Saturday, February 5, 2011

Chandigarh

Hujung minggu ini aku terpaksa bekerja. Kali ini destinasi India: bandar Chandigarh yang terletak di negeri Punjab (utara India). Perjalanan aku dari Delhi dengan menaiki keretapi sawal pagi 7.45 am aku dan seorang staf aku ke Chandigarh. Sebenarnya sudah beberapa kali aku ke bandar ini. Secara terus terang, aku katakan tiada apa yang menarik di bandar ini andai kita berhajat untuk datang bercuti ke sini. Bandar Chandigarh lebih dikenali sebagai bandar terancang di Inida. Sememangnya kalau dibandinkan denganbandar-bandar lain di Inida, Chandigarh lebih tersusun. Dikatakan perancangan untuk membangunkan kawsan perbandaran Chandigarh sudah dirancang lebih awal pada tahun 1972. Bandar ini bolehlah dikatakan bandaraya yang diletakkan dibawah seliaan kerajaan pusat. Macam Wilayah Persekutuan di Malaysia. Tapi, dalam masa yang sama bandar ini jga menjadi pusat bandar untuk dua buah negeri- Punjab dan Haryana.




Kebiasaannya bandar in akan menjadi tempat persinggahan sebelum pelancong meneruskan perjalanan mereka ke Shimla atau Kufri. Atau mungkin ke tanah tinggi di negeri Himachal Pradesh.


Aku sampai ke bandar ini lebih kurang pukul 11.30 pagi. Cuaca tak sesejuk macam di New Delhi. Tapi, tak juga panas. Memandangkan aku tak cukup tidur malam tadi. Aku lelapkan diri di hotel sebaik saja masuk bilik.


Malam, perut lapar- apa nak makan ?
Bertemankan dengan seorang kawanbaik aku di Chandigarh: aku dan staf aku keluar dari hotel untuk pergi makan malam katanya. Mulanya dia bertanyakan pada aku, nak makan apa ? Aku nie jenis tak berkira pun nak makan apa. Dia tanya lagi, nak makan formal ker atau nak adventure makanan punjabi. Aku kata tak kisah. Jadi di bawanya kami entah kemana kami pun tak tahu. Sudahnya kami berhenti di hadapan sebuah warung. "Are you sure about this ?" dia tanya...aku cakap "why not?".
Aku sendiri tak percaya. Sejak tiga tahun aku di India inilah pertama kali aku nak merasa makanan tempatan yang dimasak di warung atau dipanggil "dhaba". Sepanjang jalan-jalan utama yang dilalui oleh lori-lori pengangkutan yang besar pastinya pemandangan dhaba dapat kita lihat di India. Ianya murah (tersangatlah murah) dan simple. Tetapi, mengenyangkan. Biasanya, dhaba juga menjadi destinasi persinggahan pemandu-pemandu lori untuk berhenti makan dan berehat. Pengusaha dhaba juga selalunya ada menyediakan kemudahan tandas dan ruang rehat untuk pemandu-pemandu lori yang singgah di dhaba mereka.
Pada anda yang membaca tulisan ini dan berhajat untuk ke India. Aku nasihatkan jangan cuba-cubakan diri anda untuk mencuba makanan warung dhaba di sini. Perut anda mungkin tidak selasak aku yang dah tinggal 3 tahun di India.
Bukan kerana makanannya tak bersih, tapi aku perasan makanan mereka di dhaba ini lebih berempah yang mungkin tidak serasi dengan seleran dan kena dimakan secara panas-panas. Kalau dah sejuk, aku percaya tak der orang Malaysia yang lalu nak mengunyah menu di dhaba.



Apa menu makan malam aku ? Kami order telur rebus (yang dimakan dengan bawang dan rempah masala) chicken tikka, fish tikka, dal makhni dan malai kufri.

"Not bad..." Bila makan jangan bayangkan dapur dan kawasan sekeliling. Kalau kita cuba-cuba mengendap apa yang ada dibelakang kedai. Aku jamin korang akan cabut balik tak jadi makan. Pada aku yang dah imune dengan suasana nie...Mungkin dah sebati dah budaya India pada diri aku. Makanan depan mata masih boleh diterima akal. Apa yang perlu korang buat "just feel the taste". Aroma rempah dan rasanya yang cukup menusuk rongga selera (mungkin juga sebab aku lapar...semua rasa sedap). Tapi, memang sedap. Aku diberitahu kawan aku- "Jangan risau. Makan jer...". Mulanya aku memang was-was juga nak telan. Tanpa aku sedar tahu-tahu jer habis juga makanan kat pinggan aku bedal.

