Tuesday, January 20, 2009

Raja Asoka dan Orissa

Lama aku tak menulis dalam blog. Banyak kerja yang perlu aku selesaikan selepas balik dari Kuala Lumpur. Maklumlah masuk tahun baru, macam-macam perkara kena buat. Kerja pejabat pun leh kata agak banyak dengan tenaga kerja yang ada pulak berapa kerat.

Pada waktu blog ini ditulis, aku berada di Bhubaneswar. Ibukota kepada negeri Orissa. Kalau boleh dipanggil Ibukotalah. Takderlah besar sangat. Nak ikutkan, bandar Kuantan lagi best. Mungkin kalau peminat Datuk Shah Rukh Khan akan perasan salah satu filem yang dia belakon dalam Asoka akan tahu tentang Orissa. Malah kalau masa belajar sejarah dulu zaman sekolah, ajaran agama Buddha dikatakan berasal dari Orissa. Di sinilah dikatakan kelahiran pengasas dan agama itu sendiri. Orissa merupakan destinasi terakhir raja Asoka. Daripada raja yang dikenali dengan karektor garang, gagah, berani tak keterlaluan kalau aku kata sejarah pemerintahan dia ada juga yang mengatakan dia nie kejam.

Aku sampai ke bandar Bhubaneswar pagi. Dari New Delhi flight pukul 7.00 pagi. Dalam satu jam empat puluh minit aku sampai ke bandar ini. Aku tak derlah nak mengharapkan suatu yang terlalu menarik tentang bandar ini. Seperti yang aku dah bayangkan, bandar nie takder benda yang menarik. Aku ke sini pun sebab kerja bukannya bercuti. Walaupun takder yang menarik. Tapi itu dari segi skop kalau nak bercuti, ini bukan tempatnya. Tapi, bandar ini ada potensinya yang tersendiri. Seperti biasa aku tak berminat untuk bercerita tentang kerja. Just nak berkongsi apa yang aku dapat di sini.

Apa yang menarik perhatian aku tentang bandar ini ? Sesampai sahaja di airport, mata aku dah terpandang patung-patung yang menghiasi sekitar bandar Bhubaneswar. Bukan aku tak biasa dengan patung-patung yang dibina di India nie. Cuma aku rasa ada sedikit kelainan berbanding tempat-tempat lain.

Boleh katakan disetiap penjuru jalan akan dapat dilihat patung-patung perempuan dalam keadaan yang eksotik. Patung-patung yang ditayang banyak menonjolkan elemen tubuh badan perempuan dalam keadaan yang aku boleh kata menjolok mata dalam bahasa orang kita. Tapi, di sini keadaan ini dianggap sebagai suatu yang tak perlu diambil endah pun.

Aku jadi agak sedikit pelik sebenarnya. Sepengetahuan aku, kalau bercerita tentang sejarah keghairahan kaum wanita di India bila bercerita tentang SEKS...perkataan pertama yang akan terkeluar dalam fikiran kita tentunya KAMA SUTRA. TETAPI, sebenarnya sejarah tentang kama sutra berasal dari negeri Madya Pradesh. Jauhnya beratus kilometer sebenarnya. Kenapa takder patung lelaki ? Aku cuba-cuba nak bertanya juga tentang nie. Tapi, rasanya orang-orang sini pun tak berapa tahu tentang motif kewujudan patung-patung perempuan yang ada disekeliling mereka. Tengoklah kalau aku boleh dapat jawapannya, aku akan bagi tahu untuk tulisan akan datang.

Tapi, suatu yang menarik info yang aku dapat hari ini adalah tentang pulau Bali, Indonesia. Pada zaman dahulu, masyarakat Orissa sebenarnya telah menjelajah sehingga pulau Bali untuk berdagang. Sebab itu, tidak hairanlah kalau kita pergi ke pulau Bali, pengaruh agama Hindu terlalu kuat di Bali dan sekitarnya. Agama Hindu ?!! Kenapa bukan Buddha ? Ini satu perkara yang agak menarik juga kalau kita belajar dari sejarah. Agama hindu sebenarnya telah wujud lebih awal dari agama Budha. Dan, kebanyakkan pelayar yang menjelajah keserata Nusantara dari India adalah dari penganut Hindu. Berbanding dengan ajaran Buddha. Kebanyakkan sami-sami Budha lebih senang duduk di kuil mereka dan menyampaikan ajaran bagi mereka yang berminat datang kepada mereka. Itu kata orang-orang di sini.

Tetapi pada aku, setelah duduk di sini lebih 10 bulan di bumi India. Sebenarnya fakta semasa dah jelas menunjukkan bumi India sebeanarnya banyak melahirkan pemikir dan ilmuan. Sejak dulu lagi bumi ini banyak melahirkan cerdik pandai. Sampai hari ini pun, ramai saintis yang ada di sekitar dunia pun datang dari bumi India atau pun keturunan India. Aku banggakan India ? Tetapi, apa yang aku cuba sampaikan. Sejarah membuktikan bangsa yang terkenal dengan aktiviti pelayaran banyak melahirkan ilmuan. Tak kiralah bangsa eropah, amerika, mahupun arab. Pastinya bangsa sebegini akan melahirkan generasi yang ramai cerdik-cerdik orangnya.

Aku akan cerita lagi tentang apa yang aku belajar di Bhubaneswar untuk akan datang. Laparlah, nak gi makan dulu...

No comments:

Post a Comment