Thursday, August 26, 2010

Episod I: Hak vs. Berhak Menggunakan kalimah "ALLAH"

Alhamdulillah, bulan Ramadhan datang lagi dan kita diberikan peluang untuk menikmati rahmat dan memohon keredhaan dariNya. Seharusnya, bulan ini kita perbanyakkan dengan ibadah dan beramal sambil mengharapkan agar diberikan peluang dan ruang untuk diketemukan dengan malam keberkatan “Lailatul Qadar”.

Dah lama…terlalu lama aku tidak mengupdate blog aku nie...Rutin kerja dan banyak perkara berlaku pada setiap hari. Sehinggakan aku terasa agak malas untuk menaip.

Namun, atas semangat Ramadhan. Ada sesuatu sebenarnya yang berlaku dan aku cuba lontarkan sedikit pandangan dan ilmu untuk dikongsikan bersama yang membaca. Apa yang cuba aku sampaikan bukanlah benda baru. Cuma aku berharap ada insan-insan lain yang akan meneruskan hasil coretan ini kepada bentuk yang lebih dinamik untuk santapan dan tatapan rohani saudara-saudara Muslimku yang lain (khususnya MELAYU).

Aku mulakan kalam...

Dengan nama ALLAH yang MAHA pemurah, lagi MAHA mengasihani.

ALLAHuAKBAR
ALLAHuAKBAR
ALLAHuAKBAR..wa Lillahilhamd

Semua ini bermula apabila pihak Mahkamah di Malaysia telah membuat keputusan bahawa penggunaan kalimah agung umat Islam- “ALLAH” dibenarkan untuk digunakan dalam cetakan penulisan bagi agama lain (dalam hal ini Kristian).

Berderau darah aku. Marah !!!

Mengucap panjang aku. Aku tahu aku bukanlah dari latar belakang pendidikan agama setaraf dengan ulama. Tetapi, naluri Islam aku memberontak. KENAPA ?!!! Ini dibiarkan dan dibenarkan berlaku dalam sebuah kerajaan yang telah mendapat persetujuan bersama dengan bangsa lain sebelum merdeka bahawa ISLAM itu agama rasmi MALAYSIA.

Antara soalan yang bermain dibenak fikiran aku dan ramai MUSLIM di Malaysia- Kenapa dibiarkan Hakim yang beragama BUKAN Islam yang dibiarkan membuat keputusan dalam menentukan penggunaan “ALLAH” kepada agama lain. Sedih aku. Memikirkan kecetekan akal ahli-ahli politik (tak kiralah samada ianya datang dari UMNO, PAS, mahupun PKR) yang konon-kononnya memperjuangkan agama dan maruah bangsa. Tetapi, tidak mampu berbuat apa-apa bila berhadapan dengan isu-isu sebegini. Lebih sedih lagi, ada pemimpin Islam yang menyokong keputusan Mahkamah tersebut.

Tapi, masa berlalu…dua tiga bulan...Sudahnya- isu ini dikatakan sudah basi.

Malahan, ramai orang Islam khususnya MELAYU yang agaknya sudah lupa tentang isu ini. Kekhuatiran sesetengah pihak tentang kekeliruan kalimah ALLAH itu untuk siapa bakal jadi kenyataan, andai kita terus leka dan membiarkan masa menentukan keadaan.

Sambil itu, kita lupa sudah ada pihak-pihak yang mengambil kesempatan atas isu ini aku percaya. Sudah ada pihak yang mengatakan bahawa, beriman kepada ALLAH pada agama ISLAM adalah sama dengan menyembah ALLAH di dalam gereja. Masjid dan gereja adalah tempat ibadah untuk semua.

Nau’zubillah !!!

Seseorang perlu lakukan sesuatu. Dan sesuatu perlu dimulakan bagi menjaga aqidah dan tauhid anak-anak kita. Aku cukup khuatir dengan generasi Muslim (lagi sekali- khususnya MELAYU pada hari ini) yang tidak cenderung untuk menjadi ilmuan. Ramai yang asyik menatap majalah hiburan dan komik kartun.

Terlalu banyak bacaan yang ditulis dalam bahasa yang asyik dan mengkhayalkan (paling sedih: ada buku yang konon-konon ditulis atas tujuan untuk motivasi tetapi dalam konteks cinta).

