Wednesday, June 20, 2012

Kerala 01 (Cochin/Kochi) : Macam Balik ke Kampung Pulak !!!

Aku sebenarnya baru jer balik dari Khajuraho. Daerah kecil yang menjadi tumpuan peminat "Kama Sutra". Memang pengembaraan yang cukup menarik dan tersaaaaangat penat. BUT...berbaloi. Nanti aku ceritakan kalau ada kelapangan yer...

Cuma aku penuhi permintaan sahabat kita yang nak taw tentang negeri Kerala. Dan memang aku dah siapkan draf cerita pasal Kerala nie. Cuma aku nak bagi sesiapa yang membaca mendapat informasi yang sepatutnya bila menatap blog aku nie.

Anyway, aku mulakan cerita Kerala nie dengan ingatan bahawa ... satu kesimpulan yang aku dapat perhatikan bila berada di Kerala. Pengaruh budaya, adat, resam, sosio, makanan, cuaca, persekitaran, sampaikan bau sekitar Kerala itu sendiri seakannya membawa aku pulang ke tanah air Malaysia.

Kerala merupakan salah sebah negeri di India yang terletak di bahagian Selatan yang menghadap Laut Arab. Kalau nak ke sini ada banyak cara - samada naik flight korang akan landing di airport Kochi or kalau nak jimat tapi penat dari Chennai naik kereta dalam 2 jam driving gitu.

Aku ? Dari New Delhi naik flight bersama famili terus ke airport Cochin. Itu pun dah dekat 3 jam setengah lebih kurang gitu. Melalui blogging kali ini, aku ceritakan berkenaan Kerala melalui pengalaman kami sekeluarga bercuti di sana. Senang aku nak relate kan pasal Kerala nie dengan apa yang aku alami sepanjang percutian kami di sana.

Percutian kami sekeluarga adalah dalam 5 hari 4 malam. Aku pergi ke bandar Cochin kemudian ke Munnar (dataran tanah tinggi berlembah) dan Allepay.

Okey...sesampai aku ke Cochin...dari airport ke hotel aku berselisih dengan beberapa kumpulan penganut Kristian tengah berarak mengusung batang-batang salib. Kebetulan aku sampai dalam keadaan mereka tengah nak sambut hari "easter". Melalui penerangan tour guide kami (merangkap driver) sepanjang 7 hari diorang nie tak makam daging. Aku jadi pelik ? Dalam Kristian pun ada vegeterian jugak ? Even ikan pun diorang tak makan !!! Anyway, itu isu lain yang aku nak ulas panjang jadinye nanti. Korang boleh buat kesimplan awal...kalau aku ada masa aku ulas mengikut pendapat peribadi aku dari pemerhatian yang aku buat sendiri untuk tulisan akan datang.
Samapai di hotel kami rehat lebih kurang..then makan lunch dulu isi perut. Memang tengah lapas. Kami makan hotel jer. Lagi pun memang dah masuk dalam pakej. Hantam sajalah. Pertanyaan pertama isteri aku, "Halal ker makanan kat sini ?". Aku punya soalan lagi best, "It stated beef...is it really mean beef ?". Dengan selamba jer staf hotel tu cakap, "don't worry sir...all food here halal and yes...this is beef,". Samada dia tipu aku atau tidak aku sendiri masih ragu-ragu. Agaknye dah rezeki kami agaknya. Tengah confuse-confuse tu. Boleh plak ada satu famili muslim (dari kaca mata kamilah). Coz, yang lelakinya berkopiah dan perempuan bertudung style Muslim India lah.

Selesai makan, lokasi pertama kami di bandar Cochin nie...pekan kecil atau perkampungan yahudi. Entah kenapa aku memang nak jengok kampung yahudi nie. Dah banyak yang aku baca pasal kampung nie. Cam besh jer...Tapi, rupanya...herrrmmm...indah kabo jer...
Kat atas tu, gambar anak teruna aku atas jalan nak masuk ke perkampungan yahudi. Kenderaan lain tak dibenarkan masuk selain penduduk yag menetap di kampung tu jer leh gunakan jalan. Jalan dia pun memang kecik jer. First impression korang kalau sampai ke sini...korang akan rasa maca kat lorong-lorong kecil lama yang ada di Penang. Atau, lorong-lorong kecil yang ada di Bandar Melaka. Sebijik aku rasa rasa cuma bau die jer yang lain sikit. Serius...!!!
Satu-satunya kawasan yang paling ketara konon-kononnye ada elemen yahudi di sini sebenarnya...lorong nie jer !!! Aku terngok...tak macam apa yang aku gambarkan. Yang aku rasa, macam...??? Nothing !!! Adalah 2 3 tulisan yahudi yang tahapahatah aku tak paham (sebab tak der translation). Aku tak nampak plak lelaki pakai kopiah kecik kat kepala kat sini. Paling tidak aku mengharapkan sekelompok muka seakan-akan paras timur tengah. Yang aku nampak...India semata...dah macam bandar pekan lama Sekinchan pun ada...cuma nye Sekinchan tu pekan cina, yang kat sini ramai india.

Hanya semata-mata kerna kat sini ada kuil lama yahudi makanya kampung ini dinamakan "Jews Township" oleh penduduk setempat. Au tak masuk pun kuil tu. Just memerhati dari luar jer. Kalau nak masuk boleh. Cuma aku jadi tak berkenan dengan ramai sangat orang india nie beriya-iya nak masuk kuil yahudi aku jadi pelik. Aku memang tak berhajat nak masuk pun. Aku cuma nak tengok dengan mata kepala aku sendiri kampung nie selepas banyak infor dari interrrrnet yang sunggu berinforrrmasi. Rasa tertipu pun ada gak dalam hati aku.
Aku sempat berborak dengan sorang tour guide yang bawak kumpulan pelancong tempatan di sini pada waktu diorang tengah tunggu pintu kuil tu nak di buka. Aku tanya, "berapa ramai orang yahudi yang tinggal di sini ?". Agak-agak korang apa jawapan dari dia ? sungguh jujur mamat tour guide nie...dia kata "now days...ther were NO JEWS ANY MORE HERE !". Takkan tak der langsung. Waris-waris ker yang masih tinggal...bersunguh dia bagi tahu aku memang tak der lagi bangsa yahudi di situ.
So selama nie ramailah pelancong yang dah tertipu dengan pekan nie. Aku dan famili aku meronda bandar pelabuhan Cochin jap. Oklah...nothing great. Mungkin aku dulu pernah bertugas kat Kuantan...so suasana cam di pekan nie tak bawa apa-apa yang menabjubkan aku. But, bandar Kuantan still 100 kali lagi best. Apa yang aku maksudkan cuaca yang terrrlalu humid boleh membuatkan korang berpeluh basah lencut di sini.

Yang besh tu...air kelapa korang leh dapat dengan RM0.50 sen jer...Lain-lain, kat sii meraqta gereja Kristian dan bangunan-bangunan lama yang tk terjaga. Tang tu satu India nye tabiat. Diorang nie bangga dengan bangunan antik yag mereka ada. Tapi, bab bab maintenance tu...kita plak yag rasa ralatnye...

Ok blogging kali ini just intro jer dulu...aku sambung lagi nanti ...banyak lagi cerita yang nak aku kongsikan...tunggu !!!

Thursday, May 31, 2012

Setelah Empat Tahun Empat Bulan di India

Maaf banyak-banyak...lama sudah aku tak up date blog nie...Agak sibuk dengan kerja. Agak jauh perjalanan aku di India nie...

Aku sudah terima surat untuk kembali ke tanah air. Bulan depan adalah terakhir aku di bumi India nie.

Aku tak taw samada sempat atau tidak untuk aku ceritakan pengalaman-pengalaman baru yang setiap hari adalah hari baru aku di India nie.

