Wednesday, September 29, 2010

Air Mata di Ayodhya: Episod 03

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih



Selawat dan Salam ke atas Junjungan besar Muhammad Rasullullah



AllahuAkbar...!!!


AllahuAkbar...!!!


AllahuAkbar...!!!



Pada masa jari jemariku ini menari cuba menceritakan apa yang sedangku rasakan pada waktu ini. Gemuruh. Takut. Bimbang. Semua perasaan ketidak tentuan berkecamuk dalam jiwa aku pada waktu ini.



Esok adalah hari penentunya. Esok adalah hari penamat- penantian penduduk Ayodhya selama 60 tahun akan terjawab. Esok bakal menceritakan sejarahnya yang tersendiri.



Seluruh pancaindera di India akan pastinya tertumpukan pada keputusan yang bakal dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Allahabad- siapa yang akan diberikan hak mutlak untuk menguruskan tapak asal tanah runtuhan Masjid Babri. Dari satu pihak- Pemimpin Muslim telah menggesa agar semua ummat Islam bersedia untuk menerima apa jua keputusan yang bakal dikeluarkan. Di sebelah Hindu pula- Pemimpin mereka jua cuba melaungkan perkara yang sama. Kedua-dua belah pihak cuba mengelakkan tragedi berdarah yang pernah melukakan hati, malahan meragut banyak nyawa tidak berulang kembali.
Belum pun Mahkamah memutuskan keputusannya, sudah ada beberapa pihak yang cuba menangguk di air keruh. Sudah ada manusia bajingan yang berkira-kira untuk menonjolkan dirinya sebagai wira dalam mempertahankan isu agama yang dianuti. Sehinggakan- pada waktu aku menulis artikel ini, aku mendapat tahu dari seorang kawan bahawa ada eloknya membataskan pergerakkan dan aktiviti untuk hari esok. Kemungkinan akan berlakunya pertempuran antara puak ekstrimis dari Hindu dan Muslim mungkin bakal berlaku.
Menerukkan lagi imaginasiku pada waktu ini. Ada juga berita yang aku peroleh mengatakan bahawa, bala tentera pejuang agama dari kedua-dua belah pihak sudah mula berhimpun di tempat-tempat yang strategi bagi menjaga kepentingan puak yang diwakili mereka. Aku hanya boleh berdoa agar apa jua yang bakal berlaku pada hari esok tidak akan melibatkan perkara yang buruk kepada aku dan sekelian ahli keluargaku.
Aku mula terfikir. Apa harus aku buat. Pada waktu ini- Aku hanya perlu menjaga ahli keluarga aku dari segala kemungkinan.
Banyak perkara yang ingin aku sampaikan tentang isu di Ayodhya ini. Tetapi, aku simpan untuk artikel seterusnya. Segala apa yang cuba aku sampaikan akan bergantung pada keputusan Mahkamah pada esok hari (harap tiada pertangguhan lagi). Ada yang akan bersedih. Ada yang akan berdendam. Dan, pastinya- ada yang akan marah. Segala-galanya akan terjawab pada esok hari.
Insya'Allah...semuanya akan aku cerita esok hari....
Marilah kita berdoa agar Allah akan memberikan yang terbaik kepada hamba-hambaNya di bumi India ini.

No comments:

Post a Comment