Jesus PBUH adalah...tak lain selain ajaran mentauhidkan tuhan yang satu...iaitu "ISLAM" yang hanya mengaku tiada tuhan yang disembah selain "ALLAH".

Selebihnya, hanya Allah yang Maha Mengetahui...


Tuesday, July 26, 2011

PUJAan Hati Peminat

Blogging sebelum nie cerita pasal filem "Swades". Tiba-tiba aku teringat ayat dialog yang cukup femes dalam dalam filem "Pendekar Bujang Lapok".

"Lobang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku !!!"

Kalau sebelum ini aku pernah ceritakan tentang supe star Rajnikanth yang memiliki pengaruh yang cukup besar di selatan India sehingga diagung-agungkan setara dengan dewa bagi sesetengah peminat fanatiknya. Kali ini, aku kongsikan seorang lagi super star..."Amitabh Bachan". Siapa yang tak kenal kan...jangan kata di India, di Malaysia pun aku percaya ramai peminat aktor lama nie. Banyak filem-filem lakonan beliau memberikan kesan sehingga dikatakan ramai pelakong selepas era beliau terpengaruh gaya dan cara uncle Big B nie berlakon.

Ini bukan cerita rekaan...tapi memang berlaku di Kolkata. Ada kalangan masyarakat di Kolkata
Orang di Kolkata menganggap Bollywood superstar Amitabh Bachchan sebagai "TUHAN". Bukan setakat itu, malahan mereka telah pun mendirikan sebuah kuil yang terletak di bahagian selatan Kolkata. Masa aku baru sampai di India tahun 2008 dulu...memang kecoh sekejap satu India Amitabh Bachan jatuh sakit sampai dimasukkan ke ICU. Pengikut ajaran yang bertuhankan uncle Big B nie siap melakukan upacara 'api suci' yang dipanggil 'yagna' bertujuan mendoakan agar kesihatan tuhan mereka ini (Amitabh Bachan) dipulihkan segera.

Aku kurang pasti dari mana bermulanya ajaran nie. Kalau mereka menganggap Amitabh Bachan nie tuhan maknanya ajaran nie kira boleh dikategorikan sebagai agamalah kan ? Tapi, aku ada sedikit pelik...Kalau Amitabh Bachan tu tuhan...aku ada pernah juga terbaca yang Amitabh Bachan nie sendiri pernah ke kuil yang didirikan untuk menyembah dan bertuhankan Amitabh Bachan sendiri. Errr...takkan tuhan berdoa dan melakukan upacara ritual untuk diri sendiri ? Pelikkan...sampai peringkat itupun peminat fanatik superstar nie tak boleh nak fikir.
Kenapa Kolkata plak kuil nie...kenapa tidak di Punjab (tempat asal Amitabh Bachan). Hanya satu sebab...isteri die Jaya Bachan adalah seorang Bengal.

Kalau dibelek-belek berita, cerita, kisah, isu, apa-apa jerlah yang berkaitan dengan peminat-peminat fanatik super star Bollywood nie...macam-macam hal yang telah berlaku. Cerita Amitabh Bachan diangkat sebagai 'tuhan' nie hanya sebahagian jer benda pelik yang berlaku di India. Korang tahu tak ada banyak kes bunuh diri berlaku di India nie dari kalangan fanatik super star Bollywood...antara yang pernah aku baca:

Katrina Kaif: ada seorang mamat yang minat giler...fanatik dan perasan dirinya amatlah sesuai kalau jadi boy friend Katrina Kaif. Satu hari tu masa Kat nie buat promo kat shopping kompleks filem baru...mamat nie terjerit-jerit memanggil nama Katrina Kaif. Minah nie tak layan...may be tak dengar kot. Alih-alih esok kuar berita mamat nie bunuh diri siap ada nota katakan yang die terlalu kecewa sebab cintanya tidak kesampaian. Nasib baik muka mamat tu tak kuar berita...nak gak aku taw hensem sangat ker die...
John Abraham: ini berita yang si mamat John sendiri tak sanggup nak terima...masa die ngan kengkawan die buat promo filem 'Dostana' di Mumbai...satu pergaduhan telah berlaku hanya semata-mata nak berebut tempat area pali depan sekali kat pentas. Korang tahu sapa yang bergaduh nie...bukan kalangan gadis or aweks or girlz...Tapi, "LELAKI GAY" !!! Masalahnya...yang si gay nie menjerit-jerit minta John bukak baju...Haruslah mamat nie tak nak layan...

Kalau nak cerita bab sensasi hiburan di India nie macam-macam sebenarnya yang berlaku. Kalau yang kat Hollywood tu kadang-kadang. Aku nie kurang minat sikit nak membelek cerita artis-artis India. mana yang terbaca tu nantilah aku cerita lagi eh...

Monday, July 25, 2011

Filem Hindustan Mana Yang Paling Aku Suka

Walau pun aku nie agak lama dah duduk di negara India nie...Sebenarnya tak banyak filem hindustan yang aku tonton kalau banding dengan bini aku...die lebih keraplah. Mungkin sebab aku nie sibuk di pejabat tak der masa nak nak melayan filem-filem hindustan. Kadang-kadang tak sempat pun nak ikut perkembangan filem di sini. Setiap minggu pastinya ada filem baru yang akan masuk ke panggung.

Tapi, dalam banyak-banyak filem yang aku pernah tengok di sini...salah satu filem yang menjadi feverat aku adalah "Swades". Bukan sebab pelakon die Shah Rukh Khan. Tapi, cerita ini salah satu filem yang boleh korang jadikan pelajaran kalau nak tahu tentang India dengan lebih mendalam. Biasanya filem-filem hindustan kita selalu di sajikan dengan situasi kemewahan...kebanyakkan cerita Bollywood skang nie pun banyak yang di shot di luar negara.

"Swades" banyak mempertontonkan keadaan pedalaman India. Suasana keindahan perkampungan, budaya masyarakat luar bandar dan realiti keadaan India diperlihatkan dalam filem ini. Keinsafan boleh timbul dalam diri kita kalau betul-betul menghayati jalan cerita ini.


Filem ini antara filem yang kurang berjaya dalam senarai yang dilakonkan oleh super star SRK. Tetapi, pada aku...filem ini antara salah satu sebab yang membuatkan aku sentiasa mencari peluang untuk menjelajah kawasan-kawasan desa di India.


Kat bawah ini...subtitle lagu yang kat atas tu...maksudnya pun cukup mendalam sehinggakan aku sendiri terasa teramatlah rindukan pada ibu, ayah dan tanah air bila terkenangkan bumi Malaysia.

This country of yours is your motherland
And is calling out to you
This is a bond which can never break

How can you forget the scent of your earth
You can go anywhere but you'll always come back
In new paths, in every sigh
To your lost heart
Someone will say
This land of yours is your motherland

Life is telling you
You have achieved everything now what's left
Looks like happiness has been showered on you
But you're far from your home
Now come back oh crazy one
Where at least someone will call you their own
And will call out to you
That very same country
This land that is yours..

