Monday, December 5, 2011

Malasnye !!!

Sebenarnya aku tengah mood nak balik Malaysia dah skang nie...

Tapi, ada info besh yang aku nak share ngan korang kalau sempat aku tuliskan sebelum aku berangkat balik bercuti nanti.

Kalau dulu aku pernah cerita tentang makam Nabi Allah Isa di Kashmir...aku baru dapat taw yang makam Nabi Allah Musa juga di katakan (tanpa bukti saintifik dan dalil yang sahih) juga terdapat di bumi India nie...aku tengah susun ayat cam ner nak ceritakan kat korang...agak rumit sikit kalau nak diceritakan sebab source dalam bahasa urdu.

Mengikut sumber yang aku jumpa, banyak teori (masih teori...tanpa bukti...masih anggapan semata...):

1. Nabi Allah Musa dikatakan berhijrah ke bumi India selepas pembebasan Yahudi dari tangan Fiaun;

2. Macamana baginda sampai ke tanah India nie ?;

3. Apa hujah mereka sehingga mengatakan utusan tuhan ini boleh sampai ke India;

4. Dan banyak persoalan menarik yang boleh kita korek dan menjadi teka teki untuk bertanyakan kesahihan makam yang dikatakan bersemadinya utusan tuhan ini.

TUNGGU....

Wednesday, November 30, 2011

30 Hari Sebelum Tahun 2012

Errr...dalam kemalasan nak menyiapkan kerja-kerja pejabat (tak derlah banyak mana pun)...sedar tak sedar kita dah masuk bulan terakhir sebelum 2012.

Kebiasaanya jugaklah aku akan mula melayan ramai kengkawan yang mula berkunjung bulan cuti sekolah di Malaysia. Semuanye nak gi Taj Mahal...Yelah, orang tak pernah sampai mesti nak tengok wonderssss of de world kan...aku dah nak muntah dah ke sana...

Kepada sesiapa yang nak datang ke sini tu...kalau nak mintak advise aku...just email cepat cepat yer...coz next week aku nak balik coti di Malaysia ku tercintah...Tahun depan baru aku balik Delhi. Fuh...sungguh aku rasa amatlah teruja nak balik nie...rindu pada kedua-dua ibu dan ayah cukup terasa bila berjauhan nie...Walaupun aku nie dah kahwin (anak 3 lagi tu...) Tapi, hampir setiap minggu aku akan pastikan aku menelefon kedua-dua orang tue ku. Bukan apa setiap kali kalau dapat borak tu rasa tenang jer jiwa aku. Even kalau aku rasa stress pasal kerja pun aku saja-saja jer call mak aku (walaupun aku taw mak aku tak setelkan kerja aku tu...).

Cerita bab Ibu kandung kita nie...satu perkara yang aku kena puji orang-orang di India nie...rasa hormat mereka terhadap insan yang bergelar IBU nie cukup tinggi. Ada dua tiga sebab kenapa wanita yang bergelar ibu akan dianggap terrrrlalu tinggi dalam kamus tata kehidupan masyarakat India nie.

Pertamanya: (sebelum kelahiran anak) Korang taw tak yang orang India nie percaya tanpa Ibu anak takkan wujud. Bukan kerana sebab ibu yang melahirkan kita. Tetapi, dalam tradisi masyarakat India, kesanggupan pihak ibu memenuhi permintaan "dawri" (macam mas kahwinlah dalam masyarakat Melayu hari nie) dari bapa atau pihak bapa adalah penyebab utama samada majlis perkahwinan antara gadis dan teruna terjadi. Kerelaan si pengantin perempuan dalam memenuhi permintaan si pengantin lelaki (kadang-kadang ada yang minta mengarut dan diluar batasan pun ada) menjadi penyebab utama kenapa wanita yang bergelar ibu itu perlu disanjung. Kalau kita biasanya mas kahwin nie lelaki yang bayar. Kat sini terbalik.

Keduanya: pada kebiasaanya mana-mana budaya pun akan menjadikan keperitan mengandung dan bersalin si ibu sebagai pengorbanan yang perlu kita jadikan iktibar untuk mengangkat ibu sebagai darjat yang tinggi.

Ketiganya: dalam kitab agama mereka juga menyuruh mentaati ibu.

Keempat dan seterusnya korang boleh fikir sendirilah...

Institusi kekeluargaan dalam masyarakat India nie masih mengekalkan (kebanyakkannya) tinggal sebumbung. Maksud aku, kalau korang pergi ke rumah mereka dalam satu-satu rumah tu.....dari atok, anak sampai ke cucu pun masih tinggal bersama. Kecuali anak perempuan yang biasanya akan megikut suami mereka tinggal dengan keluarga mertua.

Sebab tu juga, rumah-rumah orang yang berada di sini besar-besar belaka. Nak menampung jumlah penduduk keluarga mereka lah katakan.



Thursday, November 24, 2011

Siapa Cepat Dielah Yang Dapat ?!!!

Aku mulakan blogging kali ini dengan seruan PERDAMAIAN...aku menyeru kepada yang membaca tulisan aku kali ini agar sentiasalah memastikan iltizam untuk menjaga keharmonian dan kerukunan dalam persahabatan dengan saudara kita di seberang.

Apa yang aku maksudkan di sini...sejak final bola sepak Sea Game 2011 Malaysia vs. Indonesia...aku lihat di facebook, twitter, forum dan macam-macam lagi...pertembungan dan permusuhan bahasa antara pihak-pihak yang fanatik (samada malaysia mahupun Indonesia) semakin menakutkan aku.

Pleaselah...kalau kita bergaduh sesama sendiri tiada apa yang menguntungkan...malahan banyak keburukan bakal terjadi dari isu-isu yang boleh diselesaikan di meja rundingan. Kalau tak pun akal yang waras sewajarnya mampu menafsirkan akibat pada tindakan kita.

Okey cukup setakat tu...mari kite bergumbira sekejap dengan sebuah lagu lama nie..



Lagu "Rasa Sayang" ???!!! Yeah !!! Mesti ramai orang Indonesia yang akan marah dengan aku kali ini...kata nak berdamai...alih alih mainkan lagu kontroversi nie plak.

Bertenang semua...

Aku mahu semua orang berfikir secara terbuka seketika. Lagu dalam youtube yang ada kat atas tu dirakamkan pada tahun 1959 di Singapura. Masa tu Singapura masih lagi sebahagian Tanah Malaya. Malahan, aku dapat tahu tempo irama yang sama lagu Rasa Sayang ini juga telah digubah dan ubah menjadi beberapa versi di India. Lagu yang dimuatkan dalam filem hindustan nyanyian Lata Mageshkar dan Muhammad Rafi ini menjadi fofular di India pada awal tahun 1960an. Pada era tahun fofularnya lagu ini jugalah hubungan Malaysia dan Indonesia bergoncang dengan Konfrantasi dari tahun 1962 hingga 1966 yang dimainkan oleh Bapak Suekarno (antara tokoh hebat yang amat aku kagumi...gaya dan cara pidatonya memang cukup menadjubkan aku...meremang bulu !!!).

Soalan aku ?

Kenapa pada masa lagu "Rasa Sayang" ini menjadi fofular di India...tiada pihak di Indonesia cuba mempertikaikan bahawa penggunaan lagu ini sudah menyalahi hak penciptaan atau mencabul budaya warisan Indonesia ? Kenapa bila Malaysia gunakan lagu "Rasa Sayang" pada tahun 2007 sebagai pembuka Tahun Melawat Malaysianya menjadi isu yang cukup kontroversi yang menimbulkan kemarahan yang cukup membara di kalangan rakyat Indonesia ?

Soalan aku yang seterusnya ?

Kalau betullah pihak di Indonesia rasa lagu "Rasa sayang" itu lagu warisan ciptaan dan keasliannya tercetus di bumi Indonesia...kenapa sehingga ke hari ini tidak ada pihak yang nak memPATTERNkan lagu tu ? Jawapan aku ? Mereka memang tak boleh nak patternkan...betul...aku tak tipu. Dibawah klausa UNESCO mana-mana lagu rakyat yang menjadi ikutan masyarakat yang serumpun tidak boleh diwartakan sebagai pattern.

Jadi isunya apakah kerana kita menciplak lagu tu mereka marah ? Apakah kerana kita tak bayar royalti mereka marah ? Isu besarnya adalah kerana Malaysia cukup hebat, cekap dan cepat dalam usaha mempromosikan apa jua produk yang kita ada. Dalam hal ini...bukan lagu yang aku maksudkan. Tapi, PELANCONGAN. Kita gunakan lagu "Rasa sayang" sebagai tanda rakyat Malaysia akan sentiasa menyambut tetamu dari luar termasuk Indonesia dengan rasa hormat dan menyayangi mereka seperti saudara kesayangan kita tanpa prajudis.

Sebenarnya percayalah...kalau industri pelancongan Malaysia maju...yang akan mendapat tempiasnya adalah negara-negara jiran juga. Indonesia tidak mampu berdiri sendiri dalam menarik kehadiran pelancong tanpa keaktifan Malaysia, Thailand dan Singapura di arena antarabangsa. Ini satu hakikat dan fakta ekonomi yang perlu mereka sedari dan terima. Bukan rekaan aku semata-mata.

Kalau mereka (pihak fanatik dan ekstrimis dari Indonesia) nak marah terhadap kita...mereka seharusnya marahkan pihak perfileman di India nie terlebih dahulu. Aku tahu banyak lagi isu-isu menyonglap warisan Indonesia yang sedang hebat diperkatakan oleh pihak-pihak nie di Indonesia...macam penggunaan perkataan BATIK, pengkormersilan beberapa produk makanan macam SATAY, tempe, rempeyek dan banyak lagi.

Realitinya, isu-isu beberapa produk yang dikatakan ASALnya dari Indonesia dan di kormersilkan oleh Malaysia bukan bermakna kita cuba membolot keuntungan secara total atas hak cipta orang lain. Tapi, ia juga mampu memberikan kesan kebaikan kepada negara jiran.

Setakat hari ini aku boleh katakan...apa jua usaha yang dijalankan oleh Malaysia masih mampu memberikan kelebihan kepada negara-negara jiran yang lain.

TETAPI !!! Korang tahu tak cerita isu beras Basmathi di India nie ???

Tahu tak korang siap pemegang pattern "BERAS Basmathi" di dunia hari ini ?

