Saturday, October 2, 2010

Air Mata di Ayodhya: Episod 04

Aku mengambil masa sedikit untuk menyambung cerita Ayodhya. Aku tahu ramai yang sudah mengetahui tentang keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi Allahabad pada 30 September yang lalu. Seluruh India. Malahan seluruh dunia Islam dan Hindu menunggu apakah hasil keputusan yang bakal dicapai dari hakim-hakim yang dilantik. Keputusan yang sepatutnya diumumkan pada pukul 2.30 petang waktu tempatan ditangguhkan ke 4.00 petang. Lebih kurang pukul 4.30 petang. Keputusan diumumkan. Dan, apa yang diketahui amatlah memeranjatkan banyak pihak. Tidak kurang ada juga yang melihat keputusan yang dibuat oleh pihak mahkamah kena pada masanya dan lebih kepada usaha untuk menjaga keamanan dan perpaduan warga negara India secara total.


Keputusan dari Mahkamah Allahabad: keseluruhan kawasan tanah bekas masjid itu yang seluas lebih kurang 27 ekar akan dibahagiakan kepada tiga bahagian. Satu bahagian kepada komuniti Hindu (yang lebih dikenali sebagai Ram Lalla), satu bahagian akan diberikan kepada Nirmohi Akhara (juga kumpulan Hindu tempatan di Ayodhya) dan satu pertiga lagi akan diserahkan kepada komuniti Muslim-Sunni Central Wakf Board. Nampak seperti satu keputusan yang berjaya dicapai dengan pertimbangan yang adil oleh pihak mahkamah. Namun, hakikat sebenarnya- kemenangan masih berpihak pada komuniti Hindu berbanding Muslim.

Apa yang agak memelikkan aku dalam keputusan yang dicapai oleh Mahkamah Allahabad di sini- terminologi “verdict” menjadi tafsiran; lebih kepada keputusan yang dibuat hasil daripada luahan pendapat mahkamah pada petisyen yang cuba diseleasaikan, berbanding seharusnya suatu keputusan juri yang mampu memberikan kepastian mutlak yang lebih bersifat bebas dan tegas. Kenapa aku katakan begini- Aku cuba meneliti hasil keputusan yang dibuat oleh mahkamah dalam isu ini secara keseluruhan dan sedalam yang mungkin. Walaupun aku bukanlah seorang yang berlatar belakangkan pendidikan perundangan. Tapi, isu Ayodhya sentiasa menarik minat aku untuk mengetahui setiap aspek dan isu dengan lebih mendalam lagi.


Hasil pemerhatian aku, apa yang boleh aku rumuskan disini adalah- Mahkamah Tinggi Allahabad telah membuat keputusan yang lebih bersifat alternatif kepada JALAN PENYELESAIAN berbanding dengan keputusan yang sepatutnya dibuat atas tunjang KEADILAN. Lebih menarik lagi, aku rasa dalam banyak-banyak kes mahkamah yang pernah aku baca; keputusan yang dibuat oleh ketiga-tiga hakim di Mahkamah Tinggi Allahabad adalah berlandaskan bukan hanya semata pada bukti-bukti-tetapi, ianya juga melibatkan pemahaman dan kepercayaan mereka terhadap agama (dan juga mitos dalam agama- terutamanya Hindu).

Seperti warga negara India yang lain, aku juga terpaksa hormat dan akur dengan keputusan dan ketetapan dari mahkamah ini. Tetapi, agak menyedihkan bagaimana mereka boleh mengambil keputusan sebegini, atas dasar cuba menjaga keamanan dan kestabilan keharmonian Negara- mereka sanggup mengenepikan keadilan dalam sosio komuniti mereka sendiri. Keadilan yang aku maksudkan adalah;


1) Kenapa komuniti Hindu diberikan 2/3 hak dalam pemilikan tanah di kawasan bekas tapak Ayodhya ? Kenapa tidak Hindu separuh dan Muslim separuh ?;

2) Apa terjadi pada individu yang bertanggungjawab dalam kejadian merobohkan Masjid Babri pada 1992 yang lalu ? ; dan


3) Kenapa mesti meletakkan dua orang hakim beragama hindu dan seorang Muslim untuk membuat keputusan ?


Atas persoalan-persoalan seperti ini (ada banyak perkara yang menjadi persoalan aku sebenarnya dalam hal ini) aku merumuskan bahawa; keputusan mahkamah lebih kepada jalan penyelesaian pertikaian atau cuba mengawal api kemarahan daripada memberikan keadilan mutlak kepada pihak yang tertindas.