Sebenarnya sepanjang aku tidak menulis di sini. Aku sempat ke Kerala, Goa, Kathmandu (Nepal), Dhaka (Bangladesh), Banglaroe mungkin dan kalau sempat aku nak ke Kajhoraho (yang ada kuil Kama Sutra tu...). Dan itu mungkjin jadi destinasi terakhir aku di India nie sebelum kembali ke tanah air.

Kepada yang email...terima kasih...akan aku cuba penuhi permintaan anda yang meminta aku bercerita beberapa tempat di sini untuk korang lawati... Insya'Allah...doakan aku tak malas nak menaip yer...

Andai ada permintaan juga anda masih boleh emailkan kepada saya sebelum 15 Jun 2012...selepas itu saya cuma akan memfokuskan diri pada packing barang...

Wednesday, March 28, 2012

Bollywood Seram

Wokeh !!! Kali ini aku cerita santai sikit. Asyik serius jer kan...

Korang mesti pernah tengok filem-filem Bollywood kan...kebanyakkan genre ceritanya mesti banyak yang warna warni percintaan, kisah keluarga, lawak-lawak yang mengarot, adegan belasah beramai-ramai...pendek kata macam-macam adegan yang cukup sinonim dalam jalan cerita filem Bollywood boleh di agak.


Cuma kali nie aku nak bagi taw tentang industri filem Bollywood pun ada gak keluarkan cerita serammmm. 

Seram sangat ker cerita diorang nie...? Ada citer hantu yang seram...ada yang lawak...ada yang sekadar hiburan...

Cuma aku suka kalau menonton filem seram Bollywood nie...kebiasaannya yang bergenre serammm betul betul tema seram seirus seram tu...tak der adegan menyanyi or menari beramai-ramai. Aku nie kalau bab nyanyi or menari tu maleh nak nengok. Rimas aku rasa kalau ada filem yang tayang bab nanyi or nari-nari nie.

Kepada yang meminati filem-filem seram...seandainya kalau korang berpeluang nonton filem seram Bollywood nie...korang pasti perasan kebanyakkan jalan cerita yang dilakonkan oleh para pelakon hindi khususnya seakan-akannya si tuan director tu mencedok gaya jalan cerita filem lain. Contohnya cam cerita "Naina"...tiru cerita seram Thai yang pasal kes mata leh nampak bayangan maut atau hantu. Sorry aku lupa tajuk cerita tu. Filem "Ragini MMS" cam citer "One Miss Call". File "Haunted" cam "Haunted" omputih. Banyak lagi lah...Pendek kata macam orang Bollywood nie tak der idea nak buat filem seram. 

Aku tak katalah semua filem tu diorang tiru dari karya orang lain. Cuma kebanyakkan filem yang aku tengok mesti ada banyak kesamaan dari filem-filem lain yang pernah aku tonton. Paaaaling ketara.....filem seram di India nie banyak yang tiru filem seram dari Thai.


Satu jer yang aku perasan dalam isu nie...kita orang Melayu dah sah-sah baaaanyak cerita mengarot tentang hantu-hantu dalam budaya Melayu kita nie. Kalau yang bangsa Cina plak hantu yang lompak-lompat pakai baju macam askar purba Dinasti China dulu-dulu. Bila tang bangsa India nie ?!!! Korang rasa hantu apa yang boleh kita kaitkan dengan bangsa India.    

Sepanjang aku bermastautin di sini...aku rasa, aku belum dengar lagi kes-kes ada orang diganggu mahkluk halus or ada orang claim dia nampak hantu. Serius aku kata !!! Mungkin ada kot kes-kes hantu di India nie...aku jer tak jumpa lagi. Aku cuba gak tanya pada kawan-kawan India aku di sini...diorang kata "apa tak der plak !!! di India pun ada juga hantu !!!". Tapi, bila diorang cerita...hantu pernah dijumpai di situ...di sana...di rumah tu lah...di istana nie lah...Korang taw apa konklusi aku. 95% hantu-hantu yang dikatakan dijumpai tu bukan hantu orang India. Kebanyakkannya hantu-hantu peninggalan orang-orang Inggeris di zaman Kolonial British dulu-dulu.

Dibawah nie aku senaraikan filem-filem "berhantu" sejak 2008 yang pernah aku tonton...ada yang seram ada yang lawak ada yang biasa-biasa jer hantunya...Tapi filem nie adalah aktor yang berlakon jadi hantu...

  1. Warning 2011
  2. Haunted 2011
  3. Ragini MMS 2011
  4. Kaalo 2010
  5. Hissss 2010
  6. Bachao 2010
  7. Mallika 2010
  8. Help 2010
  9. Zara 2010
  10. Phoonk 2 2010
  11. Click 2010
  12. 13B 2009
  13. Raaz - The Mystery Continues 2009
  14. Phoonk 2008

Satu lagi yang aku perasan bila menonton cerita-cerita seram Bollywood...Kebanyakkan...Aku ulang "kebanyakkan" adegan bagi menamatkan riwayat si hantu samada mangsa tu dirasuk, atau diganggu, atau dikacau oleh si hantu nie...masalah gangguan mahkluk hantu nie dapat diselesaikan oleh alim dari pengamal agama Islam. Ada satu filem tu...mula-mula si mangsa pergi merujuk pada swami Hindu tak settle...kemudiannya, dia pergi ke paderi Kristian...hampir-hampir berjaya...Tapi, tak juga berjaya mengalahkan si hantu. Sudahnya, si alim dari pengamal ajaran Islam yang berjaya menyelesaikan gangguan hantu nie. 

Cuma yang aku dok tak berkenan dengan ending penyelesaian tu...elemen khurafat wujud dalam penyelesaian gangguan hantu nie. Itu hakikat Muslim di sini. Sentimen mengasimilasikan khurafat, adat, dan budaya setempat masih berlaku dalam apa jua aktiviti seharian.

Sekadar hiburan santai dihujung minggu bersama keluarga aku menonton filem-filem macam nie. Nak keluar rumah kekadang malas sesangat. Dari aku serabutkan dengan "peel" orang sini yang bakal menaikkan tahap pening kepala aku. Baik aku dok rumah tengok tv dengan famili. 

Monday, March 26, 2012

Cerita Hutan

Lama sangat aku tak update blog nie...agak sibuk sikit kebelakangan nie...

Kebetulan aku baru jer balik dari Agra semalam. Tak ke Taj Mahal pun...ada kerja sikit...balik hari jer...

Semasa berborak dengan rakan-rakan baru India di sana aku tertarik dengan satu info yang sebenarnya agak sinomin sesangat diceritakan pada masa zaman sekolah rendah dulu-dulu. Kalau sesiapa yang pernah jadi ahli pengakap dulu-dulu...even aku percaya sampai hari ini cerita tentang "the Jungle Book" akan menjadi salah satu kurikulam dalam kegiatan berrrpengakap di sekolah.


Aku diberitahu yang asal usul the Jungle Book nie memang datangnya dari tanah India. Sampai ke hari ini masih lagi wujud kesan-kesan peninggalan si Mowgli nie. Cuma yang jadi kemusykilan aku: "Dimanakah hutan sebenar yang dikatakan asalnya kewujudan Mowgli nie ?"

Ada dua lokasi yang feymes di India nie yang dikatakan menjadi lokasi asal bermulanya cerita the Jungle Book yang di feymeskan oleh novelis British Rudyard Kipling pada tahun 1894; 1) di the Tiger Sanctuary di Valmiki, Bihar dan 2) di kawasan hutan (dipergunungan Satpura) berdekatan dengan bandar kecil Seoni di negeri Madya Pradesh.


Macam mana boleh sampai ada dua teori lokasi cerita Mowgli nie ?

