Hujung minggu ini aku terpaksa bekerja. Kali ini destinasi India: bandar Chandigarh yang terletak di negeri Punjab (utara India). Perjalanan aku dari Delhi dengan menaiki keretapi sawal pagi 7.45 am aku dan seorang staf aku ke Chandigarh. Sebenarnya sudah beberapa kali aku ke bandar ini. Secara terus terang, aku katakan tiada apa yang menarik di bandar ini andai kita berhajat untuk datang bercuti ke sini. Bandar Chandigarh lebih dikenali sebagai bandar terancang di Inida. Sememangnya kalau dibandinkan denganbandar-bandar lain di Inida, Chandigarh lebih tersusun. Dikatakan perancangan untuk membangunkan kawsan perbandaran Chandigarh sudah dirancang lebih awal pada tahun 1972. Bandar ini bolehlah dikatakan bandaraya yang diletakkan dibawah seliaan kerajaan pusat. Macam Wilayah Persekutuan di Malaysia. Tapi, dalam masa yang sama bandar ini jga menjadi pusat bandar untuk dua buah negeri- Punjab dan Haryana.Aku sampai ke bandar ini lebih kurang pukul 11.30 pagi. Cuaca tak sesejuk macam di New Delhi. Tapi, tak juga panas. Memandangkan aku tak cukup tidur malam tadi. Aku lelapkan diri di hotel sebaik saja masuk bilik.
Apa menu makan malam aku ? Kami order telur rebus (yang dimakan dengan bawang dan rempah masala) chicken tikka, fish tikka, dal makhni dan malai kufri.
"Not bad..." Bila makan jangan bayangkan dapur dan kawasan sekeliling. Kalau kita cuba-cuba mengendap apa yang ada dibelakang kedai. Aku jamin korang akan cabut balik tak jadi makan. Pada aku yang dah imune dengan suasana nie...Mungkin dah sebati dah budaya India pada diri aku. Makanan depan mata masih boleh diterima akal. Apa yang perlu korang buat "just feel the taste". Aroma rempah dan rasanya yang cukup menusuk rongga selera (mungkin juga sebab aku lapar...semua rasa sedap). Tapi, memang sedap. Aku diberitahu kawan aku- "Jangan risau. Makan jer...". Mulanya aku memang was-was juga nak telan. Tanpa aku sedar tahu-tahu jer habis juga makanan kat pinggan aku bedal.
Satu perkara yang menarik aku belajar dari India. Kalau kita nak rasa makanan tempatan india, warung-warung tepi jalan mungkin boleh menjadi pilihan (aku tak rekemen taw !!!). Sebabnya, aku perhatikan warung-warung di India nie tak der peti sejuk untuk menyimpan makanan. Kesimpulannya, setiap hari mereka akan ke pasar untuk membeli bahan-bahan masakan mereka. Setiap hari jugalah sumber segar akan menjadi bahan utama dalam masakan mereka. Makanan yang tidak habis dijual akan diberikan kepada yang nak makan free atau dibuang sahaja.
So, kalau ada nak mencuba juga makanan street food di India- pastikan anda benar-benar cekal sebelum beranikan diri untuk mencabar perut sendiri.
No comments:
Post a Comment