This moment has hidden in it
A whole century of life
Don't ask why, in the road
Has come a fork with two ways
You are the one who should choose the path
You should choose which direction to take
This very country

This country of yours is your motherland.

Kalau ada masa....cuba-cubalah tengok cerita nie eh...

Kenapa Hotel di India nie Mahal Sangat ?

Aku tak tahu nak jawab macam mana...Tapi, sememangnya hotel-hotel di India nie kalau dibandingkan dengan Kuala Lumpur...harga die boleh mencecah 10 kali ganda lebih mahal dari apa yang boleh kita dapat di Malaysia.
Ambil contoh New Delhi (bandar nie memang aku ariflah...), biasanya harga untuk low season kita boleh dapat dalam Rp. IND 7,500 ke 10,000 mungkin. Selalunya harga cam nie pada musim sebelum masuk musim panaslah. Tapi, kalau dah masuk musim kategori peak season (tak payah tunggu super peak season)...bilik standard untuk hotel 5 bintang boleh cecah sampai Rp. IND 12,000.00 semalam. Itu tak masuk breakfast tau. Bilik semata. kalau convert ke ringgit Malaysia lebih kurang dalam RM860.00 semalam.

Apa yang membuatkan harga bilik di India nie terlalulah mahalnya aku tak berapa pasti. Tapi, mengikut survey yang pernah dibuat...Antara faktor utama yang membuatkan harga perkhidmatan perhotelan di sini mahal berbanding bandar-bandar lain di dunia adalah kerana industri perhotelan di sini kekurang penawaran atau stok inventori bilik di sini terlalu terhad untuk menampung permintaan dalam pasaran. Malahan dikatakan juga, jumlah bilik di isni masih tidak mencukui untuk menampung permintaan domestik. Pada aku ini memang fakta...dalam pada harga bilik di sini mencanak tinggi mahal...Tapi, occupancy rate selalu tinggi. Susah nak tengok hotel-hotel di sini kosong. Sebabnya...antara kemampuan dan keupayaan orang tempatan sendiri untuk membayar harga yang mahal dan juga...ini suatu perkara yang menarik untuk aku bagi tahu korang...budaya orang sini- mereka kalau nak menunjukkan bahawa mereka adalah orang berada mana nak duduk kat hotel-hotel cokia nie...kena duduk 5 star. Baru ada class...tak mainlah duduk hotel low service nie. Sungguh aku kata...mereka lebih rela bayar mahal daripada kawan-kawan memandang rendah. Bab menunjuk-nunjuk kemewahan nielah antara salah satu faktor (yang tak masuk dalam survey) penyumbang permintaan yang tinggi dalam industri hotel di sini.
Tak payah tempah bilik...korang boleh tengok di restoran or cafe house kat hotel cukup...Kalau masuk lunch ker...dinner ker...or even breakfast pun penuh dengan orang die jer. Kalau hujung minggu, famili yang ada duit nie akan bawa segerombolan ahli famili makan di restoran. Tapi, tak boleh salahkan diorang pun nak menunjuk-nunjuk nie...bukan sebab budaya semata...kalau korang sampai ke sini...susah sebenarnya nak jumpa restoran yang sesuai untuk famili gathering selain hotel. Tak macam kita di Malaysia...melambak....kat sini agak kurang dan jarang boleh jumpa restoran yang berorientasikan kekeluargaan.

Cumanya, satu perkara aku perlu bagi tahu kepada yang akan menginap di hotel-hotel India nie. Kalau korang duduk di hotel 5 bintang di sini...Pengalaman penginap di hotel 5 bintang tu memang korang akan dapat rasakan. Lagi mahal korang bayar kalau duduk di sesebuah hotel tu...Korang dapat rasakan, duit yang dibayar amatlah sesuai dengan perkhidmatan yang akan korang terima di India nie. Bukan nak perkecilkan industri hotel kat negara sendiri...Tapi, aku dapati...kalau dibandingkan dengan hotel 5 star kita di Kuala Lumpur pun...India still much...much better in term of service yang akan kita dapat. Dari deco bilik...bantal yang disediakan...selimut...aksesori toilet...pekerja mereka...semuanya akan buat korang rasa amatlah berbaloi harga yang dikenakan. Bukan nak puji sangat...aku cuma nak sampaikan perbezaan apa yang ditawarkan oleh hotel di India nie berbanding dengan di negara sendiri...Aku ambil contoh paling simple...kalau kita check in di hotel 5 star di Kuala Lumpur...Kalau aku...bila masuk jer bilik aku akan masuk toilet dulu...apa aksesori toilet yang hotel bagi..cam sabun...berus gigi...syampoo...apa brand yang korang selalu dapat ? Kadang-kadang brand tahapahatah yang dibagikan...Kalau kat India...nah ko...korang akan rasa seronok. Selalunya hotel akan provide aksesori yang branded...Paling aku suka kalau yang menggunakan avurvedik toiletories nie. Mahal tu...Tak cukup dengan apa yang diberi...Korang leh request lagi kat house keeping kalau nak lebih...

Cuma kepada yang pertama kali akan check in hotel di India nie...janganlah terkejut dengan sistem keselamatan yang diamalkan di sini. Dari pintu gate nak masuk ke hotel....sampai ke pintu masuk ke dalam hotel...pengawal keselamatan akan check korang macam nak masuk parlimen. Bila dah masuk dalam hotel tu semua kira okeylah. Pada yang merokok, tanyalah dulu untuk mendapatkan bilik perokok.

Kalau nak duduk stay kat low or badget hotel pun ada gak...cumanya service dia pun bajetlah...Cuma kadang-kadang...hotel low badget pun harga die melampau...Tak kena langsung kalau dibanding dengan Seri Malaysia kita...at least Seri malaysia yang dikategorikan bajet hotel kat Malaysia tu better lagi...


Friday, July 22, 2011

Banyak ke Tempat You dah Sampai di India nie ?

Secara jujurnye...India nie terlalu luas dan besar kalau aku nak menjelajah...Sepanjang aku bermastautin di sini banyak gak lah bandar yang aku dah jengok di Indi Yeah nie.

Most tempat di India nie aku dapat jengok sebab kerja. Delhi of course ler tempat aku tinggal...bandar paling kerap aku pergi Kolkata di West Bengal. Antara sebab aku selalu ke Kolkata nie pun sebab makanan orang-orang bengal nie pada selera aku memang sedap. Kalau aku ke North east nie...kadanag-kadanag kerja aku memerlukan aku ke bandar kecil cam Ranchi, Jamshedpur, Patna, dan ada nama-nama bandar yang aku dah lupa nak eja cam ner.

Then, Punjab cam. 2 3 bandar di negeri yang selalu aku datang cam Chandigarh dan Ludhiana. Actually nothing sangatlah yang ada. Cuma, Punjab nie market yang bagus untuk buat business. Orang-orang di sini kaya..sangat mewah duit yang mereka ada. Pernah juga aku ke pekan kecil-kecil cam Moga, Bathindar, Patiala dan Jalandar. (tak tau aku ejaan tu betul ker tidak).

