Thursday, April 2, 2009

Chapter 1: Demokrasi dan Diskriminasi di India

Pada waktu ini, di India media-media massa dengan sibuk dengan cerita berkenaan dengan pilihanraya umum yang bakal dilangsungkan dari 16 April sehingga 16 Mei depan. Bayangkan mereka menjalankan proses demokrasi paling lama tempoh pilihanrayanya dalam dunia.

Pilihanraya untuk menentukan pemerintahan dan penentuan hala tuju negara yang dikatakan bakal menjadi kuasa besar dunia suatu hari nanti.

Kalau nak diceritakan tentang pilihanraya India, banyak fakta menarik yang boleh aku kongsikan. Bayangkan, mereka (rakyat India) akan mengundi untuk memilih lebih 500 orang pemimpin yang bakal menduduki kerusi parlimen. Parti-parti politik yang bertanding di India pada hari ini dikatakan lebih 100 parti tidak termasuk individu yang bakal bertanding untuk kerusi bebas. Kawasan paling sedikit jumlah pengundinya adalah seramai lebih 44,000 orang. Paling ramai lebih 250,000 orang. Secara keseluruhannya jumlah pengundi yang berdaftar dan layak mengundi untuk menentukan nasib negara India adalah dikatakan lebih 500 juta orang !!!

Pilihanraya India juga merupakan suatu proses demokrasi paling besar dalam dunia. Malah, negara Amerika dan China pun tidak seramai jumlah pengundi di India. Cuba bayang, betapa kecohnya negara ini bila bertanding pilihanraya. Macam-macam cerita sensasi, kontraversi, demontrasi, korupsi dan banyak lagi yang boleh diikuti di sini.

Berbanding dengan kita di Malaysia, kalau dilihat pada masa Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu. Angka sememangnya kita tidak boleh jadikan kayu pengukur dengan negara India. Tetapi, suatu perkara yang menarik juga aku nak ceritakan di sini. Suruhanjaya Pilihanraya di India aku lihat nampak lebih tegas dari SPR kita di Malaysia.

Bayangkanlah, jangan kata Pesuruhjaya Pilihanraya...malahan pegawai rendah yang diberikan tugas untuk memastikan borang penamaan calon pun punya kuasa untuk melucutkan hak bertanding bakal-bakal pemimpin yang berhajat untuk bertanding. Kesemua pegawai dan kakitangan Suruhanjaya Pilihanraya India dilindungi oleh akta dan polis dari disentuh atau sebarang perkara yang tidak diingin oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ada satu kes baru-baru ini, seorang pemimpin telah dikeluarkan waran tangkap oleh Suruhanjaya Pilihanraya India hanya kerana penyokong pemimpin tersebut menengking-nengking pegawai tersebut (tak sentuh dan tak keluar kata-kata kesat pun) hanya kerana pemimpin yang disokong terpaksa menunggu giliran yang lama untuk mendapatkan borang. Yang menariknya pegawai tersebut kerjanya hanya jadi tukang bagi borang pecalonan. Bukan pegawai yang akan mengesahkan borang atau menerima pecalonan.

Poster - parti bertanding yang memasang poster sesuka hati akan menyebabkan pecalonan digugurkan tanpa sebarang rayuan. Kita kat Malaysia...? Adalah orang yang tukang turunkan, esok tetap boleh bertanding.

Masa berkempen kalau ceramah yang menyentuh isu sensitif, esok terus kena national Security Act (macam ISA kita di Malaysia sini dipanggil NSA). Masuk jail terus, bicara kemudian. Bertanding ? jangan mimpilah...

Banyak sebenarnya ketegasan yang terpaksa mereka buat demi memastikan keselamatan dan kelancaran untuk proses demokrasi berjalan dengan seadanya di India ini. Kita rakyat Malaysia baru 25 juta orang. Tak sampai pun 5 peratus dari jumlah rakyat India. Tetapi, bila kecoh...satu dunia tahu.

Ini hanya permulaan. Aku akan sampaikan perkembangan semasa pilihanraya India untuk renungan kita bersama pada tulisan akan datang.

No comments:

Post a Comment