Aku menyeru pada yang menatap tulisanku kali ini. TOLONGLAH sedar dan TOLONGLAH buka mata. Kita perlu bersama, setiap individu yang mengaku SYAHADAH itu kalimah yang diIMANi perlu berazam. Kita perlu bersama dalam memastikan generasi Muslim adalah golongan yang akan menjadi ilmuan yang unggul.

Sekurang-kurangnya kita harus mampu melahirkan generasi yang suka membaca (buku-buku ilmiah yang aku maksudkan dalam hal ini) dan sering cuba untuk memikirkan (konklusi analitikal) apa yang dibaca, Insya’ALLAH…kita masih mampu menyelamatkan Islam dari dipersendakan.

Pendek kata, hanya dengan ilmu sahajalah kita mampu menyelamatkan agama dan bangsa kita daripada terus dipengaruhi dan dipermainkan oleh pihak-pihak yang berniat jahat.

Berbalik pada isu kalimah “ALLAH”, aku tahu- andai kita terpekik terlolong, maki hamun, sumpah seranah, pemimpin negara kita akan hanya akan mampu berkata “Bertenang semua, hormatilah keputusan Mahkamah…”. Ditambah dengan sikap sokongan tanpa rasa bersalah dari kalangan ulama pembangkang yang aku anggap dungu dan bengap. Membuatkan ada pihak yang tersenyum meRAIkan kemasukkan kalimah agung “ALLAH” ke gereja dan kitab bible mereka.

Tiada apa yang boleh kita lakukan lagi. Kita sudah kalah memperjuangkan ISLAM dengan membenarkan kalimah “ALLAH” diekploitasikan oleh orang kafir.

Mulanya- aku juga beranggapan keputusan Hakim kafir Cina itu menetapkan keputusan eksklusitiviti kalimah “ALLAH” bukan lagi hanya untuk ummat Islam merupakan tanda-tanda kekalahan kita dalam mempertahankan agama. TETAPI !!! Aku sedar juga akhirnya...-

KITA KALAH ?!!! Sebab kita PASRAH !!!
KITA KALAH ?!!! Sebab kita asyik MENGALAH !!!
KITA KALAH ?!!! Kalau terus BERSERAH !!!

Dan, sesungguhnya ALLAH itu sememangnya MAHA Agung. Benarlah kata-kata seorang sahabat Rasullullah: Sesungguhnya apabila seseorang itu mampu mengawal kemarahannya, itulah jihad yang paling hebat sekali.

Dalam, diam-diam- aku sebenarnya mula menelaah buku-buku bible. TERPERANJAT ?!!!
Aku mengawal api kemarahan aku bukan dengan membaca bible-bible.

Tetapi, entah kenapa- tiba-tiba aku terfikir, “Kenapa bersungguh benar si paderi di Malaysia nie nak gunakan “ALLAH” dalam artikel mereka?”. Lantas, aku melakukan pembacaan demi pembacaan. Rujukan demi rujukan. Hampir setiap hari aku akan lapangkan masa untuk membaca sambil mengkaji bible. Juga, aku semakin rajin malah menjadi ketagih untuk mengetahui penemuan dan pandangan pemikir-pemikir Islam tentang bible.

Alhamdulillah…ALLAHuAKBAR !!! Sememangnya Al-Quran itu suatu mukjizat sehingga ke akhir zaman. Aku masih seorang muslim walaupun masih terus membaca buku-buku bible.

Insya’allah…aku akan cuba lontarkan pandangan aku tentang isu; apakah BERHAK penganut Kristian menggunakan kalimah “ALLAH” yang telah diberikan HAK oleh entiti dunia yang bergelar mahkamah.

Justeru, penulisan aku untuk seterusnya selepas ini akan berkisar tentang apa yang aku fikirkan tentang sejauh mana kejujuran paderi Kristian tersebut dalam memohon HAK penggunaan kalimah “ALLAH” sedangkan dia tahu penganut Kristian hari ini tidak BERHAK mengESAkan “ALLAH”.

Dan kamu akan ketahui KEBENARAN, dan KEBENARAN akan membebaskanmu
(maksud lebih kurang dari Gospel John 8:32)

Moga bertemu di Episod II...

No comments:

Post a Comment