Sebenarnya, pemegang pattern untuk beras Basmathi di dunia adalah negara Amerika Syarikat !!! Terkejut ? Aku sendiri pun terkejut pada masa aku dapat berita nie. mana mungkin negara yang makanan ruginya adalah gandum nak claim beras basmathi tu die punya pattern. Pelikkan ???

Isu ini menjadi perdebatan yang cukup hebat di India dan antarabangsa suatu ketika dahulu. Bagaimana negara pengeluar terbesar dunia beras basmathi ini dinafikan dari memasarkan hasil buminya sendiri. Lebih menghangatkan isu ini, ada usaha pihak-pihak zalim Amerika Syarikat ini yang nak mendapatkan injuksi mahkamah dunia dan tempatan bagi menghalang beberapa pihak di India dari mengkomersilkan beras basmathi sampai ada tahap nak menghalang India dari menanam beras spesis Basmathi.

Sudahnya...campur tangan politik dan Supreme Court (macam Mahkamah Persekutuan kita) memutuskan bahawa adalah menjadi hak pribumi India yang sejak beribu tahun menanam beras jenis ini untuk meneruskan tradisi bercucuk tanam mengikut warisan peninggalan nenek moyang mereka dan adalah satu kezaliman sejagat sekiranya dihalang sesuatu negara itu dari menanam tanaman yang telah menjadi sumber makanan rugi mereka sendiri.

Bayangkan kalau pihak yang berjaya dapat pattern tu mendapatkan perintah menghalang semua aktiviti yang berteraskan beras basmathi nie di India nie. Bukan sahaja penduduk India...malahan banyak negara lain akan kebuluran.

Soalan aku lagi ?

Bandingkan isu penciplakkan warisan nie dengan isu beras basmathi yang aku utarakan. Siapa lebih keji dan kejam...??? (aku tak nak korang terpengaruh dengan isu persempadanan Malaysia dengan Indonesia dalam isu nie...itu perkara yang diluar skop topik aku ini).

Kesimpulan besar yang aku cuba sampaikan di sini...janganlah kerana isu remeh temeh kita berbalah sesama sendiri. Aku memang warga negara Malaysia...tetapi, secara berterus terang aku mengaku bahawa...aku juga punya darah warisan Indonesia. Arwah nenek aku sendiri memang dilahirkan di Indonesia. Kalau die cakap melayu kadang-kadang aku kena dengar betul betul. Sebab pekat sangat telo Jawanya. Arwah nenek yang aku kenali...die orang Indonesia yang sangat bersopan santun...jaaaarang sangat aku pernah nampak dia marah marah apatah lagi memaki hamun tu tak pernah sama sekali aku nampak.

Yang orang Malaysia plak...rata-rata pelancong asing yang pernah aku jumpa kita amatlah terkenal dengan masyarakat yang mudah menghulurkan senyuman dan mesra. Kita hanya punya 28 juta populasi. Indonesia ada lebih 280 rakyat yang mampu memberikan keuntungan bermakna kepada kita kalau mampu dipenetrasikan.

Kedua-dua negara sepatutnya mampu menggerunkan rantau lain seandainya kita sehati sejiwa.

Wednesday, November 23, 2011

Baldi Paling Mahal

Agak agak korang jamban die cam ner eh...


Tuesday, November 22, 2011

Lagu Kebangsaan Obor Pertiwi

Dua hari lepas, pasukan bola sepak Malaysia berjaya mengalahkan Indonesia dalam perlawanan final Sea Game 2011 yang cukup dramatik dan emosi. Banyak isu yang timbul pada hari perlawanan tersebut. Antara yang menarik perhatian aku, isu sebilangan besar penonton biadap tuan rumah yang tidak menghormati nyanyian lagu kebangsaan "Negaraku" bila dialunkan sebelum perlawanan dimulakan.

Tidak aku nafikan keaslian lagu kebangsaan kita memang sehingga hari ini masih diragui. Si pem"provokasi" dari Indonesia akan katakan yang lagu "Negaraku" itu dicedok dari lagu "Terang Bulan" yang popular sekitar tahun 1920an. Tapi hakikatnya melodi asal lagu nie dicipta oleh Pierre-Jean de Beranger dari Perancis dengan nama "La Rosalie" bila dah makin popular pada era tahun 1900. Dia merebak kepada beberapa versi lain. Antara yang paaaaaling fofular dan korang sedia maklum..."Mamula Moon". Lagu yang temponya paaaaling hampir dengan lagu "Negaraku".

Walau apa pun pendapat korang...satu jer soalan aku nak tanya ?.

"Apa fungsi lagu kebangsaan nie bila dinyanyikan ?" atau "Apakah ianya untuk dendangan orang asing ?" atau "Apakah untuk menaikkan semangat patriotisme dalam warga negara tersebut ?" atau "Lagu kebangsaan nie dicipta hanya untuk memenuhi keperluan majlis-majlis rasmi jer ?".

Pada akulahkan...kalau bab lagu kebangsaan nie kita kena tanya diri kita sendiri. Samada kita sebagai rakyat Malaysia sendiri menerima atau tidak lagu "Negaraku" itu sebagai lagu kebangsaan kita. Aku ?!!! Aku dengan ini menyatakan bahawa saya amatlah menerima lagu "Negaraku" sebagai lagu kebangsaan Malaysia. Tak kira dan tak mahu ambil pedulik samada tempo dan irama lagu tu dicedok atau dicetak rompak dari lagu lain. Sebab, korang hayati betul betul rangkap lirik "Negaraku" nie...

Negaraku...Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup, bersatu dan maju,
Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan,
Raja kita selamat bertahta,
Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan,
Raja kita selamat bertahta.

Ayat pertama adalah penyataan taat setia sebagai warga negara Malaysia tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama seseorang yang mengaku dirinya sebagai anak jati Malaysia.

Ayat kedua adalah doa dan harapan dan aku janji sebagai rakyat Malaysia yang akan mempertahankan keharmonian negara.

Paaaaling penting, ayat-ayat lirik seterusnya ini paling utama...sebagai rakyat Malaysia kita berdoa dan (sebagai seorang Muslim) kita berharap agar Allah subhanahuwata'ala memelihara Raja sebagai pemerintah negara. Kalau yang beragama lain tu berdoalah pada tuhan masing-masing. Ini juga sebagai salah satu sumpah taat setia warga negara Malaysia untuk menerima bahawa Raja adalah pemerintah negara yang perlu ditaati.

Jadi, sesungguhnya...lagu kebangsaan itu adalah untuk nyanyian warga negara tersebut. Ia adalah simbol ketaatan dan kesetiaan seseorang itu terhadap negaranya. Dan aku percaya, setiap rakyat di Malaysia akan menyanyikan lagu ini tanpa mengira latar belakang mereka samada Melayu, Cina, India mahupun bangsa lain-lainnya.

Korang tahu tak...di India nie ada dua lagu kebangsaan negara mereka ?

Pertamanya- lagu kebangsaan (national anthem song) yang akan dimainkan di majlis rasmi atau acara-acara antarabangsa. Lagu ini dikenali sebagai "Jana Gana Mana" maknanya aku sendiri kurang pasti sebab ia di ambil dari bahasa Sanskrit. Tapi lebih kurang bunyinya "Sesungguhnya engkaulah si Pemerintah".

Kedua- lagu rasmi atau lagu tema India yang dikenali sebagai "Vande Mataram". Kadang-kadang orang yang baru sampai boleh kompius apa fungsi lagu kebangsaan dengan lagu rasmi nie.


Tetapi, kedua-dua lagu ini punya isunya yang tersendiri. Lagu "Vande Mataram" dahulunya pernah dijadikan lagu kebangsaan atau national anthem untuk negara India pada awal masa kemerdekaan India. Namun, lagu ini mendapat tentangan yang cukup hebat dikalanagan komuniti Muslim, Sikh dan sebilangan Kristian Orthodoks di India kerana ianya dikatakan mempunyai unsur nilai-nilai ketuhanan Hindu. Sebenarnya Vande Mataram adalah dikatakan syair yang sudah menjadi seakan-akan mantra/mentera puji-pujian dan pujaan pada dewi Durga yang dikatakan menjadi tuhan Penjaga kesejahteraan tanah air. Kontroversi penolakan lagu kebangsaan ini sehingga dibawa ke Parlimen India (Lok Sabha) sehinggalah membawa kepada suatu susl agar lagu baru digubah bagi menggantikan Vande Mataram.

Ingatkan isu nie dah selesai bila Vande Mataram digantikan dengan Jana Gana Mana...rupanya timbul pulak ada pihak yang masih mempertikaikan lagu kebangsaan baru mereka dengan mengatakan lagu baru itu tidak memenuhi ciri-ciri kerakyatan dan tidak mencerminkan suku bangsa yang ada di India. Sebabnya, dalam Jana Gana Mana tu adalah disebutkan beberapa rumpun India yang menduduki di India...tapi masih terdapat terrrrlalu banyak suku kaum India yang tidak dinyatakan dalam lirik lagu kebangsaan mereka. Pihak yang menentang di claim bahawa kalau lagu tu di gazetkan sebagai lagu dan lirik warisan India maknanya nama-nama suku kaum yang tak tersenarai tu tidak mendapat pengiktirafan dari kerajaan India. (untuk isu nie kirang google sendiri lah...panjang kalau aku nak terangkan...)

Korang fikirlah sendiri...lagu kebangsaan sendiri pun diorang di sini tak berpuas hati...masih bergaduh sesama sendiri...

Isu aku plak...apakah kita sendiri menerima lagu "Negaraku" sebagai irama panji yang akan kita bawa dengan jati diri Malaysia...seikhlas mungkin...mampukah kita nyanyikan dengan bangganya di negara asing. Kalau "YA" adalah jawapan kita...pedulik apa orang nak kata tentang lagu kebangsaan kita. Kalau kita faham apa maksud yang dinyatakan dalam "Negaraku" kita takkan ambil endah apa orang asing ingin katakan.

Mereka mungkin mampu mengejek lagu kita. Mereka mampu menghina lagu kita. Mereka biadap dengan laungan nasionalisme negara lain. Sebab...mereka cuba menunjukkan bahawa mereka RAJA di tanah tumpah sendiri...mereka lupa...dunia tidak pernah akan memadamkan rekod sejarah buruk tingkah laku kurang ajar mereka bila mereka bertandang di negara orang lain nanti.

