Wednesday, January 21, 2009

Raja Aoka dan Orissa: Part II

Aku rasa sebelum nie aku ada ceritakan tentang Kolkata di Timur Bengal, India. Bandar yang sepatutnya boleh menjadi kebanggaan India. Tetapi, pada waktu ini bandar Kolkata tidak lebih daripada bandar yang agak menyedihkan untuk diduduki. Sejarah kemajuan dan kesibukan ekonomi Kolkata tidak dapat diteruskan sepertimana yang pernah termasyhur dahulu.

Sama dengan Orissa. Tercatatnya sejarah Raja Asoka dan kelahiran agama Buddha di negeri ini tidak menggambarkan apa yang dipertontonkan pada umum diwaktu ini. Aku tidak mengatakan Raja Asoka menyebabkan Orissa agak mundur. Tidak juga aku mengatakan ajaran pada agama Buddha menyebabkan negeri ini serba kekurangan. Tetapi, apa yang aku belajar dari senario yang ada di depan mata aku pada waktu ini. Andai kemahuan dan cita-cita yang disandarkan pada nasib dan waktu yang menentukan. Ditambah dengan harapan dilandaskan pada angan-angan. Tiada apa yang mampu ciptakan atau diubah sama sekali.

Rata-rata apa yang aku dapat lihat, penduduk di sini ada pengaruh ikutan apa yang aku lihat di Kolkata. Malas, suka melepak, melangok, dan macam-macam lagi sikap yang tak patut ada kalau rasa diri ingin maju tidak direalisasikan dengan tindakan dalam diri.

Kedai bukan pukul 11 pagi. Pergi kerja ikut suka hati. Pakaian ikut sedap rasa nak pakai.
Tetapi, mujur masih ada yang ingin berusaha. Masih ada yang ingin cuba membetulkan keadaan diri mereka. TETAPI, sekali lagi sikap ego manusia yang aku pernah tuliskan dahulu menyebabkan negeri ini sukar dimajukan tanpa sogokkan pelincir.

Kekadang aku kesian melihat gelagat manusia yang tak pernah penat untuk menghulurkan tangan meminta simpati untuk mengalas perut mereka di sini. Tetapi, dalam hati aku...sedangkan masyarakat sekeliling pun tak mengambil kisah. Apakah kehadiran aku sebagai orang luar perlu mengambil tempat orang yang tinggal disekeliling mereka ?!!!

Bila dah ada kat negara orang nie...bila di sini...banyak teladan yang aku belajar sebenarnya. Pendek kata, bersyukurlah menjadi rakyat Malaysia. Kerana nikmat sebagai penghuni di bumi yang aman dan makmur tidak dapat dirasai oleh mereka yang ada di sekitar aku pada waktu ini.

Sekali lagi, sejarah kegemilanga sesebuah bangsa dan negara bukan satu jaminan ia mampu diwarisi utuk generasi akan datang. Tetapi, ia hanyalah sebagai tauladan agar insan yang lahir selepas sejarah mampu memperbaiki dengan merujuk kesilapan lampau.

No comments:

Post a Comment