Kalau kita amati cerita the Jungle Book nie...keadaan hutan bagi kedua-dua lokasi yang dikatakan menjadi lokasi asalnya si Mowgli nie hampir sama. Cuma, dalam penceritaan si pengarang novel nie- dikatakan hutan di Madya Pradesh adalah lokasi paling tepat untuk mengatakan bahawa Mowgli dibesarkan oleh serigala di sana. Namun, teori ini diragui oleh ramai pihak termasuklah sasterawan dari India sendiri. Sebabnya, si Kipling nie TIDAK PERNAH pun sampai ke hutan yang dimaksudkan di dalam penceritaannya itu. Walaupun, Kipling nie pernah menetap di India- adalah dipercayai, gambaran tentang hutan di pergunungan Satpura dalam cerita the Jungle Book nie banyak mengambil maklumat yang disampaikan oleh rakan-rakan beliau yang pernah menjelajah ke hutan tebal di Madya Pradesh nie.

Habis tu cam ner plak boleh orang India claim yang Mowgli nie asal dari hutan di Bihar ?

Suatu ketika dahulu, adalah dikatakan (aku sendiri tak dapat memastikan kebenaran cerita nie) sebelum Kipling mengarang cerita the Jungle Book- penduduk di suatu daerah di sebuah kampung di negeri Bihar gempar dengan penemuan seorang remaja yang dijumpai di hutan tanpa berpakaian dan berpewatakan tidak seperti manusia biasa. Budak ini juga dikatakan tidak tahu bertutur bahasa manusia. Lebih menakutkan, gelagat budak nie seakan-akan seperti binatang buas. Dia juga dikatakan tidak tahu berjalan dengan elok. Budak nie dikatakan lebih selesa bergerak dengan merangkak macam serigala. Sebab itu, para ilmuan di India berpendapat yang budak ini adalah Mowgli yang dimaksudkan oleh Kipling si pengarang the Jungle Book.

Orang selalu keliaru cerita Mowgli yang diadaptasikan oleh Walt Disney dalam edisi-edisi kartun keluaran mereka. Palingg aku pasti...ramai antara kita yang beranggapan bahawa Mowgli dan Tarzan adalah individu yang sama. Tarzan dibela dari kecik oleh beruang gorila. Si Mowgli pula dibela oleh serigala. Dari segi kawan-kawan mereka juga banyak perbezaannya. Korang cari dan baca sendiri lah kedua-dua cerita nie.

Aku cuma nak sampaikan satu moral paling besar sebenarnya dalam kes the Jungle Book nie.

Ramai yang beranggapan bahawa, the Jungle Book adalah cerita benar-benar wujud dalam tamadun manusia. Hakikatnya, the Jungle Book nie tidak lebih daripada khayalan si penulis yang diterjemah dalam bentuk novel untuk santapan pembelajaran kanak-kanak. Si penulis sendiri cuma mencedok dua tiga ideologi tempatan India dan maklumat yang didapati dari sekeliling. Hasilnya, nah !!! Jadilah satu novel epik yang menjadi doktrin pegangan moral bagi pasukan beruniform di seluruh dunia yang di asaskan oleh Lord Baden Powell dan isteri beliau.

Aku tak pasti kenapa si Baden Powell nie menerapkan the Jungle Book dalam korikulam pengakap. Si Kipling nie orang Amerika. Manakala si Baden Powell nie orang British yang mengasaskan "Scouting" di Afrika Selatan semasa akhir perkhidmatan beliau di sana.

Cuma satu nasihat aku pada yang membaca blogging aku kali ni...

Pertamanya, cuba korang baca secara serius cerita dalam kandungan the Jungle Book yang asal. Ambil masa sedikit untuk mengenali karektor setiap watak-watak yang ada dalam penceritaan tersebut. Kemudiannya, cuba try google makna disebalik setiap watak yang ada dalam the Jungle Book. Korang akan faham apa yang aku maksdukan selepas itu.

Kedua, aku juga berpengakap pada zaman kecil dahulu. Sampai ke sekolah menengah. Cuma bila dah dewasa nie (dah tua dah sebenarnya...) kerajinan aku membaca membuatkan aku mengucap panjang bila aku mengetahui latar belakang Lord Baden Powell yang sebenarnya.

Dikesempatan ini, aku menyeru agar kepada sesiapa yang punya anak-anak berpengakap tu...sila ambil perhatian serius tentang gerakan dalam berpengakap mereka. Ini penting !!! Aku ada tanggapan aku sendiri. Anda yang lain mungkin ada anggapan tersendiri. Aku cuma ingin nasihatkan kita selalulah berhati-hati dengan dakyah musyrikin yang mungkin menjadikan agenda "scouting" ini untuk menanamkan ideologi khurafat terhadap generasi muda bangsa kita.


Sunday, March 4, 2012

Sistem Kasta di India

Setelah empat tahun aku di India, baru hari ini aku berani untuk menceritakan tentang "Sistem Kasta" yang pernah dan masih lagi sebenarnya diamalkan di India nie.

Kalau di Malaysia kita dok main sebut jer kasta rendahlah...kasta tinggi. Kalau ada kawan-kawan India yang kita tak suka selalulah si polan tu kena teriak "pariah !!!". Konon-konon mengikut pemahaman kita golongan pariah nie adalah dari kasta rendah, hina, jijik dan macam-macam lagi sifat rendahnya martabat mereka dalam kelompok masyarakat India.

Tapi tahu tak korang...kelompok "pariah" yang ada hari ini (terutamanya di selatan India) merupakan komuniti yang hebat dan berjaya samada dalam bidang akedemik mahu pun jumlah JUTAWAN yang komuniti India hari ini.

Juga, sedar tak korang...?!!!

Sistem KASTA nie bukan sahaja diamalkan dalam masyarakat beragama Hindu semata. Aku kena jelas dan terangkan di sini...Bahawasanya, sistem kasta yang kita dok benci nie sebenarnya dipraktiskan juga dalam kelompok sosio-masyarakat lain selain yang beragama Hindu di India.

Tak kira samada Buddha, Jain, Kristian, Sikh...malahan yang MUSLIM pun ada mengamalkan sistem kasta dalam kehidupan mereka. Kalau korang tak percaya just google "Caste System in India". Apa yang akan korang temui.

Satu lagi...kita dok ingat yang sistem kasta nie...macam hierarki dalam piramid kedudukan atau darjat dalam masyarakat India (aku maksudkan bangsa India di India nie...bukan Hindu yer). Namun, itu cuma sebahagian jer betulnya...Tahu atau tidak anda, bahawasanya juga...perrrkataan kasta tu sendiri tidak terdapat dalam kamus agama Hindu atau Veda.

Perkataan KASTA nie sebenarnya dibawa masuk oleh si penjajah British yang cuba menerangkan sistem pemecahan dalam suku bangsa India yang diamalkan pada era penjajahan mereka suatu ketika dahulu. Penegasan terjemahan sistem kasta dilakukan oleh penjajah British adalah semata-mata mahu mengukuhkan pengaruh mereka di India nie. Kalau aku nak ulas panjang lagi sebenarnya dalam hal nie. Kalau ada kelapangan aku sentuh dalam penulisan akan datang.

Dalam Hindu tu sendiri perkataan kasta atau caste tak wujud. Cumanya, apabila menceritakan tentang "sistem kasta"...satu-satunya manuskrip purba yang pernah mencatatkan sistem pola dalam masyarakat secara terperinci adalah datang dari kitab-kitab agama Hindu...makanya, sistem amalan berkasta ini dikatakan dipelopori oleh agama Hindu mengikut Veda.

Apa sebenarnya sistem kasta di India nie ? Secara kasarnya...sistem kasta yang diamalkan di India nie adalah satu sistem pengkelasan, pengidentifikasikan (ada ker perkataan tu... ? aku reka sendiri jer...) atau dasar pecahan suku susur galur sesebuah institusi kekeluargaan mengikut pengkhususan kerjaya dan darjat keluarga tu. Dalam bahasa senangnyer...hierarki bangsalah...atau dalam Veda sebut JATI. Apa maksud JATI nie plak ?

