Monday, December 21, 2009

Kembali

Lama sungguh aku tak menulis dalam blog nie...diam tak diam sudah lebih hampir enam bulan blog nie kosong.
Ada juga individu yang email pada aku, kenapa lama tak menconteng kat blog nie...Tak tahu pulak aku ada pengikut sendiri dalam blog. Apa pun, aku akan cuba sentiasa up date perkembangan aku di sini dan berkongsi mana-mana maklumat yang aku ada...atau apa yang terlintas dalam fikiran ini untuk tatapan mereka yang sudi membaca.
Media massa utama di India hari ini sibuk melaporkan tentang isu beberapa tuntutan negeri-negeri di India yang sedang memohon untuk berpecah. India pada hari ini sudah ada 34 negeri. Dan pada waktu ini ada enam negeri yang mengemukakan tuntutan untuk berpecah.
Kalau dibenarkan semua tuntutan itu, India akan menjadi lebih 40 negeri. Bayangkan dengan jumlah penduduk yang melebihi 1.6 billion dan negeri yang lebih 40 buah. Bagaimana situasi politik dan pentadbiran di sini akan dapat dikawal.
Ironinya, permintaan untuk perpecahan ini dibuat oleh parti-parti politik yang memiliki kepentingan sendiri. Sebagai contoh, isu di Andhra Pradesh (AP). Sebuah parti politik memohon untuk memisahkan negeri AP in kepada dua bahagian. Bahagian AP akan diberi nama Telangana dan bahagian selatan masih mengekalkan nama AP. Kenapa mereka (Telangana) meminta dipisahkan dari peta AP ?
Jawapan mereka mudah...ini memang terkandung dalam menifesto pilihanraya dan janji parti yang memerintah kepada mana-mana parti politik (di kawasan yang pilihanraya Telangana) yang sanggup bersama Parti Congres (parti politik yang memerintah India pada waktu ini). Tetapi, dari apa yag aku mati...sebenarnya ketua parti politik yang memperjuangkan pemisahan Telangana dari AP sebenarnya hanya memperjuangkan kasta yang diwakilinya. Perkataan Telanggana itu sendiri sudah menggambarkan suku kasta yag diwakili.
Di bahagian Utara Timur juga pada waktu ini, Ghorkhaland juga sedang berjuang untuk mendapatkan sempadan mereka sendiri dalam peta India. Hanya kerana...suku Ghorka adalah kelompok yang telah mendapat tempat semasa pemerintahan British satu ketika dahulu dan mereka beranggapan mereka perlu diberikan hak untuk mentadbir penempatan di kawasan yang diduduki oleh mereka sejak dari zaman pemerintahan sebelum era kemerdekaan lagi.
Dan ada banyak lagi cerita usaha memisahkan diri dari peta negeri-negeri di India ini yang aku boleh ceritakan.
Kalau melihat kepada isu semasa yang sedang berlaku di Malaysia- aku lihat keadaan apa yang berlaku di sini, seakan-akan ada usaha yang sama sedang dijalankan untuk memisahkan Pulau Pinang dari peta Malaysia.
Idealogi untuk memisahkan mana-mana kawasan dari pemerintahan sesebuah negara pada waktu ini sebenarnya merupakan satu seni politik halus yang perlu diberikan perhatian oleh semua orang.
Aku akan ulas isu in lebih lanjut nanti. Doa-doalah kalau aku jadi rajin balik untuk menulis....

No comments:

Post a Comment