Saturday, March 5, 2011

India...Lubuk Menjana Peluang

Pejam celik...sudah hampir, genap tiga tahun aku menetap di bumi India. Banyak perkara, banyak benda, banyak peristiwa yang aku dapat di sini. Tak pernah aku meminta untuk ditempatkan di negara yang suatu ketika dahulu cukup buat aku fobia untuk menjejakkan kaki ke sini. Tapi...Alhamdulillah- segalanya setakat ini masih dapat aku tempuhi dengan baik.


Setiap hari...ada sahaja perkara baru yang aku pelajari di sini. Kalau tanya dikalangan rakan-rakan sekerja aku. Pastinya...India bukan negara pilihan bagi mereka untuk bertugas. Masih banyak stesen yang menjanjikan cara dan gaya hidup lebih baik berbanding dengan bumi yang terkenal dengan budaya yang diluar batas kebiasaan kita di Malaysia (tak perlulah aku ceritakan secara detail di sini).


Dahulu...mungkin kerana pengaruh televisyen yang banyak memaparkan cerita dari Hollywood or Eropah membuatkan kita selalu berangan-angan untuk pergi ke Amerika atau Eropah. Penduduk yang dikatakn lebih bertamadun dan mempunyai tatacara hidup sivik yang tinggi. Berbanding dengan Bollywood..."Alah, semua yang ditayang tu wayang jer...kalau ko pergi India- jauh dari apa yang ditayang. Yang kaya tetap kaya. Yang miskin melarat bersepah ko tau !!!". Betul, aku tak menafikan di sini memang banyak orang miskin...papa kedana...malahan, mungkin tidak keterlaluan kalau aku katakan- orang suruhan yang dilayan macam hamba juga masih wujud di abad ini di bumi India.


Kalau dahulu...mungkin ayat,"Ohhh...anak saya study di Amerika" atau "Ko tau anak si pulan si pulan tu...kerja kat Amerika !". Atau juga, "I selalu buat business import export ke Europe". Nah, menjelang tahun 2000 yang sudah lebih satu dekat berlalu. Apakah masih ada orang yang berkata dialog yang sama ?


Hari ini, Segala-galanya sudah berubah. Di sini. Bumi tempat aku menetap pada waktu ini. Segenap golongan yang cuba mengembangkan perniagaannya. Setiap pepmimpin dunia sudah mengalihkan perhatiannya untuk mendapatkan tempat, ruang dan PELUANG yang dijanjikan di INDIA.


Dengan kekuatan: populasi rakyat seramai 1.2 biliion orang (anggaran tahun 2007), saiz ketenteraan kedua terbesar selepas Amerika Syarikat, GDP USD 3.298 trillion, jumlah wang dari Bollywood USD 1,256 juta dan banyak lagi fakta dan angka-angka yang mampu dijadikan asas sebagai faktor penarikan pelabur dan opputurnis untuk meninjau peluang menjana pendapatan di sini.


Pasti ada yang terkejut andai aku kataka: di India, dicatatkan oleh pihak Imigresen di sini bahawa- ada lebih 60,000 (mungkin lebih lagi) rakyat Amerika yang didapati tinggal lebih tempoh di India. Lebih memelikkan lagi, jumlah penduduk Eropah yang tinggal secara haram di sini lebih 120,000 orang. Pelik ? Tidak juga....bagi mereka yang tidak mengenali India. Semestinya angka-angka yang aku berikan akan dikatakan sebagai dongeng atau rekaan.


Hakikatnya, setelah aku melihat dan mengamati bumi ini. Aku kian memahami keadaan di sini dengan lebih baik lagi. Aku semakin memahami, kenapa ramai pelabur dari negara luar yang berlumba-lumba ingin menempatkan diri mereka dalam pasaran India. Ada yang hanya menetapkan sasaran cuma 3% dalam pasaran. Tetapi, percayalah- 3 hingga 7 peratus sebenarnya di India sudah mampu menjana puluhan juta USD keuntungan dalam setahun.


Apa sebenarnya yang kita sedang lihat pada hari ini adalah tempoh kejatuhan ekonomi dunia secara total. Tetapi, kenapa negara-negara seperti China, Brazil, Vietnam dan India sendiri tidak menunjukkan seperti di Amerika. Agak menarik lagi, hampir setiap minggu aku akan dapat berkenalan dengan kenalan baru dari Amerika yang datang ke India untuk menetap dan bekerja di sini. Ada juga rakyat India yang sudah lama menetap di Amerika sudah mula kembali ke bumi kelahiran mereka untuk memulakan kehidupan baru sebagai Indian yang sejati di bumi sendiri.


Kalau diamati sebenarnya, polarasi perkembangan ekonomi India baru sahaja bermula sejak dua dekad yang lalu. Dasar polisi dan pembangunan ekonomi yang lebih liberal serta pembukaan blok perniagaan kepada pelabur asing yang diperkenalkan lewat lapan tahun dahulu telah membuatkan ramai golongan atasan (samada ahli perniagaan dan politik) di India mengubah gaya hidup penduduk India. Paling menarik perhatian aku. India sebenarnya tidak memerlukan kehadiran FDI dalam analisa perkembangan ekonomi mereka. Pembangunan sektor mikro atau domestik sudah cukup untuk membuatkan ekonomi mereka terus mencatatkan angka-angka yang boleh menggembirakan mereka yang berusaha gigih di sini.


Cuma, aku juga dapati- kadang-kadang sedih melihat limpahan nikmat kemakmuran ekonomi tidak dapat diagihkan kepada golongan yang terletak dalam kelompok yang memerlukan. Dalam suasana ramai di India yang memiliki rumah seumpama mahligai istana. Ada ramai...terlalu ramai yang tidur berlantaikan jalanraya...berbumbungkan langit.


Aku cuma berharap, dalam ada pemimpin kita yang terlalu ghairah melihat India sebagai lubuk mencipta peluang dan ruang pertumbuhan ekonomi negara- diharapkan mereka juga mampu menilai dan belajar akibatnya sekiranya keseimbangan agihan ekonomi tidak dilakukan pada tahap kewarasan akal yang sempurna.




























No comments:

Post a Comment