Kalau maksud directnye adalah "kelahiran". Tapi, dalam konteks veda, Jati merupakan warisan identiti sesebuah suku kaum itu setelah ianya dilahirkan.
Dalam hal ini, aku rasa ramai yang dah tahu bahawa dalam sistem berkasta ada empat golongan yang dikategorikan dalam sistem kasta atau pecahan darjat tertinggi: 1) Brahmins (pendita/ahli agama), 2) Kshatriyas (pahlawan tentera, pembesar, pentadbir), 3) Vaishyas (ahli perniagaan, petani, pengembala lembu), dan 4) Shudras (pekerja buruh, tukang, orang suruhan). Yang "Pariah" nie kelas tang mana plak ? Kalau korang rujuk kat graf kat atas tu...golongan "pariah" nie terletak dalam kelas terbawah sekali dalam sistem hierarki bangsa India yang dipinggirkan yang digelar "DALIT".

Aku nak tegaskan di sini. Perkataan PARIAH nie sebenarnya hanya salah satu suku keluarga dalam bangsa India dalam kategori dalit. Sebenarnya ada beratus (malahan mungkin beribu) lagi nama-nama suku yang terdapat dalam kelas dalit.

Kenapa kawan-kawan India kita di Malaysia sangat marah kalau kita panggil mereka dengan panggilan "Pariah !!!".

Sebelum tu aku tegaskan, dalam amalan kasta India nie...aku tegaskan INDIA bukan Hindu !!! Sebab aku dah katakan (ini yang aku sedih sebenarnya) amalan sistem berkasta nie diamalkan hampir seluruh komuniti India di India nie tanpa sempadan agama.

Sebenarnya, seandainya seseorang itu dilahirkan dalam kelas DALIT, individu tersebut telah atau akan diisytiharkan sebagai insan yang tidak boleh sama sekali disentuh. Tidak boleh disentuh sebab mereka nie suci ker...??? BUKAN !!! Tidak boleh disentuh atau mereka sendiri tidak dibenarkan menyentuh orang lain sebab mereka ini ditakdirkan tuhan (mengikut yang berkasta tinggi) sebagai golongan yang terrrrlalu hina. Bukan setakat tak boleh disentuh dan menyentuh...golongan dalit juga TIDAK BOLEH memiliki harta, mereka dihalang/disekat/tidak layak menjalankan kerja-kerja yang membolehkan mereka mengumpul harta (lebih hina dari hamba dalam hal ini), tidak punya hak untuk memiliki apa pun...apatah lagi nak berkahwin dengan suku jati yang lain.

Paling teruk...mana-mana ahli kalangan jati kelas tinggi nie kalau ada mana-mana ahli keluarga mereka yang didapati mempunyai hubungan persahabatan, cuba berlaku baik, bercinta atau kahwin dengan dalit. Makanya, status kelas jati tinggi mereka akan terus jatuh dalam kelompok dalit. Ini masih berlaku dalam era moden di India hari ini.

Sebab itu, kalau korang ingat...dalam filem arwah Tan Sri P. Ramlee yang jadi Kassim Selamat tu...arwah Tan Sri P. ramlee sendiri dah tunjukkan pada kita yang sistem kasta tu sendiri bukan diamalkan oleh masyarakat India di India semata. TETAPI, tanpa kita sedari...bangsa Melayu tu sendiri kekadang terikut-ikut dengan budaya bangsa lain.

Aku cuma cuba menasihatkan diri aku dan yang membaca...sama-samalah kita merenung maksud firman Allah dalam surah al-Hujurat, ayat 10 "Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara". Ringkas jer maksud ayat tersebut. Namun, berapa kerat kita menghayati maksud ayat tersebut. Ini bukan hadith Rasullullah. Tapi, perintah nyata dari Allah kepada kita.

Apa yang dimaksudkan "BERSAUDARA" dalam kamus hidup kita ?

Aku tutup isu blogging kali ini dengan satu gambar graf di bawah untuk korang tafsirkan sendiri.


Geraf di atas di ambil dari sejarah kuno Mesir. Apa pendapat anda ? Anda kaji dan tafsirlah sendiri.


Tuesday, February 28, 2012

Kenapa Islam Melarang Makan Daging Khinzir ?

Situasi di salah satu hotel di India pada waktu pagi. Aku turun ke coffe shop nak makam sarapan. Tiba-tiba mata aku terpandang helaian hirisan daging becon. Nampak sedap jer...TAPI !!! ada tanda "Pork Becon". So, aku tak ambillah.

Tiba-tiba, datanglah seorang pekerja di coffe shop tu..."Morning sir...anything that I can help you ?". Sopan jer die bertanya. Aku balas lebih kurang sambil berborak ringkas. Dengan secara spontan juga aku bertanya. "Errr...sorry to ask. I thought Hindu in here doesn't eat pork. Why U served this meat ?". Menyedari mungkin aku nie seorang Muslim (dari nama aku kot) si pekerja hotel nie menjawab...sampai sekarang aku tak boleh lupa insiden nie. Korang taw apa jawapan die ? ...
"Ooo...don't you be worry sir. This all pork meat here we import from Malaysia. Muslim country. Everything HALAL". Terkedu sekejap aku mendengar jawapan die. Dalam hati aku, dia nie tak taw ker aku nie orang Malaysia. Aku cuma memberikan reaksi..."Oooo...okey thanks...".

Situasi lain pula. Berlaku baru-baru ini. Aku di tanya oleh seorang rakan India aku di sini..."Why in pork meat prohibited in ISLAM ?". Kalau soalan tu yang diajukan pada korang...agak-agaknya apa jawapan korang. Jawapan simple...kompom sebab dah agama kita larang...so, kita ikut jerlah. Atau mungkin, kita akan jawab daging babi tu kotor...jadi sebab tulah kami Muslim tak makan. Atau pada yang ambil mudah yang masuk akal sikit akan jawab ...Rasullullah kami mengajar kami agar menghindari binatang yang bertabiat jijik ini dari di makan.

Apa aku jawab ?

Sebenarnya, masa nak membalas soalan tu...aku ambil masa sedikit dalam 5 saat. Cool down dulu. Riles...ambil nafas...Then, aku jawab. Sebab, aku taw ini salah satu soalan provokasi nak menggoyangkan pegangan fikah seorang Muslim. Aku taw, kalau aku jawab simple...akan ada 2...3...atau mungkin lebih lagi soalan akan muncul ditanya pada aku kerana tak puas hati dengan jawapan yang aku berikan padanya.

So, apa jawapan aku ?!!!

Alhamdulillah...Allah maha besar memberikan aku hidayahNya untuk memberikan penerangan pada si polan yang bertanya. Aku translatekan jawapan aku dalam bahasa melayu untuk kita berkongsikan bersama.

Aku menjawab, "Sahabatku, cuba kau beritahu padaku...dalam dunia ini...agama mana yang MEMBENARKAN pengikutnya dari memakan hasil dari daging binatang yang kita panggil BABI (a.k.a khinzir) nie...?". (Maaf, aku takkan sensorkan perkataan BABI nie dari penulisan aku untuk memudahkan pemahaman yang mebaca). Sahabat India aku terus dengan spontannya mengatakan dia tak pasti. Tapi, setakat hari nie tiada swami (sami) Hindu yang die kenali melarang penganut Hindu dari memakan hasil dari babi.

Aku menyambung, "Tahu tak kamu bahawa, sebenarnya...TIADA mana-mana agama di muka bumi ini yang mengatakan makanan dari sumber BABI itu boleh dimakan sama sekali !!!".

Dia agak terkejut. Tapi, sebenarnya aku taw dia sudah mula rasa soalan yang diajukan tu aku dah pusing balik untuk provok die balik.

Aku sambung, "Aku percaya kamu sudah tahu yang Muslim tidak memakan daging BABI dan sebabnya. Tahu tak kamu bahawa dalam agama Kristian seperti yang tercatat dikitab "Holy Bible" dalam Deutronomy, Leviticus dan Isaiah secara terang melarang orang Kristian dari mengambil makanan dari sumber BABI. Dalam Hindu sendiri pun kalau diperhalusi...memakan makanan dari sumber BABI itu sepatutnya tidak boleh".