Kalau blah Uttar Pradesh (utara India), Lucknow, Varanasi dan Kanpur. Kalau ada peluang, bandar lama Lucknow korang mesti try makanan diorang nie. Perrrhhggg !!! Purely resepi Raja Moghul masih leh korang kecapi di sini. Kurma die lain sangat dengan apa yang aku rasa di New Delhi. Rasa daging kebab yang ada di sini pun lain...rempah dia buat korang menjilat jari bila makan.

Aku juga dah sampai ke Mumbai, Chennai, Shimla, Nainital, Bhubaneshwar, Jaipur, Udaipur, Hyderabad, Guwahati dan....? Entah ek...rasanya cam ada lagi kot...aku pun dah naik lupa dah. Sampai peringkat naik kapal terbang di India nie dah macam naik bas jer rasa nyer...Dah kerja aku nie banyak travel...so, adalah peluang nak tengok India nie lebih meluas. Rejeki aku di sini...

Tapi, sebenarnya masih banyak lagi tempat-tempat yang aku rasa nak explore kat India nie...apa yang aku tulis di blog nie pun base on pengalaman aku. Mana-mana yang mampu aku sampai aku kongsikan bersama.

Antara tempat-tempat yang dah ada dalam list aku untuk masa akan datang:

1. Khajoraho (hehehehehe...di sinilah terletaknya kuil Kamasutra sebenarnya...bukan apa, nak ambik gambar jer sebenarnya)
2. Goa (aku dapat tahu ada perkampungan Yahudi di sini...saja nak menambahkan ilmu dan pengetahuan)
3. Kerala (water back and massage...aku akan pastikan sempat merasa nie)
4. Leh dan Ladakh (diorang kata tempat nie masih dara tanpa pencemaran pembangunan dan saja nak experience kawasan gurun paling tinggi di dunia)
5. Mungkin akan bertambah lagi kot dari semasa ke semasa...

Kesimpulannya...aku nie bukanlah tahu segala-galanya tentang India...Mana yang dapat aku sampaikan dan korang rasa leh terima Alhamdulillah...mana yang aku sampaikan mungkin tak sama dengan apa yang korang ketahui or alami semasa berada di India nie...aku minta maaflah, kadang-kadang situasi dan masa masing-masing akan hadapi berbeza-beza. Anyway...itu pengalaman kan...

Thursday, July 21, 2011

Selamat ker Kalau nak Datang India nie ?

Ramai yang mula berasa India sudah tidak selamat untuk dikunjungi. Semuanya gara-gara kejadian bom di Mumbai baru-baru ini. Satu dunia tahu kejadian yang meragut ramai nyawa insan yang tidak berdosa. Bukan satu bom...tapi, tiga bom meletup menggegarkan bumi metropolitan Mumbai.

Takut...Bimbang...Gusar...Tak berani nak datang India !!! Perasaan ini pastinya timbul dikepala pada yang tidak mengenali senario semasa di India. Ibu bapa aku juga pada mulanya risau bila mengetahui tentang kejadian letupan bom tersebut. Aku suka bertanyakan kembali pada yang berasa ragu-ragu dengan keselamatan di India nie...

Apa definasi "SELAMAT" dalam kamus diri kita ?

Kalau kita berjalan-jalan di Kuala Lumpur sekarang...dari berita-berita yang aku baca di on line...banyak juga kejadian ragut berlaku di kawasan awam. Perhimpunan yang menggelarkan diri mereka "BERSIH"...telah menyebabkan persepsi masyarakat dunia mula menyamakan Malaysia dah sampai tahap sama dengan politik di Thailand. Kejadian samun juga aku dapat tahu makin menjadi-jadi di Malaysia. Apakah negara kita selamat ? Apakah India lebih teruk dari Malaysia ?

Pada aku, kalau kita nak kemana-mana sekali pun...janganlah elemen keselematan itu diambil mudah. Tak kira samada India atau di mana-mana sekali pun. Nasihat aku, jangan takut dengan apa yang korang baca atau dengar. Perkara paling penting, kalau datang ke India nie...kita perlu tahu bagaimana nak menghindarkan diri dari terlibat dengan perkara-perkara yang tidak di ingini. So, aku kongsikan beberapa tips berjaga-jaga sebagai panduan kepada mereka yang nak datang ke India nie...Walaupun apa yang aku berikan ini bukanlah boleh menjamin korang dari terjebak dengan kejadian-kejadian yang tak di ingin...Tapi, Insya'Allah...inilah yang aku lakukan sebagai langkah-langkah berjaga di bumi yang penuh dengan berita sensasi.

1. Waktu untuk bershopping.

Kalau korang teliti...kebanyakkan kejadian-kejadian bom yang berlaku di India nie akan terjadi antara pukul 1 hingga 3 petang...atau 5 petang ke 8 malam. Jadi, kalau berhajat nak pergi membeli belah tu...cuba elakkan waktu-waktu nie. Kedai-kedai di India (New Delhi khususnya) dah mula dibuka seawal jam 11 pagi. Jadi kalau korang rasa nak beli barang tu...eloklah datang seawal mungkin ke kedai yang SUDAH DIKENAL PASTI. Terutamanya kalau melibatkan kedai-kedai yang terdedah di kawasan lapang (dalam hal ini aku maksudkan bukannya shopping mall). Mana cukup time kalau nak shopping sejam dua jer ?!!! Betul...aku tak nafikan. Tapi, atas dasar keselamatan mana lebih penting...shopping atau bombing ? Aku juga tak nasihat untuk korang pergi window-window shopping kat kawasan kedai yang terdedah nie...Risikonya masih ada. Terutamanya pada musim perayaan...semasa tempoh sambutan Hari Republik India, Hari Merdeka India, Deewali dan Krismas inilah musim-musim perayaan yang selalunya berlaku kejadian-kejadian berdarah. Bila tiba musim perayaan nie, kawasan shopping cam Sarojini, babu Market, Connought Place, Karol Bargh dan Khan Market selalu akan diletakkan dalam kawasan high alert.

Biasanya, waktu lunch hour atau waktu orang balik dari pejabatlah feverat pengganas nak buat kerja jahat mereka di India nie.

Bercakap tentang waktu nie juga, korang kena alert dengan berita semasa. Kalau ada amaran berjaga-jaga atau terdapat berita yang menceritakan pertelagahan puak-puak tertentu...Eloklah berjaga-jaga.

2. Lokasi lawatan.

Kalau korang kemana-mana, samada shopping atau tempat beribadat...cuba buka mata luas-luas...perhatikan sekeliling. Perkara utama dalam hal nie, kenal pasti samada lokasi tu banyak polis ke tidak. Pengganas biasanya akan mensasarkan kawasan yang banyak polis tapi sasaran utama mereka bukan polis...mereka lebih menjurus pada kawasan awam yang mana orang ramai tidak akan sedar dimana bom itu diletakkan.

Dalam hal ini, aku nasihatkan...kalau berjalan-jalan...cuba elakkan dari menghampiri tong sampah, rumah tempat letak sampah, kawasan tempat letak motorsikal dan kedai makan yang meletakkan tong gas di luar kawasan kedainya.