Harus aku tegaskan di sini kepada yang membaca di tanah airku. Keputusan di Ayodhya sememangnya tidak ada kaitannya dengan kita di Malaysia. Tetapi, pengajaran dan pelajaran yang harus di kutip dari peristiwa ini amatlah signifikan untuk kita ambil.
Keputusan di Ayodhya dengan membahagikan tanah kepada tiga bahagian sama rata untuk tiga entiti sebenarnya tidak mengubah status dan kedudukan HAK ummat Muslim di Ayodhya. .
Agak memelikkan- Mahkamah Tinggi Ayodhya boleh menetapkan bahawa, berhala dan tempat sembahan penganut Hindu yang dibina di tengah-tengah bekas dewan (dome) solat ummat Islam di tapak Masjid babri yang telah dirobohkan pada 1992 perlu dikekalkan dan in secara tidak langsung mendapat pengiktirafan (kelulusan tidak rasmi) rentetan konklusi daripada keputusan mahkamah ini. Lebih memelikkan aku dan ramai pemerhati di sini, bagaimana mahkamah boleh membiarkan kekerasan, vandalisme, pencerobohan, dan pelbagai perbuatan jahat dilakukan ke atas rumah ibadah lain dan kemudiannya menghalalkan perkara itu berlaku.
Lain-lain perkara yang agak janggal untuk kita ketahui- persoalan pokok yang menjadi asas kepada termaktubnya keputusan mahkamah; apakah Dewa Ram sememangnya dilahirkan di tapak bekas bangunan Masjid Babri ? Kedua-dua hakim yang beragama hindu yang mengendalikan kes ini menyatakan "YA" dan memang Dewa Ram dilahirkan di tapak masjid tersebut. Berdasarkan apa ? Rekod sejarah daripada tulisan sejarahwan ? TIADA. Berdasarkan kajian arkeologi ? TIADA dan BELUM ada bukti sejarah ditemui tentang Dewa Ram di Ayodhya. Jadi atas dasar apa mereka katakan memang Dewa RAm lahir di tapak bekas Masjid Babri ? ATAS KEPERCAYAAN MEREKA SEBAGAI PENGANUT AGAMA HINDU !!! PELIK ?!!! Bagaimana elemen kepercayaan boleh mempengaruhi keputusan. Itulah uniknya di India.
Malahan penampakkan imej Dewa Ram pada 1949 yang lalu juga menjadi bahan bukti dan tercatat dalam dokumen keoutusan yang dibuat. Bukan niat aku cuba untuk mempermainkan agama orang lain, tetapi banyak perkara pelik yang menjadi tanda tanya golongan seperti aku di sini. Siapakah orang dan namanya yang dikatakan melihat penampakkan imej Dewa Ram di Masjid Babri ? Tiada dan tak siapa pun tahu sehingga kehari ini. Tambahan kepada pelik dan kelakar lagi; ada pihak mendakwa bermimpi bahawa Dewa Ram muncul di Masjid Babri. Andai kata kepercayaan ini disandarakan kepada kepercayaan agama. Maka, MIMPI juga boleh menjadi bahan bukti di mahkamah INDIA.
Ini bukan soal aku meragui kebolehan hakim-hakim di sini. Atau, aku cuba untuk mempersoalkan keupayaan institusi kehakiman di sini. Cuma aku mahu bawa kepada pembaca, akan apa yang aku maksudkan dengan keputusan mahkamah yang cuba memberikan alternatif kepad penyelesaian kemelut masalah yang telah berlaku sejak 60 tahun (lebih lagi sebenarnya).
Ramai beranggapan bahawa, keputusan Mahkamah Tinggi Allahabad telah menamatkan kebuntuan isu di Ayodhya selama 60 tahun. Tetapi, keputusan ini sebenarnya hanya boleh bertahan sehingga 3 bulan.
Pihak Muslim dan Hindu telah menyatakan bahawa mereka akan mencabar keputusan ini di Mahkamah Suprem.

Isu, cerita, dan kisah Ayodhya akan berlanjutan lagi. Namun, aku akan cuba berikan beberapa kupasan lain yang berkaitan dengan isu Ayodhya- agar kita mampu memikirkan pengajaran dan pelajara dari sejarah keruntuhan Masjid Babri ini .





No comments:

Post a Comment