Nasihat aku (ikhlas nie...), jangan dimaki, dikutuk, dihina, diejek, bertindak kasar pada mereka-mereka yang kita gelar tidak bertamadun nie. Sungguh aku kata...kalau korang lawan dengan cara orang tak berakal samalah macam ungkapan api jangan dilawan dengan api. Lebih teruk kalau api korang curah dengan minyak. Tapi, kalau kita nak padamkan api...kita kenalah tahu macamana kaedah yang terbaik...gunakanlah cara paling berhemah sehingga meninggalkan kesan yang mendalam sehingga menyedarkan mereka nie...

Mereka mungkin tidak bertamadun...tapi mereka masih berakal...kalau dengan akal mereka tidak mampu berfungsi dengan baik...ok, korang leh labelkan mereka nie ORANG KURANG AKAL atau KURANG SIUMAN.

Sunday, November 20, 2011

Musim Orang Kampung Datang India

Yeah...!!! Mari mari mariiii !!!

Sejak dua menjak nie aku perasan ramai orang Malaysia datang ke New Delhi. Kalau yang Melayu tu banyak yang melancong. Yang Hindu India banyak ke Haridwar atau Rechikesh untuk upacara keagamaan mereka. Yang Cina...??? jarang-jarang sangatlah aku jumpa di sini.

Kalau pergi tempat tempat shopping banyak plak orang leh cakap melayu bersuara dapat aku dengar. Aku pun rajin gak bertegur kalau dah terrrrjumpa mana-mana orang Malaysia yang aku terserempak.

Cuti sekolah di Malaysia dah mula tu yang banyak ke sini. Kena plak Air Asia tiga bulan lepas memang bagi harga murah gilerrr untuk tiket ke New Delhi. Tak hairanlah ramai yang aku jumpa di sini.

Soklan yang selalu aku di ajukan bila dah juma diorang nie..."Mana nak cari souviner murah kat sini ?". Herrrmmm...murah eh...aku tak taw nak kata murah cam ner coz kadang-kadang nak banding dengan harga di Kuala Lumpur...barang yang sama nak aku beli tu pun belum tentu ada di Malaysia. Tapi kalau nak beli cam frige magnet (item fofular lah dikalangan orang kite) paling mahal aku pernah dapat pun dalam Rps. 70.00 (lebih kurang 5 hinggit). Tu sebab beli sikit. Kalau beli banyak dapatlah murah sikit.

Nak saving lagi...korang cari ler kat area yang dipanggil Jan Path..di area tu cari kawasan Nepal...ada bekas-bekas kecik yang korang leh dapat dalam herga 2 hinggit satu kalau beli baaaanyak. Pakat-pakatlah ngan kawan kalau nak beli barang-barang cam nie. Leh tahan lah lawa nyer...Berkilau kilau...Comel...

Ada yang juga yang aku jumpa terus tanya..."Hard Rock ada tak di New Delhi nie...?". ADA...carilah di DLF Promenede, SAKET...sebut betul-betul....SAKET...nanti korang akan dihantar tempat lain plak sebab DLF Promenede nie ada lagi 2 komplek. Tempat Batu Keras nie ada dalam area shopping kompleks. Cumanye...souviner item die agak terbatas sikit kalau nak buat pilihan.
Buat kipas susah mati Manchester United plak...leh lah korang jaki jap ngan MU Bar di Vasant Log. Tak der apa pun...just tempat makan biasa jer...
Aku juga nak nasihat pada yang membaca dan nak sampai ke New Delhi nie...bila korang di bawa tempat-tempat shopping nie...JANGAN sesekali terpengaruh or terpedaya dengan dakyah tak tentu pasal dari si penjual yang kata kedai dia nie ramai orang Malaysia datang membeli.

Kalau dah jejalan depan diorang nie jangan plak korang rasa teruja dengan ungkapan "Apa kabar...!!!" atau "dari Malaysia kah..." atau bunyi ala ala bangla "masuk masuk...murah murah kak". Memang aku tak nafikan kami kalangan orang-orang Malaysia kalau bab beli kain ker or darang dapur nie kalau membeli...kadang kadang beli macam nak simpan stok satu kedai (biasanya kalau masing-masing nak balik lah). Tapi, harga kami dapat kompom tak sama dengan harga korang...unless korang bawak seorang local yang tahu selok belok harga di tempat yang korang nak berbelanja.

Jangan terkejut tiba-tiba diorang leh tunjuk slip slip resit jualan yang pernah diorang buat dengan orang-orang Malaysia atau mana-mana individu yang bekerja di New Delhi nie tak kiralah kadang-kadang slip tu dari si pembeli dari kedutaan itulah ini lah...Tak cukup dengan tu, kadang-kadang business card entah dari mana diorang dapat (atau mungkin diorang simpan) akan ditunjukkan kepada korang. Semua tu dijadikan sebagai senjata nak menarik minat korang supaya membeli belah di kedai diorang nie.

Nama aku pun kadang-kadang selalu juga kena petik. Selalu jugaklah kawan-kawan yang baru balik shopping nie bagi taw nama aku feymas kat sini situ...(dalam hati aku kalau dapat komisyen tak per gak..ini setakat belanja minum teh masala Rps 10 jer kalau datang kedai yang dimaksudkan)

Cuba belek-belek blogging aku yang lepas lepas ...banyak tips aku rasa aku dah bagi. Aku tambah sikit lagi tips kalau bershopping di New Delhi nie...Bila nak masuk ke kedai yang korang dah target nie...cuba elakkan kedai yang ada orang asing especially mat saleh. Sebabnye...harga untuk orang kulit putih nie biasanya leeebih mahal dari bangsa lain. Kalau tengah nak tawar menawar tu...kalau korang tiba-tiba (kalau ada rejeki korang lah) nampak jer orang pompuan pakai tudung ala-ala macam orang Malaysia or Indonesia...cuba-cubalah bertegur. Kena kalau die orang expetrade ker kat Delhi...selamat korang dari kena sembelih. Kalau pun diorang tu pelancong...time tu jugak korang tekan harga murah ikut bajet yang korang nak. Depan-depan orang yang korang tegur tu jugak korang buat peel tak malu mintak harga murah. Korang leh tengok reaksi diorang masa tu. Berbaloi buat muka tak malu nie kalau bab-bab bargain dengan orang India di sini.

Thursday, November 17, 2011

Demokrasi vs. Kebesasan Total

Seperti yang pernah aku katakan sebelum ini, India nie negaranya memiliki jumlah populasi yang cukup ramai (selepas China). Ramai juga yang tahu, yang negara ini mengamalkan dasar pemerintahan sistem demokrasi.

Tetapi, ramai juga yang tak tahu...India nie jugalah negara yang saangat mengambil berat tentang pendekatan memartabatkan sistem amalan "demokrasi secara total" dalam mewarnakan rencana agenda negara.

Kalau dibelek-belek yang dimaksudkan sistem kerajaan berrrr"demokrasi" apa die ek...?

Secara general yang aku faham dari kamus Oxford yang aku semak jap tadi..."DEMOKRASI" adalah kesepakatan yang dicapai (oleh orang-orang dewasa) dalam menentukan sesuatu keputusan yang mampu memberikan kesan dalam kehidupan mereka. "DEMOKRASI" juga adalah sistem yang membenarkan HAK dan RUANG seseorang untuk menyatakan, menyampaikan, melibatkan diri dan berfungsi sebelum, sewaktu dan selepas sesuatu keputusan yang memberikan kesan dalam kehidupannya.

Adil ker sistem demokrasi nie...ADIL ker ?!!! Tengok balik maksud kat atas yang aku bagi...perkataan "kesepakatan". Kalau ada yang tak bersetuju dengan keputusan yang nak dibuat tu apa jadi ? Apa jadi pada minoriti yang tak sehati dalam "kesepakatan" yang dibuat ? Sebab itu...mana-mana negara yang mengamalkan sistem kerajaan yang berrrr"DEMOKRASI" nie akan ada satu lagi institusi yang akan bertindak sebagai badan pemisahan kuasa-kuasa yang tidak boleh dilangkau oleh kerajaan yang berrrrdemokrasi.

DEMOkrasi jugalah yang selalu menjadi lesen besar kepada banyak pihak (tak kira samada di India mahupun di tanah airku sendiri pun sama...) untuk menyuarakan suara dan inspirasi mereka pada pendekatan yang kadang-kalanya menjadikan sesebuah negara itu kucar kacir, tak aman, tak tentu hala, mogok, peket, dan macam-macam lagi kaedah yang digunakan bagi memastikan pihak yang "bersepakat" mendengar laungan ideologi mereka. Semuanya sebab...!!! DEMOkrasi adalah tunjang yang membenarkan setiap individu melontarkan haknya untuk bersuara..."Walaupun dengan cara memekik melolong ?!!".

Dengan terjemahan sistem demokrasi nielah yang aku perhatikan negara yang aku duduki pada waktu ini tak pernahnya tenteram dengan berita dan isu-isu yang selalu sensasi dengan konflik dan propoganda. Hampir setiap hari jugalah media massa di sini akan menyampaikan berita-berita sensasi, panas, tegang malahan apa juga berita yang mampu menarik minat mata untuk mengetahui isi kandungan cerita (pelaris) yang cuba disampaikan akan dipaparkan buat tatapan umum. Media massa di sini (tak kira yang penyiaran ker atau yang bercetak) sering mengatakan apa yang disampaikan pada umum adalah hak kebebasan yang mereka gunakan sehinggakan etika kewartawanan pun diorang letak mana aku pun tak tau bila ada berita yang aku sendiri ragui kesahihannya.
Akibat dari terrrlau memperjuangkan HAK kebebasan bersuara inilah juga...saban hari berita kesusahan dan penderitaan golongan minoriti akan juga tersiar di media massa. Pada aku, apakah keADILan yang dicapai oleh pihak yang BERSEPAKAT kalau masih ada yang berasa tertindas dengan keputusan yang tercapai.