3. Nombor tepon High Commission

Ini perkara yang selalu sangat diambil mudah oleh rakyat Malaysia kalau pergi ke oversea...jangan lupa untuk catitikan nombor pejabat Pesuruhjaya Tinggi atau Consulat General kita di India nie. Jangan nanti kalau dah terjebak baru terhegeh-hegeh nak cari. Nampak cam tak penting...tapi, aku nasihatkan kalau dah kat negara orang...sapa lagi nak tolong kalau bukan mereka-mereka nie...Ingat...kalau jadi apa-apa kat India nie...birokratik di sini cukup kuat. Tak der sapa boleh lawan unless kalau korang rakyat US or UK or Israel tu lain lah...

Kalau berjalan-jalan di India nie...tak payahlah nak bawak passport tu ke hulu hilir...Cukup kalau korang bawa photostat tang muka depan dengan Visa. INGAT !!! kalau hilang duit ngan kad kredit tak per lagi...kalau passport hilang...korang leh hilang akal nanti di sini. percayalah...

4. Local phone.

Kalau korang pakai handphone line telco Malaysia...make sure korang bukak roaming international. Kalau pakai local India nye line...yang prepaid tu...isi banyak-banyak sikit. Mana tau kalau emergency nak call orang kampung. Aku ingat juga, selalunya kalau ada kes bom-bom nie...India nie macam ada teknologi untuk sekat semua line kat kawasan sekitar yang terlibat dengan kejadian bom. Aku cerita nie base on pengalaman aku juga masa 2008. Lima bom meletup dalam tempoh setengah jam...alih-alih handphone aku tak der coverage. So, elok juga stand by sim card Malaysia kalau ke India nie...Bawak jer...

Lain-lain tu doa dan sentiasalah letakkan diri kita berjaga-jaga. Macam aku beritahu kat atas...tak semestinya di India nie...dimana-mana sekalipun kita perlu letakkan diri kita senantiasa berjaga-jaga bila di negara orang.

Wednesday, July 20, 2011

Khurafat Sebagai Tarikan Pelancongan

Tajuk blogging kali ini agak keras sikit bunyinya. Tapi, pada aku...aku cuma memberikan peringatan kepada yang ingin ke India agar lebih berhati-hati apabila melawat sesuatu tempat di sini. Bukan niat aku untuk memperlekehkan akidah saudara Muslim aku di sini. Cuma kadang-kadang, aku berasakan penduduk di sini akan meletakkan adat dan budaya lebih tinggi dari tuntutan syarak. Sehinggakan beberapa perkara yang pada pandangan aku sudah terang boleh dianggap khurafat dan syirik masih diamalkan dalam kegiatan seharian mereka.

Salah satu tempat yang aku maksudkan dan aku ingin kongsikan pada yang sudi membaca adalah Dargah Shariff Hazrat Khwaja Muinuddin Chishti yang dianggap kawasan suci dalam bandar Ajmer. Ia adalah antara salah satu tempat yang dinggap paling suci untuk beribadat di India bukan hanya untuk umat Islam tetapi juga untuk orang-orang agama lain yang memegang kepercayaan ketuhanan (samada Hindu, Kristian, Jain, Bahai, dan lain-lainnya).

Ajmer terletak 135 kilometer (84 batu) dari bandar Jaipur. Kalau naik kereta ambil masa dalam tiga jam. Sebenarnya pada suatu ketika dahulu, Ajmer ni adalah suatu negeri yang mempunyai pemerintahannya yang sendiri. Selepas India mendapat kemerdekaan dari British, Ajmer diletakkan dibawah memerintahan Rajasthan.

Apa yang buat Ajmer nie femes ?

Semuanya kerana pada suatu ketika dahulu di Ajmer nie ada seorang sufi (kalau tempat kita setaraf dengan insan yang diangkat sebagai wali) bernama Saheb (macam kita di Malaysia ada golongan Syed) Khwaja Moinuddin Chishti. Beliau berasal dari Chishti, Afganisthan (Moinuddin tu nama dia…Chishti tu tempat kelahiran die…) dan dikatakan berketurunan Muhammad Rasullullah melalui susur galur Jaafar as Siddiq. Beliau terlalu diagungkan kerana berpegang pada prinsip keIslaman 'semangat hidup aman dan harmoni, menikmati kehormatan sejagat dan ketaatan’ sejak dari mulanya menetap di atas tanah Hindustan. Beliau juga dikatakan datang ke India selepas menerima mimpi (dari cerita rakyat tempatan mereka kata beliau bermimpikan Rasulullah datang dalam mimpinya) supaya mengembara.

Kehidupannya yang dikatakan simple…menyayangi anak yatim…sering mambantu penduduk setempat…malahan, dikurniakan kebijaksanaan sehingga mampu memberikan pandangan kepada pemerintah untuk mentadbir kawasan Ajmer dengan lebih baik. Penduduk setempat di Ajmer juga mengatakan bahawa, Moinuddin Chishti memiliki keajaiban (aku percaya dalam hal ini istilah sebenarnya adalah “karomah”) dalam membantu penduduk setempat. Aku tak dapat pastikan apakah bentuk keajaiab yang dimaksudkan. Tapi, penduduk di sini cukup mengkagumi insan ini kerana sifat-sifat mulia yang ditunjukkan beliau. Tidak ketinggalan, orangnya warak dan berpegang teguh pada ajaran Islam.

Apabila, Moinuddin Chishti meninggal dunia…jasad beliau dikebumikan di sebuah kawasan yang dipanggil Dargah terletak di kaki hujung utara bukit Taragarh. Darjah nie lebih kurang macam kawasan tempat pemakaman kubur orang-orang yang penting dalam sejarah kawasan tu…Lebih kurang maksudnyalah.
Cuma apa yang aku nak bagi tau…dekat kawasan bersemadinya Moinuddin Chishti nie…ada lagi kubur lain yang disanjungi oleh masyarakat setempat. Kubur Buland Darwaza (korang googlelah sendiri), yang telah dibina dengan derma Sultan Ghyasuddin Khilji Mandoo yang memerintah daerah Ajmer pada 1469-1500 SM.
Okeylah...cukup-cukuplah kita cerita pasal insan sufi dan kubur nie...Aku cuma nak kata, kalau ada rezeki korang sampai ke sini...cukuplah sekadar dengan menyedekahkan surah al-Fatihah buat roh yang bersemadi di sini. Bersolat sunat di masjid yang ada berhampiran dengan makam nie. Kalau rasa nak menderma berilah seikhlas hati. Jangan lebih dari itu. Jangan terpengaruh dengan penduduk di sini. Korang pasti akan berjumpa dengan individu yang akan meminta korang ke makam tersebut dan nyatakanlah hajat korang. Tak lupa mereka akan minta korang bagi sumbangan duit kat tabung atau tabur jer dekat dengan kubur tu.