Satu perkara yang menarik aku belajar dari India. Kalau kita nak rasa makanan tempatan india, warung-warung tepi jalan mungkin boleh menjadi pilihan (aku tak rekemen taw !!!). Sebabnya, aku perhatikan warung-warung di India nie tak der peti sejuk untuk menyimpan makanan. Kesimpulannya, setiap hari mereka akan ke pasar untuk membeli bahan-bahan masakan mereka. Setiap hari jugalah sumber segar akan menjadi bahan utama dalam masakan mereka. Makanan yang tidak habis dijual akan diberikan kepada yang nak makan free atau dibuang sahaja.

So, kalau ada nak mencuba juga makanan street food di India- pastikan anda benar-benar cekal sebelum beranikan diri untuk mencabar perut sendiri.

Friday, February 4, 2011

Jeritan Dari Bumi Ambia'

Krisis politik di negara Mesir (Egypt) memenuhi tajuk utama media massa pada waktu ini. Tidak kurangnya juga di India- liputan tentang apa yang berlaku di Mesir juga mendapat perhatian yang meluas di sini. Hari pertama konflik yang berlaku menjadikan hampir semua dan setiap masa isu di bumi utara afrika itu menjadi tajuk perbincangan yang hangat.
Akibatnya- ketegangan yang berlaku menjadi alasan pertama untuk dijadikan jawapan oleh pihak kerajaan India bagi menaikkan harga minyak. Harga emas jatuh merudum. Syarikat penerbangan Air India- menaikkan harga tambang 300% dari harga biasa yang ditawarkan untuk penumpang yang berhajat untuk ke Mesiar atau pulang ke India dari bumi yang sedang bergolak pada waktu ini.
Cumanya, aku perhatikan selepas krisis ini sudah hampir seminggu- seakan-akan minat media untuk memainkan isu ini sebagai tumpuan rakyat di India semakin berkurangan. Apa pihak yang mengatakan bahawa- kerajaan India khuatir seandainya pendekatan golongan anti-Mubarak ini akan mempengaruhi puak-puak pelampau politik di India untuk turut sama menggunakan pendekatan yang sama bagi menjatuhkan kerjaan yang memerintah sekarang.
Tiba-tiba, pada hari ini- India di kejutkan dengan kejadian sebuah pesawat tempur MIG tentera India terhempas di Madya Pradesh. Berita itu, telah berjaya menutup dan mengalihkan perhatian umum dari konflik yang sedang berlaku di Mesir. Pada masa aku blogging ini, aku hanya mampu mengikuti perkembangan di Mesir dari siaran CNN atau BCC. Entah benar atau tidak laporan yang diberikan. Aku hanya mampu ambil tahu. Kerana media di India sudah mula mengurangkan berita mengenainya daripada umum.
Secara tiba-tiba aku mula terfikir sesuatu- aku kurang pasti tentang kenapa rakyat Mesir begitu marah dengan Presiden Mubarak. Kenapa sekarang baru mereka meluahkan inspirasi penentangan mereka ? Kenapa secara tiba-tiba sahaja ? Apa agenda utama mereka seandainya Presiden Mubarak menuruti kehendak mereka ? Apakah keamanan politik dan sosio mampu dikembaikan sekiranya Presiden mampu digulingkan ? Apakah keadilan sejagat untuk bumi Mesir mampu dibina sekiranya kerajaan sekarang digulingkan ?
Semua soalan ini menjadi tanda tanya pada aku. Paling menarik perhatian aku dan aku masih cuba mengorek jawapan dari persoalan ini: Apakah suatu "kebetulan" dalam pada masa yang sama Yemen dan Jordan juga bergolak ? Dalam agama Islam, Yahudi dan Kristian telah memcatatkan akan sejarah kaitan ketiga-tiga agama ini. Apakah ini salah satu strategi dan konspirasi baru yang sedang dimainkan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengganggu gugat ketiga-tiga agama (khususnya Islam dalam hal ini)
Sengaja aku letakkan peta benua Timur Tengah dan Afrika Barat untuk kita sama-sama berfikir. Perhatikan, Mesir berada di Utara Afrika dan Yemen terletak di Selatan Semenanjung Tanah Arab. Kedua-dua negara ini terletak pada penghujung dan permulaan Selat/Laut Merah. Umum sedia maklum bahawa selat/laut merah merupakan laluan perdagangan yang cukup sibuk untuk dagangan kapal laut.
Paling menarik !!! Perhatikan kedudukan lokasi tanah suci Makkah. Ianya terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara Mesir dan Yemen.
Satu dunia tahu, Presiden Mubarak bukan cukup asing dengan sikapnya yang pro pada propaganda Amerika (dan juga Israel). Begitu juga dengan Jordan. Mesir tanpa berselindung menyokong usaha Amerika ke atas tindakan cuba menghukum negara Iran. Jordan secara terbuka memberikan ruang udaranya pada tentara pencerohoh untuk menghancurkan Afganistan dan Iraq kepada tentera Amerika.
Isu aku; kenapa tiba-tiba sahaja Presdien Amerika boleh mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan Mesir yang sekaranglah punca kekacauan yang berlaku pada waktu ini. Dan, Presiden Obama secara terbuka meminta pemerintah berundur tanpa menyedari bahawa Presiden Amerika Syarikat itu sebenarnya tiada kuasa dalam senat akibat kekalahan partinya dalam pemilihan Dewan Senat Amerika Syarikat yang lalu.
Soalan paling besar yang perlu kita timbangkan sebelum memutuskan samada untuk menyokong atau tidak tindakan golongan anti-Mubarak- SIAPA SEBENARNYA YANG AKAN MEMPEROLEH KEUNTUNGAN atas propaganda ini ???
Doaku untuk perkara ini, moga kesejahteraan dan keamanan dapat dikembalikan di bumi Mesir secepat mungkin.
Perisik-perisik dari negara-negara OIC perlu lakukan intel yang lebih jitu demi memikirkan sebarang kemungkinan yang serius berlaku.