Apa yang berlaku di India sebab mereka dikatakan pengamal dasar pemerintahan kerajaan yang sungguh berrrDEMOKRASI nie :

1. Hampir setiap bulan (kang kalau aku kata minggu tak percaya plak korang) akan ada pihak yang menganjurkan demontrasi, mogok, peket, perhimpunan dan macam-macam lagi;

2. Terdapat sekurang-kurangnya lima permohonan (lima pihak) yang sedang memeningkan kerajaan Pusat sebab mereka nak keluar berpisah dari negeri asal mereka dan menuntut untuk menjadi negeri yang ditadbir sendiri oleh pihak yang memohon;

3. Kadang-kadang keputusan yang dibuat oleh kerajaan terpaksa memejamkan mata tentang kesulitan yang bakal dihadapi oleh kumpulan minoriti. Aku ambil contoh: korang tau tak berapa pendapatan isi rumah kalau nak dimasukkan dalam daftar kemiskinan di India nie...? Lebih kurang RM90 hinggit sebulan korang taw !!! kalau diorang leh dapat pendapatan lebih RM100.00 katakanlah...maknanya family tu tak layak dapat bantuan dari kerajaan Pusat. Findlah kalau katakan dia naikkan 500%...Baru RM500 kan...pun still RM500 tu tak layak nak dapat bantuan dari kerajaan...Kan ker sedih tu !!! Alasan kerajaan...kalau lebih dari tu kerajaan tak mampu nak tampung subsidi yang terrrrlalu menjadi beban dalam belanjawan negara.
4. Terrrlalu berDEMOKRASI si kaya tak pernah nak ambil peduli dengan si miskin.

5. 2/5 dari ahli Parlimen yang menjadi penentu dasar pemerintahan negara adalah mereka yang pernah terlibat dalam kes-kes jenayah...("pedulik apa !!! hak individu walaupun pernah masuk penjara !!!- kata mereka lah...)

6. Atas dasar untuk menegakkan hak-hak dalam berrrrdemokrasi, rakyat di negara ini tidak dididik untuk menghormati hak-hak orang lain. Sivik terrrrlalulah kureng ditonjolkan (adalah jugak 2 3 manusia yang bersopan di sini...). Etika dalam beradab juga kadang-kadang membuatkan kita kurang senang dengan sikap mereka dan banyak lagi.

7. Banyak lagi kalau aku nak senaraikan di sini...lain-lain leh cari sendiri....

Kalau tanya aku...aku amatlah berharap agar janganlah kita (sebagai Muslim...) sesekali mengatakan bahawa demokrasi nie adalah hakikat dan asas yang perlu dijadikan pegangan dalam sistem pemerintahan. Aku nak tanya pada ahlul politik di tanah air kalau dapat peluang...Dalam Al Quran dan catatan Sunnah Rasullulah...Ada ker kata kita mesti ikut ciri-ciri dalam sistem demokrasi ?!!! Samada dari perkataan mahupun maksud istilah itu sendiri.

Memang zaman Rasullullah ada menggunakan kaedah musyawarrah (kesepakatan yang diambil dalam mesyuarat setempat). TETAPI, sunnah baginda ada menyatakan bahawa setiap keputusan yang dibuat adalah setelah mendapat panduan dan tunjuk ajar hidayah dari Allah. Sebab itu, pada ketika era kerajaan masyhur Madinah...kaum Nasara, Yahudi, Romawi dan lain-lain yang tidak beragama Islam pun masih boleh hidup tinggal aman damai bersama penganut Islam. Zaman Khalifah Abu Bakar...ikutan dari tunjukkan ajar sunnah Rasullullah dan fahaman Al- Quran yang tinggi membuatkan wang zakat sukar diberikan kepada asnaf yang sepatutnya kerana tak der orang yang layak diklasifikasikan sebagai miskin apatah lagi fakir. Walaupun musyawarah ada tapi kelompok minoroti masih mampu dipelihara, terjaga dan tidak diabaikan dalam sistem pemerintahan berbandukan wahyu Illahi.

Aku bukan orang yang suka nak bercerita bab-bab politik nie....Tapi, aku tak setuju bila ada sorang Tok Guru nie kata ayat-ayat dal Al Quran nie ayat politik...sungguh aku doakan agar dia dapat hidayah dan petunjuk dalam menyampaikan dakwahnya pada masa akan datang. Aku nie tak derlah tinggi sangat ilmu agamanya...Tapi, seandainya kita baca, faham, dan cuba berfikir sedalam mungkin dengan kebijaksanaan akal yang terbatas...kita akan dapati bahawa Al Quran itu adalah panduan dan guru yang paling agung untuk dijadikan sebagai pendokong pada setiap keputusan yang memberi KESAN dalam hidup manusia.

Dunia sains dan teknologi hari ini pun dah membuktikan, Kalamullah yang ada dalam Al Quran (dan juga beberapa sunnah Rasullulah) ada kebenaran yang mampu dibuktikan secara saintifik. Al Quran dan Sunnah tidak pernah memberikan hipotesis...kedua-dua peninggalan Rasullullah ini secara terang dan terus memberikan kesimpulan yang perlu kita jadikan panduan.

Wasiat Rasullulah sebelum wafat telah berpesan...selagi kita berpegang pada Al Quran dan SunnahNya...kita takkan terpesong dari gejala yang memudaratkan. Itu jaminan baginda. Itu janji baginda. dan itulah...KEBENARAN dan KEADILAN yang mampu memberikan KESAN HAKIKI untuk kita...

Maksud dari ayat 1 dan 2 Surah Al Baqarah: [1] Alif, Laam, Miim. [2] Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

Wednesday, November 16, 2011

Lagu Rakyat Penghibur Lara

Sewaktu British nak menyerahkan kemerdekaan kepada India...antara yang menjadi syarat yang mesti dipatuhi oleh pemimpim politik di India adalah meminta agar semua pemerintah tempatan yang dikenali sebagai Raja, Maharaja, Sultan, Raj dan sebagainya nie menyerahkan kuasa pemerintahan sepenuhnya untuk menjadikan India sebagai sebuah negara Republik.

Korang tahu berapa ramai pemerintah tempatan ? Dikatakan pada waktu nak sign tu jumlah raja-raja yang terlibat beratus orang. (bukan negeri bukan daerah....aku katakan tempatan) Asal mereka mempunyai pengaruh yang besar dalam satu-satu kawasan tu akan diminta menanda tangani bahawa kuasa pemerintahan di tanah India akan diletakkan dibawah bidang kuasa Federal Parlimentary Constitutional Republic.

Jadi kalau dah beratus rajanye...mestilah banyak budaya yang diwakili kan...bila dah banyak budaya mesti banyak warna-warni seni yang ada di India nie. Macam cerita filem kesultanan yang pernah kita tengok dulu-dulu...istana raja-raja Melayu nie mesti ada pesta tari menari yang dipersembahkan dihadapan raja mahupun kumpulan rombongan kenamaan yang datang.

India nie tak terkecuali. Kalau dapat berjalan merata seluruh alam bumi India nie....kita dapat lihat terrrrlalulah banyak budaya kesenian yang mereka miliki. Dulu-dulu manalah diorang reti nak berkareoke nie...mana ada disko ker...pub ker...televisyen lagilah jauh...letrik pun wujud pada masa awal 1960 di India nie. Sampai sekarang pun bekalan letrik tak cukup dikawasan kampung-kampung. Jadi, budaya berhibur dikalangan mereka nie adalah datang dari kumpulan-kumpulan yang diwarisi dari nenek moyang mereka.

Berbanding dengan orang Melayu, kalau di senaraikan permainan tradisi...aku rasa (ini pendapat peribadi) orang-orang Melayu dahulu kala punya lebih banyak permainan tradisi yang boleh dijadikan aktiviti mengisi masa lapang berbanding dengan orang India. Aku tak pasti samada aku yang kurang berpengetahuan atau tak jumpa lagi. Tapi, sepengetahuan aku...kalau nak cari senarai bentuk genre lagu dan tarian...Kita Melayu kalah tang nie. India punya beratus genre muzik dan tarian kalau nak buat persembahan tarian.

Mungkin kerana (maaf kata...) kalangan raja-raja India nie bukan Islam dan minum arak menjadi tabiat mereka...dan bila dah mabuk tu mestilah nak ada hiburan kan...jadi hiburan tarian dan muzik lebih berkembang cepat berbanding dengan kita yang punya gaya hidup lebih membawa kepada permainan yang berbentuk pergerakkan permainan.

Kalau tanya aku...dalam bab lagu nie...paling aku minat...korang gi Rajasthan. Terutamanya, ke kawasan padang pasir...tanah gurun...cumanya, jangan ler pergi time musim panas...kompom terbakar kulit. Pergi time sejuk...macam sekarang nie sesuai sangat kalau nak gi area Rajasthan cam Jaipur ker, Jashelme er...Udaipur ker...

Muzik diorang nie...kalau dilayan...macam ada ala-ala rentak zaman-zaman P Ramlee pun ada. Syok lah kalau layan...

Kebanyakkan muzik-muzik yang ada di India (tradisional) nie banyak dipengaruhi unsur-unsur alam. Macam alunan bunyi angin...pokok...binatang...dan lain-lain...bila di satukan, ianya menjadi halwa penyedap telinga. Sebab banyak dipengaruhi persekitaran alam nilah tak keterlaluan kalau aku kata...muzik tradisi di India nie pun leh jadi terapi. Dari Utara sampai ke Selatan...setiap negeri...daerah...kawasan ada jer kelainan elemen dalam muzik yang dimainkan.

Ramai anatara kita mungkn ingat muzik India nie banyak yang main alat muzik sitar dan tabla...Sebenarnya terlalu banyak alat lain yang ada dalam boleh dimainkan untuk bermuzik di India nie. Aku plak tak suka dengar bunyi sitar...walaupun orang-orang lama suka nak layan bunyi sitar nie....pada aku bunyi muzik yang dimainkan dengan sitar nie menyeramkan aku. Entahlah...aku tak leh masuk dengan sitar nie.

Tuesday, November 15, 2011

Indahnya Bumi Kashmir

Nak cerita pasal Kashmir nie...mesti ada yang nak bertanya, "Dah sampai ker tempat tu ?".

Jawapannya, aku tak nak jawab di sini...terrrrlalu peribadi untuk aku jawab secara terbuka di blog aku. But, aku leh ceritalah serba sedikit pasal bumi indah Kashmir nie. Dari gambar, buku, dokumentari, cerita kawan-kawan dan sumber-sumber yang boleh dipercayai tanpa keraguan.

Cantik sangat ker Kashmir nie ?

Aku ambil testimonial angkatan tentera Rom (yang dikatakan sezaman dengan Alexender de Great...aku tak pasti samada ini yang dimaksudkan Raja Iskandar Zulkarnain). Ada catatan sejarah mengatakan bahawa, kalaulah ingin diberikan contoh bagaimana rupanya syurga...maka, bumi Kashmirlah tempat yang paling sepadan untuk disamakan dengan syurga itu.