Aku paling terkejut dengan beberapa individu yang menggelar diri mereka sebagai muslim tetapi membenarkan amalan khurafat dan syirik berlaku berleluasa di sini. Aku tak der masalah kalau orang nak melawat kubur dan bersolat di masjid yang berdekatan dengan makam-makam yang berhampiran di dargah nie. Cuma bila dibenarkan sesiapa (tak kira siapa pun) yang nak bernazar atau membawa hajat atau berhajat dihadapan kubur...dengan cara dan kaedah agama atau ikutan masing itu yang aku tak boleh terima. Yang hindu berhajat cara mereka...yang muslim pun ada juga berhajat...yang kristian pun ada (siap tabur duit syiling banyak-banyak lagi) dan macam-macam lagi peel leh tengok di sini. Tak cukup dengan itu, ada yang bakal naik haji atau sebelum ke Makkatul mu Karramah pun akan memastikan mereka naik haji di Ajmer dulu sebelum mengerjakan rukun Islam yang kelima ini. Tepuk dahi kejap aku...

Sampai peringkat...ada kalangan ahli sukan (terutamanya yang main kriket) siap minta tolong dari kubur tu untuk memenangkan pasukan mereka dalam perlawanan besar yang akan mereka hadapi. Artis bollywood, jangan cakaplah...hampir setiap kali filem masing-masing nak kuar mesti ada muka femes yang muncul di Ajmer. Tak kira agama...semua muncul...kalau hajat mereka tercapai...siap datang lagi...nah...penjaga yang mengurus dargah pastinya kaya kalau ada VIP or VVIP or artis nie hajatnya tercapai. Na'uzubillah...

Aku kadang-kadang macam tak percaya mereka melakukan kerja kurafat di makam salah seorang waris Rasullullah...Tapi, hakikatnya itulah yang berlaku di sini. Paling sedih juga ada yang mengambil kesempatan. Jual tangkal...kain...buat azimat katanya. Tah mana-mana tali diorang amik pun aku tak tau...

Masalah di sini bukannya dah tak der ulama yang menegur...Tapi, mereka dah seakan tak mampu nak melarang kerana ada kuasa politik setempat yang menggalakkan aktiviti syirik nie. Ada yang kata kalau dihentikan segala amalan khurafat dan syirik ini...bandar Ajmer nie nanti tiada pengunjung dan sumber ekonomi setempat akan terjejas teruk. Ramai yang akan menganggur...ramai yang akan melarat...

Kubur menjadi punca rezeki mereka di sini...Yang paling penting kalau ada yang bercadang untuk ke Ajmer...harapnya beringatlah. Jangan sampai kita terpengaruh dengan dakyah penduduk setempat.

Aku hanya mampu mengingatkan saja...

Tuesday, July 19, 2011

Susah lah nak makan kat India nie...

Errr...aku tak tau entah ye atau tidak dakwaan tu bagi orang Malaysia yang sampai ker sini. Sepanjang aku di sini Alhamdulillah...aku tak menghadapi masalah makanan di sini. Mungkin selera masing-masing lain kot yang buat ada sesetengah mereka yang sampai ke sini tak lalu nak makan masakan orang sini. Memang aku akui...ada kawan-kawan aku yang tak tahan dengan bau rempah di sini. Kebanyakkan rempah yang di gunakan di sini agak kuat baunya.

Apa yang selalu aku cadangkan pada yang susah sangat nak makan makanan rutin orang India nie...aku suruh jer diorang gi KFC !!!
Dah susah sangat nak telan makanan sini kan...So, alternatif dari aku...korang cari jer KFC. Kalau korang ker Mumbai or Pune...Restauran KFC di sana kebanyakkannya diusahakan oleh KFC Malaysia. Blogging kali nie bukanlah niat nak tolong promote KFC...Cuma sekadar aku mencadangkan sahaja kalau dah terdesak tak tau nak makan apa kat India nie...so alternatif nak mengalas perut masih ada...

Dalam banyak-banyak restaurant fast food yang ada di India nie pun...Aku hanya boleh cadangkan KFC sahaja setakat ini yang dijamin HALAL. Selebihnya aku agak ragui. Kalau kat area yang aku tinggal di New Delhi nie. Aku selalu dapat lihat...individu yang bekerja di dapur diorang adalah kalangan remaja muslim (base pada tag nama diorang yang dapat aku lihat lah...). KFC India juga pernah keluarkan iklan yang mengatakan bahawa ayam yang dibekalkan di restauran mereka adalah diambil dari pembekal muslim dan disahkan halal oleh agensi or NGO Islam dari India.
Malahan aku juga sempat berjumpa dengan CEO dari wakil KFC Malaysia nie (die base kat Mumbai). Dia sendiri mengesahkan bahawa ayam dari KFC di India nie diakui halal. Tambah lagi...ada juga pembekal yang sudah diakui oleh pihak JAKIM kita. So, lagilah kami yakin untuk makan di KFC sini.

Cuma aku nak ingatkan kat korang...kalau pergi ke restauran KFC di India nie...janganlah kita expect diorang nyer servis sama macam di Malaysia. Kalau tak kena gaya...korang leh naik menyirap dengan cara diorang melayan korang. Malahan, mana-mana fast food servis di India nie pada aku susah sangat nak di klasifikasikan sebagai fast food.

Kalau kita di Malaysia...bila ambil order makanan di fast food...yang tukang terima order dari kita tulah tukang key in dalam mesin kira...die jugalah yang akan ambil makanan kita...die jugalah yang akan isikan air minumamn kita...pendek kata segala-galanya mampu diuruskan dengan seorang pekerja..."multitasking". Tapi di India nie...korang kena bersedia...yang ambil order orang lain...die akan suruh somebody ambil makanan yang di order oleh pelanggan...dengan siap ada tukang tekan mesin air tu pun orang lain. Tiada elemen "multitasking" dalam kamus pekerja fast food di sini. Ia lebih "specialisation"...macam kilang...kalau kat Key El, mungkin kita perlu berdiri hanya dalam masa 5 ker 7 minit...Tapi, kat India nie aku pernah menunggu lebih 15 minit !!!

Aku pun sebenarnya agak jarang makan KFC kat restauran diorang. Selalunya aku cuma buat delivery order jer...Lagi senang...lagi cepat aku rasa walaupun ambil masa dalam 30 minit. Tapi, sambil-sambil nunggu KFC nie sampai kita leh buat kerja lain...Tau-tau jer dah sampai. Bab delivery order di India nie aku cukup tabik...Mereka memang akan deliver apa yang kita order dalam amasa yang dijanjikan. SEBAB, kalau order yang dibuat sampai lebih dari masa yang dijanjikan...kita tak payah bayar...So, makan free ler...

Kalau korang ke KFC di India nie...jangan lepaskan peluang untuk merasa makanan vegiterian dari KFC...Aku rasa dalam banyak-banyak restauran KFC di dunia nie...hanya India jer kot yang ada KFC veg...

Cerita tentang produk makanan fast food berversi vegiterian nie...aku pernah tanya jugak kat orang KFC di India. Macamana diorang leh survive di kawasan yang memang diketahui di huni oleh penduduk yang dikenali sebagai bangsa yang hanya makan tumbuh-tumbuhan nie...Korang tau apa jawapan die..."Yang vegi nie cuma orang-orang oldtimer jer...But, kebanyakkan youngster bukannye nak ikut sangat orang tue mereka...Kat rumah jer vegi...bila keluar jer dari area, semua die bedal".