Mata kawan aku dah terbeliak...aku sambung..."Maaf, bukan aku nak tunjuk pandai...sememangnya dalam kitab-kitab Veda. Malahan dalam manuskrip Manu sekalipun memang TIADA PERKATAAN KHUSUS atau secara terang mencatatkan PERKATAAN "BABI" ini dilarang dari dimakan oleh pengikut Veda. Tapi, dalam Veda banyak disebut...JANGAN memakan makanan yang merosakkan diri...JANGAN makan makanan yang boleh membinasakan tubuh badan...JANGAN ambil BINATANG eksotik atau buas atau liar. Malahan, umum tahu sifat BABI yang pengotor dan buas (aku maksudkan nafsu seks BABI nie terrrlampau buas dan tak kira tempat). Dalam Hindu juga kalau aku tak silap...mana-mana binatang yang tak senonohnya jangan dimakan kerana dikhuatiri akan mempengaruhi sifat dan perilaku kita nanti akan jadi macam binatang tu juga selepas kita makan".

Die mula cool down agaknya dah mula nampak soalan dia makan diri. Then aku sambung, "bagi agama Jainism dan Buddha pula...kedua-dua agama nie melarang membunuh sebarang makhluk bernyawa (living being). Jadi, kedua-duanya secara automatik melarangg penganutnya memakan binatang apa pun. Dengan kata lain, mereka makan sumber yang berasaskan tumbuhan (vegetarian)".

Sebagai kesimpulan perbualan kami aku konklusikan pada dia, "Agama Islam melarang pengikutnya dari memakan makanan dari sumber babi bukan kerana mengikut ajaran agama lain. Tetapi, perintah larangan dari memakan daging babi ini kerana...sebagai Muslim, kebersihan itu bukan hanya dari pandangan mata semata. Namun, makanan yang akan kami kunyah dan telan masuk ke dalam perut juga perlu dijaga demi memastikan dalaman tubuh badan dan akal jasmani menjadi sihat (aku tak kata sucilah...nanti lagi dia hangin). Bila badan sihat, akal sihat. Baru kita cergas dan cerdas untuk menjalankan kerja harian".

Dia menyampuk, "Tapi, badan saya tetap sihat walaupun makan daging babi !!!".

Aku respon, "Masih ingat lagi trauma dunia tentang virus demam H1N1 yang lalu ?".

Dia angguk sambil berkata, "Yaaa...". Teragak sikit jawapan dari dia.

Aku, "Pernah tak kamu terfikir kenapa negara China paling teruk kena serangan virus H1N1 tu ? di Malaysia kami punya banyak orang Cina yang berulang alik ke negara China. Tapi, statistik di Malaysia menunjukkan jumlah orang bukan Cina (yang tidak memakan daging babi) yang dijangkiti H1N1 boleh dikira dengan jari dan kami mampu mengekang wabak tu dari menular. H1N1 adalah bukti paling jelas BAHAYAnya daging babi nie kalau kita makan. Dari selsema biasa...virus boleh bermutasi menjadi satu versi virus baru yang memeningkan saintis untuk membina vaksin penawarnya. Paling nyata, kenapa...negara UAE langsung tak risau tentang H1N1 nie ?. Aku tak mahu ulas panjang...seeloknya kamu google jer dan cari jawapannya sendiri...".

Tiba-tiba handphone die bunyi. Die jawab, dan minta diri.

Last sebelum dia beredar...dia berkata "seronok dapat borak dengan kamu, kamu telah memberikan jawapan lain dari yang lain dan memberikan saya persepsi baru dalam persahabatan..."

Aku cuma jawab, "Thank you, really honored to hear that".

Monday, February 27, 2012

Kerajaan India Pun Tak Suka Dengan Israel ?

Sejak dua menjak nie aku perhatikan akhbar di Malaysia dok mainkan isu pasal YB Dato' Seri Anuar Ibrahim (DSAI) yang menyokong aspirasi penubuhan negara Israel (sokongan DSAI yang dikatakan bersyarat) dan gosip-gosip liar yang mengatakan bahawa ayahanda Tun M pun ada pernah menyokong Israel melalui surat balas yang pernah dihantar kepada dua orang bekas PM Israel.

Aku tak berminat nak cerita pasal isu yang hot dimainkan di tanah air pasal negara Israel nie. Cumanya, tiba-tiba sedang aku belek-belek akhbar di sini...tiba-tiba mata aku terpandang tajuk "No Country for Jews" dalam salah satu artikel yang aku baca. Sekadar nak kongsikan berita tentang tajuk nie dengan yang membaca di sini aku tulislah apa isi kandungan artikel tu.

Baru-baru ini pada 15 Februari yang lalu, Mahkamah Tinggi Kerala telah mengekalkan perintah yang dikeluarkan pada 7 Februari yang lalu agar seorang Rabbi yahudi dan pasangannya diusir meninggalkan negara India dalam tempoh dua minggu kerana dikatakan telah menyalahgunakan visa yang dikeluarkan untuk mereka berdua. Dalam bahasa senangnya, si Rabbi nie dikatakan telah memasuki India pada mulanya dengan menggunakan visa pelancong. Tetapi sebenarnya bukan melancong...si Rabbi nie sebenarnya menjalankan aktiviti dakwah keagamaan yahudi di Kerala.
Apa salahnye kalau dia nak menjalankan aktiviti dakwah agama dah terlanjur dia bercuti di sana ? Ramai sangat ker orang yahudi di Kochi tu ? Adalah dikatakan, jumlah komuniti yahudi di Kochi nie semakin mengecil...mengikut kiraan terkini dikatakan hanya kurang lebih 50 orang jer akibat penghijrahan ke tanah nenek moyang mereka di Israel. Tak derlah besar mana pun !!! Tak menjadi suatu ancaman kalau diambil kira angka tu.

Herrrmmm...kalau difikirkan seimbas lalu pun macam tak jadi masalah...takkanlah kerajaan India tak boleh bertolak ansur sikit dalam hal-hal agama puak minoroti di India nie kan ? Mana kebebasan berdemokrasi di India yang sering dilaungkan ?!!! Itu kata orang yang konon-kononnya nak jadi pejuang kebebasan beragama dalam amalan demokrasi dunia hari ni.
(gambar di atas: Rabbi Bernstein yang pilu mengenangkan nasib beliau yang akan meninggalkan saudara yahudinya di Kochi, India)

Sebenarnya pasangan nie dah datang ke India (mereka dijemput khas dari Jerusalem) sejak dari 3 Mac 2008 lagi. Atas desakan faktor tiada lagi individu dalam kelompok minoriti yahudi di Kochi (Kerala) ini yang boleh berbahasa Hebrew yang menjadi bahasa penulisan kitab Torah...makanya, Rumah Ibadat Yahudi Pardesi (Pardesi Jewish Synagogue/PJS) yang beroperasi di Mattanchery, Kochi telah memanggil Rabbi nie ke Kochi untuk mengetuai upacara-upacara keagamaan yahudi di pusat ibadat yahudi nie sejak lebih tiga tahun yang lalu.

Isu ini menjadi lebih hangat lagi pada waktu ini memandangkan kelompok yahudi ini akan menyambut festival Passover yang bakal tiba pada 6 hingga 14 April akan datang. Pihak rumah ibadat yahudi agak gusar kerana tanpa Rabbi ini maka upacara festival yang dimaksudkan nanti tiada tokoh agama yahudi yang mampu memimpin mereka. Si Rabbi cuba untuk mencabar keputusan Mahkamah Tinggi Kerala dengan mengatakan bahawa mereka masih mempunyai visa yang masih sah tempoh lakunya sehingga 1 April. Pun, begitu- walaupun si Rabbi ini cuba untuk membuat rayuan atau semakan semula atau apa jua usaha yang cuba dilakukannya...keputusan Mahkamah Tinggi tersebut telah ditafsirkan oleh pihak berkuasa di Kerala bahawa si Rabbi nie TAK BOLEH menjalankan sebarang upacara keagamaan sehinggalah mendapat kebenaran bertulis dari pihak berkuasa tempatan di sini.