Salah seorang pemerintah sezaman Kerajaan Mongul (era Shah Jahan) juga pernah mencatatkan bahawa, bumi Kashmir ini terlalu indah seumpama hamparan lukisan mesti dimiliki untuk ditatapi.
Kashmir nie kawasan pergunungan...seumpama macam kita pergi Switz atau Aspen (kedua-dua tempat nie aku tak sampai lagi...). Cuma yang membezakan Kashmir dengan kawasan pergunungan yang lain di negara-negara yang lebih moden nie...dikatakan bahawa, penduduk di Kashmir masih mengekalkan cara dan budaya kehidupan sepertimana yang diamalkan secara tradisi sejak puluhan tahun. Nak kata kurun kang nampak sangat diorang nie kuno kang...Tapi, sememangnya hakikat yang cuba aku sampaikan adalah mereka antara golongan penduduk yang agak terpinggir sikit dari kemodenan kerana jarak, geografi dan kelemahan pemerintah menyalurkan beberapa keperluan asas (infra khususnya) menyebabkan mereka menjadi masyarakat yang survival dengan cara mereka sendiri.
Bumi indah yang aku maksudkan ini juga dirahmati Allah dengan tanah yang cukup subur untuk bercucuk tanam. Kalau nak masuk musim sejuk di New Delhi nie...buah-buahan seperti epal, peach dan strawberi memang menjadi pojaan hatiku !!! SubhanAllah...sedapnye...sungguh rangup.

Kesuburan tanah di Kashmir jugalah yang dikata membuatkan raja Shah Jahan memerintahkan agar taman di sekeliling Taj Mahal mesti menggunakan tanah yang diambil dari Kashmir untuk menanam pokong-pokok bunga. Korang bayangkan (cuba tengok dalam google maps) jarak antara Kahsmir dengan Agra tu jauh...Kashmir juga terkenal dengan beberapa taman-taman bunga yang cantik-cantik. Dari apa yang disampaikan kepada aku, mereka kata kesemua taman-taman bunga yang ada di Kasmir nie sebenarnya telah wujud sejak zaman kerajaan Mongul lagi. Lanskap bungaan yang ada juga adalah yang sama sepertimana yang zaman tersebut. Ada taman yang dan wujud sejak 400 tahun lagi. DANNNNN....dikatakan jugalah...seni reka taman yang ada di England sejak zaman era kolonial British sampailah hari ini yang kita lihat sebenarnya mengambil ilham dan tunjuk ajar dari tukang kebun dari Kashmir. Omputih dulu-dulu mana reti nak hias taman nie...Orang Kashmirlah yang dok ajar diorang...Bunga mana yang sesuai ditanam mengikut struktur tanah dan suhu musim. Hebat kalau korang dengar cerita dari mereka nie. Teknologi reka bentuk lanskap hiasan taman dari Kashmir nie bukan pakai peralatan yang canggih pun...Just ikut try n error dari generasi ke generasi yang diperturunkan mengikut zaman.

Aku punya ramai kengkawan dari bandar Srinagar (ibu negeri Jammu & Kashmir)...masa baru-baru kenal orang Kasmir nie aku dok tanya diorang nie tak macam orang India. Jawapan yang akan selalu dijawab,"We are Indian...But, not Indian !!!". Mereka memang mengaku mereka nie Indian dari segi warga negaranya. Tetapi, kalau sebut bab bangsa...mereka akan kata mereka bukan dari suku India. Mereka adalah kalangan manusia yang dikatakan dari suku bangsa Aryan yang banyak menerima pengaruh migrasi dari kawasan Asia Tengah mahupun Timur Tengah (khusunya dari Afganisthan). Sebab tulah juga ada orang Kashmir kata mereka nie adalah salah satu suku Bani Israel yang dilupakan. Dari cara pemakaian pun kita dah boleh nampak yang mereka nie amatlah berlainan dari orang-orang Indai yang selalu dapat dilihat disekitar aku nie...
Time bila yang sesuai nak datang Kahsmir nie...kalau tanya aku, ikutlah apa yang korang nak tengok. Kalau minat nak main salji...datang ler lepas Krismas...salji di Kashmir nie dikatakan terrrrlalu halus macam tepung. Kalau nak tengok bunga datang ler time spring. Kalau nak tengok gunung-gunung di Himalaya dibogelkan dari sarungan salji...datanglah masa awal summer. Air dari glazier yang turun dari gunung nie terrlalu jernih mata memandang.

Ramai sebenarnya orang Malaysia yang dah sampai ke Kashmir nie. Sebab kalau tanya aku, dari korang dok memikirkan nak gi main salji tempat omputih dengan nak cari makan pun susah. Elok datang Kashmir. makanan halal cukup senang nak cari. Sebab, 95% penduduk di Kashmir nie orang Muslim. Cuma nasihat aku...kenalah sentiasa peka dengan perkembangan semasa di Kashmir nie. Kashmir juga dikenali sebagai kawasan yang cukup sensitif dengan isu-isu politik dan persempadanan dengan Pakistan.

Nak taw lebih lagi pasal Kashmir nie...email aku...mana yang boleh aku bantu aku bantu. Nak cerita lebih kat sini...kang mata korang letih nak baca panjang kat blog nie...

Monday, November 14, 2011

Idul Adha di New Delhi

Alhamdulillah...pada 7 November yang lalu kami rakyat Muslim Malaysia yang bermastautin di New Delhi selamat menjalanai ibadah Idul Adha dalam keadaan bersyukur dan meriah walaupun jauh dari sanak keluarga di tanah air. Soalan yang cukup selalu diajukan kepada aku bila tiba hari raya korban di New Delhi nie..."Orang sini tak marah ker korang buat korban...?".

Sepanjang aku menetap di sini tak derlah masalah yang timbul. Cuma masa sebelum aku sampai di sini dulu, ada pegawai dari kedutaan kita ceritakan yang pada tahun pertama acara korban nak dibuat di kawasan kedutaan kita sekeliling kawasan kedutaan terdapat beberapa individu yang dipercayai berugama Hindu dok skodeng diorang nak pastikan samada orang Malaysia nie nak semeblih LEMBU atau BINATANG SELAINNYA. Bila penerangan dah dibuat yang binatang yang bakal disembelih tu bukan LEMBU dan dijelaskan penyembelihan hanya dibuat atas binatang KERBAU atau KAMBING barulah mereka bersurai.

Sebenarnya aku tak berminat nak ceritakan tentang sambutan Idul Adha kat sini. Aku rasa elok aku kongsikan beberapa maklumat tentang "kenapa penganut agama Hindu tidak memakan daging dari haiwan yang kita panggil LEMBU nie...?".

Sebenarnya kalau dahulu kita di Malaysia mengatakan bahawa penganut agama Hindu tidak memakan daging lembu kerana mereka menganggap bahawa lembu itu binatang yang diangkat sebagai dewa atau tuhan...fahaman tu sebenarnya hanya separuh jer betulnye. Tahu atau tidak korang, dalam kitab agama Veda kalau nak disenaraikan binatang yang dianggap suci nie banyak sebenarnya. Kalau ikut apa yang aku faham dari pembacaan aku di sini...sekurang-kurangnya tidak kurang dari 55 binatang yang dianggap suci dalam agama Hindu mengikut kitab-kitab Veda mereka. Namun, kenapa lembu dianggap istimewa dalam agama Hindu ?

Bila aku mengatakan tentang lembu, dalam agama Hindu nie ada dua jenis lembu. Satu, LEMBU yang biasa kita lihat tu di kampung-kampung. Keduanya, LEMBU yang ada bonggol tu kalau dalam bahasa Inggeris dipanggil BULL. Biasanya BULL nie digunakan untuk menarik kereta lembulah. Yang lembu biasa tu untuk susunya. Tapi nak senang cerita...kedua-dua spesis nie kita panggil jer lembu dalam kategori yang sama.

Dalam kepercayaan masyarakat penganut Hindu, haiwan LEMBU ini dianggap sebagai simbol dharma yang membawa maksud sebagai "pembawa unsur kebaikan sejati/the Law of Righteousness. Keupayaan lembu dalam mengeluarkan susu, tenaga dalam membantu aktiviti pertanian, dan penyuburan tanah bertani melalui tinja menjadikan binatang ini dianggap suci kerana keupayaannya memberikan manafaat kepada manusia. Hubungan yang terlalu rapat dalam kehidupan manusia inilah yang menjadikan haiwan lembu ini diishtiharkan oleh tuhan Shiva sebagai penghulu kepada sebagai binatang dalam dunia dalam kepercayaan masyarakat Hindu. Lembu juga dikatakan menjadi haiwan kesayangan tuhan Krisna.

Hukum haram dalam agama Hindu untuk melarang penganutnya memakan daging dari lembu nie sebenarnya bukan mereka tidak boleh makan daging dari sumber lembu. TETAPI, ianya muncul dari ayat yang diterjemah maksudnya bulat-bulat dalam kitak Yajur Veda 13:49 yang melarang si pemerintah dari membunuh binatang (dalam ayat nie Yajur Veda secara jelas memberikan contoh LEMBU adalah haiwannya) yang terlibat dalam kerja-kerja pertanian. Jadi, macam mana diorang nak makan binatang kalau tak boleh dibunuh ? Itulah yang menjadi konflik pemahaman dalam penganut Hindu dan menjadi penyebab kenapa mereka tak makan daging dari lembu.

Perlu juga aku beritahu, dalam kepercayaan agama Hindu...haiwan LEMBU nie bukanlah satu-satunya binatang yang ditegah dimakan. Tak perlulah aku nyatakan satu-persatu haiwannya, tapi paling utama yang membuatkan aku sendiri baru ketahui sejak datang ke India nie...barulah aku sedar yang penganut Hindu sebenar (kalau betullah mengikut apa yang aku faham dari pembacaan aku)...mereka ditegah dari memakan semua jenis binatang ruminan atau binatang yang memakan tumbuhan hijau seperti lembu, kerbau, kambing (samada kambing biasa atau biri-biri atau kambing gurun) dan unta...kuda juga tidak terkecuali. Kesemua haiwan nie tidak boleh dimakan hanya kerana mereka ditegah dari memukul, menyiksa atau membunuh haiwan-haiwan nie. Kita pun ummat Islam dilarang sama sekali memukul atau menyiksa binatang yang akan disembelih.