Jangan terkejut kalau aku kata...budaya makanan fast food di India nie baru jer dikalangan orang di sini dalam 5 tahun kebelakangan nie. Sebab tu aku dulu agak terkejut bila lihat tabiat mereka nie kalau datang ke restauran KFC nie siap boleh panggil staf restauran nak ambil order dari meja makan yang diorang duduk...Betul...sampai hari nie masih boleh dilihat peel nie...Kelakar pun ada...Kesian pun ada...Paling buat aku pelik...ada golongan vegi nie yang suatu ketika dulu buat protes kepada restauran-restauran fast food KFC, McD, Pizza Hut dan lain-lain atas dasar dikatakan kemasukkan restauran fast food di pasaran India ini menggalakkan ramai kalangan penganut agama atau ajaran yang hanya membenarkan makan vegi pada pengikutnya menjadi manusia karnival. Kewujuddan fast food di India dikatakan akan menimbulkan keinginan kalangan golongan vegi untuk mencuba makanan maging.
Jadi...kalau ke India..Jangan risau bab makan nie...Masih ada penyelesaiannya...Susah-susah kalau dah muak dengan KFC...Korang jadi jer vegitarian...Confirm selamat dari kebuluran...

Monday, July 18, 2011

Best ker Nainital nie bro ?

Terima kasih pada yang sudi membelek blog aku nie. Secara jujurnya...aku juga menghargai email dari kalian yang menghantarkan pertanyaan kepada aku.

Ada yang bertanya pada aku..."Dah sampai ke Nainital ker ?"..."Best tak Nainital nie ?".

Alhamdulillah, aku dah sampai ke Nainital nie...Nainital nie terletak kat negeri Uttarkhand...Blah utara timur India. Aku cuba berikan pendapat jujur aku pada yang membaca. Sebab aku tak nak nanti dikatakan memberikan gambaran yang salah pada yang berhajat untuk ke sana nanti.

Ikhlas aku kata (berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku)...Nainital nie hanya untuk mereka yang rasa nak relaks semata-mata tanpa berhajat untuk melakukan aktiviti selain dari merelaks kan kepala.
Kawasan pelancongan tanah tinggi ini memerlukan korang drive (kalau berkeretalah) dari Delhi selama sekurang-kurangnya 6 jam. Kalau bawak relaks mungkin lebih dari itu. Sesampai jer ke pekan kecil Nainital...korang dapat lihat tasik besar di tengah-tengah pekan kecil nie.
Masa aku ke Nainital dulu aku duduk di Hotel Shirvani (cam gambar kat atas nie)...hotel nie atas bukit. Suhu di Nainital kalau musim panas pun akan bermain sektar 16 ke 22 darjah celcius. Kalau musim sejuk...hampir seluruh daerah di kawasan Nainital akan diseliputi salji.

Best ker tempat nie...macam aku katakan awal-awal tadi...Nainital pada aku hanya sesuai pada yang ingin merelaks kan diri semata-mata. Tak mahu digangu dengan bunyi bising...kalau rasa nak larikan diri dari bahang panas. Ini memang tempatnya. Tapi, kalau korang expect nak berjalan-jalan...aku rasa Cameron Hinglands kite lebih interesting (walaupun ada kata dah tak sesejuk seperti suatu ketika dahulu). Pada aku, pekan die saja dah tak memberikan apa-apa yang bermakna untuk aku kongsikan. Masa aku sampai ke Nainital dulu...hampir sahaja aku mengeluh menyesal bawa anak bini aku ke sini. Malam...langsung tak bleh nak buat apa...

Habis kuat...jalan-jalan ke pekan nainital...naik kereta kabel ke ski stesen...kalau minat nak berdayung sampan tu pergilah ke tasik...lain-lain ? Aku banyak habiskan masa di hotel relaks...sambil minum teh...merelakskan keserabutan kepala otak seketika...

Cuma kalau rasa nak main salji...mungkin Nainital boleh korang jadikan satu alternatif. Kalau datang lepas Disember...Nainital sememangnya jadi tumpuan penggemar ski samada orang tempatan mahupun warga negara asing. Kalau korang datang pada musim panas...aku rasa cam nothing jer bandar nie...Unless kalau yang minat bergambar tu...maybe Nainital boleh jadi satu kelainan pada yang hard core kerja amik gambar nie. Terutamanya yang suka ambil gambar eco nie...dari burung ke bungaan. Bukit dan bangunan. Banyak shot yang boleh diabadikan.

Nainital sebenarnya adalah bandar lama peninggalan era penjajahan British. Ia juga merupakan kawasan percutian para pegawai British yang bertugas di India suatu ketika dahulu. Kalau sampai ke sini...banyak bangunan lama yang masih berfungsi sepertimana digunakan pada era pemerintahan British dahulu. Banyak juga filem-filem hindustan lama yang dirakamkan di sini dolu-dolu kala.

Kesimpulan dari aku- Nainital sangat sesuai pada kalangan yang nak tinggal lama di tanah tinggi...pada yang suka membaca...nak cari idea...berkarya...atau mencari ketenangan.

Thursday, July 14, 2011

How do You Find India ?

Soalan yang selalu di tanya oleh orang India mahupun kengkawan dari Malaysia yang aku jumpa di sini. Sepanjang aku berada di bumi India nie...memang banyak kenangan manis, pahit, cuak, geram, macam-macam ada.

Terus terang sewaktu masa aku sampai di India...ayat pertama yang keluar dari mulut aku..."Ya Allah !!! tabahkanlah jiwaku ini...kenapalah aku diarah ke mari dan tinggal di sini untuk sekurang-kurangnya empat tahun ?!!!" Serius...aku mengeluh. Dengan cuaca panas yang aku tak biasa (tak macam panas Malaysia...masih lembab. Kalau berangin tu sepoi-sepoi sejuk membelai muka). Aku sampai pada musim panas...panas terik...naik pening kepala aku. Paling azab...maaf kata...hari kedua aku sampai dah kena cirit birit. Seksa ooo...

Pergi pasar...tuhan saja yang tahu. Lalat berkerumunun sana sini. Paling buat aku sakit kepala...Bunyi "horn" yang membingitkan telinga. Aduh...penin...penin...Pandangan mata plak sering kali di sajikan dengan adegan jijik kencing berdiri sana sini kalangan lelaki di sini. Tak cukup dengan itu, kadang-kadang pagi-pagi nak ke pejabat aku terrrrrnampak perempuan pun sama gak mencangkong kat semak. Aduh...masih ada lagi tabiat cam nie di zaman IT skang nie.

Nak buka akaun bank pun satu hal...banyak borang nak kena isi. Dah tentu aku nie akan menjadi pelanggan tetap bank tu...pun kena tunggu nak kena approval, walaupun surat dari kedutaan kita aku dah bagi. Tak cukup dengan itu, korang tau tak...nak beli tong gas kat sini bukannya senang. Kena ada inspection kat rumah lah...Nak kena kasi passport lah...paling akui terkejut...gambar pun kena kasi gak...Pelik tak ?

