Wednesday, August 3, 2011

Only in India

Dah jadi kebiasaan aku...kalau minggu pertama berpuasa nie amik masa sikit nak tune diri. Banyak benda yang aku nak kongsikan sebenarnya. Tapi, rasanya awal-awal bulan puasa nie elok aku kongsikan perkara yang santai...tak serius...jadi korang pun, sambil-sambil nak menunggu time buka puasa tu pun leh tambahkan pengetahuan kan...

Aku pasti ada sebahagian gambar-gambar kat bawah nie ada yang korang dah pernah tengok. Tapi, detailnya mungkin ada yang tak tau...So, base on apa yang aku tahu dan pernah alamai di sini aku ulas beberapa perkara untuk dijadikan baha percambahan pengetahuan untuk korang semua.

1. Tikus Paling Manja di Dunia


Ini ramai yang dah tau...Kuil Tikus di Rajasthan. Korang mesti geli geleman kalau aku bagi tau susu yang tikus tu minum akan dikongsikan juga dengan mereka yang berhajat. Ada kalanya dengan selamaba jer diorang nie datang kat balang susu tu...cedukkan tangan amik susu terus suap ke mulut sama-sama minum sus dengan tikus. Aduh...pelik ? Lagi pelik yang minum tu tak sakit perut !!!

2. Ekpress Rakyat ?

Gambar kat atas tu mungkin kat negara-negera lain hanya akan berlaku kalau musim-musim perayaan sahaja. Tapi, sebenarnay adegan yang ditunjukkan pada gambar ada realiti kehidupan harian yang berlaku di Mumbai. Keretapi adalah nadi pengangutan utama bagi masyarakat di Mumbai...kebergantungan mereka terhadap pengangkutan ini sememangnya dapat korang lihat macam kat gambar nie.

3. Public Mandi Manda

Kita kalau di Malaysia hanya akan mandi dikawasan terbuka di pantai atau kawasan air terjun...abis kuat pun mungkin kat kolam mandi awam kan...Tapi, di Kolkata...memandangkan sistem perairan dan pengaliran yang kurang baik membuatkan masih terdapat penduduk di sini yang bergantung pada bekalan air yang disalurkan dari pili-pili air yang masih terp[asa di tepi "jalan raya". Aku ualang lagi...pili air tu di tepi jalan raya...Betul...kalau sampai ke Kolkata, korang dapat lihat terdapat pili-pili air yang telah ada sejak zaman British lagi. Air akan di salurkan ke pili ini mengikut masa-masa tertentu. So, bila air tu di alir pada masanya...maka, adegan amndi beramai-ramai di tepi jalan akan menjadi kebiasaan di sini untuk di lihat. Tak cukup dengan lelakinya...yang perempuan pun sama gak kekadang aku pernah jumpa.

4. Mana ada JPJ nak tahan !!!


Yang nie plak kat blah Punjab...adegan kat atas tu memang akan selalu di lihat pada musim gandum di tuai...masalahnya...cuba korangbayangkan kalau dua traktor bertembung nak gunakan jalan yang sama. Tapi, masalah tu takkan berlaku sebenarnya. Sebab, mereka akan oastikan pada waktu ini traktor hanya akan bergerak dalam arus sehala. Jadi tak derlah pertembungan.

Ada lagi nanti aku share dengan u all eh...

No comments:

Post a Comment