Tetapi, lagi sekali soalan muncul- macam mana nak makan haiwan tersebut tanpa dibunuh ?!!!

Tapi...ada juga penganut Hindu yang memakan daging kambing ? Soalan itu aku tak nak jawab. Kerana ini melibatkan sensitiviti. Aku cuma kongsikan apa yang aku faham supaya kita sesama menjaga adab dan keharmonian.

Dan, TETAPI lagi sekali...kalau betul lah pemahaman aku dalam pembacaan...sebenarnya dalam Veda juga membenarkan pengikutnya memakan haiwan ruminan. Betul aku tak tipu...kalau korang tak percaya tengok video nie...kang aku cerita kang kata aku mereka cerita plak...



Sebab tu aku katakan isu tidak memakan daging lembu nie menjadi konflik pemahaman penganut Hindu dalam catatan Yajur Veda mereka, bukan kerana mereka tidak boleh makan sumber dari lembu secara total.

Sebagai perantau di negara orang dan ummat Islam di sini...aku hanya boleh ambil tahu sebagai pemahanan dan untuk menjaga adab dalam pergaulan dengan masyarakat di sini.

Jangan ingat kita boleh makan daging lembu dengan sewenang-wenangnya nak menunjuk-nunjuk yang kuta nie boleh makan daging lembu sesuka hati depan orang di sini. Nak kena belasah...silakan...Tapi, di sini pun memang tak der makanan dari sumber lembu yang korang leh cari. Pergilah McDonald sekali pun...jangan dok gatal nak order Big Mc ker...double chese burger ker...yang ada ayam and veg burger jer.

Artikel ini hanyalah untuk perkongsian pemahaman dan bukannya boleh dijadikan sebagai sumber ilmiah. Aku hanya menulis berlandaskan pemahaman dari bacaan tanpa berguru dengan sesiapa di sini.

Sebagai Muslim, kita seharusnya percaya dan ikut apa yang telah dinyatakan dalam Al Quran bahawa....setiap kejadian yang diciptakan oleh Allah itu adalah untuk hambaNya. Selagi tidak memudaratkan jasad yang dikurniakan olehNya janganlah kita mungkar dengan apa yang diperintahkanNya.

Maksud dari ayat 5 dari surah Al Nahl:Dan binatang-binatang ternak itu, Ia juga menciptakannya untuk kamu; terdapat padanya benda-benda yang memanaskan tubuh dari sejuk dan beberapa faedah yang lain; dan daripadanya juga kamu makan.




Krisis Makanan Global Bakal Bermula dari India ?!!!

Agak ganas ker tajuk blogging aku kali nie ? Jarang-jarang menulis tiba-tiba jer bagi tajuk yang agak menakutkan.

Dalam aku dok membelek akhbar-akbar semasa...termenung kekadang...terfikir sesuatu yang agak menakutkan akal fikiran aku. Cerita pada tajuk nie muncul pun bukan dari India...cumanya masa berita bayi ke 7 billion yang dilahirkan di Filipina baru-baru ini membuatkan aku terfikir sesuatu yang agak mengkhuatirkan aku.

Aku rasa ramai yang dah tahu yang populasi rakyat di India nie dianggarkan seamai 1.2 billion orang. Soalan ?!!! Itu statistik bila ?!!! Tahu tak korang yang angka 1.2 biliion nie dah digunaka sejak 2006 lagi (mengikut kajian yang tak rasmi pada masa itu). Purata peningkatan atau pertambahan kadar kelahiran rakyat India dianggarkan sebanyak 7% setahun. Tapi, kalau ikut WHO, mereka masih lagi meletakkan angka 1.2 billion dalam statistik diorang. Jadi sekarang nie...berapa sebenarnya populasi negara India nie...? Ada seorang ahli akademik yang pernah bagi tahu aku, jumlah penduduk rakyat India sebenarnya mungkin dianggarkan lebih dari 1.6 billion orang sebenarnya. 1.2 billion tu hanya merujuk pada bancian penduduk yang BERJAYA dilakukan. Belum dijumlahkan YANG TIDAK BERJAYA lagi.

Data dari WHO tentang India untuk tahun 2011:
Current Population of India in 20111,210,193,422 (1.21 billion)
Total Male Population in India623,700,000 (623.7 million)
Total Female Population in India586,500,000 (586.5 million)
Sex Ratio940 females per 1,000 males
Age structure
0 to 25 years50% of India's current population
Currently, there are about 51 births in India in a minute.


Tengok pada angka 1.2 billion tu !!! Billion !!! 10 angka. Bayangkan sepuluh angka nie kadar peningkatan 7% ?!!! Ini bermakna purata bayi yang bakal dilahirkan mungkin boleh dianggarkan sebanyak sekurang-kurangnya 80 juta (atau mungkin lebih lagi). Nampak macam menabjubkan...Tapi hakikatnya ini merupakan angka yang menakutkan. Aku bagi nisbah saiz luas tanah ketumpatan untuk seorang penduduk India berbanding Malaysia. Untuk tahun 2011 setiap seorang rakyat India kalau diambil luas negara ini boleh duduk dalam 0.00275 kilometer persegi. Lebih kurang 2.75 meter persegi. Berbanding dengan kita sebagai rakyat Malaysia 0.01178 kilometer persegi. Lebih kurang 11.78 meter persegi. Susah sikit aku nak terangkan. Tapi nak bagi senang ceritalahkan. Bayangkan kalau setiap rakyat India diberikan tanah untuk jadi rumah. Mereka hanya dapat buat rumah sebesar bilik jamban jer. Banding dengan rakyat Malaysia masih boleh buat rumah sebesar khemah kahwin.

Itu kalau ikut statistik tahun 2011. Ada kajian yang dah mula dilakukan oleh badan bebas yang mengatakan bahawa, jumlah penduduk di India MUNGKIN boleh mencapai 1 trillion dalam masa 20 tahun dari sekarang kalau kerajaan di sini tidak melakukan kempen untuk mengawal kadar kelahiran di negara super power (konon-kononlah) ini. Bayangkan dalam keadaan sekarang ini yang dah cecah 1.2 billion pun mereka masih bergelut dengan masalah kekurangan eletrik dan air. Bagaimana pula bila dah mencapai 1 trillion. Paaaaling menakutkan media masa di India pada waktu ini sedang memaparkan masalah kekurangan bekalan makanan di beberapa negeri di India. Aku tidak terkejut...malahan, beberapa pakar ekonomi sudah mula mencongak yang India akan berhadapan dengan krisis makanan yang paling besar dalam sejarah dunia kerana jumlah sumber makanan yang mampu disalurkan kepada rakyatnya akan menjadi terrrrlalulah terhad. Inflasi akan menjadi musuh paling menakutkan pada semua individu yang ingin menghuni di bumi ini. Harga makan yang terpaksa dibayar akan menjadi lebih mahal dari baju yang mungkin ingin disarung.
Perlu aku bagi tahu...negeri pengeluar makan yang utama di India nie adalah Punjab. Sekarang sudah ada mula gerakan dari beberapa pihak yang mendesak agar tanah-tanah di Punjab tu jangan sesekali ditukarkan menjadi kawasan industri. Kerana takut, kalau status dan aktiviti di tanah itu berubah menjadi industri makanya masalah kekurangan bekalan makanan di India pasti berlaku. MASALAHnye sekarang, generasi muda yang gen X Y atau Z nie manalah nak kerja bertani. Nak senang buat duit, buatlah bisness kilang. Kekhuatiran tentang masa depan India belum menjadi inspirasi pada mereka yang muda ini.

Bila borak-borak dengan beberapa cendikiawan India, barulah aku faham serba sedikit kenapalah ada wujud satu teori yang mana Perang Dunia KeTiga boleh tercetus hanya kerana masalah nak merebutkan AIR (WATER !!!). Air jugalah yang menjadi penyebab kenapa Kashmir tu seboleh-bolehnya takkan di lepaskan ke Pakistan mahupun ke mana-mana pihak.

Kalau difikir-fikirkan kembali. Ini memang akan menjadi perkara yang menakutkan. Bila krisis makanan di India terjadi, mereka takkan teragak-agak mengimport makanan dari luar. Eksport makanan ke luar negara mungkin terpaksa di hentikan. Demi untuk memastikan setiap rakyatnya yang berbillion ini dapat bekalan makanan yang mencukupi. Bila itu terjadi...makanya...krisis makanan global akan bermulalah dari tanah India.
Kalau korang tak nampak juga, ingattttt....kita di Malaysia masih mengimport bawang....rempah ratus....daging ruminan (daging beku)...Jangan ingat kita tak import beras dari India...Kerajaan India nie sememangnya very unpredictable...dia boleh menukar polisi import eksport sesuka hati demi mempertahankan keadaan negara sendiri.

Aku hanya harap ada pihak di Malaysia yang mula sedar dan buka mata seluas-luasnya untuk memikirkan kembali kebergantungan beberapa aspek dengan negara India ini demi memastikan kelangsungan survival negara Malaysia untuk tahun-tahun hadapan.

p.s: Kita di Malaysia mungkin MATI bebab terlebih makan...di sini ada yang MATI sebab kelaparan...Bersyukurlah kita dilahirkan di bumi Malaysia....Alhamdulillah....

Monday, October 31, 2011

Antara Dua "KHAN"

Aku belek-belek news paper pagi nie...ada sorang suri rumah kat Ahmedabad buat perangai giler dengan laki die...si isteri nie ugut laki dia kalau tak bawak die gi tengok wayang citer "Bodyguard" dia kata nak bunuh diri !!!
Giler !!! Memang Giler seh !!! Fanatik tahap extrim yang melampau sampai nak bunuh diri. Aku pun sampai hari nie memang tak paham peel manusia yang spesis cam nie. Kalau kot yer pun minat dengan si Salman KHAN tu takkan sampai nak bunuh diri...(dalam hati aku mesti nak tengok otot ketul-ketul si Salman tu...tah-tah laki di gendut-gendut kot...)

Tapi, setakat hari nie aku tak der plak dengar cerita mengarot dalam perjalanan tayangan filem Shah Rukh KHAN.
Aku tak der masalah dengan mana-mana artis yang korang nak minat. Lantak ler...Cuma aku nak cerita tang dua orang nama "KHAN" nie. Aku tak pasti sejauh mana cerita nie benar atau tidak. Cuma biasalah...gosip2 liar dalam industri hiburan kan selalunya sensasi.