Tuesday, February 1, 2011

Erti Sebuah Kesyukuran

Pagi-pagi bila aku membaca berita on line di tanah air. Kerajaan akan menaikkan harga minyak petrol ROM97 sebanyak RM0.10 sen. Dalam keadaan nilai ringgit yang dikatakan semakin kukuh. Kelihatannya penyusutan dollar dipasaran antarabangsa tidak menyebelahi pengguna di Malaysia sebenarnya. Malahan, rata-rata segenap pengguna sekitar dunia mengharapkan kadar harga barangan dipasaran akan turun. Namun, itu harapan yang seakan sudah menjadi angan-angan sahaja. Ada sesetengah pihak yang sudah mencongak akan kemungkinan kadar inflasi di negara masing-masing mungkin tidak akan akan dapat dikurangkan pada tahap optimum.


Sememangnya, waktu ini keadaan masih tidak memihak kepada masyarakat umumnya. Harga barang masih tidak turun-turun. Sama sahaja. Kalau turun pun selepas kerajaan paksa relakan mereka ini turunkan harga barangan pengguna. Pasaran saham yang selalu dikhabarkan terus menunjukkan tanda-tanda pengukuhan indeks pasaran tidak menterjemahkan apa yang diharapkan.


Di India...umumnya dunia mengetahui bahawa akan kekuatan ekonomi dibumi ini. Pasaran domestiknya yang sebesar lebih 800 juta telah menunjukkan bahawa mereka sememangnya tidak memerlukan sebarang pelaburan dari luar negara untuk dijadikan pemangkin pertumbuhan ekonomi. Kehadiran pelaburan asing hanya diperlukan sekadar meningkatkan taraf sosio budaya dan kehidupan masyarakat di sini.
Tetapi, aku perasan ada satu perkara yang menarik tentang orang India. Dalam keadaan ada sesetengah orang yang dikategorikan sebagai golongan kaya sedang pening dan berhempas pulas hendak selamatkan periuk nasi mereka. Tetapi ada juga golongan kaya raya di India yang masih boleh terus menikmati kemewahan harta benda mereka.


Sebenarnya, di India nie...percaya atau tidak budaya menyimpan duit dibawah bantal sebenarnya masih wujud di India. Maksud aku tak derlah diorang simpan duit dalam bantal, diorang lebih selesa untuk menyimpan duit dirumah sendiri berbanding dengan menyimpan duit di bank. Penyebab utama kenapa perkara ini terjadi...Semua kerana rasa tidak percayakan dengan kerajaan yang kemungkinan boleh mengubah sesuka hati faedah atau caj kepada pengguna. Mereka khuatir kalau-kalau satu hari nanti kerajaan akan mengenakan faedah dan caj yang tak munasah kepada penyimpan wang di bank. Malahan, percaya atau tidak kalau aku ceritakan kepada korang...aku sendiri pun kalau nak keluarkan duit pada waktu ini tak boleh lebih USD2,000.00. Kena isi borang khas...macam-macam bank akan tanya. Nak buat apa dengan duit tu. Kenapa nak keluarkan duit banyak-banyak? Ehhh...suka hati akulah nak keluarkan duit banyak mana. Tapi, bank akan berikan alasan bahawa semua ini merupakan polisi kerajaan yang perlu dipatuhi. Lagi teruk kalauu aku nak transfer duit ke akaun orang lain. Lagilah macam-macam dia akan tanya.