Mengikut undang-undang berkenaan penggunaan visa antarabangsa...visa pelancong nie boleh dikeluarkan kepada mana-mana individu selagi mana si pelancong tu tak menjalankan aktiviti-aktiviti yang boleh menghasilkan duit buat dirinya. Tak boleh buat business ler senang...Habis tu buat dakwah tu business ker ?!!! Memanglah dakwah agama tu bukan kegiatan perniagaan...tapi kalau dah dok lelama kat Kochi tu mana datang duitnye kan ?

Sebenarnya...dari sumber-sumber bacaan lain aku di sini...ada pihak di India nie yang cuba menyelamatkan negara mereka dari anasir-anasir tak baik dari berlaku di India khususnya.

Bukan kerana mereka cuba menghalang aktiviti beragama di India...cuma mereka cuba mengelak wujudnya keinginan pihak-pihak yang tak bertanggungjawab mencetuskan tindakan keganasan di India. Kan seminggu sebelum Mahkamah Tinggi Kerala putuskan pengusiran Rabbi nie bandar New Delhi bergegar dengan bom. Esoknya heboh di Bangkok plak dengan suspek pengebom dari Iran ditangkap di Kuala Lumpur. So, diorang ambil tindakan awal untuk mencegah sentimen ketakutan nie merebak ke bahagian selatan India dengan mengusir Rabbi nie.

Ada pihak lain juga yang mengatakan bahawa, tindakan Mahkamah Tinggi Kerala nie sebenarnya cuba menyekat beberapa ideologi yahudi dari menular di bumi India nie. Ye ker...?!!! dikatakan juga kerana orang-orang yahudi Israel nie bila datang Kochi dan Goa dah mula berlagak macam raja di bumi India. Seakan-akan undang-undang tempatan mampu dibeli hanya kerana mereka berasal dari negara Israel yang mempunyai pengaruh kuasa Amerika Syarikat di belakang. Itu kata oranglah...aku tak pasti sejauh mana kebenarannya.

Untuk rekod: kerajaan India hari ini sebenarnya punya hubungan diplomatik dengan negara Israel. Malahan, kedua-dua negara punya persefahaman dua hala dalam teknologi ketenteraan dan ekonomi.

Namun, aku lihat keputusan yang diambil oleh Mahkamah Tinggi Kerala dalam kes nie satu signal jelas bahawa...India tak der masalah nak berkawan dengan sesiapa pun tapi dengan BERSYARAT !!! Jangan sesekali cuba nak mengYAHUDIkan rakyat mereka. Jangan sesekali cuba nak memperMAINkan kemudahan yang diberikan. Paaaaling penting, jangan cuba-cuba nak bawak tabiat YAHUDI mereka di India nie.

Wednesday, February 22, 2012

Qutab Minar

Asyik cerita pasal benda berat jer...nie aku nak cerciter pasal jalan-jalan di New Delhi edisi Qutab Minar plak. Salah satu lokasi bersejarah yang selalu orang Malaysia terrrtinggal. Pada aku, korang kalau sampai ke sini patut singgah dan lihat tamadun Islam yang di tinggalkan suatu ketika dahulu di bumi Indi Yeah nie.

Qutub Minar nie sebenarnya dalam bahasa Urdu. Dalam bahasa kita boleh diterjemahkan sebagai Menara . Telah dibina dengan batu pasir berwarna merah dan marmar ia merupakan menara (berbentuk tiang yang besar) kedua tertinggi di India selepas Burj Fateh atau "Menara Kemenangan" yang terletak di kampung Chiri Chappar di daerah Punjab Mohali.

Dengan ketinggian 72.5 meter (237.8 kaki) ia mengandungi 379 anak tangga untuk sampai ke atas dan berdiameter 14.3 meter manakala tingkat paling atas berukuran 2.7 meter.

Pembinaan Qutab Minar nie telah dimulakan oleh Sultan Qutb-ud-din Aibak (Sultan Delhi yang pertama) pada tahun 1192 dan terkenal kerana menjadi salah satu contoh binaan paling paling awal dan paling menonjol ciri-ciri seni bina Indo-Islam. Ia dikelilingi oleh struktur beberapa struktur binaan purba yang lain (termasuk yang dikatakan sezaman dengan Hindu dan Jain).

Suatu ketika dahulu, di Qutab Minar ini juga amat dikenali Masjid Quwwatul Islam yang dikatakan masjid terawal dibina oleh Sultan Delhi. Apabila sampai ke Qutab Minar, ia merupakan sebuah kompleks yang besar sebenarnya. Kawasan Qutab Minar juga bertindak sebagai sebuah institusi kegiatan agama Islam yang ulung suatu ketika dahulu.

Terdapat sedikit keraguan (pada sesetengah pengkaji sejarah) yang maragui tentang TUJUAN kenapa di bina Menara Minar ini. Bila dirujuk pada orang tempatan, mereka mengatakan ianya berfungsi sebagai tempat Muazzin melaungkan azan untuk menandakan masuknya waktu Solat. namun, ketinggiannya yang terlalu tinggi dikatakan adalah suatu yang musytahil untuk pendengaran manusia biasa menangkap laungan azan dari jarak yang terlalu tinggi dari menara tersebut.

Pada aku memang ada lojiknya juga, lagi pun kesian pada tok bilal yang nak azan kalau naik pun dah mengah cam ner nak azan kan ? Pada pendapat aku, pemerhatian aku di kompleks nie mengatakan bahawa...Qutab minar nie dibina sebagai suatu binaan menunjukkan bahawa teknologi kejuruteraan arkitek Islam telah mendahului zamannya. Malahan, kecanggihan menaikkan menara tinggi seperti ini menunjukkan bahawa Islam itu hebat bukan dari aspek kerohanian terhadap Maha PenciptaNya...tetapi dizahirkan dalam kehidupan seharian sebagai seorang Muslim pada era tersebut.

Kalau ada peluang ke kompleks Qutab Minar nie, korang pastinya takkan terlepas pandang dari sebatang tiang besi yang perpacak di dataran kompleks Qutab Minar nie.

Apa yang menarik sangat dengan tingan nie ? Tiang besi nie dikatakan telah terpacak di kawasan kompleks nie sejak lebih 900 tahu sebelum masihi lagi. Seperti yang aku katakan kat atas...kompleks Qutab Minar nie dibina di atas bekas tapak purba Hindu dan Jain. Dikatakan SUATU KETIKA dahulu, sebelum Delhi diperintah oleh kesultanan Islam...sekitar kompleks ini merupakan tapat kuil bagi penganut agama Jain. Dan tiang besi itulah merupakan pusat atau center pada bangunan kuil Jain. Ramai pengkaji sejarah di sini percaya bahawa, binaan kuil yang asal telah dirobohkan oleh Sultan Delhi pada era pemerintahannya. Namun, tiang besi ini tidak pula di alihkan...sebab apa aku tak pasti. Ada perkara yang memelikkan pengkaji logam di India dan DUNIA tentang tiang besi ini...dikatakan besi atau logam yang digunakan untuk membuat tiang ini sebenarnya bukan berasal dari tanah India. Malahan, dikatakan untuk mengklasifikasikan jenis logam apa yang digunakan juga sampai hari ini kurang dipastikan. Dalam kata lain, besi logam yang digunakan untuk buat tiang nie bukan datangnya dari muka bumi ini. Kecanggihan kimpalan untuk membuat tiang nie terlalu menabjubkan kerana dikatakan besi ini tidak berkarat walaupun sudah terpacak lebih 3000 tahun lamanya.

Hari ini Qutab Minar sebenarnya masih menerima tetamu dari kalangan ummat Muhammad untuk bersolat terutamanya pada hari Jumaat dan hari raya eid.