Anyway, semua tu aku harung...dalam empat bulan jugaklah aku nak adjustkan diri dengan situasi di sini. Aku amik masa enam bulan untuk membuatkan jiwa aku kenal apa itu India. Setelah semua dah jadi biasa...aku rasa seakan-akan sudah immun dengan semua tu... Bau busuk...pandangan mata...budaya maki hamun India...macam-macam lagi yang tak pernah aku buat di Malaysia dah jadi kebiasaan di sini.

Lama-kelamaan...terus terang aku katakan...India ada keunikan yang tak pernah kita alami di Malaysia. Kalau kita ada kehendak nak explore India dengan lebih jauh...macam-macam benda...ilmu...dan pengetahuan yang dapat ditimba.

Contoh: korang tahu tak orang di sini masih gunakan najis tinja yang dikeringkan untuk memasak ? Sungguh bio teknologi...walaupun nampakk macam terkebelakang...tapi mereka kata...masakan yang dimasak dengan tenaga bio nie lebih senang di gunakan dan masakan lebih sedap.

Sejak datang sini...baru aku tahu India merupakan pengeksport terbesar cotton di dunia. Kalau di Malaysia sapa yang pakai baju kain linen nie nampak hebat...Kat sini, orang yang memandu auto tu selamba jer pakai linen. Aku sendiri pun dan tak tau berapa banyak kain linen aku beli. Murah sangat di sini.

Aku juga perasan...satu perkara yang kena jaga-jaga kalau bermastautin di sini...Kita cukup senang untuk mendapat penyakit darah tinggi atau diebetis.

Kena darah tinggi sebab tak tahan dengan peel orang-orang di sini. Boleh membuatkan kita asyik nak marah ajer hari hari...Pulak tu, kalau diorang nie kita sumpah seranah macam mana pun...die buat muka selambar dek...lagilah naik hangin kadang-kadang. Betul...kalau tak sabar dengan kerenah orang di sni...memang senang kena darah tinggi...Aku selalunya kalau dah nak naik marah tu...selalulah anggapkan semua tu lawak bangang orang sini untuk hiburan hati...kalau tak dah lama aku kena darah tinggi...

Kencing manis...makanan di sini kebanyakkannya akan gunakan ghee...tang manisan plak memang manis sungguh...sedap-sedap pulak tu...kalau tak jaga pemakanan memanglah senang kena..

Kalau aku nak kongsikan pengalaman aku di India nie...memang banyak.

Apa yang aku leh kongsikan...aku sampaikan...banyak juga aku terima email dari rakan-rakan baru bertanyakan tentang India nie...aku cuma boleh katakan di sini...aku tak der masalah langsung untuk melayan sapa-sapa yang bertanya. Aku alu-alukan. Mana yang boleh aku bantu...aku bantu...mana yang boleh aku sampaikan...aku sampaikan berdasarkan pengalaman aku...Cumanya kalau korang nak minta tolong booking kan hotel or transportion nak travel di sini...Maaflah, aku tak buat kerja tu semua...kalau nak ajak temankan shopping tu Insya'Allah...kalau ada kelapangan mana yang sempat aku leh tolong temankan (dah biasa sangat dah temankan orang Malaysia shopping di sini).

Aku juga mengalu-alukan sebarang pertanyaan dari sesiapa sahaja yang memerlukan kepastian sebelum sampai ke India nie...Jangan malu...jangan segan...just email jer kat aku...mana yang boleh di bantu aku akan cuba sedaya mungkin...Insya'Allah...

Wagar Border:Sempadan India dan Pakistan

Kalau korang sampai ke Punjab...ada eloknya kalau plan sekali untuk ke Wagar Border. Persempadanan antara India dan Pakistan. Pintu masuk dari India ke Pakistan dari tanah Punjab. Di sini, setiap hari...setiap petang...pesta antara warga India dan Pakistan menyatakan sokongan semangat patriotik mereka terhadap negara yang mereka cintai.

Apa yang menariknya di sini...?


Setiap petang...bila tiba jam 4.30 petang. Penonton yang hadir boleh menyaksikan upacara penutupan pintu masuk antara India dan Pakistan dilakukan. Tradisi upacara penutupan pintu ini sudah berlangsung semenjang kedua-dua negara berpisah dan menikmati kemerdekaan dari penjajahan British.

Upacara akan dimulakan dengan ketua komandan memberikan arahan kawad untuk menurunkan bendera masing-masing. Bilah strompet berbunyi...Nah...kalau korang ada di sini...gaya kedua-dua anggota beruniform dari kedua-dua negara akan berjalan kawad yang pada pengamatan aku mereka bukan berjalan...tapi dah macam berlari pun ada. Dengan muka sombong...garang...tanpa senyum...Bila dah sampai ke betul-betul atas garisan sempadan kedua-dua negara...nak dekat dengan tiang bendera...Ini adegan paling femes di dunia...Yezza...adegan-adegan kawad angkat kaki sampai cecah dada. Fuh...memang sombong...kalau India hentak kaki kuat-kuat...tang Pakistan akan lagi kuat...mereka berkawad menurunkan bendera masing-masing. Aku dok membayangkan macamana askar-askar nie jaga tulang belakang mereka.


Paling best...kedua-dua tentera siap beruniform tradisi ini akan menurunkan bendera masing-masing sebelah menyebelah jer. Tapi...cara diorang melipat bendera takderlah tertib sangat masa tu...dalam masa yang sama masing-masing menyombong. Macam nak bertumbuk gayanya.


Selesai melipat bendera...ini adegan yang agak memeranjatkan aku...Seorang pegawai tentera dari kedua-dua arah akan menutupkan pagar sempadan masing-masing. Korang tahu tak...cara diorang tutup pagar dah macam nak menghempas pagar. Gedegang !!! Serius garang giler...main hempas jer...Bila pihak India hempas pagar kuat...yang disebelah Pakistan akan buat lagi kuat.

Dikatakan, pada asalnya dulu-dulu tak derlah adegan garang-garang nie dari kedua-dua pihak. Tapi, tak tau sapa mulakan dulu...bila satu side dah start dengan kawad sombong angkat kaki tinggi-tinggi. Nah, sudahnya...kedua-dua belah pihak nak tunjuk hebat. makin sorang tinggi...Lagi tinggilah sorang lagi katanya.

Sepanjang upacara ini...dari side India akan menjerit "Jai Hind !!!", yang di sebelah Pakistan plak "Zindabad !!!". Siap dengan ada ketua sorak lagi tu...Di hadapan grand stand tempat duduk penonton...akan ada seorang yang memberikan arahan pada penonton supaya sama-sama menjerit dan bersorak. Perhhhggg !!! dah macam tengok kriket pun ada.

Upacara ini berlangsung tak lama pun...dalam 10 ke 15 minit jer...tapi, selepas upacara tu akan ada macam pesta...Muda-mudi akan dibenarkan menari joget bangra...suasana berteriak dan melaungkan slogan masing-masing akan berterusan sampailah hari dah masuk nak gelap.