Anyway...balik pada cerita minyak dunia tadi. Perdana Menteri India telah membuat pengumuman bahawa harga minyak di India tidak akan diturunkan walaupun harga pasaran minyak mentah dunia menunjukkan penurunan dari satu paras kesatu paras terendah. Alasan PM India nie senang jer...kerajaan India tidak akan menurunkan harga minyak sehingga kesuatu tahap dimana pengusaha minyak di India telah dapat semula keuntungan atas kerugian pada akibat kenaikan harga minya pada 5 bulan yang lalu. Gentlemen kan orang politik India...Tak payah nak selindung-selindung...cakap terus jer nak kasi kaya tokey-tokey minyak kat India dulu baru turunkan harga. Padahal inflasi di India nie sudah mencecah ke paras 13 peratus. Kadar pengganguran semakin meningkat. Tahap penduduk miskin masih berjuta jumlahnya.

Tahun 2010 telah membuatkan aku berasa sesak dengan kenaikkan sebanyak 6 kali. Aku ulang 6 kali harga minyak naik dari IND Rs. 48.20 dan sekarang sudah Rs.61.00. Malahan tahun baru lalu dalam orang sedang dok sibuk sambut tahun baru, secara senyap harga minyak dinaikkan sekali lagi menjadi Rs. 62.00. Selang seminggu selepas itu harga bawang pun naik. Baru ada yang perasan bahawa kenaikan harga bawang sebenarnya disebabkan harga minyak yang sudah naik. Malahan pada masa aku sedang blogging in juga sebenarnya harga minyak akan dinaikkan dalam minggu ini lagi kepada Rs. 2.95. Kesimpulannya aku terpaksa membayar RM4.60 lebih kurang seliter.

Berbanding di Malaysia, sebenarnya masih boleh dianggap beruntung. Aku tak der nak kata keputusan kerajaan Malaysia menaikkan harga minyak satu tindakan yang betul. Aku juga tak kata aku membangkang bila harga minyak turun. Cuma bila aku amati dengan apa yang aku alami di sini...di bumi India ini. Barulah aku tahu sejauh mana perkataan BERSYUKUR itu dapat dinilai dalam diri manusia. Manusia selalunya mengeluh dengan takdir yang mereka hadapi. Kalau dalam kesusahan, akal akan diperah untuk memikirkan jalan untuk keluar dari kepayahan. Tetapi, bila kesenangan dan keselesaan dalam genggaman...mereka akan cuba menikmati rasa nikmat itu tanpa memikirkan akan kemungkinan pada masa akan datang.


Aku juga seperti mereka atau (mungkin anda) akan menjadi marah dan khuatir apabila harga minyak secara terus naik. Pendapatan menjadi semakin mengecil. Perbelanjaan yang kecil-kecil juga terpaksa diambil kira selepas ini. TETAPI, apakah aku juga akan memekik melolong mengizinkan duit cukai yang aku bayar pada setiap tahun dijadikan peruntukan subsidi semata-mata untuk minyak. Aku bukan mahu menyokong tindakan kerajaan. Aku cuma mahu mengajak kita semua memikirkan bersama cara mana perlu kita hadapi situasi begini.
Jawapan aku, bersyukur dan ubahlah cara hidup kita.
Bersyukur semua orang akan kata...Insya'Allah boleh...
Berubah dan mengubah hidup ?
Kalau dulu minum dua sudu gula...kurangkan gula. Kalau dulu, tiap-tiap minggu dating tengok wayang...mungkin Muzium Negara boleh jadi alternatif. Kalau dulu beli sayur di pasar...mungkin sudah masanya aktiviti berkebun boleh dijadikan amalan kesihatan dalam waktu petang-petang kita. Pendek kata, kita sudah sampai tahap dan masanya mengubah cara hidup agar dapat diseimbangkan dengan taraf pendapatan yang kita peroleh. Jangan pendapatan secupak keinginan segantang.
Aku juga melihat, kita sering dimomokkan untuk meluah dan memberontak bila sesuatu keputusan itu diumumkan tidak menyelebahi kita. Tapi, sedar atau tidak- keputusan telah dibuat !!!
Apa tindakan kita untuk mengharungi cabaran pada keputusan itu ?
Insya'Allah...aku berazam dan selalu berdoa agar anak-anak aku juga akan menjadi insan yang soleh dan berkendiri survivor dalam isu ini...Amin...