Meskipun Minar telah menerima beberapa kerosakan kerana gempa bumi dan terjahan kilat lebih daripada beberapa kali namun usaha pembaikkan seringkali jugalah dilaksanakan oleh pemerintahan India bagi memastikan tapak kompleks yang telah mendapat pengiktirafan UNESCO sebagai warisan dunia nie dipelihara.

Bercerita tentang gempa bumi dan sambaran kilat di kompleks nie aku punya aggapan lain. Ini semua sebagai ingatan Allah kepada hambaNya agar tidak melakukan syirik. Korang taw tak...? sampailah ke hari nie...masih ada individu yang percaya seandainya kalau diorang mengelilingi menara Minar nie sambil menyampaikan hajatnya...dikatakan hajat diorang boleh tercapai. Siap ada yang membayar nazar (cara kurafat diorang lah...) di menara nie pun ada.

Lain-lain cerita...kalau ada aku kongsikan lagi eh...

Friday, February 17, 2012

Jangan Nak Meludah Merata

Tabiat mengonyel (aku tak taw apa perkataan yang paling tepat untuk di gunakan) di sini sampai kena bagi sign warning jangan meludah.

Tapi aku tengok merata rata gak colour coklat oren di sana sini...eeeeyuksss!!!


Tuesday, February 14, 2012

Makam Nabi Allah Musa a.s di Kashmir (ending)

Sepertimana dalam penulisan aku yang terdahulu...di dalam Bible ada menceritakan beberapa tempat yang dikatakan menjadi lokasi bersejarah perjalanan nabi Allah Musa a.s sebelum baginda wafat.

Secara umumnya ada lima tempat yang menjadi asas hujah sesetengah golongan yang mempercayai bahawa lokasi pemakaman nabi Allah Musa a.s terletak di pergunungan Kashmir berlandas kepada lima nama tempat yang masih wujud sehingga ke hari ini dan dikenali umum dalam bahasa tempatan yang juga dikatakan "nama" tempat inilah sebenarnya yang dimaksudkan dalam Bible: (Deuteronomy 34:1-7) 1) dataran/lembah Moab, 2) pergunungan Nebo, 3) puncak Pisgah, 4) Beth-Peor dan 5) Heshbon. Hujah kebenaran lokasi-lokasi ini sebenarnya lebih kepada logik akal atas pemahaman golongan ini bahawa, mana mungkin TUHAN akan mentakdirkan lokasi-lokasi ini berada di Timur Tengah sedangkan Moses telah di arahkan keluar malahan tidak dibenarkan mengikuti romobongan Bani Israel meneruskan perjalanan ke "Tanah yang dijanjikan" ke Palestin. Dengan kata lain, seharusnya nabi Allah Musa a.s ditakdirkan oleh Allah wafat di luar jauh dari tanah Jordan.

Aku tak dapat nak pastikan sejak bila dan bagaimana (secara khusus) nama-nama tempat yang terletak di kawasan pergunungan Kashmir (yang tercatat dalam Bible nie) boleh muncul dan tercatat dalam peta India. Namun umum mengetahui bahawa, nama-nama ini dipetik dari pada "Five Books of Moses" yang juga dikenali sebagai "Torah". Kitab Torah ini kan dalam bahasa Hebrew, kemudiannya diulang sebut dalam bahasa Aramaic- kemudiannya penyampaiannya disambung dalam bahasa ber"telo"kan Israel- kemudiannya terjemahan ajaran ini dibuat pula dalam bahasa Greek. Pendek kata, nama-nama tempat yang tercatat dalam Bible hari ini adalah hasil daripada terjemahan mengikut kaedah ulangan phonetic dari generasi ke generasi yang berkembang mengikut arus masa dan pengaruh kawasan hebahannya.

Secara umunya makna Beth-Poer adalah "tempat yang luas terbuka" yang juga mungin merujuk pada kawasan yang di dataran lembah. Terletak di utara Kashmir...kira-kira 70 kilometer dari bandar Srinagar terletaknya dalam daerah Sopore, terletaknya sebatang sungai yang dikenali sebagai Sungai Jhelum...sungai ini juga dikenali sebagai Behat dalam bahasa Parsi. Sungai Behat ini jugalah yang mengalir melintasi sebuah pekan kecil yang mendapat namanya Bandipur dan sungai ini terus merentasi ke Tasik Wular yang JUGA penduduk setempat kenali sebagai Behat-poor.


Dari bandar Bandipur, 20km ke arah Utara Timur terdapat sebuah perkampungan kecil yang dikenali sebagai Hasba atau Hasbal. Perkampungan ini jugalah yang dikaitkan dengan Heshbon (Deuteronomy 4:46) yang mempunyai hubungan dengan Beth-peor dan Pisgah (merupakan sebuah lokasi yang bercerun di utara Bandipur. Namum, penduduk di Kashmir lebih mengenali tempat ini sebagai Pishnag).




Dari cerun (kawasan tinggi) Pishnag, kita mampu lihat dataran kawasan lembah yang sangat indah menghijau yang dikenali sebagai dataran luas Mowu yang juga dikatakan merujuk pada dataran Moab. Dari lembah Moad menghala ke arah utara barat pula akan kelihatan pula sebuah gunung yang dikenali sebagai Gunung Nebo. Penduduk tempatan panggil Baal Nebu.

Kesemua lokasi-lokasi yang menjadi clue dimana terletaknya lokasi makam nabi Allah Musa a.s terletak dalam radius berhampiran yang dapat dikenal pasti kedudukannya.


Untuk sampai ke makam nabi Allah Musa a.s yang dimaksudkan oleh penduduk tempatan di Kashmir, pelawat perlu ke perkampungan Aham Sharif. Dari sini kena jalan kaki ke Gunung Nebo dan mesti diiringi oleh wakil penjaga kubur yang dikenali sebagai Wali Rishis. Dikatakan keluarga Rishis telah menjadi pemegang amanah untuk menjaga kubur nabi Allah Musa a.s sejak 2,700 tahun lamanya. Macamana rupa makam nabi Allah Musa a.s di Kashmir nie...? Cuba tengok gambar kat bawah nie...

Apa pendapat korang ? Sedih ? atau...keliru ? Aku sendiri pun macam tak percaya...yang gambar kat atas tu dikatakan kubur nabi Allah Musa a.s. Yang kat bawah nie plak gambar paaaling feymes...coz makcik Suzzane Olsson nielah yang banyak buat research pasal makam nabi Allah Isa a.s dan Musa a.s di Kashmir. Banyak research die yang menjadi sandaran pengkaji sejarah dan theologi di India. Die jugalah yang dikatakan menjadi duri dalam daging puak Kristian moden skang nie...
Apakah aku percaya tentang kebenaran makam nabi Allah Musa a.s yang di atas sebagai kubur sebenar baginda ?

Secara jujurnya...aku tak tak tau nak jawab macam mana sebab pada aku samada BETUL atau TIDAK kubur di Kashmir nie makam sebenar nabi Allah Musa a.s bukanlah isu sebenarnya. SEBABnya ?!!! Bila membincangkan kedudukan makam nabi Allah Musa a.s nie...sumber mana yang lebih kita perlu pegang ? Sumber dari cerita rakyat atau kitab-kitab yang tak konsisten kandungannya atau...kita masih punya alternatif lain ? Aku kata YA, kita masih punya sumber lain.

Ada dua hadith yang diketahui disampaikan oleh junjungan besar kita nabi Muhammad Rasullullah s.a.w berkenaan dengan lokasi kubur nabi Allah Musa a.s nie.

Pertama: kalau di hayati perjalanan Rasullullah semasa Isra' Mi'raj, diceritakan bahawa semasa baginda dalam pengembaraan Isra', baginda dikata melihat nabi Allah Musa a.s melakukan solat di kuburnya. Dalam maksud yang lebih kurang riwayatnya "Aku melewati Nabi Musa pada malam Isra' di sebuah tempat pasir merah bertompok. Dia sedang berdiri melaksanakan solat di dalam kuburnya.” (Muslim, Ahmad, Nasa’i, Ibnu Hibban, Thabrani).