Menurut berita semasa, kedua-dua Mr KHAN nie nie tak berapa nak baik. Sepanjang aku dok kat India nie, belum pernah lagi aku terbaca or terpandang news mereka berdua nie kawan baik. Memanjang jer tak baik. Kalau si Amir KHAN baik ngan Shah Rukh KHAN or Amir KHAN berbaik ngan Salman KHAN pernah gak ada dua tiga cerita ngan gambar diorang kuar. BUT, not si Salman ngan Shah Rukh nie. Apa punca aku tak pasti. Maybe, kejayaan satu pihak tu buatkan satu pihak lagi jeles.

Antara dua KHAN nie sapa paling feymesh ?!!!

Kalau tanya akulahkan...memang tak dinafikan, Y. Bhg. Dato' Shah Rukh KHAN nie memang mempunya aura liputan media yang cukup cukup meluas dibandingkan dengan Salman KHAN. TETAPI, aku rasa publisiti bukan boleh dijadikan sandaran kekuatan populariti antara kedua-dua insan keturunan KHAN nie...Aku rasalahkan...yang paling fofular antara dua KHAN nie....adalah....SALMAN KHAN !!!!

Sebab ?!!! Korang tau tak...walaupun filem baru Dato' Shah Rukh KHAN bertajuk "Ra-One" nie adalah filem yang paaaaling mahal dalam sejarah pembuatan filem Bollywood di India. TETAPI, filem Bodyguard lebih hebat dari Ra-One. Hari pertama tayangan perdana Bodyguard dianggarkan lebih USD15 juta. Ra-One berapa ? Tak cecah pun USD 10 juta. Citer Ra-One nie juar masa Diwali, yang Bodyguard nie just kuar hari biasa jer...hari yang takdak bonus ker orang dapat gaji ker..banding ngan Ra One kuar hari Diwali, hari cuti, hari orang biasanya ada duit lebih ngan family...

So, sapa paling berpengaruh dalam dunia perfilemen di India. Kompomlah si Salman KHAN kan... Kalau korang nak taw gak...Salman nie feymes bukan untuk area Bollywood jer...Tapi empayar feymes dia sampai ker area selatan. Cam si Shah Rukh nie kebanyakkan peminat die just yang berbahasa hindi...

Bukan setakat tu jer kalau korang nak taw...si Salman nie pun kalau ada orang nak pakai die as pengacara satu-satu production or rancangan nie siaplah ko kena bayar RM100,000 hinggit lebih hanya untuk "SATU EPISOD" ko !!! Habis kalau serries tu ada 10...korang darab jerlah...





Sunday, October 30, 2011

F1 dan Indi Yeh Yeah !!!!

Semalam tamatlah sudah perlumbaan kereta F1 yang julung kalinya diadakan di India. Ramai yang memuji kesungguhan dan keberjayaan India dalam menjayakan perlumbaan yang menjadi sukan no 2 paling ramai ditontoni di dunia ini. Pada aku...sememangnya ucapan tahniah boleh diberikan kepada India atas penganjuran sukan permotoran terbesar dalam kalender permotoran dunia ini.

Banyak perkara yang korang mesti tak tahu disebalik kejayaan nie masih ada beberapa perkara yang diselindungkan oleh media dan takkan disampaikan ke mata dunia bagi memastikan output yang terbaik sahaja yang akan disajikan buat tatapan mereka yang mengikuti perkembangan F1.

Seminggu sebelum perlumbaan dimulakan, rata-rata hampir semua media dan tv akan memberkan liputan yang cukup luas...samada prifile pelumba, pasukan F1 yang terlibat, udang-undang perlumbaan sampaikan penggunaan bendera di litar pun akan diterangkan. Paling menarik perhatian aku, juru cakap wakil-wakil media sukan yang bertugas yang melakukan kerja-kerja liputan samada di studio mahupun dilapangan litar...nama Michael Schumacher akan menjadi nama pemandu yang paling popular di bibir mereka. Padahal kita tahu, circuit India dah masuk kali ke 17 dilangsungkan seharusnya Vettel ler yang paling atas ye dak. Kalau bab pasukan plak, Ferrari lah yang paling kerap plak disebut. Ada satu ketika tu (kalau telinga aku tak salah dengarlah) dengan muka penuh keyakinan dan excitednye- si penyampai tv nie masih mengaitkan Schumacher dengan Ferrari ?!!! Aku pulak yang jadi kompius...
Isu pembatalan konsert Metalica- Ini satu isu yang cukup panas dalam menjadi titik hitam dalam industri hiburan India. Malahan, pembatalan konsert ini juga merupakan tamparan yang cukup hebat kepada syarikat-syarikat pengurusan acara dalam India. Kalau ikut apa yang dihebahkan dalam media...mereka kata kumpulan heavy metal nie tak nak buat show sebab tak puas hati dengan pengurusan lojistik dan citi keselamatan yang diberikan oleh syarikat yang bertanggungjawab menganjurkan konsert ini. Ada juga yang mengatakan, barangan sistem bunyi yang dibawa oleh Metalica nie hilang tak kurang juga yang dirosakkan oleh penonton yang extreme !!! Aku kata, "Eleh...tah tah diorang tak bayar kot kat Metalica tu yang pakcik-pakcik omputih nie tak mau meroyan atas pentas ?!!!". Bukan aku nak menangkan kumpulan besi berat yang terlalu feymes nie...cuma aku rasa sebagai manusia- Metalica tahu mengecewakan penonton dan peminat mereka akan menjadikan reputasi mereka dipandang serong pada masa akan datang. Mereka tahu, ada peminat yang datang dari jauh (sampaikan ada yang claim datang dari Singapore, Malaysia, Indonesia, Britain, USA dan banyak lagi dari luar negara). Takkanlah diorang tak der hati dan perasaan kesian pada insan-insan yang sanggup perabih duit poket nak nengok show diorang kan. So, apa lagi penyebab yang buat diorang taknak melalak atas pentas ? Mestilah benda yang melibatkan duit !!! Sehari sebelum show, tv2 di India dok tayang interview Metalica nie. Perrrhhh...secara terang-terang pakcik-pakcik nie kata teruja dengan sambutan yang diorang dapat dan nak make sure show di India nie akan menjadi legend dalam history konsert di India. Nahhhhh....last minute- hamik ko !!! Dengan selamba jer Metalica cancel kan show....bukan postpone..."CANCEL" terus !!!

Tu belum lagi aku citer bab tiket, ada yang mengamuk sakan bila beli tiket first class- bila datang ke tempat konsert mana ada class tempat duduk...semua berdiri...dari depan pentas sampai lah ke penghujung kawasan konsert. Haruslah ada yang mengamuk sakan.

Orait...skang kite citer pasal hari kejadian F1- Hari pertama time trial paling besh...Satu dunia pakat gelakkan India bila ada seekor anjing dok melangok dalam trek litar. Aku geleng kepala bila dapat tahu hal nie. Kes anjing masuk restricted area nie bukan baru...dua tahun lepas jadi satu kes pilot kapal terbang bertegas tak mahu take off bila ada anjing dok releks tepi run away masa betul-betul dia dah ready nak terbang. Nah nie plak anjing terlepas masuk...

Masa sessi latihan ngan time trial nie jugaklah ramai driver F1 yang complain track terlalu dusty...Don't worry...they got solution...Nah...main sapu track pakai penyapu jer...

Aku tak pegi masa racing day...bukan tak mampu nak beli tiket. Aku pernah gak ada pengalaman tengok F1 masa diorang kat Sepang 2006. That yang first and last aku kata...memang besh...tapi telinga aku tak leh tahan bunyi enjin die...kuat sangat sampai gegendang aku nak pocah tak tahan.

Dari tv and laporan kengkawan yang gi tengok...ramai yang kata penonton memang ramai. Aku cuma kata dalam hati syabas lah pada penganjur. Aku percaya sekurang-kurangnya 60% orang India yang datang menonton perlumbaan tu tak tau apa sangat pasal F1 nie. Diorang datang cuma nak merasa pengalaman menonton perlumbaan yang hebat dalam sejarah permotoran di India. Pada aku, tak per...dulu kita pun cam tu jugak bila first time F1...

Ramai juga yang datang menyokong team India Force. India seharusnya berbangga sebab ada pelumba anak tempatan yang memandu di litar negaranya sendiri. Walaupun tak menang dan tak dapat mata dalam perlumbaan. Pada aku itu bukan isu besar yang nak kita perbesarkan. Tapi, aku cukup kagum dengan kesungguhan India dalam memastikan keberjayaan penganjuran perlumbaan ini dari segi pengurusan sehinggalah penglibatan anak tempatan dalam sukan terbesar ini. Paling menarik...ini patut jadi pengajaran pada kita- aku boleh kata keberjayaan penganjuran F1 di India nie banyak didokong dan didorong oleh beberapa tokoh korporat di India tanpa sokongan dari "KERAJAAN" India. sampai ketika aku menulis artikel nie, pihak penganjur F1 perlu menjelaskan hutang cukai kepada kerajaan sebanyak Rs. 600 crore (lebih kurang dalam RM 40 juta hinggit...mungkin lebih lagi).

Ramai gak artis2 bollywood dok ngendeng dalam acara nie aku tengok bila belek dalam news paper. Yang harusnye ada mestilah Shah Rukh Khan, siap dok promote filem aru die lagi kat kete F1 Force India.

Pendek kata, banyak cerita dan berita yang ada disebalik penganjuran F1 nie di India. Apa pun aku cuma tumpang bangga dengan penganjuran ini sebab dalam banyak-banyak perkara yang ramai tak tahu sebenarnya terdapat beberapa anak Malaysia yang terlibat secara langsung dalam menjayakan acara berprestij ini di bumi asing. Tang mana diorang terlibat tu aku tak leh nak cerita sebab menghormati pendirian dan kehendak mereka yang terikat dengan kontrak kerjaya mereka disini yang menghalang mereka dari mendedahkan diri mereka sendiri kepada umum.

Tahun depan mesti lagi grand lagi dari tahun nie kalau F1 dianjurkan di India lagi...

Friday, October 28, 2011

Vrooommmmm....

Demam F1 sudah bermula di India...ramai yang berharap agar pemandu kelahiran India dapat memandu dihari perlumbaan...tunggu...