Bagi yang rasa nak ke Wagar Border nie...korang aku nasihatkan datang awal...kalau rasa nak duduk kat tempat yang membolehkan korang amik gambar...elok letakkan tripod tu awal...kalau lambat...boleh berebut-rebut nanti. Tempat tak banyak...yang nak tengoknya ramai.

Mengikut kawan-kawan aku di Punjab. Sememangnya mereka dari kedua-dua pihak akan memperlihatkan kegarangan, kemasaman, kesombongan dalam upacara nie. Konon-kononnya sentimen tergurisnya India pada Pakistan yang keluar dari India masih wujud dalam diri masyarakat India. Yang Pakistan plak, kalau orang dah jual mahal...kite belilah dengan lebih kurang jer. Kalau korang tengok kat youtube...askar Pakistang lagi garang style diorang. Macam nak ajak gaduh pun ada.

Cumanya kalau nak ke sini...korang terpaksalah menginap semalam di mana kat Punjab nie...kalau datang semata-mata nak tengok upacara nie...ramai yang kata berbaloi...ada juga yang menyesal...dah sampai ke sini...mungkin Amritsar boleh lagi pilihan untuk dilawati.

Wednesday, July 13, 2011

Mumbai Bergegar lagi

Petang semalam, satu India dikejutkan dengan berita bandaraya Mumbai bergegar dengan tiga letupan bom di tiga kawasan dalam masa kurang setengah jam.

Kalau mengikut kenyataan berita dari Menteri Dalam Negeri, agensi-agensi intelligence India tidak punya maklumat risikan akan berlakunya kejadian bom tersebut. Ketiga-tiga kejadian bom semalam dikatakan, serangan bom pengganas paling buruk sejak 2008 oleh militan Pakistan. Dalam usaha dialog antara kerajaan India dengan Pakistan sedang dijalankan, kejadian bom ini dilihat sebagai helah untuk mengalihkan perhatian usaha bagi merapatkan jurang percanggahan antara kedua-dua negara.

Pada waktu aku menulis blogging ini, dilaporkan seramai 23 kematian dan 131 cedera. Dalam satu sidang akhbar Menteri Dalam Negeri, Chidambaram melaporkan bahawa "Orang yang melakukan serangan bom ini mungkin yang bekerja dalam cara yang haram, mungkin kumpulan yang sangat kecil yang tidak berkomunikasi antara satu sama lain." Beliau berkata adalah terlalu awal untuk menunjukkan angka di mana-mana kumpulan tertentu, tetapi berkata serangan yang dibuat secara tersusun ini mungkin boleh diandaikan sebagai bermotifkan balas dendam kepada pihak polis atas kejadian penangkapan militan, termasuk ahli-ahli Mujahideen India, dan mungkin beberapa kumpulan tempatan yang mempunyai sokongan daripada militan di Pakistan.

Paling mengejutkan aku, nama Malaysia disebut plak dalam sidang akhbar ini..."Serangan bom ini merupakan yang terbesar oleh pihak yang dilabelkan sebagai militan di Mumbai sejak 2008 menyerang membunuh 166 orang, ia berjaya menimbulkan ketegangan dengan negara jiran dan mungkin akan menjadikan Malaysia sekali lagi sebagai pusat persinggahan mencari perlindungan sementara".

Rata-rata semua akhbar utama di India memaparkan berita letupan yang berlaku semalam..."Diserang. Sekali lagi," kata Hindustan Times. "Kami Semua Duduk Itik," kata Economic Times. Dari kaca mata pengamatan aku...ada beberapa perkara yang tidak kena dengan letupan ini...aku bukanlah nak bersangka buruk. Tapi, setelah bermastautin di India...aku rasa mula memahami beberapa perkara yang aku rasa patut difikirkan bersama...

Melalui temuramah pemberita dengan saksi kejadian semalam...salah seorang saksi yang berada di tempat kejadian menyatakan bahawa...selang 10 minit kejadian letupan berlaku, anggota Polis tiba di tapak kejadian...selang kurang 20 minit letupan berlaku...ambulans sampai. Statement ini, nampak biasa, tetapi agak pelik bagi aku. Polis di India sudah efisyen ? dalam tempoh 10 minit diorang dah tiba di tapak kejadian. Ambulans sampai memberi bantuan dalam tempoh kurang setengah jam ???

Ingat...ketiga-tiga kawasan kejadian letupan sebenarnya adalah tempat yang terlalu sesak dengan manusia pada waktu kejadian berlaku. Pukul 6.45 petang adalah waktu warga kerja Mumbai balik ke rumah. Aku agak musykil...dengan jalan yang sesak...manusia sedang panik dan berkeliaran...Polis masih mampu tiba ke kawasan kejadian dalam masa 10 minit ?

Sehingga ke saat ini...tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas kejadian bom tersebut. Ini satu lagi hal yang jarang berlaku bila letupan bom berlaku di India ini. Kalau kejadian bom di Varanasi beberapa bulan lepas...selang 2 3 jam jer ada individu yang tampil mengaku...untuk kali ini...entah siapa ?

Serangan bom semalam berpusat terutamanya di kawasan pasaran barang kemas selatan Mumbai, ia merupakan satu lagi serangan di tengah-tengah India, jantung Mumbai Beta. Mumbai sememangnya dikenali sebagai pusat hub kewangan utama di India.

Letupan terbesar di kawasan Opera House, hab untuk peniaga-peniaga berlian. Ia juga merupakan kawasan yang sama pernah digunakan oleh militan Pakistan 2008.

Satu lagi letupan di Dadar, juga di selatan Mumbai, di Bazaar Zaveri dan letupan ketiga di Omelette, dalam satu jalan sesak dengan perumahan penduduk Islam dan Hindu.

Apabila kawasan yang terlibat dikaitkan dengan pendudukan Muslim dan Hindu...maka, tiada pihak yang dikatakan berani tampil memberikan teori siapa sebenanrnya punca terjadinya letupan bom tersebut. Ini cukup sensitif. Malahan boleh menjadikan alasan agar peperangan sesama orang India berlaku dengan mudah.

Ada satu teori yang paling relevan dalam kepala otak aku...kejadian ini mungkin didalangi oleh pihak kerajaan Inida sendiri...(aku berharap sangat agar aku silap dalam hal ini...).
Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Manmohan Singh pada waktu ini sedang berdepan dengan permasalahan rasuah yang teruk dalam kerajaannya. Di rasakan perubahan dalam kabinet yang baru sahaja diumumkan pada Selasa lepas belum mampu untuk menarik keyakinan rakyat untuk kembali kepada kerajaan. Nah...sesuatu perlu dilakukan bagi mengalihkan perhatian rakyat dengan kejadian yang besar. Mumbai menjadi mangsanya. Sebab itu, aku sendiri agak pelik bila pihak Polis mampu bertindak cepat ke kawasan kejadian. Seolah-olah mereka sudah tahu akan apa yang bakal terjadi.
Aku cuma berharap agar New Delhi masih tidak dalam kawasan tumpuan pengganas. Doakanlah keselamatan kami di sini.