Kedua: terdapat juga hadith (aku sedang mencari sumber kesahihan hadith ini...andai yang ketemui mohon di kongsi bersama) dari Rasullullah yang mengatakan bahawa makam nabi Allah Musa itu terletak di kawasan yang bertanah merah berhampiran/di tepi jalan. Di catatkan oleh Bukhari dan Muslim; diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. katanya: “Allah telah menghantar Malaikat Maut kepada nabi Musa a.s., apabila tiba lalu nabi Musa a.s. telah menamparnya hingga terkeluar biji mata malaikat tersebut. Kemudian Malaikat Maut kembali kepada Allah lalu menyatakan: Ya Allah, Engkau telah menghantarku kepada hambaMu yang tidak mahu mati, kemudian Allah memasukkan biji matanya lalu berkata kepadanya; “pergilah kamu kepada Musa dan minta supaya dia meletakkan tangannya di atas kulit lembu. Tanya Malaikat Maut selepas itu apa yang aku hendak lakukan, jawab Allah; ketika itu ambillah nyawanya. Sebelum menemui ajal, baginda (nabi Allah Musa a.s) meminta agar dikebumikan di suatu tempat berhampiran dengan tanah suci...sehampir lembaran batu atau tidak jauh melebihi lontaran batu.

Seterusnya baginda Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda; Ertinya; “Andai kata kalau aku berada di sana nescaya aku tunjukkan kepada kamu kuburnya iaitu di tepi jalan dibawah longgokan tanah merah”. Ada catatan yang mengatakan bahawa kubur nabi Allah Musa disabdakan terletak di pergunungan yang berwarna merah.

Daripada dua hadith ini, kita diberitahu ada tiga "clue" utama lokasi kedudukan makam nabi Allah Musa a.s:

CLUE Pertama: Nabi Muhammad s.a.w mengatakan bahawa baginda melintasi kubur nabi Allah Musa a.s semasa isra' dari Makkah ke Masjidil Aqsa. Sepanjang perjalanan baginda ke Masjidil Aqsa, baginda juga diriwayatkan singgah dibeberapa tempat termasuk ke Betlhlehem (Jerusalem) tempat kelahiran nabi Allah Isa a.s. Kalau kita ambil peta atlas merujuk pada kawasan timur tengah, aku mengandaikan (hukum lojik akal mudah) bahawa pada awalnya perjalanan Rasullullah semasa isra' adalah terus ke arah utara (Madinah dan Bukit Tursina) dan kemudiannya meneruskan perjalanannya dengan mengunjur kearah utara timur ke Jerusalem.

Kedudukan Kashmir yang kita boleh lihat terlalu ke timur agak meragukan aku sebenarnya (walaupun segalanya mungkin dengan kuasa Allah), bayangkan setelah Rasullulah selesai melewati ketiga-tiga lokasi ini...agak janggal (dengan lojik akal) untuk difikirkan buraq (binatang tunggangan Rasullulah pada waktu itu) membawa baginda Rasullulah ke timur sehingga ke pergunungan Kashmir kemudian berpatah balik untuk Mikraj baginda ke langit dari Masjidil Aqsa.

CLUE Kedua: Kubur nabi Allah Musa a.s disabdakan terletak di bawah longgokan tanah merah atau pergunungan tanah merah atau kawasan yang bertanah merah. Kata kunci di sini adalah sebuah kawasan yang TANAHNYA BERWARNA MERAH.

Apabila membincangan tentang TANAH MERAH- di sini kita akan memperkatakan tentang GEOGRAFI. Kashmir bertanah merah ker ? Herrrmmm...penerangan aku berkenaan lokasi makam Nabi Allah Musa a.s yang dikatakan di pergunungan Kashmir banyak menceritakan tentang lembah yang subur...bersungai...dalam bahasa geografi sekolahnya...sebuah delta yang sungguh mengHIJAU. Berbalik pada hadith yang pertama di atas, Rasullullah menyatakan bahawa kubur nabi Allah Musa a.s di kawasan "berpasir merah".

CLUE Ketiga: merujuk pada hajat terakhir nabi Allah Musa a.s agar dicabut nyawanya di tempat yang berhampiran dengan "TANAH SUCI" dan jaraknya sejauh lemparan batu dan "di TEPI JALAN".

Apa yang dimaksudkan dengan TANAH SUCI di sini ? Aku sendiri tak dapat jawapan yang paling tepat. Namum, aku beranggapan bahawa kita kena mengambil kira selepas kenabian nabi Allah Ibrahim a.s lokasi mana yang dianggap suci ? Ingat lagi kisah nabi Allah Ismail a.s ?Seharusnya TANAH SUCI yang dimaksudkan tentunya Makkatul Muqarramah. Aku tidak bermaksud untuk menidakkan kesucian Masjidil Aqsa...cumanya, pada pendapat aku ummat Islam mengangkat kesucian Masjidil Aqsa selepas peristiwa isra' mi'raj berlaku. Selepas perintah solah diperturunkan dan menjadikan Masjidil Aqsa sebagai kiblat pertama ummat Islam. Dan semua itu berlaku selepas kewafatan nabi Allah Musa a.s. Sesungguhnya sebagai Rasul utusan Allah yang agung yang juga mewarisi kerasullan nabi Allah Ibrahim a.s dan Ishak a.s, sudah tentunya nabi Allah Musa a.s mengetahui tanah mana yang dianggap suci di sisi Allah. Malahan, sebagai insan yang diangkat sebagai "Khalillullah" - nabi Allah Ibrahim a.s sendiri pernah memohon doa dan meminta keberkatan kepada Allah agar tanah tempat pemastautin untuk anakanda kesayangannya nabi Allah Ismail a.s itu dimuliakan. Ditambahkan lagi, tangan nabi Allah Ibrahim a.s (dibantu oleh nabi Allah Ismail a.s) jugalah yang membina Kaabah.

Dan akhir sekali- "TEPI JALAN"...tepi jalan ?!!! ini bukan untuk menghina nabi Allah Musa a.s, tapi ini merupakan kiasan (lagi sekali pendapat peribadi aku) yang merujuk pada lokasi kuburnya nabi Allah Musa a.s itu sebenarnya tidaklah tersorok. Sehinggakan nabi Muhammad s.a.w berkata kalau sahabat berada di kawasan tanah merah yang dimaksudkan, akan Rasullullah tunjukkan kepada mereka. Malahan ungkapan sehingga Rasullulah boleh menunjukkan lokasi kubur nabi Allah Musa a.s ini juga seakan-akan membayangkan bahawa kedudukan kubur nabi Allah Musa a.s dengan Makkah sebenarnya tidaklah sejauh mana yang disangkakan. Sebab, perkataan TEPI JALAN itu sendiri mungkin membawa maksud bahawa lokasi kubur nabi Allah Musa a.s sebenarnya adalah terletak dilaluan jalan kebiasaan yang di ambil oleh pengembara dari dari Makkah ke serata semenanjung Arab (khususnya menghala ke Utara).

KESIMPULAN untuk tajuk Makam Nabi Allah Musa a.s di Kashmir nie:

Janganlah kita terrrlalu ghairah mempercayai info-info yang kita baca atau peroleh. Fikir dan amati setiap rasionalnya. Aku tak kata apa yang aku sampaikan nie betul...kalau ada silap, secara jujur aku mohon diperbetulkan.

Aku cuma berharap kita jangan terlalu ghairah main ziarah kubur itu kubur ini. Entah sapa-sapa yang bersemadi di kubur tu pun kita tak taw. Di mana lokasi sebenar nabi Allah Musa a.s ? Sesungguhnya aku sendiri tak taw. Aku cuma sampaikan kepada yang sudi membaca agar kita mendapat faedah yang berguna untuk dikongsi bersama.