Wednesday, October 26, 2011

Diwali Datang Lagi

Malam tadi berdentum dentam langit seluruh India dengan bunyi mercun dan bunga api. Kami yang tak meraikan Diwali nie tumpang seronok dengan cahaya bunga api di langit. Mula-mula tu bestlah...Tapi bila dah terrrrlalu banyak sangat sampai asap menyakit rongga hidung...Terus masuk rumah balik. Takut anak-anak plak kena asma kang.

Sempena dengan perayaan terbesar di India nie...meh aku kongsikan serba sikit tentang perayaan nie...

Perkataan Deepavali (orang blah utara India sebut Diwali) merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Hindu (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.

Menurut lagenda, pada zaman dahulu Raja Naragasura (seorang pemerintah di India) yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Maha Krishnan meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia. Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.

Dalam budaya masyarakat Melayu, kebiasaannya kita akan memasang pelita pada malam ke 27 atau yang selalu kita panggil Malam Tujuh Likur. Amati balik pada perenggan di atas yang aku taip kat atas, budaya pemasangan pelita yang dinyalakan di rumah adalah lambang atau simbolik kepada meraikan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan. Dalam Islam, Eidulfitri adalah sambutan pada kemenangan setelah kita berjaya mengharungi dugaan nafsu di bulan Ramadhan.

Persoalannya ??? Apakah pemasangan pelita di Malam Tujuh Likur itu sama dengan pemasangan pelita dihari sambutan Deewali ???

Aku pernah tanya ayah aku kenapa kita pasang pelita bila malam tujuh likur nie. Bapa aku jawab, "Malam2 terakhir sebelum pengghujung Ramadhan adalah malam mencari Lailatul Qadar. Jadi kadang2 ramai ahli qariah yang nak buat qiamullail di masjid pada sepertiga malam. dulu2 mana ada lampu jalan. Jadi kite pasanglah pelita bagi tujuan penyuluh kepada mereka-mereka yg nak bjalan ke masjid atau surau. Lagi pun, kita kan si galakkan berziarah bila hari raya. Sebagai tuan rumah, kita mestilah bagi kemudahan kepada tetamu yang nak datang malam. Baru nampak rumah yang nak diziarah..."

Simplekan jawapan ayah aku. Tapi, lojiknya ada.

Tak puas hati ... aku tanya sorang ustaz ... apa hukum pasang pelita pada masa Eidulfitri Jawapan seorang ustaz "Rasullullah bersabda (dalam maksud lebih kurang), Eidulfitri itu hari kemenangan. maka, raikanlah ia. Ustaz tu kata ... Pasang pelita tu tak haram selagi tujuan dan niat kita bukan dengan hasrat untuk meniru apa yang dilakukan oleh penganut hindu. memang pemasangan pelita itu satu bida'ah ... tidak dilakukan semasa zaman Rasullullah. tetapi, selagi tidak memesongkan akidah dan dengan niat untuk tujuan kebaikan orang lain apa salahnya. org2 dulu pun pasang pelita depan rumah, bukan sekeliling rumah. Lagi pun kita pasang pelita pada hari raya bukan Depavali. TETAPI, jangan berlebih2an bila memasang pelita tu. Kerana niat dan tujuannya akan jadi lain nanti"

Kalau di sini, malam Diwali memang meriah dengan rumah2 akan dihiasai dengan lampu disekitar rumah. Sampai satelit dari angkasa pun leh nampak kemeriahan cahaya yang dipasang campur dengan cahaya bunga api yang dimainkan sempena perayaan nie...

Kesimpulannya: Orang2 tue kita dulu2 mengamalkan konsep pasang pelita pada malam tujuh likur nie dah betul dah. untuk tujuan menerangkan jalan-jalan kampung bagi kemudahan orang ke masjid atau nak ziarah rumah ke rumah bila beraya. Tujuan dan niat pemasangan pelita org2 dulu jelas untuk memberikan kemudahan kepada orang lain tanpa menggambarkan simbolik atau erti pada pelita yang dipasang dimalam hari. Tapi, kite je pada masa skang nie yang memesongkan diri sendiri...main nyala jer pelita bila raya. Berhati2 bila korang diajak pasang pelita pada upacara yang berkaitan dengan perayaan agama lain. Ketahui dulu apa cerita disebalik perayaan tersebut.

Wednesday, September 28, 2011

Mind Your Language

Antara soalan yang selalu di ajukan kepada aku dari kalangan rakan-rakan yang datang ke India nie..."Ko dah boleh cakap Hindi ker..?".

"Sikit-sikit tu bolehlah..."
"Aik....punya lama dok kat sini takkan tak boleh cakapp bahasa diorang kot...?"

Masalahnye...rata-rata masyarakat di sini akan bertutur dalam bahasa Inggeris...paling tidak pun dirojakkan dengan bahasa diorang yang dikenali sebagai "hingglish". Hindi campur English, jadilah "hingglish". Bukan hanya orang-orang yang berpendidikan...Kalau korang pergi ke mana-mana sekalipun..sampai peringkat driver auto (tut tut) pun boleh berbahasa Inggeris.

Sudahnya sampai ke hari ini aku masih tak dapat-dapat nak fasih dalam bahasa tempatan. Aku cuma ambik peluang belajar satu dua perkataan dari penjual dan peniaga di pasar kalau aku pergi. Lebih cepat tangkap rasanya kalau ceduk belajar dari diorang nie dari ambil kelas formal.

Ada kawan-kawan yang datang ke sini pun satu hal...diorang ingat bila datang ke New Delhi terus jer main sebut "Vanakam...!!!", "Amma"..Paling besh..."ayoyo !!!". Kena ambil tahu yer...New Delhi nie rantau utara tak berbahasa tamil. Malahan, kena jaga-jaga- sentimen memandang rendah golongan tamil di kawasan utara nie masih ada dan wujud. Orang yang berkulit cerah, hidung mancung disini yang aku kenali agak sukar untuk menerima kehadiran suku tamil dalam komuniti diorang.

Biasanya kalau ada kawan-kawan di sini aku akan ajarkan dua tiga patah perkataan untuk memudahkan mereka berurusan...macam "Namaste !!!" (selamat sejahtera/pagi/hai/hello). Kalau nak panggil atau nak menyapa orang sini jangan main terus "hai...hai ker.." cuba panggil dengan lembut "sunnu...!" (dengar sini). Pelikkan maknanya, tapi itu adab di sini kalau nak panggil orang.

Kebanyakkan orang India yang aku kenal- mereka boleh bertutur dalam bahasa Inggeris. Ada yang memang fluence...ada juga yang lintang pukang. Cuma satu perkara yang aku rasa kita patut belajar dari India, masyarakat di sini tak kekok untuk bertutur dalam bahasa asing walaupun mereka tahu yang apa yang cuba disampaikan tu kekadang Inggerisnya tahapahapatah grammernyer. Mereka takkan rasa malu untuk bertutur dalam bahasa Inggeris. gagap tak gagap mereka akan cuba berkomunikasi dengan kita. Terutamanya bila korang pergi ke kedai atau mana-mana tempat untuk membeli belah.

Antara perkara yang menarik minat aku dalam isu bahasa Inggeris nie...sekolah di India nie menggunakan bahasa perantaraan dalam Inggeris. Dari peringkat rendah sampailah ke peringkat tinggi. Sekurang-kurangnya, mereka akan pastikan setiap rakyat India mampu bertutur asas dalam komunikasi Inggeris. Berbanding dengan kita, aku cukup yakin terlalu ramai (khususnya bangsa Melayu) yang masih kurang berkeyakinan untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam pertuturan harian. Bila sebut "R"...mulut berbuih "rrr" sleng american. Bila tang bercakap hampeh.

Bukann niat aku untuk menidakkan atau meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda atau bahasa kebangsaan. Cumanya perubahan dunia hari ini menuntut kita untuk lebih kedepan dalam menggunakan bahasa asing sebagai literasi dalam menjamin kejayaan dalam pelbagai bidang.

"Eleh...orang Jepun boleh maju tanpa mahir dengan Inggeris kenapa tidak kita ?!!!"

Aku jawab, "berapa banyak naskah ilmiah yang dah diterjemah dalam bahasa Melayu ?"

Kalau korang ke sini...korang boleh tengok ramai bangsa kulit putih yang tak kisah pun nak naik auto. Sebab pemandunye tahu dan akan memahami araham hala tuju yang bakal disampaikan oleh penumpangnya. Penguasaan bahasa tempatan tidak menjadi kemestian dalam diari kami sebagai expatrate di sini. Sebab komunikasi bukan satu cabaran yang sukar untuk di atasi di sini.

Kesimpulan dari aku...kalau korang ke mari. Tak perlu risaukan masalah bahasa. kalau cakap Inggeris main tabur jer pun tak der masalah. Sebab...diorang pun bukannya bagus sangat bila bercakap dalam bahasa Inggeris

Tuesday, September 27, 2011

Raya Macam Tak Raya

Dalam keadaan sekaran ramai rakan-rakan di Kuala Lumpur mungkin sedang sibuk mengadakan rumah terbuka di akhir bulan Syawal. Aku pun baru jer habis selesai mengadakan rumah terbuka pada Ahad yang lalu. Ramai juga yang datang bertandang ke rumah. Sampai ke malam aku melayan tetamu yang datang.

Sebenarnya aku tak punya banyak masa nak mengadakan open house. Jadi pada kesempatan hujung minggu lalu jer yang sempat aku luangkan untuk kenalan di sini. Alhamdulillah, semuanya selesai dengan riang. Acara seperti ini memang menjadi tumpuan pada komuniti Malaysia yang ada untuk berkumpul. Ada juga kawan-kawan aku dari Singapura dan Brunei yang datang. malahan, kenalan asing dari Jerman juga datang.

Selepas raya...hari raya ke tiga aku dah mula bertugas. Seminggu aku melayan boss dari Kuala Lumpur yang datang ke sini. Penat nye janga cakaplah...tak cukup dengan tu...Terus aku ke Kolkata untuk urusan kerja yang lain.

Sebab tu...aku tak berpeluang nak up date blog nie...ramai yang bertanya tentang itu dan ini berkenaan dengan India. Maklumlah, musim sejuk di India akan tiba...jadi, kebiasaannya memang ramai yang hantar email bertanya itu dan ini tempat-tempat yang nak dilawati.

Aku cuma leh kata...just refer balik pada blogging aku yang lepas-lepas...kalau ada kawasan yang aku tak cover lagi...insya'Allah aku cuba terangkan untuk blogging seterusnya.